Anda di halaman 1dari 4

MAJLIS AMANAH RAKYAT

(MARA)

KERTAS KERJA
MAJLIS SAMBUTAN PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA
PERINGKAT
MAKTAB RENDAH SAINS MARA PDRM 2019

1. TUJUAN
Kertas kerja ini bertujuan untuk mendapatkan kelulusan daripada Pengetua MRSM PDRM Kulim bagi
menjalankan Majlis Sambutan Penutup Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia. Bertujuan untuk
meraikan kemeriahan Hari Kemerdekaan bagi meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan pelajar
serta menghayati dan mengingati jasa pejuang pada zaman dahulu yang berusaha mendapatkan
kemerdekaan kepada kita.

2. LATAR BELAKANG
a) Sambutan Penutup Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia ini merupakan satu program yang
dijalankan bagi menanam semangat patriotik dalam kalangan pelajar.
b) Sambutan ini juga dapat mengingatkan para pelajar kesusahan para perjuang pada zaman dahulu
untuk memerdekakan tanah air ini dengan hasil titik peluh mereka.

3. OBJEKTIF

a) Menanamkan semangat patriotik serta cinta akan negara dalam kalangan pelajar MRSM PDRM.
b) Mengingatkan para pelajar tentang usaha pejuang zaman dahulu yang bersusah payah
memberikan kemerdekaan dan kebebasan kepada negara Malaysia.
c) Memberi peluang kepada para pelajar merasai sambutan malam kemerdekaan di maktab.

4. JUSTIFIKASI PROGRAM

a. Melengkapkan pengisian dalam program tahunan 2019 MRSM PDRM.


b. Menyemaikan semangat patriotik dalam diri kalangan pelajar
c. Mengajar para pelajar untuk menghormati hari kemerdekaan

1
5. PENGISIAN PROGRAM

15 SEPTEMBER 2019 (AHAD)

2100 Pelajar berhimpun di dalam dewan


2115 Pertandingan koir dari pelajar Tingkatan 1
Pertandingan montaj kemerdekaan dari pelajar Tingkatan 2
Tayangan short film dari pelajar Tingkatan 4
Peragaan kostum kemerdekaan
2345 Penutup dan nyanyian lagu lagu Malaysia

6. ANGGARAN BELANJAWAN

BIL PERKARA JUMLAH


.
1. HIASAN DEWAN RM 194.00
2. HADIAH PERTANDINGAN RM 800.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 994.00

*senarai belanjawan barangan di Lampiran 1

PENUTUP
Majlis Sambutan Malam Kemerdekaan ini bukan sahaja dapat meningkatkan semangat patriotik dalam
kalangan pelajar malah mempunyai tujuan tersirat untuk menyedarkan para pelajar betapa mereka perlu
bersyukur kerana hidup dalm keadaan yang merdeka dan bebas dari jajahan kuasa luar oleh usaha
pejuang tanah air.

Disediakan oleh : Disokong oleh :

…………………………………. …………………………….
YAHYA FARID BIN KAMALUDDIN NORRISALHA BINTI MOHAMAD TAHIR
Penyelaras Jawatankuasa Kemerdekaan Timbalan Pengetua Kecemerlangan
MRSM PDRM, Kulim Kokurikulum
MRSM PDRM, Kulim

Diluluskan oleh :

…………………………………
MOHD ZAMZURI BIN MD NOOR
Pengetua
2
MRSM PDRM, KULIM

LAMPIRAN 1

SENARAI BELANJAWAN BARANGAN

PENTAS DALAM DEWAN

BIL BARANG KUANTITI HARGA JUMLAH


SEUNIT
1 BANNER 1 GULUNG 48.00 48.00
2 KAIN MERAH 10 METER 2.20 22.00
3 KAIN PUTIH 10 METER 2.20 22.00
4 KAIN BIRU 7 METER 2.20 16.00
6 BELON(100pcs) 2 PAKET 20.00 40.00
7 PINGGAN KERTAS 2 PEK 3.00 6.00
HIASAN (10pcs)
9 BERUS LUKISAN 2 SET 4.00 8.00
10 PARTY POPPERS 8 TUBE 4.00 32.00
JUMLAH RM194.00

JUMLAH BELANJAWAN = 162.00 + 32.00 =RM194.00

PERTANDINGAN KEMERDEKAAN ANJURAN UNIT KEMERDEKAAN

I) PERTANDINGAN MERDEKA PHOTOGRAPHY CONTEST

TEMPAT PERTAMA = RM50.00


TEMPAT KEDUA = RM40.00
TEMPAT KETIGA = RM30.00

JUMLAH = RM120.00

II) PERTANDINGAN KOIR

TINGKATAN 1 = HAMPER RM100.00 (JOHAN)


HAMPER RM80.00 (KEDUA)
HAMPER RM60.00 (KETIGA)

3
JUMLAH = RM240.00

III) PERTANDINGAN MONTAJ

TINGKATAN 2 = HAMPER RM100.00(JOHAN)


HAMPER RM80.00(KEDUA)
HAMPER RM 60.00(KETIGA)

JUMLAH = RM240.00

IV) PERTANDINGAN KOSTUM KEMERDEKAAN TERBAIK

LELAKI = BOUQUET CHOCOLATE RM50.00


PEREMPUAN = BOUQUET CHOCOLATE RM50.00

JUMLAH = RM100.00

V) SAGUHATI SHORT FILM PELAJAR TINGKATAN 4

TINGKATAN 4 = HAMPER RM100

JUMLAH = RM100

JUMLAH KESELURUHAN = RM800.00

Anda mungkin juga menyukai