Anda di halaman 1dari 27

SET 1

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudia buat satu rumusan tentang faedah yang diperoleh hasil kenaikan gaji dan
kesan-kesan kenaikan gaji tersebut. Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Baru-baru ini, hampir 1.2 juta orang kakitangan awam telah menikmati kenaikan gaji bulanan antara 7.5 hingga 30
peratus. Kenaikan istimewa yang mengejutkan ini dianggap antara yang terbaik sejak tahun 1992. Peningkatan gaji secara
mendadak dan drastik ini perlulah diurus dan dikawal secara berhemah dan perlu bijaksana. Kesilapan mentadbir,
merencana dan merancang kenaikan gaji ini boleh memberikan impak negatif kepada percaturan kehidupan jangka panjang
seseorang. Dengan kenaikan gaji yang begitu banyak, maka pengurusan dan pentadbiran kewangan individu juga
hendaklah ditingkatkan agar kenaikan tersebut selaras dengan keperluan semasa dan dapat diaplikasikan semaksimum
mungkin dalam urusan perbelanjaan peribadi dan keluarga.
Bagi yang sudah berkeluarga, kenaikan gaji ini membolehkan mereka memantapkan dan menampung perbelanjaan
pendidikan anak-anak di peringkat sekolah dan pengajian tinggi. Kenaikan ini juga membolehkan pendidikan anak-anak
ditingkatkan seperti menghantar mereka ke kelas tuisyen serta menghadiri kelas bahasa Arab, bahasa Inggeris dan bahasa
Mandarin. Di samping penekanan terhadap pendidikan, keutamaan juga perlu diberikan kepada pembiayaan
perlindungan takaful atau insurans individu dan keluarga. Perlindungan insurans amat penting dewasa ini sebagai
persediaan awal sekiranya berlaku sebarang kemungkinan pada masa akan datang. Hal ini demikian kerana perbelanjaan
pembiayaan rawatan semakin meningkat. Oleh itu, tidak rugi kita memperuntukkan sedikit daripada gaji bulanan untuk
membeli insurans. Kita akan mendapat perlindungan yang menguntungkan dalam jangka masa panjang.
Kalau sebelum ini banyak yang mengeluh kerana tidak dapat menghantar duit ke kampung kerana gaji yang diperoleh
setiap bulan kecil dan tidak mencukupi, tetapi kini dilema tersebut mungkin dapat diatasi. Hasrat untuk menyumbang
sebahagian daripada kenaikan gaji untuk kebajikan ibu bapa di kampung dan membantu adik-adik yang masih belajar akan
tercapai. Bagi sesiapa yang mempunyai hutang tertunggak pula, maka peluang melunaskan hutang-hutang tersebut akan
dapat dilakukan.
Sementara itu, bagi peminat-peminat dan penggemar buku pula, inilah masanya untuk menggunakan sebahagian
daripada kenaikan gaji tersebut untuk membeli buku yang dihajatkan yang mungkin agak mahal dan tidak dapat dibeli
sebelum ini. Impian untuk mengerjakan fardu haji dan menunaikan ibadah sunat umrah di Mekah juga mungkin tercapai.
Seseorang itu boleh memperuntukkan RM100 sebulan untuk disimpan di dalam akaun Tabung Haji dan dalam masa lapan
tahun mereka telah boleh menunaikan fardu haji. Simpanan untuk masa depan dan bencana juga penting serta perlu diberi
penekanan oleh semua pihak. Menabung dalam amanah saham seperti Amanah Saham Bumiputera, Amanah Saham
Wawasan dan unit saham berisiko rendah adalah tindakan bijak biarpun pulangannya agak rendah berbanding saham
mewah yang berisiko tinggi. Oleh yang demikian, kenaikan gaji yang diterima oleh penjawat awam, hendaklah dijadikan
penanda aras dan sasaran jangka panjang sekiranya ingin tergolong dalam golongan orang yang berjaya mengurus dan
merancang kewangan dengan baik.
Dipetik dan diubah suai daripada rencana "Mengurus Kenaikan Gaji secara Bijak" oleh Mohd. Sofee, Dewan Ekonomi,
Ogos 2007)
Pemahaman Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Apakah maksud rangkai kata diaplikasikan semaksimum mungkin dalam petikan di atas? [2 m]
(ii) Mengapakah perlindungan insurans penting kepada orang ramai? [3 m]
(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah memupuk tabiat menabung dalam kalangan anak-anak?[4 m]

TATABAHASA : KOSA KATA


Dengan merujuk kamus terangkan maksud rangkai kata berikut:
Rangkai kata Maksud
Peningkatan gaji secara mendadak

menampung perbelanjaan

peluang melunaskan hutang-hutang

sasaran jangka panjang

1
SET 2
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kelemahan sistem pengurusan air dan
sebab-sebab kekurangan sumber air. Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dunia kini menghadapi masalah dalam mendapatkan sumber air
dan dijangkakan menjelang tahun 2025, dua daripada tiga orang tidak akan mendapat sumber air yang bersih. Ekoran hal
itu, PBB mengisytiharkan tempoh dari tahun 2005 hingga 2015 sebagai Dekad Tindakan Antarabangsa dengan bertemakan
“Water for Life”. Memang tidak dapat dinafikan bahawa Malaysia sebuah negara yang kaya dengan sumber airnya,
mempunyai kawasan tadahan air yang banyak dan kawasan penjagaan hutan yang baik. Namun demikian, sistem
pengurusan air di negara ini dikatakan tidak sistematik serta masih banyak perkara yang perlu diperbaik.
Sistem pengurusan air tidak dapat diurus dengan baik kerana ketiadaan dasar dan pelan induk secara menyeluruh
dan bersepadu untuk menangani masalah pengurusan sumber air. Sehingga kini, belum ada satu dasar yang lengkap
mengenai pembangunan dan pengurusan sumber air di negara ini. Hal ini ditambah lagi dengan pembangunan dan
pengurusan sumber air yang sepatutnya diuruskan oleh kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, diuruskan pula oleh
sekurang-kurangnya 13 buah negeri. Antara semua agensi tersebut, tidak ada satupun agensi yang diamanahkan secara
khusus bagi menyelenggarakan keseluruhan soal pengurusan dan perancangan air yang baik di negara ini.
Selain itu, definisi lembangan sungai turut tidak diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang berkaitan air.
Begitu juga dengan aplikasi pendekatan pengurusan lembangan sungai yang bersepadu. Sehubungan dengan hal itu,
penyelarasan bekalan air perlu dibuat bagi membolehkan pengebilan bekalan air diambil alih dan diuruskan sepenuhnya
oleh kerajaan pusat, manakala pengurusan sumber air mentah kekal di bawah kuasa kerajaan negeri. Ketika ini, terdapat
pertindihan kuasa dan tugas agensi awam dalam mengendalikan pengurusan air seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)
dan Jabatan Kawal Selia Air Selangor (JAKAS), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) yang
menyebabkan kejadian air sungai tercemar secara lebih aktif. Penyeragaman tarif antara negeri juga sukar dilakukan kerana
kos rawatan air berbeza-beza. Masalah ini dapat diatasi dengan melantik syarikat-syarikat operator air yang berwibawa dan
berkepakaran tinggi dalam menangani pelbagai kemelut air yang berlaku di negara ini.
Di samping itu, sistem pembekalan air ke seluruh negara dikatakan dihantui dengan kejadian paip bocor akibat
penggunaan paip jenis asbestos yang rata-rata sudah lebih 20 tahun usianya. Selain itu, masalah stesen pam yang tidak lagi
berupaya melakukan kerja-kerja mengepam seperti 20 tahun lalu. Lantaran itu, penswastaan pengurusan air perlu
dilakukan bagi mengurangkan bebanan kewangan yang ditanggung oleh kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.
(Dipetik dan diubah suai daripada rencana "Pengurusan
Sistem Air Mengelakkan Pembaziran", Dewan Ekonomi, Ogos
2007)

Pemahaman Petikan Umum


Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Apakah maksud rangkai kata pelbagai kemelut dalam petikan di atas?[2 markah]
(ii) Bagaimanakah cara untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan air di negara ini?[3 markah]
(iii) Nyatakan sumbangan yang boleh diberikan oleh masyarakat untuk membantu menangani krisis air.[4 markah]

TATABAHASA : Penanda Wacana dan Kata adjektif


1. Senaraikan enam penanda wacana dalam petikan rencana rumusan
2. Senaraikan enam kata adjektif daripada petikan rencana. Bina ayat anda sendiri daripada kata adjektif tersebut.

SET 3

2
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah bekerja sambilan dan kesan-
kesan negatifnya. Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Berbagai-bagai pandangan telah dilontarkan berkaitan dengan remaja yang menjalankan kerja sambilan di luar waktu
persekolahan. Ada yang berpandangan positif dan tidak kurang juga sebaliknya. Yang pasti, perkara ini sudah menjadi
lumrah dalam kalangan remaja di kota, lebih-lebih lagi remaja yang berasal daripada keluarga yang berpendapatan
sederhana atau rendah. Bekerja sambilan sewaktu masih menuntut ada kalanya sudah menjadi keperluan bagi menampung
perbelanjaan kehidupan terutamanya di kota.
Remaja yang bekerja sambilan akan melakukan pelbagai pekerjaan seperti di restoran makanan segera, membantu
berniaga di gerai, menjadi pelakon iklan atau sebagai pengedar surat khabar. Remaja yang bekerja sambilan akan bijak
merancang masa. Mereka memastikan mempunyai cukup waktu untuk membuat kerja rumah di samping menghadiri kelas
atau kuliah agar tidak keciciran dalam pelajaran dan dalam masa yang sama dapat menyara kehidupan. Bekerja sambilan
juga dapat mengelakkan masa lapang remaja terbuang begitu sahaja dan budaya lepak dapat dibendung. Alam pekerjaan
juga mematangkan remaja dalam menghadapi soal kehidupan. Hal ini banyak membantu remaja bertindak matang dalam
membuat keputusan berkaitan dengan kehidupannya. Remaja yang belum pernah menceburi alam pekerjaan masih
berkelakuan dan berfikiran keanak-anakan. Mereka masih hidup di bawah perlindungan ibu bapa dan dalam lingkungan
pergaulan yang masih terhad. Mereka mempunyai terlalu banyak ruang untuk dimanjakan sehingga menjejaskan tahap
disiplin. Keadaan ini berbeza dengan remaja yang telah bekerja sambilan. Mereka perlu bertindak sendiri seperti orang
dewasa bagi memenuhi harapan majikan dan pelanggan.
Pengalaman berinteraksi dengan orang ramai melalui pekerjaan sambilan turut memperkembangkan kebolehan
interpersonal bagi seseorang remaja. Kebolehan interpersonal ini amat berharga bagi seorang remaja apabila melalui alam
pekerjaan kelak. Remaja yang pernah bekerja sambilan jauh lebih berkeyakinan apabila berhadapan dengan penemu duga.
Di samping itu, bekerja sambilan juga mengajar remaja untuk berdikari. Jika dibandingkan dengan negara maju,
peratusan rakyat Malaysia yang masih menuntut dan bekerja sambilan masih rendah. Budaya berdikari pada usia muda dan
tidak bergantung sepenuhnya kepada ibu bapa bukanlah budaya yang menjadi amalan di Malaysia. Sebenarnya budaya ini
amat penting dalam mengikis mentaliti subsidi dalam kalangan rakyat demi melahirkan generasi muda yang maju dan
berkeyakinan. Dengan bekerja sambilan, remaja akan terdedah kepada rangsangan positif dan mencetuskan idea bernas pada
minda remaja untuk memilih kerjaya mereka. Sekurang-kurangnya mereka dibantu untuk menentukan bidang-bidang yang
menarik dan yang diingini untuk didalami. Remaja yang tidak pernah melalui alam pekerjaan tidak berpeluang merasai
pengalaman yang seumpama ini.

Pemahaman Petikan Umum


Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Apakah maksud rangkai kata mencetuskan idea bernas dalam petikan tersebut?[2 markah]
(ii) Bagaimanakah keadaan remaja yang tidak pernah bekerja? [3 markah]
(iii) Mengapakah ada ibu bapa yang tidak membenarkan anak-anak mereka bekerja sambilan? [4 markah]

TATABAHASA : SUBJEK DAN PREDIKAT : Kenal pasti subjek dan predikat dalam ayat- ayat di bawah:
Ayat Subjek Predikat
Remaja yang bekerja sambilan akan
melakukan pelbagai pekerjaan
Mereka mempunyai terlalu banyak
ruang untuk dimanjakan
Remaja yang belum pernah menceburi
alam pekerjaan masih berkelakuan dan
berfikiran keanak-anakan
Budaya ini amat penting dalam
mengikis mentaliti subsidi

SET 4
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang peranan Agensi Antidadah Kebangsaan
(AADK) untuk memerangi dadah dan sebab-sebab ketagihan dadah. Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.

3
Dadah tetap menjadi musuh nombor satu kepada manusia kerana dadah menyebabkan seseorang itu hilang
pertimbangan hidup dan akhirnya mati dalam dalam keadaan yang ngeri. Begitulah natijahnya penagihan dadah. Malah,
negara juga mengalami kerugian kerana generasi muda yang bertenaga dan sepatutnya memimpin negara ke arah kejayaan
hilang kekuatan kerana terlibat dalam kancah penagihan dadah.
Sebagai sebuah negara membangun, Malaysia memerlukan modal insan berkualiti, berdaya saing dan mempunyai
semangat juang yang tinggi bagi memelihara kesejahteraan negara. Oleh itu, dalam usaha memerangi dadah secara habis-
habisan sehingga ke akar umbi, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah menjalankan perancangan strategik bagi
memastikan hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi muda dengan personaliti unggul dapat dicapai dengan jayanya.
Perancangan itu melibatkan dua strategi dan fokus utama AADK yang membabitkan program pendidikan, pencegahan dan
rawatan pemulihan. Melalui strategi pencegahan, AADK akan memperkukuh program modal insan dengan kekuatan jati diri
dan kesedaran yang tinggi untuk menolak dadah. Pada masa yang sama, AADK akan mempertingkatkan hubungan dan
kerjasama organisasi di peringkat antarabangsa bagi memperkasa keupayaan organisasi pelaksana. Dengan adanya
pemantauan, pelaksanaan dan penilaian program pencegahan pula berupaya menggerakkan masyarakat untuk menangani
masalah dadah.
Bagi memastikan masalah penagihan dadah dapat diatasi, AADK turut memberikan penekanan kepada aspek rawatan
dan pemulihan. Dalam aspek ini, AADK sentiasa berusaha memberikan penjelasan kepada masyarakat mengenai kaedah
rawatan dan pemulihan yang dijalankan melalui program pencegahan yang melibatkan semua AADK di peringkat daerah
dan negeri. Hal ini penting supaya masyarakat mendapat gambaran jelas mengenai peranan yang dimainkan oleh AADK
terutama dalam meningkatkan tanggungjawab sosial dalam kalangan majikan dan pihak swasta. AADK juga memberikan
tumpuan kepada aspek kerohanian dan pembinaan sahsiah positif dengan adanya penglibatan dalam institusi keagamaan. Di
samping itu, AADK juga menyediakan pelbagai kaedah rawatan dan pemulihan mengikut kategori penagih dengan adanya
pusat diagnosis dan kepakaran dalam bidang-bidang tertentu. Untuk meningkatkan keberkesanan program, AADK turut
mengadakan perkongsian pintar dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pihak swasta, Kementerian Kesihatan dan
individu-individu yang pakar dalam rawatan dan pemulihan.
Dengan adanya bantuan daripada semua pihak dan usaha yang dijalankan secara berterusan, matlamat AADK
membanteras masalah dadah pasti dapat direalisasikan menjelang tahun 2015. Secara tidak langsung, dapat membuktikan
agensi ini memainkan peranan penting ke arah mewujudkan persekitaran yang bebas dadah.
(Dipetik dan diubah suai daripada rencana "AADK Penyelamat Penagih Dadah", Utusan Malaysia, Ogos 2007)

Pemahaman Petikan Umum


Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Apakah maksud rangkai kata memperkasakan keupayaan organisasi dalam petikan di atas? [2 markah]
(ii) Mengapakah negara akan mengalami kerugian jika generasi muda terlibat dengan dadah? [3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah masyarakat boleh membantu membanteras gejala dadah? [4 markah]

TATABAHASA : Imbuhan PeN...an


Senaraikan 6 perkataan yang berimbuhan PenN...an dalam petikan rencana di atas. Bina ayat anda sendiri daripada perkataan
tersebut.

SET 7
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan
untuk membasmi kemiskinan nelayan dan sebab-sebab nelayan masih miskin. Panjangnya rumusan anda hendaklah
tidak melebihi 120 patah perkataan.

Sejak dahulu, nelayan sering dikaitkan dengan kemiskinan. Kesusahan dan risiko menjadi nelayan menyebabkan tidak

4
banyak orang menceburi profesion ini jika mereka mempunyai pilihan yang lain. Namun mutakhir ini, keadaan sudah banyak
berubah. Kerajaan begitu komited membantu nelayan meningkatkan pendapatan dan taraf hidup mereka.
Nelayan beruntung kerana ada banyak pihak yang membantu mereka. Nelayan diberikan perahu gentian yang lengkap
dengan enjin dan pukat. Nelayan hanya perlu berusaha gigih sedikit untuk kebaikan mereka. Selain itu, kewujudan Institut
Penyelidikan Perikanan (IPP) di Batu Maung, Pulau Pinang banyak membantu meningkatkan kuantiti ikan di Malaysia. Hasil
kajian IPP, tukun tiruan seperti tukun bebola, tukun konkrit dan ‘vesel’ rampasan digunakan secara meluas di perairan
negara. Penggunaan tukun tiruan merupakan usaha yang paling berjaya dalam memulihkan habitat dan memperbanyak
kuantiti ikan. Jabatan Perikanan Malaysia yang diberikan tanggungjawab untuk memajukan sektor perikanan
memperkenalkan banyak teknologi penternakan ikan untuk menambahkan pendapatan nelayan. Antara teknologi yang
telahpun terbukti berjaya meningkatkan pendapatan nelayan ialah teknologi akuakultur.
Pada tahun 2005, sebanyak RM4.7 juta dibelanjakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi tujuan
membangunkan masyarakat nelayan dan sektor perikanan. Melalui program kecil, banyak kemudahan asas di
perkampungan nelayan telah dipertingkatkan. Selain itu, ada juga projek-projek kecil yang dilaksanakan secara bergotong-
royong dan bantuan modal daripada pihak kerajaan seperti pembinaan jeti kecil, perkampungan nelayan, medan ikan bakar
dan sebagainya. Bagi tujuan membasmi kemiskinan dalam keluarga nelayan, Skim Pembangunan Kesejahteraan (SPUN)
diwujudkan. Dalam belanjawan 2008, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM214 juta untuk tujuan pembasmian
kemiskinan di luar bandar termasuk di perkampungan nelayan.
Baru-baru ini, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan bahawa Projek
Perintis Transformasi Nelayan yang bermula pada awal tahun lalu dianggap berjaya. Hal ini demikian kerana sebilangan
nelayan miskin yang terlibat dengan projek ini berjaya mengubah taraf hidup dan sosioekonomi mereka. Menurutnya, projek
perintis yang menggunakan kaedah pembelian bot yang menggantikan bot lama melalui pinjaman membolehkan nelayan
kerap ke laut. Kerajaan menyediakan pinjaman melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sebanyak RM85 ribu bagi
membolehkan nelayan membeli bot baharu. Nelayan terbabit perlu menjelaskan pinjaman secara ansuran pada bulan ketiga.
Persatuan Nelayan Tanjung Dawai, Kedah merupakan petempatan nelayan pertama yang menjalankan projek perintis
tersebut dan dijadikan model kepada persatuan petempatan lain juga terdapat di seluruh Malaysia.
(Dipetik dan diubah suai daripada rencana "Nelayan Lain Dahulu, Lain Sekarang" oleh A. Zaidel, Dewan Masyarakat, November 2007)

Pemahaman Petikan Umum


Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Nyatakan maksud rangkai kata memulihkan habitat dalam petikan di atas. [2 markah]
(ii) Nyatakan kebaikan Projek Perintis Transformasi Nelayan yang diperkenalkan oleh Kementerian
Pertanian dan Asas Tani kepada nelayan-nelayan. [3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah nelayan dapat meningkatkan taraf hidup mereka? [4 markah]

TATABAHASA : AYAT TANYA Bina ayat tanya daripada ayat-ayat di bawah.


1. Kesusahan dan risiko menjadi nelayan menyebabkan tidak banyak orang menceburi profesion
ini jika mereka mempunyai pilihan yang lain.
2. Kewujudan Institut Penyelidikan Perikanan (IPP) di Batu Maung, Pulau Pinang banyak
membantu meningkatkan kuantiti ikan di Malaysia.
3. Bagi tujuan membasmi kemiskinan dalam keluarga nelayan, Skim Pembangunan Kesejahteraan
(SPUN) diwujudkan.

SET 8
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah untuk mengawal kenaikan
harga barang dan kebaikannya kepada masyarakat dan negara. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120
patah perkataan.

Kenaikan harga bahan api, kekurangan bekalan serta permintaan yang didakwa tinggi oleh pemborong dan peniaga
telah dijadikan alasan untuk menaikkan harga barang. Jika amalan para peniaga yang sentiasa mengambil kesempatan
dengan memberikan pelbagai alasan, budaya niaga yang membebankan pengguna tidak akan selesai. Golongan peniaga
5
harus sedar bahawa mereka juga ialah pengguna. Kini, semua pihak mengeluh kerana terpaksa menanggung kenaikan harga
barang yang sengaja dicipta oleh kita semua.
Budaya peniaga ini perlu dinilai semula. Mereka seolah-olah tidak mempunyai etika dan semangat untuk membantu
pihak kerajaan mengatasi masalah kenaikan harga barang. Sewajarnya kerajaan dan pengguna harus bekerjasama mendidik
peniaga yang bersikap tamak ini. Dalam konteks sekarang, masyarakat boleh memboikot peniaga yang menaikkan harga
barangan. Tindakan ini akan memaksa golongan tersebut menurunkan harga barangan mereka mengikut kadar yang
ditetapkan. Selain itu, kita juga haruslah bijak berbelanja dengan tidak lagi mengunjungi restoran-restoran mewah dan
restoran makanan segera. . Para pembekal atau peniaga pula wajar memupuk budaya atau amalan menghormati
kepentingan dan hak pengguna supaya semua usaha yang dilakukan berasaskan etika dan persaingan yang sihat. Mereka
tidak seharusnya rakus mengejar keuntungan tanpa menggunakan dasar perniagaan yang adil serta memenuhi
tanggungjawab sosial terhadap golongan pengguna. Para peniaga juga haruslah menghapuskan tanggapan kononnya mereka
akan rugi jika tidak mengenakan harga yang tinggi. Tanggapan ini tidak tepat kerana jika mereka mengenakan harga yang
berpatutan, lebih ramai pembeli yang akan datang membeli dan dalam jangka masa panjang akan lebih menguntungkan
mereka.
Dalam konteks harga barangan keperluan, kerajaan perlu sentiasa tegas dalam memastikan harga barangan berada
pada tahap kemampuan pengguna. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) harus
mempergiatkan kempen ‘Pengguna Bijak’ yang bertujuan untuk mendidik orang ramai supaya hanya membeli barangan
yang berkualiti dengan harga yang murah dan merancang perbelanjaan seharian. Sebenarnya rakyat sedar mereka
mempunyai kuasa sebagai pengguna. Mereka ada hak dan mampu menunjukkan kuasa jika mereka mahu. Mereka boleh
bertindak dalam kumpulan yang besar untuk mempengaruhi pasaran selain mendisiplinkan peniaga. Pengguna yang bijak
perlu memberikan pengajaran kepada peniaga yang tamak dan yang tidak bertanggungjawab menaikkan harga barang tanpa
asas bahawa pengguna mempunyai pilihan di tempat lain untuk membeli barangan keperluan harian mereka.
(Dipetik dan diubah suai daripada rencana "Didik Peniaga Tamak", Utusan Malaysia, 13 September 2007)
Pemahaman Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Nyatakan maksud rangkai kata rakus mengejar keuntungan dalam petikan di atas. [2 markah]
(ii) Bagaimanakah “Kempen Pengguna Bijak” yang diperkenalkan oleh Kementerian Dalam Negeri dan Hal
Ehwal Pengguna dapat membantu mengatasi masalah kenaikan harga barang? [3 markah]
(iii) Jelaskan kesan negatif jika kenaikan harga barangan di pasaran tidak terkawal.[4 markah]

TATABAHASA: PENANDA WACANA : Suaikan penanda wacana di bawah untuk ayat-ayat berikutnya
Tambahan pula,
Oleh yang demikian
Hal ini kerana
1.Dalam konteks sekarang, masyarakat boleh memboikot peniaga yang menaikkan harga barangan. Tindakan
ini akan memaksa golongan tersebut menurunkan harga barangan mereka mengikut kadar yang
ditetapkan.
2.Sebenarnya rakyat sedar mereka mempunyai kuasa sebagai pengguna. Mereka ada hak dan mampu
menunjukkan kuasa jika mereka mahu
3.Mereka ada hak dan mampu menunjukkan kuasa jika mereka mahu. Mereka boleh bertindak dalam
kumpulan yang besar untuk mempengaruhi pasaran selain mendisiplinkan peniaga

SET 9

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha untuk
memelihara sungai dan kesan-kesan pencemaran sungai. Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.

6
Masyarakat di negara ini perlulah mengubah sikap serta minda mereka bagi memastikan negara mencapai tahap negara
maju menjelang tahun 2020 serta Wawasan 2057. Sudah tiba masanya setiap rakyat di negara ini mengorak langkah,
menghindari sikap ‘tak apa’ serta mempunyai budaya dan minda kelas pertama yang membolehkan kita melangkah jauh,
duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan masyarakat di negara yang lebih maju.

Penjagaan alam sekitar kini amat memerlukan perubahan sikap orang ramai. Satu kajian menunjukkan tujuh puluh
peratus daripada pencemaran berpunca daripada faktor orang ramai yang tidak mengendahkan alam sekitar. Mereka
bersikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Berdasarkan pengalaman negara-negara maju,
pemuliharaan sungai memerlukan komitmen yang tinggi dan sokongan padu daripada segenap lapisan masyarakat.
Masyarakat seharusnya terus dididik supaya mencintai sungai dan memahami kepentingan sungai dalam kehidupan
seharian. Rasa cinta akan sungai boleh disemarakkan jika rakyat boleh disedarkan bahawa mereka sebenarnya turut
menikmati faedah daripada sungai. Sebaik-baiknya program pemuliharaan sungai memerlukan pelaksanaan secara
bersepadu dengan menjadikan kawasan tadahan air atau lembangan sungai sebagai platform. Peranan media massa dan
program kemasyarakatan yang dianjurkan oleh badan bukan kerajaan juga penting untuk meningkatkan kesedaran
masyarakat terhadap pelestarian sungai.

Di samping itu, pelbagai pihak berwajib harus mengubah sikap untuk lebih serius dari segi perancangan perbandaran
termasuklah aspek penjagaan sungai agar lebih terancang. Hal ini dapat dilakukan dengan menyediakan kemudahan riadah
dan bersantai serta mengindahkan landskap di sepanjang tebing sungai. Ada baiknya jika kita mencontohi masyarakat Jepun
yang begitu prihatin dan sangat teliti terhadap sungai. Mereka menghargai alam sekitar khususnya sungai, seolah-olah
menjaga keturunan sendiri bagi menjamin kelangsungan generasi manusia yang akan datang. Pihak kerajaan juga
disarankan mewujudkan satu sistem pengurusan sungai iaitu MS ISO 14001 yang dapat meningkatkan lagi kualiti sistem
pengurusan sungai untuk rakyat dan generasi akan datang. Namun, hal ini perlulah disusuli dengan elemen yang lebih
penting iaitu kesedaran tentang keburukan pencemaran tersebut dalam kalangan rakyat.
Oleh itu, sebagai anggota masyarakat, kita haruslah bekerjasama menjayakan kempen-kempen mencintai sungai yang
dilaksanakan oleh kerajaan. Kita haruslah bertanggungjawab dengan tidak membuang sampah di merata-rata tempat dan
menjadikan sungai sebagai “tong sampah”. Persoalannya, sejauh manakah tahap kesedaran masyarakat mempraktikkan
amalan penjagaan sungai di negara ini? Jika sungai terus tidak dipelihara, keadaan ini akan menyebabkan masalah
pencemaran menjadi lebih serius dan boleh menjejaskan keseimbangan alam. Sudah tiba masanya kita berganding bahu
menjaga sungai demi menjamin kesejahteraan hidup. Sesungguhnya, mencegah itu adalah lebih baik daripada merawat.
Dipetik dan diubah suai daripada rencana Sikap ‘tak apa’Terhadap Era Global, oleh Zainal Jumat, Visi, September 2007)

Pemahaman Petikan Umum


Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
(i) Apakah maksud rangkai kata komitmen yang tinggi? [2 markah]
(ii) Nyatakan sikap masyarakat Jepun yang boleh dijadikan teladan kepada kita? [3 markah]
(iii) Mengapakah masyarakat tidak menghargai sungai? [4 markah]

TATABAHASA : PERIBAHASA
1. Senaraikan tiga peribahasa yang terdapat dalam petikan di atas dan jelaskan maksud peribahasa

SET 10
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca kekaburan pelajar terhadap
mata pelajaran KOMSAS dan langkah mengatasinya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 pata kata.

Niat untuk memupuk minat dan memperkenalkan bahan kesusasteraan Melayu kepada para pelajar bermula dari
Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima merupakan objektif yang sungguh wajar dan baik. Hal ini bermakna Kementerian
Pelajaran Malaysia sedar bahawa karya sastera berisi dengan nilai-nilai murni, bukan lagi berisi dengan cerita-cerita fantasi yang
dapat menyesatkan pembaca. Karya sastera penuh dengan cerita dan teladan yang dapat dijadikan pengajaran.

7
Walaupun usaha ini adalah wajar tetapi persoalannya yang timbul adalah sejauh manakah kelancaran pelaksanaan
pengajaran tersebut? Persoalan ini tidak sewajarnya diremehkan oleh semua pihak, khasnya pihak Kementerian Pelajaran. Hal
ini demikian kerana ada sesetengah guru yang mengajarkan Komponen Sastera( KOMSAS) dalam Bahasa Melayu masih kabur
dengan kaedah pengajaran mereka. Mereka tidak tahu cara untuk mengajarkan mata pelajaran tersebut mengikut cara yang
sepatutnya seperti kehendak sukatan pelajaran. Sebagai akibatnya, KOMSAS diajarkan secara semberono dan menyebabkan para
pelajar menjadi bingung dengan situasi ini lalu timbullah perasaan bosan terhadap mata pelajaran tersebut. Lebih malang lagi,
apabila sesi ceramah yang diadakan dengan tujuan untuk memudahkan tugas guru tidak menepati kehendak para guru.
Kebanyakan sesi ceramah yang diadakan kurang menyentuh kaedah pengajaran KOMSAS secara spesifik kepada para guru.
Ceramah yang disampaikan lebih ke arah isi kandungan secara melalut-lalut hingga menakut-nakutkan para guru dan pelajar. Hal
yang demikian menyebabkan para guru tidak berpuas hati terhadap isi ceramah yang disampaikan itu. Situasi ini akan
menyemarakkan kekaburan para guru untuk mengajarkan mata pelajaran tersebut.

Keadaan ini akan bertambah kronik apabila masa yang diperuntukkan tidak mencukupi. Hal ini demikian kerana terlalu
banyak bahan yang hendak diajarkan oleh guru atau dibaca oleh para pelajar.Justeru, guru-guru tidak sempat untuk mengajarkan
KOMSAS mengikut masa yang telah ditetapkan. Ada sesetengah pendapat yang menyarankan agar para guru mengajarkan mata
pelajaran tersebut secara sistematik dengan menghadirkan diri dalam kursus-kursus yang dirancang. Selain itu, ada para
cendiakawan yang mengesyorkan agar guru sastera diberi keutamaan untuk mengajarkan komsas. Cadangan ini memang ada
kebaikannya tetapi kekangannya ialah guru tersebut mengajarkan KOMSAS melebihi sukatan yang sepatutnya. Tegasnya, mereka
mengajarkan KOMSAS seperti mengajarkan mata pelajaran sastera tulen. Lebih mendukacitakan lagi apabila banyak pelajar kini
kurang berminat untuk membaca. Hal ini akan memberikan impak dari sudut pencapaian keputusan peperiksaan nanti.

Tugas, para guru tidak dapat menghabiskan sukatan kerana terpaksa menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan oleh
pihak jabatan dan kementerian. Mereka terkapai-kapai dalam pengajaran dan pembelajaran kerana terdesak memenuhi
kehendak sukatan pembelajaran dalam masa yang singkat. Malahan ada juga sesetengah guru bukan opsyen yang terpaksa
mengajarkan KOMSAS. Lebih menghambarkan lagi apabila ada sesetengah penceramah yang mengesyorkan tajuk-tajuk tertentu
saja yang perlu diajarkan kerana berkemungkinan keluar dalam peperiksaan sebenar. Oleh itu, pihak kementerian haruslah
memandang serius tentang hal ini dan mengambil tindakan susulan dengan segera agar kekangan ini dapat ditangani.

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana KOMSAS Perlu Diajarkan Lebih Sistematik, Berita Harian.)

Pemahaman Petikan Umum


Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
i. Berikan maksud rangkai kata secara melalut-lalut (2 markah)

ii. Apakah masalah yang dihadapi oleh guru dalam mengajarkan KOMSAS? (3 markah)

iii. Pada pendapat anda, bagaimanakah pelbagai pihak dapat menarik minat masyarakat terhadap
kesusasteraan Melayu yang kian tenggelam dibawa oleh arus pemodenan? (4 markah)

TATABAHASA : KOSA KATA Dengan merujuk kamus, nyatakan maksud perkataan berikut:

Perkataan Maksud Perkataan Maksud


objektif situasi
diremehkan menyemarakkan
semberono sistematik
terkapai-kapai kekangan

SET 11 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang matlamat pewujudan Program Latihan
Khidmat Negara dan kekangan dalam pelaksanaannya.Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pada 23 Mei 2003, kabinet telah meluluskan cadangan pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara dan Akta Latihan
khidmat Negara 2003. Dewan Rakyat meluluskan Undang-undang Akta Latihan Khidmat Negara pada 25 Jun 2003, manakala
Dewan Negara meluluskan Rang Undang-undang ini pada 3 Julai 2003. Hasilnya pada bulan Februari seramai 85 000 remaja
pelbagai kaum telah dilatih dengan modul fizikal, ketenteraan, pembentukan watak dan komuniti selama 3 bulan.

8
Bagi memastikan Program Latihan Khidmat Negara ini berjalan lancar, kerajaan telah memperuntuk sebanyak RM 500
juta setahun bagi membiayai penyediaan makanan, kem, khemah, elaun jurulatih dan peralatan. Program Latihan Khidmat
Negara yang dilaksanakan di negara ini agak berlainan dengan kerahan tenaga yang dilaksanakan di negara lain. Program ini
bukan bercorak ketenteraan tetapi menggunakan modul dan acuan kita sendiri yang disesuaikan dengan landskap sosial, budaya
dan ekonomi. Remaja akan diberi latihan asas ketenteraan seperti penggunaan senjata dan berkawad yang mampu membentuk
golongan remaja yang berdisiplin tinggi. Disiplin diri merupakan asas penting untuk mencapai kejayaan dalam apa-apa bidang.
Penerapan nilai-nilai patriotik pula diharapkan dapat menerapkan semangat cinta akan negara dan sanggup berkorban apa-apa
sahaja demi kepentingan negara. Remaja juga bersedia dipanggil pada bila-bila masa seandainya negara kita berdepan dengan
masalah perkauman, kekacauan atau darurat.

Para remaja yang mengikuti Program Latihan Khidmat Negara datang daripada pelbagai latar belakang yang berbeza.
Mereka berpeluang berkomunikasi dan berinteraksi dengan rakan- rakan yang berlainan agama, adat resam dan budaya. Oleh itu
, integrasi nasional akan bertambah kukuh. Para peserta juga diwajibkan menyertai program khidmat sosial seperti bergotong-
royong dan khidmat bakti kepada masyarakat. Melalui aktiviti seumpama ini para peserta akan disemai dengan amalan-amalan
nilai murni yang penting dalam hidup bermasyarakat.. Sekiranya seseorang remaja gagal mengikuti program ini, mereka boleh
dihukum penjara tidak melebihi enam bulan atau denda tidak melebihi RM 3000 atau kedua-duanya sekali. Penetapan arahan ini
dan hukuman yang dikenakan merupakan satu usaha kerajaan bagi memastikan remaja terus membentuk disiplin diri walaupun
sudah meninggalkan alam persekolahan. Mereka juga berpeluang meningkatkan keyakinan diri dan sahsiah masing-masing
sebelum memasuki institusi pengajian tinggi atau menceburi bidang pekerjaan.

Semua pihak, khususnya para remaja diharap dapat menyambut seruan kerajaan dengan menyertai Program Latihan
Khidmat Negara. Banyak faedah yang dapat diperoleh daripadanya. Mereka harus berfikiran positif kerana matlamatnya bukan
untuk mendera remaja, sebaliknya menggalakkan remaja melakukan sesuatu dengan rela hati.

Dipetik dan diubahsuai daripada rencana Khidmat Negara bukan kerahan tenaga oleh Hamdan Hj. Abu, Dewan Siswa

Pemahaman Petikan Umum


Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

i. Berikan maksud rangkai kata berfikiran positif [ 2 markah ]

ii. Nyatakan aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam Program Latihan Khidmat Negara. [ 3 markah ]

iii. Pada pendapat anda apakah usaha yang dapat dilakukan oleh pelbagai pihak untuk menarik minat remaja menyertai
Program Latihan Khidmat Negara? [ 4 markah ]

TATABAHASA : AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF : Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif

i. Dewan Negara meluluskan Rang Undang-undang Akta Latihan Khidmat Negara pada 3 Julai 2003

ii. Kerajaan telah memperuntuk sebanyak RM 500 juta setahun bagi membiayai penyediaan makanan, kem, khemah,
elaun jurulatih dan peralatan

iii. Para peserta menyertai program khidmat sosial seperti bergotong-royong dan khidmat bakti kepada masyarakat

Set 12
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah membaca dan cara-cara
menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120
perkataan..
Berdasarkan Laporan Kajian Tabiat Membaca Rakyat Malaysia, kadar literasi atau celik huruf di negara ini ialah 93
peratus. Walau bagaimanapun, kajian itu mendapati bahawa rakyat Malaysia kini hanya membaca dua buah buku setahun.
Keadaan ini masih tidak memuaskan walaupun tabiat membaca rakyat Malaysia telah bertambah baik. Satu dekad yang lalu,
rakyat Malaysia hanya membaca satu halaman buku setahun.
9
Terdapat beberapa faktor yang menjejaskan proses pembudayaan amalan membaca di negara ini. Antaranya, harga
buku yang mahal, khususnya buku ilmiah yang diimport. Hal ini menyebabkan pembeli berfikir berkali-kali sebelum membeli
buku. Keadaan ini banyak berlaku dalam kalangan pelajar di institusi pengajian tinggi. Selain itu, sikap rakyat yang tidak
menitikberatkan aktiviti keilmuan juga menjadi penyumbang kepada kadar pembacaan yang rendah. Persepsi orang ramai
bahawa membaca hanya berlaku semasa proses menuntut ilmu harus dikikis. Untuk menangani persepsi yang salah itu,
beberapa tindakan wajar diambil secara berperingkat-peringkat dan berterusan. Oleh hal yang demikian, usaha ini akan
menimbulkan kesedaran bahawa orang yang membaca akan memperoleh ilmu yang berguna sepanjang hayatnya dan akan
sentiasa dihormati oleh orang lain.
Percambahan idea baharu dalam bentuk yang lebih tersusun dan jelas diperoleh melalui amalan membaca. Oleh
sebab itulah dikatakan bahawa amalan membaca sebagai jambatan ilmu. Amalan yang baik ini dapat mengasah fikiran supaya
lebih bercapah, di samping menyuburkan perkembangan jiwa seseorang. Sehubungan dengan itu, orang yang kurang
membaca akan ketinggalan dalam segala bidang. Orang yang banyak membaca akan mempunyai imaginasi yang tinggi
berdasarkan buku yang dibacanya. Namun begitu, berapa ramaikah rakyat negara kita ini yang mengamalkannya? Tidak
keterlaluan jika dikatakan bahawa amalan membaca hanya dapat dilihat di institusi pengajian tinggi, di perpustakaan dan di
sekolah sahaja
Amalan membaca ialah usaha yang dikaitkan dengan pembinaan ilmu pengetahuan dalam diri individu berkenaan.
Menerusi amalan membaca, seseorang individu dapat meningkatkan penguasaan bahasanya dan membolehkan seseorang itu
maju dalam kehidupannya. Amalan membaca harus dipupuk supaya usaha memartabatkan ilmu itu tidak didukung oleh
sesetengah pihak sahaja. Setiap lapisan masyarakat perlu menggembleng tenaga untuk memastikan bahawa amalan membaca
dapat dibudayakan. Tambahan pula, kini segala ilmu dan maklumat lebih mudah diperoleh melalui Internet. Oleh itu, hasrat
kita untuk menjadi bangsa yang maju dan bermaklumat akan dapat dicapai sekiranya kita tahu menghargai dan
memartabatkan ilmu melalui pembacaan.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada `Membaca Santapan Rohani dan Minda' oleh Huzaimi Baharudin,
Dewan Masyarakat, Januari 2006)

Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud persepsi orang ramai berdasarkan penggunaannya dalam petikan tersebut.[2 markah]
(ii) (ii) Mengapakah budaya membaca kurang menjadi amalam masyarakat negara ini? [3 markah]
(iii)Pada pandangan anda, apakah langkah yang sesuai dilaksanakan bagi menggalakkan pelajar membaca bahan-bahan
tambahan selain daripada pelajaran di sekolah. [4 markah]

TATABAHASA : KOSA KATA Dengan merujuk kamus, nyatakan maksud perkataan berikut:
Perkataan Maksud Perkataan Maksud

percambahan ilmiah

bercapah persepsi

imaginasi menggembleng

literasi memartabatkan

Set 13
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang tindakan mengatasi masalah disiplin
murid di sekolah dan kesan masalah itu kepada negara. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120
patah perkataan.

Pada masa ini Kementerian Pelajaran Malaysia sedang berusaha untuk memperkasakan pendidikan di negara kita
kerana pendidikanlah yang akan menentukan hala tuju sesebuah negara. Menerusi pendidikan juga kita akan dapat melahirkan

10
pemimpin yang berwibawa, berkaliber dan kental jati diri. Walau bagaimanapun, hasrat murni kementerian ini menghadapi
beberapa kekangan, antaranya termasuklah masalah disiplin murid di sekolah-sekolah.

Untuk mengatasi masalah ini, kementerian telah menubuhkan Jawatankuasa Petugas Khas Menangani Gejala
Disiplin. Sehingga penghujung tahun 2004, sebanyak 250 pendapat awam diterima di samping ratusan aduan yang dikategorikan
dalam masalah salah laku murid. Tindakan lain yang diambil oleh Kementerian Pelajaran adalah dengan membuka talian penting
dan e-mel untuk mangsa buli dan keganasan di sekolah. Dengan cara ini. Kementerian Pelajaran akan mendapat maklumat
tentang masalah disiplin dengan lebih tepat. lbu bapa dan orang awam boleh membuat aduan tentang masalah disiplin murid.
Selain itu, maklumat boleh disalurkan menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) kepada pegawai yang bertanggungjawab.

Bagi menangani masalah disiplin yang berat, pihak sekolah dibenarkan untuk mendapatkan bantuan daripada
polis. Sekiranya perlu, pihak polis dibenarkan untuk menahan murid yang berada di luar kawasan sekolah pada waktu
persekolahan. Kementerian Pelajaran telah mengingatkan pihak sekolah bahawa mereka boleh dikenakan tindakan tatatertib
jika menyembunyikan kes disiplin yang berlaku di sekolah masing-masing. Hal ini demikian kerana Kementerian Pelajaran
menerima laporan bahawa terdapat pihak pentadbir sekolah, terutamanya sekolah yang berstatus elit, cuba menutup kes disiplin
di sekolah mereka.

Sebenarnya masalah disiplin yang berlaku ini boleh ditangani menerusi prosedur yang sedia ada seperti
mengenakan hukuman rotan, denda, gantung sekolah dan buang sekolah. Namun demikian, sebelum hukuman dikenakan, setiap
kes itu mestilah disiasat puncanya terlebih dahulu. Tindakan ini diambil supaya kita dapat berlaku adil kepada murid tersebut
kerana ada murid yang melakukan kesalahan disiplin semata-mata kerana ingin akan perhatian dan mereka sebenamya bukan
penjenayah. Kita akui bahawa masa depan negara amat bergantung pada kejayaan dan kemantapan sistem pendidikan.
Kemantapan ini pula bergantung pada kecemerlangan kakitangan Kementerian Pelajaran melaksanakan peranan masing-
masing. Dengan itu, akan tercapailah hasrat negara untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis selaras dengan
matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada `Realiti Semasa Masalah Disiplin Pelajar' oleh Noor Khairiyati Mohd. Ali, Dewan Masyarakat,
April 2005)
Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud berstatus elit berdasarkan penggunaannya dalam petikan tersebut.[2 markah]

(ii) Mengapakah hukuman yang dikenakan ke atas murid mesti disiasat puncanya terlebih dahulu? [3 markah]

(iii)Pada pandangan anda, apakah implikasi pelanggaran disiplin di sekolah. [4 markah]


__________________________________________________________________________________________________________________________________
Peribahasa:
Nyatakan peribahasa yang berkaitan dengan sikap berikut:
1. Degil
2. Nasihat yang tidak dihiraukan
3. Tidak mudah berputus asa
Set 14
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan terumbu karang di
Malaysia dan kaedah pemuliharaannya.. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Batu karang merupakan haiwan kecil yang ada kaitan dengan anemone laut. Setiap haiwan batu karang
dinamai polip. Badannya berisi bendalir dan kelihatan seperti plastik. Hujung mulutnya dikelilingi sesungut bersengat
yang digunakan untuk menangkap haiwan air yang lalu di hadapannya. Polip menghasilkan satu rangka batu kapur keras
yang mengelilinginya dalam bentuk cawan. Apabila polip itu mati, rangka yang keras itu akan terus kekal.

11
Kejadian batu karang yang membentuk terumbu karang seperti yang dapat dilihat sekarang bukan tercipta
dalam masa sehari dua tetapi mengambil masa beratus-ratus tahun. Terumbu karang tercipta dalam pelbagai bentuk,
saiz dan warna. Hidupan laut ini dianggap perhiasan `lantai laut' atau ‘ pelangi laut'. Kira-kira 30 peratus ikan yang
ditangkap di Malaysia bergantung hidup pada terumbu karang. Jika terumbu karang itu musnah, ikan-ikan kehilangan
habitat dan jumlahnya akan berkurangan. Akibatnya, pendapatan nelayan terjejas dan manusia kekurangan satu sumber
protein yang terbesar.

Pemuliharaan terumbu karang sangat penting kerana fungsinya adalah untuk melemahkan kekuatan ombak
selain penting bagi sektor pelancongan. Terumbu karang boleh memecahkan air dan menyerap atau memesongkan 90
peratus tenaga ombak. Secara tidak langsung, kewujudan terumbu karang dapat mengelakkan hakisan pantai yang
serius. Dari sudut pelancongan pula, terumbu karang sentiasa menjadi tarikan pelancong. Terumbu karang yang cantik
menjadi tumpuan penyelam seperti di beberapa kawasan perairan Terengganu, Kedah, Pahang, Sabah dan Sarawak.
Kehadiran ramai pelancong mendorong pelbagai pihak menyediakan kemudahan yang selesa kepada para pelancong dan
usaha ini membantu pembangunan di kawasan tersebut.

Selain itu, suatu hal yang menarik tentang batu karang ialah penemuan terkini oleh para saintis. Mereka
mendapati batu karang boleh menjadi pengganti tulang manusia kerana strukturnya yang seakan-akan tulang manusia.
Tulang tiruan yang diperbuat daripada batu karang yang telah mati itu dinamakan coragraph. Penemuan ini memberikan
harapan baru kepada para doktor dalam usaha menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan pengganti tulang
manusia.

Walau bagaimanapun, terumbu karang juga tidak terlepas daripada ancaman kepupusan. Antara ancaman
yang dihadapi ialah pencemaran air dan aktiviti manusia seperti pengambilan batu karang dari dasar laut dan kaedah
penangkapan ikan yang merosakkannya. Oleh itu, kita perlu melindungi terumbu karang untuk mengelakkannya
daripada musnah dan pupus. Jika kita membiarkan terumbu karang yang menjadi sebahagian daripada ekosistem
maritim itu musnah, kita bukan sahaja kehilangan khazanah berharga malah turut terdedah kepada ancaman bencana
alam dalam hidup kita.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada `Memulihara Terumbu Karang' oleh Anida Salwani, Berita Harian, 13 November
2001)

Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata kehilangan habitat berdasarkan penggunaannya dalam petikan tersebut.

[2 markah]

(ii) Nyatakan kesan kemusnahan dan kepupusan batu karang kepada alam dan kehidupan manusia.

[3 markah]

(iii) Pada pandangan anda, apakah tindakan yang sebaik-baiknya dilakukan bagi memulihara dan melindungi terumbu karang
daripada musnah. [4 markah]

TATABAHASA – KATA SENDI NAMA

1. Senaraikan enam kata sendi nama yang terdapat dalam petikan.


2. Bina ayat anda sendiri berdasarkan kata sendi nama tersebut.

Set 15
Baca petikan dibawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang cara-cara melahirkan masyarakat
berbudi bahasa dan kesan terhakisnya amalan berbudi bahasa dalam masyarakat. Panjang rumusan hendaklah
tidak melebihi 120 patah perkataan.

Sejak zaman-berzaman, generasi tua terasuh dengan budaya dan adat sopan yang menitikberatkan nilai-
nilai budi dalam setiap perbuatan dan perbualan. Mereka sentiasa meletakkan budi bahasa sebagai pelengkap
kehidupan berhemah. Budi bahasa lazimnya merujuk kepada tutur kata, kelakuan dan sopan santun yang meliputi
akhlak mulia. Untuk menyuburkan amalan yang mulia ini, kerajaan melancarkan Kempen Budi Bahasa dan Nilai

12
Murni. Justeru, kesedaran sivik masyarakat umum mestilah ditingkatkan oleh semua pihak untuk melahirkan
warganegara yang berhemah tinggi.

Sementara itu, amalan berterima kasih hendaklah disuburkan semula. Alangkah eloknya tradisi dalam
masyarakat silam ini diamalkan secara menyeluruh di mana-mana sahaja pada setiap masa. Dalam kehidupan
bermasyarakat, nilai kerjasama dan tolong-menolong tidak boleh diabaikan. Amalan ini akan menyemai perasaan
hormat-menghormati di samping mengeratkan hubungan sesama anggota masyarakat. Antara amalan harian yang
perlu kita lakukan untuk mengembalikan warisan silam itu termasuklah budaya berbahasa yang sopan dan
berakhlak mulia.

lbu bapa bertanggungjawab dalam mendidik dan membentuk sahsiah anak-anak supaya membesar
dengan akhlak yang terpuji. Cabarannya hebat kerana ibu bapa kini terhimpit oleh tuntutan kerjaya masing-masing.
Pada peringkat sekolah pula, guru-guru perlu mendidik murid mereka supaya berbudi bahasa dan mengamalkan
nilai-nilai murni kerana banyak masa murid dihabiskan di sekolah. Satu langkah drastik yang dilakukan oleh pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia adalah dengan memperkenalkan mata pelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan. Oleh sebab itu, amalan berbudi bahasa wajib kita laksanakan baik di sekolah atau di rumah.
Malahan amalan ini perlu dihayati dan diamalkan oleh seluruh rakyat. Dengan perkataan lain, setiap orang
bertanggungjawab dalam mengekalkan nilai budi bahasa itu.

Jika hal ini dapat diwujudkan, maka usaha untuk mencapai taraf negara maju menjelang tahun 2020 akan
berhasil kerana nilai-nilai murni merupakan satu daripada ukuran kemajuan bangsa dan negara. Budi bahasa dan
amalan murni tidak dapat bercambah tanpa usaha untuk memupuknya. Rakyat dan kerajaan mesti berusaha
bersama-sama untuk mewujudkan masyarakat yang berhemah tinggi dan berbudi bahasa. Untuk tujuan itu, kita
perlu ingat-mengingatkan supaya amalan murni yang kian terhakis itu menjadi amalan pada setiap masa. Kempen
Budi Bahasa dan Nilai Murni merupakan kemuncak tindakan kerajaan untuk menerapkan amalan mulia ini dalam
fikiran, perilaku dan hati budi warganegara Malaysia dalam pelbagai lapisan masyarakat. Kempen ini diharapkan
dapat meneguhkan keperibadian dan mempamerkan jati diri dan imej rakyat Malaysia yang positif kepada
masyarakat antarabangsa.

Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata mengembalikan warisan silam berdasarkan penggunaannya dalam petikan tersebut.
[2 markah]

(ii) Nyatakan faedah amalan berbudi bahasa kepada negara dan rakyat keseluruhannya. [3 markah]

(iii) Pada pandangan anda, bagaimanakah pemimpin dapat menggalakkan orang bawahannya sentiasa mengamalkan budi
bahasa dalam kehidupan seharian. [4 markah]

TATABAHASA – ANALISIS AYAT

Nyatakan subjek dan predikat ayat berikut:

Untuk menyuburkan amalan yang mulia ini, kerajaan melancarkan Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni.

1. Amalan berbudi bahasa wajib kita laksanakan baik di sekolah atau di rumah.
2. Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni merupakan kemuncak tindakan kerjaan untuk menerapkan
amalan mulia ini dalam fikiran warganegara Malaysia.

Set 16
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kelebihan kerja berpasukan dan cara-
cara pemimpin membentuk kerja berpasukan. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Begitu banyak peribahasa Melayu yang mengingatkan kita tentang betapa pentingnya amalan bekerjasama dalam
melaksanakan sesuatu kerja. Antaranya termasuklah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing dan bukit sama didaki, lurah sama
dituruni. Konsep bekerjasama inilah yang menjadi asas kepentingan kerja berpasukan dalam organisasi yang bermula pada awal
abad ke-18, selepas berlakunya revolusi perusahaan dan berkembang sehingga sekarang. Sebelum revolusi perusahaan,
pengurusan dan pentadbiran organisasi dilakukan oleh pekerja yang mendapat arahan daripada ketua mereka. Mereka tidak

13
berpeluang untuk memberikan pendapat atau berbincang tentang kerja yang hendak dilaksanakan. Sebaliknya, pekerja diarah
seperti robot yang dikawal.

Lauza (1985) telah mendefinisikan kerja berpasukan sebagai kumpulan yang terdiri daripada beberapa individu
yang bekerja secara bersama-sama dan kejayaan seseorang pekerja bergantung pada kejayaan kumpulan. Pemimpin atau
pengurus yang berjaya membentuk dan mengemudikan kerja berpasukan dengan berkesan akan dapat melahirkan organisasi
atau institusi yang produktif dan cemerlang. Antara kebaikan kerja berpasukan ialah kerja atau tugas yang
dipertanggungjawabkan akan menjadi lebih mudah dan berkesan, di samping dapat mewujudkan suasana persekitaran kerja
yang harmonis dan menyeronokkan. Kerja berpasukan juga menyebabkan terbentuknya komunikasi berkesan antara ahli
kumpulan. Apabila sesuatu tugas dan tanggungjawab diamanahkan kepada sesebuah kumpulan, maka ahlinya akan memulakan
perbincangan sama ada secara formal atau tidak formal. Langkah ini merupakan asas komunikasi yang berkesan dalam
kumpulan. Semasa perbincangan akan muncul lontaran idea di samping pendapat pro dan kontra tentang sesuatu isu. Langkah
ini akan menghasilkan satu keputusan yang dipersetujui secara kolektif tentang cara untuk melaksanakan tugas dan
tanggungjawab yang diberikan kepada mereka. Keputusan kolektif ini juga akan menjadi pemangkin kepada ahli kumpulan
untuk memberikan komitmen mereka terhadap tugas dan tanggungjawab yang akan dilaksanakan.

Antara prinsip kerja berpasukan ialah komunikasi yang kerap, berkesan dan berterusan. Secara tidak langsung, hal
ini akan mewujudkan hubungan yang baik dan akrab dalam kalangan ahli. Kekerapan berinteraksi sesama ahli akan memberikan
peluang kepada mereka untuk saling mengenali, mengetahui dan memahami kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Akhirnya akan tercetuslah perasaan hormat-menghormati dan bekerjasama sesama mereka. Apabila terdapat rakan yang tidak
dapat menyertai kumpulannya kerana masalah tertentu, tugas yang ditetapkan masih dapat dilaksanakan oleh ahli kumpulan
yang lain. Kerjasama dalam kumpulan kerja juga dapat mendorong ahli mencapai visi dan misi yang pasti akan membantu
kecemerlangan organisasi tersebut.

Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata lontaran idea berdasarkan petikan tersebut. [2 markah]

(ii) Sebelum revolusi perusahaan, bagaimanakah pekerja melaksanakan tugas mereka. [3 markah]

(iii) Pada pandangan anda, apakah kerja-kerja berpasukan yang dapat dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk meningkatkan
prestasi akademik pelajar dalam peperiksaan. [4 markah]

TATABAHASA : KOSA KATA

Dengan merujuk kamus, nyatakan maksud perkataan berikut dan kemudian bina ayat anda sendiri.

1. revolusi
2. organisasi
3. produktif
4. institusi
5. kolektif
6. komunikasi

Set 17

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah hidup berjiran dan cara-cara
memupuk semangat kejiranan. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kemakmuran sesebuah negara amat bergantung pada kemantapan dan keutuhan hubungan dalam setiap
lapisan masyarakat. Hubungan yang erat antara jiran dalam masyarakat merupakan ciri masyarakat yang berkualiti.
Semangat kejiranan dapat memainkan peranan yang amat penting dalam menjana kehidupan setempat yang aman dan
harmoni.

14
Jiran ialah orang yang tinggal paling hampir dengan tempat kediaman kita. Segala perkara yang berlaku
pada diri kita terlebih dahulu diketahui oleh jiran. Oleh itu, jiran merupakan orang yang paling mudah memberikan
pertolongan pada saat kita ditimpa bencana. Pertolongan seperti inilah yang amat diperlukan pada masa kecemasan
sementara menunggu bantuan pihak berwajib atau sanak-saudara. Jiran yang berbeza latar belakang pekerjaan,
pendidikan, agama dan budaya akan memberikan manfaat yang besar kepada kita. Hal ini kerana mereka memiliki
pengetahuan dan kemahiran yang boleh kita kongsi bersama-sama. Di samping itu, jiran yang sepakat dan bersatu
padu mampu menjamin keselamatan setempat daripada sebarang ancaman seperti kecurian, penyalahgunaan dadah dan
budaya samseng.

Segala perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapat dicegah dengan
semangat kerjasama dan keprihatinan sesama jiran. Gejala sosial seperti khalwat, penderaan kanak-kanak dan kes-kes
jenayah dapat dibendung jika jiran memainkan peranan dan mengambil inisiatif melaporkannya kepada pihak
berkuasa. Kita perlu bertindak sekalipun gejala tersebut tidak menimpa ahli keluarga sendiri. Setiap ahli masyarakat
seharusnya beringat sebelum terjadi sesuatu yang buruk, bak kata pepatah, `sediakan payung sebelum hujan'. Jiran
yang hidup dalam suasana berkerjasama dan mengambil berat antara satu sama lain sudah semestinya dapat menjana
program yang menyumbang kebajikan kepada masyarakat setempat. Rahsia kejayaan program ini terletak pada
persepakatan dan persefahaman yang mantap sesama jiran.

Perpaduan ialah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara. Tanpa perpaduan, negara akan berada
dalam keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam keadaaan aman dan damai. Perpaduan dapat
dilahirkan melalui hubungan baik sesama jiran. Jiran yang baik ialah jiran yang berjaya memupuk semangat toleransi,
saling mempercayai dan mengamalkan perkongsian pintar sesama mereka. Sekiranya hal ini diabaikan, maka lambat-
laun akan tercetuslah bibit-bibit permusuhan yang akhirnya membawa kepada perbalahan dan perpecahan.

Kesimpulannya, jelaslah kepada kita betapa penting dan besarnya peranan jiran dalam menentukan
kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara. Hanya negara yang makmur dan sejahtera sahaja yang akan dapat
meneruskan agenda pembangunan yang lebih gemilang pada masa akan datang.

Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata bibit-bibit permusuhan. [2 markah]


(ii)Nyatakan kepentingan perpaduan dalam sesebuah negara. [3 markah]

(iii) Pada pandangan anda, apakah aktiviti kemasyarakatan yang mampu merapatkan hubungan sesama

jiran dalam sesebuah komuniti? [4 markah]

TATABAHASA :
1. Senaraikan 10 kata adjektif yang dapat anda temui dalam petikan rencana di atas.
2. Nyatakan 6 peribahasa yang berkaitan dengan semangat bekerjasama dan kehidupan bermasyarakat.
3. Berikan maksud peribahasa tersebut.

Set 18
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang cara-cara menguruskan tekanan
dan kepentingan pengurusan tekanan kepada individu. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.

Tekanan didefinisikan sebagai satu tindak balas mental dan fizikal terhadap pengalaman pahit atau sukar yang
dialami oleh seseorang. Tekanan yang berterusan akan memberikan kesan buruk terhadap mental, emosi dan jasmani.Oleh
itu, tekanan perlu diurus dengan baik supaya tindakan-tindakan yang terhasil merupakan tindakan yang mencerminkan
kebijaksanaan dan bukan tingkah laku melulu yang memalukan. Ekoran itu setiap individu perlu mengetahui cara-cara
menguruskan tekanan dengan baik supaya tekanan tidak menguasai diri mereka.
15
Pepatah ada mengatakan bahawa mencegah lebih baik daripada mengubati. Kita perlu mengelakkan gejala ini
sebelum terlambat dengan mengamalkan budaya hidup sihat, bukan sahaja dari segi pemakanan tetapi juga dari segi
pergaulan. Beriadah merupakan salah satu amalan budaya hidup sihat. Aktiviti ini membolehkan seseorang itu mendapat
tidur yang berkualiti dan menghindarkan kemurungan serta meningkatkan daya tahan. Kita juga perlu membuang segala
perasaan buruk dan sentiasa berfikiran positif. Hal ini dapat dilakukan dengan memberikan kata-kata perangsang yang
dapat meredakan perasaan negatif supaya kita berada dalam keadaan yang lebih terkawal dan seimbang. Walau
bagaimanapun, jika kita gagal berbuat demikian, kita boleh memikirkan hikmah atau kebaikan di sebalik perkara-perkara
buruk itu. Seseorang itu dapat menegaskan kepada dirinya bahawa seteruk mana sekalipun sesuatu perkara itu
menyakitkan hatinya, bukan bererti dunia telah berakhir dalam hidupnya. Kita hendaklah memahami bahawa kitalah
yang bertanggungjawab menentukan emosi kita. Oleh itu, kita hendaklah ingat bahawa perasaan marah tidak memberikan
keuntungan, sebaliknya keadaan diri sendiri akan menjadi lebih buruk.
Tekanan juga boleh diatasi dengan cara memikirkan perkara-perkara yang menggembirakan kehidupan kita.
Contohnya, seseorang itu boleh mengimbau kejayaan-kejayaan yang telah dicapai selama ini kerana dengan berbuat
demikian, dia berasa lebih yakin dan mampu menghadapi cabaran. Penglibatan diri dalam kegiatan kemasyarakatan dapat
menghindarkan tekanan dalam diri kita. Pergaulan dalam masyarakat membolehkan kita tidak keseorangan dalam
menghadapi masalah hidup. Oleh itu, luahkan masalah tersebut kepada orang yang boleh dipercayai secara terus-terang
dan tidak menyimpannya dalam hati kerana masalah yang dipendam akan menjadi racun yang membunuh secara senyap.

Berjenaka juga dapat mengurangkan kerunsingan kerana dengan ketawa seseorang dapat melupakan masalah yang
dihadapinya. Di samping itu, kita perlu kembali kepada kepercayaan agama masing-masing supaya dapat menenangkan
fikiran dan emosi. Kita perlu sedar bahawa masalah hati tidak dapat diatasi sekiranya kita lemah dalam penghayatan
agama.

Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata bukan bererti dunia telah berakhir. [2 markah]
(ii) Mengapakah tekanan perlu diuruskan dengan baik? [3 markah]

(iii) Pada pandangan anda, apakah kesan bagi seseorang pelajar jika dia tidak menangani tekanan yang dihadapi dengan cara
yang betul. [4 markah]

TATABAHASA: KATA KERJA TRANSITIF DAN ANALISIS AYAT


Aktiviti beriadah membolehkan seseorang itu mendapat tidur yang berkualiti dan menghindarkan
kemurungan serta meningkatkan daya tahan. Kita juga perlu membuang segala perasaan buruk dan sentiasa
berfikiran positif. Hal ini dapat dilakukan dengan memberikan kata-kata perangsang yang dapat meredakan
perasaan negatif supaya kita berada dalam keadaan yang lebih terkawal dan seimbang

1. Berikan enam contoh frasa kerja transitif yang terdapat dalam rencana di atas.

2. Pisahkan ayat pertama dalam petikan di atas kepada tiga ayat tunggal.

Set 19
Soalan 1 : Rumusan [ 30 markah ]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang matlamat pewujudan Program Latihan Khidmat
Negara dan kekangan dalam melaksanakannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pada 23 Mei 2003, kabinet telah meluluskan cadangan pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara dan Akta Latihan
khidmat Negara 2003. Dewan Rakyat meluluskan Undang-undang Akta Latihan Khidmat Negara pada 25 Jun 2003, manakala
Dewan Negara meluluskan Rang Undang-undang ini pada 3 Julai 2003. Hasilnya pada bulan Februari seramai 85 000 remaja
pelbagai kaum telah dilatih dengan modul fizikal, ketenteraan, pembentukan watak dan komuniti selama 3 bulan.
Bagi memastikan Program Latihan hidmat Negara ini berjalan lancar, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM
500 juta setahun bagi membiayai penyediaan makanan, kem, khemah, elaun jurulatih dan peralatan. Program Latihan Khidmat
Negara yang dilaksanakan di negara ini agak berlainan dengan kerahan tenaga yang dilaksanakan di negara lain. Program ini
bukan bercorak ketenteraan tetapi menggunakan modul dan acuan kita sendiri yang disesuaikan dengan landskap sosial, budaya
16
dan ekonomi. Remaja akan diberi latihan asas ketenteraan seperti penggunaan senjata dan berkawad yang mampu membentuk
golongan remaja yang berdisiplin tinggi. Disiplin diri merupakan asas penting untuk mencapai kejayaan dalam apa-apa bidang.
Penerapan nilai-nilai patriotik pula diharapkan dapat menerapkan semangat sayang akan negara dan sanggup berkorban apa-
apa sahaja demi kepentingan negara. Remaja juga bersedia dipanggil pada bila-bila masa seandainya negara kita berdepan
dengan masalah perkauman, kekacauan atau darurat. Para remaja yang mengikuti Program Latihan Khidmat Negara datang
daripada pelbagai latar belakang yang berbeza. Mereka berpeluang berkomunikasi dan berinteraksi dengan rakanrakan yang
berlainan agama, adat resam dan budaya. Oleh itu , integrasi nasional akan bertambah kukuh. Perpaduan antara remaja pelbagai
kaum akan semakin teguh.
Para peserta juga diwajibkan menyertai program khidmat sosial seperti bergotong-royong dan khidmat bakti kepada
masyarakat. Melalui aktiviti seumpama ini para peserta akan disemai dengan amalanamalan nilai murni yang penting dalam
hidup bermasyarakat. Remaja yang terpilih mengikuti Program Latihan Khidmat Negara tidak boleh menolak tanpa alasan yang
kukuh. Sekiranya seseorang remaja gagal mengikuti program ini, mereka boleh dihukum penjara tidak melebihi enam bulan atau
denda tidak melebihi RM 3000 atau kedua-duanya sekali. Penetapan arahan ini dan hukuman yang dikenakan merupakan satu
usaha kerajaan bagi memastikan remaja terus membentuk disiplin diri walaupun sudah meninggalkan alam persekolahan.
Mereka juga berpeluang meningkatkan keyakinan diri dan sahsiah masing-masing sebelum memasuki institusi pengajian tinggi
atau menceburi bidang pekerjaan.
Semua pihak, khususnya para remaja diharap dapat menyambut seruan kerajaan dengan menyertai Program Latihan
Khidmat Negara. Banyak faedah yang dapat diperoleh daripadanya. Mereka harus berfikiran positif kerana matlamatnya bukan
untuk mendera remaja, sebaliknya menggalakkan remaja melakukan sesuatu dengan rela hati.
Dipetik dan diubahsuai daripada rencana Khidmat Negara bukan kerahan tenaga oleh Hamdan Hj. Abu, Dewan Siswa

Pemahaman Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1 , jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
i. Berikan maksud rangkai kata berfikiran positif [ 2 markah ]
ii. Nyatakan aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam Program Latihan Khidmat Negara. [ 3 markah ]
iii. Cadangkan empat usaha yang dapat dilakukan oleh pelbagai pihak untuk menarik minat remaja menyertai Program Latihan
Khidmat Negara? [ 4 markah ]

TATABAHASA : AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF : Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif

i. Dewan Negara meluluskan Rang Undang-undang Akta Latihan Khidmat Negara pada 3 Julai 2003
ii. Kerajaan telah memperuntuk sebanyak RM 500 juta setahun bagi membiayai penyediaan makanan, kem, khemah,
elaun jurulatih dan peralatan
iii. Para peserta menyertai program khidmat sosial seperti bergotong-royong dan khidmat bakti kepada masyarakat

Set 20

Soalan 1 : Rumusan [30 markah]


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan menghayati sejarah dan langkah-
langkah memupuk minat pelajar untuk mempelajari sejarah. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.
Dewasa ini banyak orang memperkatakan kepentingan sejarah dalam pembinaan negara bangsa. Bagi sebuah negara
yang pesat membangun seperti Malaysia, bukan sahaja aspek pencapaian fizikal yang diukur, malahan pembangunan modal
insan dilihat sebagai antara elemen terpenting dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah tamadun bangsa. Kepelbagaian
ilmu pengetahuan yang dibekalkan kepada remaja tidak cukup untuk menjamin kesejahteraan dan keharmonian bangsa. Dalam
diri mereka sendiri perlu disemai rasa cinta, hormat dan bangga akan bangsa dan negara. Pada masa yang sama, integrasi antara
kaum perlu ditingkatkan juga.
Dalam konteks semasa, subjek Sejarah diberikan tanggungjawab untuk membentuk keperibadian diri pelajar menjadi
insan yang seimbang. Pada subjek Sejarah jugalah diletakkan harapan supaya generasi muda yang lahir daripada sistem
pendidikan kebangsaan mempunyai semangat patriotisme yang jitu. Malahan, pengajarannya juga dilihat sebagai pendekatan
17
terbaik untuk menyemai semangat bertolak ansur dan bersatu padu dalam kalangan generasi muda. Hal ini demikian kerana kita
dapat mengenal sesuatu kaum dengan lebih dekat lagi.
Subjek Sejarah tidak berdiri sendiri. Sejarah merentas pelbagai disiplin ilmu, seperti Geografi, Kimia, Fizik, Biologi dan
Matematik. Oleh sebab itu, banyak tokoh ilmuwan Islam, seperti Ibnu Sina, al-Khawarizmi dan al-Farabi, bukan sahaja mahir
dalam bidang masing-masing malahan mendalami ilmu sejarah atau disebut falsafah. Hal ini demikian kerana kesinambungan
kedua-dua bidang ilmu mampu membentuk pemikiran yang kritis dan menyumbang kepada pembinaan tamadun yang lebih
menyeluruh. Kekurangan yang ada pada tamadun sesuatu bangsa dapat diketahui apabila mengimbas sejarah, dan kelemahan
itu dapat ditampung apabila wujud kesedaran untuk membela nasib bangsa itu sendiri. Sejarah tidak pernah mendidik
pengkajinya supaya menjadi pengadil atau hakim terhadap sesuatu peristiwa yang sudah berlaku, sebaliknya sejarah mengajak
pengkajinya mengambil iktibar daripada apa-apa yang berlaku dan menambahbaikkan setiap tindakan demi masa depan.
Sejarah hitam negara yang berlaku pada 13 Mei 1969, mengajar kita tentang kepentingan toleransi dan semangat bersatu padu.
Peristiwa ini jelas membuktikan bahawa apabila hubungan antara kaum tidak dipelihara dengan baik, keamanan akan goyah dan
negara akan berada dalam keadaan kucar-kacir. Kesannya turut dirasai dalam bidang ekonomi. Perkembangannya pasti akan
terencat. Oleh sebab itulah, pimpinan negara pada masa itu memperkenalkan Rukun Negara sebagai satu wadah untuk
merapatkan perpaduan dalam kalangan masyarakat.
Pengetahuan tentang warisan silam negara membolehkan individu mengenal identiti dan membentuk jati diri yang
mantap, terutama dalam kalangan generasi muda. Kekuatan jati diri yang mencintai kedamaian ini akan memberikan dorongan
untuk menoktahkan persengketaan yang mendatangkan bencana. Semangat diri yang kental dalam membela nasib bangsa, agama
dan negara merupakan maruah diri yang paling bernilai daripada simpanan wang yang berjuta-juta, tetapi digunakan untuk
tujuan yang sia-sia. Oleh itu, remaja perlu tabah dalam menghadapi cabaran yang semakin hebat di samping menjamin agar
wawasan negara dan bangsa terus dipertahankan untuk selama-lamanya.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana Dewan Siswa, Januari 2009)

Pemahaman Petikan Umum


Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata menoktahkan persengketaan. [2 markah]
(ii) Nyatakan kesan-kesan yang akan berlaku jika perpaduan kaum tidak dipelihara dengan baik. [3 markah]
(iii) “Integrasi antara kaum perlu ditingkatkan”.Pada pendapat anda, bagaimanakah sekolah dapat memainkan peranan
untuk merealisasikan hasrat tersebut? [4 markah]

TATABAHASA : KOSA KATA Dengan merujuk kamus, nyatakan maksud perkataan berikut:
Perkataan Maksud Perkataan Maksud
tamadun merentas
elemen ilmuwan
integrasi kritis
patriotisme goyah

Set 21
Rumusan[30 markah]
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian buat suatu rumusan tentang langkah-langkah menjayakan program
kitar semula dan faedahnya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pernahkah anda terfikir tentang sisa pepejal atau sampah-sarap yang dibuang setiap hari yang tidak iuruskan dengan
sempurna? Sehubungan dengan itu, kerajaan menerusi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, telah melancarkan
kempen kitar semula secara besar-besaran di seluruh negara. Namun program kitar semula ini kurang berjaya kerana sikap
masyarakat kita sendiri yang kurang prihatin terhadap perkara ni dan tidak ambil peduli tentang implikasi pembuangan sisa
pepejal yang berlebihan. Masih ramai lagi dalam kalangan masyarakat kita yang membuang sampah di tempat yang tidak
sepatutnya. Masyarakat kita juga kurang memanfaatkan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan bagi memastikan sisa pepejal
ini diurus dengan sewajarnya.
Selain itu, penglibatan dan penyertaan yang masih rendah pihak swasta juga menyebabkan program kitar semula ini
sukar mencapai sasaran. Seharusnya pihak swasta turut memberikan komitmen yang tinggi, seperti menganjurkan program
kitar semula, agar dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya kitar semula. Usaha sesetengah pasar
raya besar seperti Jusco yang menyediakan tong kitar semula haruslah dipuji dan patut dicontohi oleh pihak swasta yang lain.
Pendidikan mengenai kepentingan kitar semula perlulah dipupuk dari awal bermula dari rumah dan sekolah. Ibu bapa dan guru
18
perlu memainkan peranan dalam melatih anak serta pelajar mengamalkan cara yang betul tentang pembuangan sampah dan sisa
pepejal. Pendidikan awal ini jika dipupuk secara berterusan akan menjadi amalan yang sangat menguntungkan semua pihak.
Kerajaan perlu menggubal semula undang-undang bagi menghukum penjenayah alam sekitar yang membuang sampah
dan sisa industri sesuka hati. Peranan media massa juga penting dalam memastikan kempen kitar semula ini lebih berkesan
dalam kalangan masyarakat. Iklan mengenai kitar semula haruslah sentiasa disiarkan bagi memastikan masyarakat sentiasa
peka terhadap kempen ini. Walaupun jumlah tong yang disediakan menjangkau 15,000 buah yang merangkumi 700 pusat kitar
semula di seluruh negara, namun jumlah ini masih belum mencukupi. Oleh itu, kerajaan dan pihak berkuasa tempatan (PBT)
perlu memperbanyak tong dan pusat kitar semula. Peranan badan bukan kerajaan (NGO) juga penting dalam menubuhkan
persatuan atau badan tertentu dalam menangani masalah pembuangan sampah di negara kita.
Seharusnya kita mencontohi beberapa negara luar yang NGO-nya mengambil inisiatif membentuk kumpulan atau
komuniti bagi menjayakan projek kitar semula. Telah banyak usaha dan program yang dilaksanakan oleh kerajaan sejak tahun
2000 hingga sekarang. Persoalannya, sejauh manakah program kitar semula di negara ini berjaya? Jangan tunggu hingga esok,
kita mulakannya hari ini.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana, Berkesankan Kitar Semula? oleh Roslan Lateh, Dewan Siswa Jun 2008)

Pemahaman Petikan Umum


Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud tidak ambil peduli tentang implikasi berdasarkan penggunaannya dalam petikan tersebut.[2 markah]
(ii) Mengapakah program kitar semula dalam kalangan masyarakat kita masih kurang berkesan? [3 markah]
(iii) Pada pandangan anda, selain daripada program kitar semula, nyatakan aktiviti-aktiviti lain yang boleh dilaksanakan bagi
memelihara alam sekitar? [4 markah]

TATABAHASA : AYAT TANYA Bina ayat tanya daripada ayat-ayat di bawah.


(i) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah melancarkan kempen kitar semula secara besar-besaran di
seluruh negara.
(ii) Program kitar semula ini kurang berjaya kerana sikap masyarakat kita sendiri yang kurang prihatin terhadap
perkara ini dan tidak ambil peduli tentang implikasi pembuangan sisa pepejal yang berlebihan.
(iii) Ibu bapa dan guru perlu memainkan peranan dalam melatih anak serta pelajar mengamalkan cara yang betul
tentang pembuangan sampah dan sisa pepejal.

Set 22

Rumusan[30 markah]

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat suatu rumusan tentang sebab-sebab
seseorang harus menentukan matlamat kewangannya dan cara untuk merealisasikannya. Panjangnya
rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah kata.

Kita harus mengakui bahawa pengurusan kewangan meliputi beberapa peringkat sama ada yang
diurus secara kemas dan teratur seperti institusi kewangan atau yang diurus oleh individu itu sendiri.
Dalam kehidupan, pengurusan kewangan adalah untuk mencapai matlamat kewangan. Hal ini dapat
dianalogikan sebagai seorang pemanah yang menghalakan busur lalu melepaskan anak panah ke arah satu
dinding yang luas tanpa sasaran yang tetap. Perkara yang demikian samalah dengan seseorang yang tidak
merancang matlamat kewangannya. Masa depan kewangannya diserahkan sepenuhnya pada takdir.
Orang yang tidak mempunyai matlamat kewangan biasanya kerap menemukan kegagalan
berbanding dengan orang yang mempunyai matlamat kewangan. Hal ini didorong oleh sifat manusia yang
19
mempunyai kehendak yang tidak terbatas walaupun sumber yang dimilikinya terhad. Dengan pendapatan
yang sederhana, pelbagai kehendak dan keperluan terpaksa dipenuhi sehingga pendapatan tidak dapat
menampung perbelanjaannya. Hasrat untuk menyimpan wang apabila pendapatan bertambah sering
tidak tertunai kerana perbelanjaannya bertambah sebelum sempat ia memperoleh pendapatan tambahan
yang diharapkan. Kita yakin, jika seseorang menetapkan matlamat kewangan yang ingin dicapai maka
tindakan seterusnya ialah memikirkan kaedah yang paling sesuai untuk mencapai matlamat itu dengan
mengambil kira pendapatan yang diperoleh setiap bulan.
Kita andaikan lebihan pendapatan setiap bulan sebanyak RM1,000.00. Jika tiada perancangan
kewangan, biasanya lebihan pendapatan itu akan berkurang dari semasa ke semasa kerana digunakan
untuk memenuhi pelbagai tujuan yang tidak dirancang. Sekiranya orang yang terbabit itu berdisiplin,
pengeluaran wang untuk tujuan memenuhi kehendak yang tidak terbatas mungkin dapat dielakkan.
Namun demikian, ketiadaan matlamat kewangan yang khusus akan menyebabkan potensi wang yang
dikumpulkan setiap bulan itu tidak dapat digunakan secara maksimum. Seorang ayah yang
bertanggungjawab dan mementingkan masa depan dan pendidikan anaknya, tentu sekali menetapkan
matlamat kewangan untuk menyediakan peruntukan bagi tujuan pendidikan tinggi anaknya apabila anak
mencapai usia 19 atau 21 tahun.
Matlamat kewangan merupakan suatu perancangan yang teliti, sistematik, dan berkesan yang dapat
dilakukan menerusi kaedah penjimatan yang ditetapkan sendiri oleh individu itu sesuai dengan kedudukan
kewangan semasa yang dimilikinya. Menerusi matlamat kewangan, individu berkenaan dapat menikmati
pelbagai faedah sampingan yang lain seperti tiada keputusan wang jika diperlukannya pada bila-bila masa
pun. Perkara yang lebih penting daripada itu matlamat kewangan akan membantu seseorang membuat
keputusan kewangan dengan tepat.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana Tentukan Matlamat Kewangan Anda, Dewan
Ekonomi, Disember 2003.)
Pemahaman Petikan Umum
(i) Jelaskan maksud kedudukan kewangan semasa dalam petikan di atas. [2 markah]

(ii) Huraikan punca seseorang itu merasakan bahawa pendapatannya tidak pernah cukup. [3 markah]

(iii) Pada pandangan anda, mengapakah amalan menabung belum menjadi budaya masyarakat kita? [4m]

SET 1 Pendahuluan

Petikan tentang usaha-usaha untuk membanteras tabiat merokok di negara kita.


Isi-isi tersurat

1 Kerajaan melancarkan kempen ‘Katakan Tak Nak’ menerusi media iklan dan papan tanda.
2 Murid-murid yang ditangkap ketika menghisap rokok di kawasan sekolah hendaklah dikenakan tindakan tegas.
3 Kerajaan juga serius untuk menggalakkan rakyat berhenti merokok dengan menubuhkan klinik antimerokok di klinik
kerajaan di seluruh negara yang dilengkapi doktor dan kaunselor.
4 Mengenakan denda kepada orang ramai yang merokok di premis yang diwartakan sebagai kawasan larangan merokok.
5 Meletakkan amaran bahawa merokok membahayakan kesihatan pada setiap kotak rokok.
6 Meletakkan gambar penyakit-penyakit akibat daripada merokok pada kotak rokok.
7 Iklan-iklan rokok atau yang ada kaitannya dengan jenama rokok perlu diharamkan di media massa.
8 Peringatan tentang bahaya merokok dan cara-cara mengelakkan diri daripada ketagihan merokok perlu diperbanyak dan
disiarkan berulang-ulang.

Isi-isi tersirat
1 Ibu bapa sendiri tidak berinisiatif untuk berhenti merokok.
2 Kurang kesedaran dalam diri individu.
3 Terdapat kedai-kedai yang masih menjual rokok kepada remaja bawah umur.
4 Kempen yang dijalankan tidak berterusan dan tidak mendapat kerjasama.

20
Kesimpulan
Tabiat merokok dalam kalangan masyarakat perlu dibendung supaya masyarakat yang sihat dapat dilahirkan.

PEMAHAMAN
(i) Tempat yang diisytiharkan.

(ii)  Memberikan khidmat nasihat.


 Memberikan dorongan.
 Memberikan teknik untuk menghentikan tabiat merokok.

(iii)  Pengaruh rakan-rakan supaya cuba menghisap rokok yang akhirnya menyebabkan mereka ketagih.
 Ingin menjaga status, kononnya lelaki yang merokok adalah lelaki yang matang.
 Ibu bapa menghisap rokok menyebabkan anak tidak takut untuk merokok.
 Sebagai suatu jalan untuk menyelesaikan masalah atau mencari ketenangan.
SET 2 - RUMUSAN
Pendahuluan
Petikan tentang .kepentingan menyertai aktiviti kokurikulum dalam kalangan pelajar.

Isi-isi tersurat
1 Menekankan aspek pembentukan disiplin diri pelajar.
2 Semangat kerjasama dan berdikari turut disemai.
3 Pelajar akan mendapat pelbagai pengetahuan khususnya dalam hal-hal pengurusan dan pentadbiran.
4 Memberikan satu pengalaman baharu yang berbeza daripada bidang akademik.
5 Memberikan penekanan kepada pemikiran strategik dan kekuatan fizikal.
6 Sukan dapat memupuk keyakinan diri, menghormati peraturan dan daya saing yang tinggi.
7 Pelajar dididik dengan semangat kerjasama dan toleransi sesama ahli pasukan.
8 Menambah nilai terhadap diri sendiri.
9 Penting sebagai prasyarat kelayakan kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam.
10 Majikan amat menitikberatkan penglibatan bakal pekerja mereka dalam aktiviti kokurikulum.
11 Setiap komponen yang terdapat dalam aktiviti kokurikulum melatih dan menyemai semangat sukarelawan.

Isi-isi tersirat
1 Kurang sokongan daripada ibu bapa pelajar.
2 Pelajar kurang berminat dengan aktiviti yang dijalankan.
3 Pelajar lebih tertarik dengan aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan teknologi.
4 Kurang usaha dijalankan oleh guru untuk menarik minat pelajar menyertai aktiviti yang dijalankan.

Kesimpulan
Pelajar haruslah menyeimbangkan antara kurikulum dan kokurilum supaya dapat menjadi insan yang cemerlang.

PEMAHAMAN
(i) Pencorakan keperibadian seseorang pelajar.

(ii)  Menjadi produk yang berkualiti.


 Menyumbang sesuatu kepada masyarakat.
 Menyemai semangat sukarelawan.

(iii)  Mengadakan aktiviti yang menarik dan tidak membosankan.


 Mengenakan tindakan tegas kepada sesiapa yang tidak hadir dalam aktiviti yang dijalankan.
 Mendapatkan kerjasama daripada ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak mereka menyertai aktiviti kokurikulum.
 Memberi ganjaran kepada pelajar yang aktif dalam kegiatan kokurikulum.
SET 3 - RUMUSAN

Pendahuluan
Petikan tentang manfaat / kabaikan yang diperoleh hasil kenaikan gaji pekerja .

Isi-isi tersurat
1 Membolehkan mereka memantapkan dan menampung perbelanjaan pendidikan anak-anak di peringkat sekolah dan
pengajian tinggi.

21
2 Mempunyai pembiayaan perlindungan takaful atau insurans individu dan keluarga.
3 Hasrat untuk menyumbang sebahagian daripada kenaikan gaji untuk kebajikan ibu bapa di kampung dan membantu adik-
adik yang masih belajar akan tercapai.
4 Peluang melunaskan hutang-hutang.
5 Dapat membeli buku yang dihajatkan yang mungkin agak mahal dan tidak dapat dibeli sebelum ini.
6 Impian untuk mengerjakan fardu haji dan menunaikan ibadah sunat umrah di Mekah mungkin tercapai.
7 Dapat menyimpan untuk menjamin masa depan dan jika ditimpa bencana.
8 Dapat menabung dalam amanah saham.

Isi-isi tersirat
1 Meningkatkan kuasa beli dalam kalangan masyarakat.
2 Mengurangkan budaya pembaziran.
3 Sentiasa bersedia menghadapi apa-apa jua keadaan.
4 Mengurangkan budaya berhutang.

Kesimpulan
Kenaikan gaji perlu dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya agar dapat menjamin kehidupan pada masa depan.

PEMAHAMAN
(i) Digunakan sebanyak yang boleh.

(ii)  Penyediaan awal sekiranya berlaku sebarang kemungkinan pada masa akan datang.
 Dapat menampung perbelanjaan rawatan yang semakin meningkat.
 Akan mendapat pulangan yang menguntungkan dalam jangka panjang.

(iii)  Membelikan tabung untuk mereka untuk menyimpan wang.


 Memberikan anak-anak bekal ke sekolah supaya wang belanja sekolah dapat disimpan di dalam tabung.
 Membuka akaun bank untuk anak-anak.
 Sentiasa mengingatkan anak-anak supaya berjimat cermat ketika berbelanja dan memberitahu mereka kebaikan
menabung.
Set 4 - RUMUSAN
Pendahuluan
Petikan tentang kekangan sistem pengurusan air di negara ini.

Isi-isi tersurat
1 Ketiadaan dasar dan pelan induk secara menyeluruh dan bersepadu untuk menangani masalah pengurusan sumber air.
2 Pembangunan dan pengurusan sumber air yang sepatutnya diuruskan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri,
diuruskan pula oleh sekurang-kurangnya 13 buah negeri.
3 Tiada agensi yang dimanahkan secara khusus bagi menyelenggarakan keseluruhan soal pengurusan dan perancangan air
yang baik di negara ini.
4 Definisi lembangan sungai turut tidak diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang berkaitan air.
5 Tiada aplikasi pendekatan pengurusan lembangan sungai yang bersepadu.
6 Terdapat pertindihan kuasa dan tugas agensi awam dalam mengendalikan pengurusan air.
7 Penyeragaman tarif antara negeri juga sukar dilakukan kerana kos rawatan air berbeza-beza.
8 Sistem pembekalan air ke seluruh negara dikatakan dihantui dengan kejadian paip bocor akibat penggunaan paip jenis
asbestos yang rata-rata sudah lebih 20 tahun usianya.
9 Masalah stesen pam yang tidak lagi berupaya melakukan kerja-kerja mengepam seperti 20 tahun lalu.

Isi-isi tersirat
1 Pencemaran sungai yang semakin berleluasa.
2 Kemusnahan hutan yang merupakan kawasan tadahan air semula jadi.
3 Tiada inisiatif untuk berjimat cermat dalam penggunaan air.
4 Pertambahan penduduk yang begitu mendadak.

Kesimpulan
Komitmen semua pihak dalam memastikan keberkesanan pengurusan sumber air pasti dapat menjamin kelangsungan bekalan
air bersih untuk masa depan.

PEMAHAMAN

22
(i) Bermacam-macam krisis.
(ii)  Penyelarasan bekalan air perlu dibuat bagi membolehkan pengebilan bekalan air diambil alih dan diuruskan
sepenuhnya oleh kerajaan pusat, manakala pengurusan sumber air masih di bawah kuasa kerajaan negeri.
 Menswastakan pengurusan air bagi mengurangkan beban kewangan kerajaan pusat dan kerajaan negeri.
 Melantik syarikat-syarikat operator air yang berwibawa dan berkemahiran tinggi.

(iii)  Berjimat cermat ketika menggunakan air.


 Tidak membuang sampah ke dalam sungai yang merupakan punca sumber bekalan air.
 Jika terdapat kebocoran paip air, laporkan hal itu kepada pihak berkuasa.
 Sekiranya ada pihak yang mencuri bekalan air, laporkan hal itu kepada pihak berkuasa.

Set 5 - RUMUSAN
Pendahuluan
Petikan membincangkan kebaikan bekerja sambilan dalam kalangan remaja.

Isi-isi tersurat
1 Remaja yang bekerja sambilan akan bijak merancang masa.
2 Bekerja sambilan juga mengelakkan masa lapang remaja terbuang begitu sahaja.
3 Budaya lepak dapat dibendung.
4 Alam pekerjaan juga mematangkan remaja dalam menghadapi soal kehidupan.
5 Mereka perlu bertindak sendiri seperti orang dewasa bagi memenuhi harapan majikan dan pelanggan.
6 Pengalaman berinteraksi dengan orang ramai melalui pekerjaan sambilan memperkembangkan kebolehan interpersonal
bagi seorang remaja.
7 Remaja yang pernah bekerja sambilan jauh lebih berkeyakinan apabila berhadapan dengan penemu duga.
8 Bekerja sambilan juga mengajar remaja untuk berdikari.
9 Remaja akan terdedah kepada rangsangan positif dan mencetuskan idea bernas pada minda remaja untuk memilih kerjaya
mereka.
Isi-isi tersirat
1 Menghapuskan minat remaja untuk terus belajar kerana mereka pernah mendapat gaji.
2 Terpengaruh dengan rakan-rakan yang tidak lagi bersekolah.
3 Gagal meneruskan cita-cita.
4 Terpengaruh dengan gejala-gejala sosial.

Kesimpulan:
Ibu bapa harus mengawal pergerakan anak-anak walaupun mereka bekerja sambilan supaya anak-anak sentiasa terhindar
daripada kegiatan negatif.

PEMAHAMAN
(i) Menghapuskan pemikiran yang hanya mengharapkan bantuan.

(ii)  Bekelakuan dan berfikiran keanak-anakan.


 Masih bergantung sepenuhnya kepada ibu bapa.
 Lingkungan pergaulan yang masih terhad.
 Tahap disiplin yang terjejas kerana dimanjakan.

(iii)  Bimbang akan keselamatan anak.


 Bimbang anak-anak mereka akan terpengaruh dengan rakan sekerja yang tidak belajar lagi.
 Mahu anak-anak menumpukan perhatian terhadap pelajaran dengan menggunakan masa lapang untuk mengulang kaji
pelajaran.
 Ibu bapa berpendapat bahawa masa untuk anak-anak mencari pekerjaan masih belum tiba.

SET 6 - RUMUSAN
Pendahuluan
Petikan membincangkan usaha-usaha Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) memerangi dadah.

Isi-isi Tersurat
1 AADK akan memperkukuhkan program modal insan dengan kekuatan jati diri dan kesedaran yang tinggi untuk menolak
dadah.
2 AADK akan mempertingkatkan hubungan dan kerjasama organisasi di peringkat antarabangsa bagi memperkasakan
keupayaan organisasi pelaksana.

23
3 Pemantauan, pelaksanaan dan penilaian program pencegahan berupaya menggerakkan masyarakat untuk menangani
masalah dadah.
4 AADK sentiasa berusaha memberi penjelasan kepada masyarakat mengenai kaedah rawatan dan pemulihan yang
dijalankan melalui program pencegahan yang melibatkan semua AADK di peringkat daerah dan negeri.
5 AADK juga memberikan tumpuan kepada aspek kerohanian dan pembinaan sahsiah positif dengan adanya penglibatan
dalam institusi keagamaan.
6 AADK menyediakan pelbagai kaedah rawatan dan pemulihan mengikut kategori penagih dengan adanya pusat diagnosis
dan kepakaran dalam bidang-bidang tertentu.
7 AADK turut mengadakan perkongsian pintar dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pihak swasta, kementerian
kesihatan dan individu-individu yang pakar dalam rawatan dan pemulihan.

Isi-isi Tersirat
1 Pengaruh daripada rakan sebaya.
2 Menganggap dadah sebagai jalan penyelesaian kepada tekanan yang dihadapi.
3 Kurang didikan agama.
4 Mempunyai perasaan ingin mencuba.

Kesimpulan
Peranan AADK perlu dipertingkatkan agar dapat melahirkan masyarakat yang bebas daripada najis dadah.

PEMAHAMAN
(i) Memantapkan / mengukuhkan kemampuan pengendalian sesuatu badan.

(ii)  Generasi muda akan hilang pertimbangan.


 Generasi muda akan mati.
 Generasi muda yang sepatutnya memimpin negara ke arah kemajuan akan hilang kekuatan.

(iii)  Melaporkan kepada pihak berkuasa jika mengesyaki terdapat kumpulan-kumpulan remaja yang mengambil dadah.
 Menegur dan menasihati masyarakat setempat yang terlibat dengan dadah.
 Tidak menyisihkan penagih yang baru pulih daripada menagih.
 Memberikan didikan yang secukupnya kepada anak-anak supaya mereka dapat menghindarkan diri daripada terlibat
dengan dadah.

Set 7 - RUMUSAN
Pendahuluan
Petikan tentang usaha-usaha yang diambil oleh kerajaan untuk membasmi kemiskinan nelayan.

Isi-isi tersurat
1 Nelayan diberikan perahu gentian yang lengkap dengan enjin dan pukat.
2 Kewujudan Institut Penyelidikan Perikanan (IPP) di Batu Maung, Pulau Pinang.
3 Memperkenalkan banyak teknologi penternakan ikan untuk menambahkan pendapatan
nelayan.
4 Melalui program kecil, banyak kemudahan asas di perkampungan nelayan telah
dipertingkatkan.
5 Ada juga projek-projek kecil yang dilaksanakan secara gotong-royong dan bantuan modal
daripada pihak kerajaan.
6 Skim Pembangunan Kesejahteraan (SPUN) diwujudkan.
7 Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM214 juta untuk tujuan pembasmian
kemiskinan di luar bandar termasuk di perkampungan nelayan.
8 Menjalankan Projek Perintis Transformasi Nelayan yang bermula pada awal tahun lalu.

Isi-isi tersirat
1 Masih bergantung kepada peralatan tradisional.
2 Bergantung kepada orang tengah untuk menjual hasil tangkapan.
3 Tidak mahu melakukan kerja sampingan pada musim tengkujuh atau ketika laut bergelora.
4 Terlalu bergantung pada bantuan atau subsidi daripada kerajaan.

Kesimpulan
Pembasmian kemiskinan dalam kalangan nelayan perlu dijalankan secara berterusan agar dapat mewujudkan masyarakat yang

24
sejahtera.

PEMAHAMAN
(i) Membaharui tempat tinggal.

(ii)  Nelayan dapat membeli bot yang baharu.


 Nelayan akan dapat lebih kerap ke laut.
 Dapat membayar balik pinjaman membeli bot secara ansuran melalui bulan ketiga.

(iii)  Menjual sendiri hasil-hasil tangkapan dan tidak bergantung kepada orang tengah.
 Mengusahakan kerja-kerja sampingan pada musim tengkujuh.
 Memproses makanan berasaskan ikan dan memasarkannya sendiri.
 Menggunakan teknologi moden menangkap ikan.
________________________________________________________________________
SET 8 - RUMUSAN
Pendahuluan
Petikan tentang cara-cara mengawal kenaikan harga barang.

Isi-isi tersurat
1 Masyarakat boleh memboikot peniaga yang menaikkan harga.
2 Bijak berbelanja dengan tidak lagi mengunjungi restoran-restoran mewah dan restoran makanan segera.
3 Para pembekal atau peniaga memupuk budaya atau amalan menghormati kepentingan dan hak pengguna.
4 Menggunakan dasar perniagaan yang adil serta memenuhi tanggungjawab sosial terhadap golongan pengguna.
5 Para peniaga menghapuskan fikiran kononnya mereka akan rugi jika tidak mengenakan harga yang tinggi.
6 Kerajaan sentiasa tegas dalam memastikan harga barangan berada pada tahap kemampuan pengguna.
7 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna harus mempergiatkan kempen ‘Pengguna Bijak’.
8 Pengguna boleh bertindak dalam kumpulan yang besar untuk mempengaruhi pasaran selain mendisiplinkan peniaga.

Isi-isi tersirat
1 Meningkatkan kuasa beli dalam kalangan pengguna.
2 Membolehkan barang keperluan didapati pada bila-bila masa.
3 Mengurangkan bebanan kewangan golongan yang berpendapatan rendah.
4 Mengelakkan kegiatan tidak bertanggungjawab dalam kalangan peniaga.

Kesimpulan
Peniaga dan pengguna hendaklah mengamalkan sikap bertolak ansur demi kemajuan negara.

PEMAHAMAN
(i) Tamak untuk memperoleh kekayaan.

(ii)  Orang ramai akan membeli barang-barang berkualiti dengan harga yang lebih murah.
 Pengguna yang bijak perlu memberikan mesej kepada peniaga yang tamak bahawa pengguna mempunyai pilihan di
tempat-tempat lain untuk membeli barang keperluan mereka.
 Mendidik pengguna supaya merancang perbelanjaan sebelum berbelanja.

(iii)  Inflasi meningkat.


 Wujud jurang taraf hidup yang ketara antara golongan kaya dengan golongan miskin.
 Ekonomi negara akan terjejas.
 Kuasa membeli dalam kalangan masyarakat semakin menurun.
________________________________________________________________________

SET 9 - RUMUSAN
Pendahuluan
Petikan tentang langkah-langkah/ usaha / inisiatif / tindakan memelihara sungai di negara ini
Isi- isi Tersurat
1 Komitmen yang tinggi dan sokongan padu daripada segenap lapisan masyarakat.
2 Masyarakat dididik supaya mencintai sungai dan memahami kepentingan sungai dalam kehidupan seharian.
3 Program pemuliharaan sungai memerlukan pelaksanaan secara bersepadu dengan menggunakan kawasan tadahan air
atau lembangan sungai sebagai platform.

25
4 Peranan yang dimainkan oleh media massa dan program kemasyarakatan yang dianjurkan oleh badan bukan kerajaan
untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap pelestarian sungai.
5 Pelbagai pihak berwajib harus turut mengubah sikap supaya lebih serius dari segi perancangan perbandaran termasuklah
aspek penjagaan sungai agar lebih terancang.
6 Menyediakan kemudahan riadah dan bersantai serta mengindahkan landskap di sepanjang tebing sungai.
7 Mencontohi masyarakat Jepun yang begitu prihatin dan sangat teliti terhadap sungai.
8 Pihak kerajaan mewujudkan satu sistem pengurusan sungai iaitu MS ISO 14001 yang dapat meningkatkan lagi kualiti
sistem pengurusan alam sekitar untuk rakyat dan generasi akan datang.
9 Memberi kesedaran tentang keburukan pencemaran tersebut dalam kalangan rakyat.
10 Bekerjasama dalam menjayakan kempen-kempen menjaga sungai yang dilaksanakan oleh kerajaan.
11 Tidak membuang sampah di merata-rata tempat dan menjadikan sungai sebagai tong sampah.

Isi – isi Tersirat


1 Menjejaskan hidupan akuatik
2 Menjejaskan pendapatan nelayan yang bergantung kepada hasil penangkapan ikan
3 Sungai tidak boleh digunakan untuk kegunaan seharian
4 Kegiatan pelancongan juga terjejas jika sungai dipenuhi sampah sarap

Kesimpulan
Kualiti sungai perlu dipelihara demi kesejahteraan manusia dan haiwan.

PEMAHAMAN
Soalan 2 (a) - Petikan Umum
(i) memberikan kerjasama yang sepenuhnya

(ii)  prihatin terhadap alam sekitar


 teliti terhadap alam sekitar
 menghargai alam sekitar
 bertanggungjawab terhadap generasi akan datang agar mereka tidak terdedah kepada alam sekitar yang tercemar

(iii)  mementingkan diri sendiri


 tahap kesedaran untuk menjaga kebersihan alam sekitar masih rendah
 tindakan kurang tegas daripada pihak berwajib
 sikap manusia yang bergantung pada orang lain untuk menjaga alam sekitar
Isi tersurat ( S )

1. Sesetengah guru yang mengajar Kompenan Sastera (KOMSAS ) dalam bahasa Melayu masih kabur dengan kaedah pengajaran
mereka.

2. Sesi ceramah yang diadakan dengan tujuan untuk memudahkan tugas guru tidak memepati kehendak para guru.

3. Masa yang diperuntukkan untuk mengajar Komponen Sastera ( KOMSAS ) tidak mencukupi.

4. Guru sastera yang mengajar komsas melebihi sukatan.

5. Banyak pelajar yang kurang berminat untuk membaca.

6. Pihak guru tidak dapat menghabiskan sukatan kerana terpaksa menghadiri kursus.

7. Sesetengah guru mengambil sikap sambalewa dalam hal ini.

8. Sesetenagn penceramah mengesyorkan tajuk- tajuk tertentu saja yang perlu diajar.

ISI TERSIRAT ( T )

1. Guru – guru yang mengajar Komsas perlu diberi ceremah oleh penceramah yang pakar dalam bidang komsas.

2. Para guru perlu mengubah teknik dan kaedah yang berkesan.

26
3. Para guru tidak seharusnya menganggap pengajaran komsas sebagai satu beban.

4. Pelajar perlu menanam minat membaca karya kreatif.

5. Sukatan pelajaran Bahasa Melayu dan komsas perlu disusun semula.

27

Anda mungkin juga menyukai