Anda di halaman 1dari 9

KOLEJ PROFESIONAL MARA BANDAR PENAWAR

KOTA TINGGI
JOHOR

TAJUK:

KERTAS CADANGAN DAN ANGGARAN PERBELANJAAN

PERTANDINGAN PENGHAYATAN ISLAM

SESI 3 2022/2023

JAWATANKUASA USRAH DAN SURAU


KOLEJ PROFESIONAL MARA BANDAR PENAWAR
JAWATANKUASA USRAH DAN SURAU
KPM BANDAR PENAWAR
PROGRAM PELAJAR KPMBP SESI 3 2022/2023

1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon kelulusan dan peruntukan dari ASK Kolej
Profesional MARA Bandar Penawar sebanyak RM 450.00 bagi melaksanakan
Pertandingan Penghayatan Islam dengan kerjasama pelajar Kolej Profesional Mara
Bandar Penawar.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Program ini merupakan satu usaha untuk memberi penekanan terhadap ajaran
Islam.

2.2 Program ini merupakan program yang diadakan supaya pelajar dapat
menekankan pengajian Al-Quran dalam kehidupan.

2.3 Program ini bertujuan untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dalam menjana
ilmu dan membantu penguasaan pelajar terhadap ilmu yang diperoleh.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Menggalakkan pelajar sentiasa membaca Al-Quran, menghafal dan memahami


maksud kitab suci tersebut.

3.2 Menanamkan sikap berdaya saing dalam kalangan pelajar dalam mempelajari
dan mengaplikasikan pengetahuan am tentang agama.

3.3 Melahirkan generasi pelajar yang berlumba-lumba mencari ilmu dari sumber
Al-Quran dan agama Islam.

3.4 Mengasah bakat pelajar dalam melaugkan azan dan pengalaman sebagai
langkah awal untuk melaksanakan tuntutan dalam masyarakat.
4.0 PERLAKSANAAN PERTANDINGAN PENGHAYATAN ISLAM

4.1 Cadangan tarikh dan tempat adalah seperti berikut :

Tarikh : 12 - 13 Januari 2023


Masa : 8:30 p.m
Tempat : Bilik Kuliah & Surau KPM Bandar Penawar

4.2 Kumpulan sasaran

a) Semua pelajar Kolej Profesional Mara Bandar Penawar.

5.0 PERINCIAN PROGRAM

• AZAN :
o Membuka penyertaan peserta sebanyak sebanyak 15 orang.
o Juri sebanyak 2 orang akan dilantik oleh penasihat program .
o Peserta akan mengalunkan azan mengikut nombor giliran yang
disediakan oleh pihak AJK

• HAFAZAN AL-QURAN
o Membuka penyertaan sebanyak peserta sebanyak 20 orang.
o Pertandingan akan terbahagi kepada 2 peringkat iaitu peringkat A dan B
o Dalam Peringkat A, khusus kepada pelajar hafiz dan hafizah, pelajar
akan membaca mana-mana potongan ayat Al-Quran dari juzuk 1 hingga
10.
o Dalam Peringkat B, khusus kepada pelajar selain hafiz dan hafizah,
pelajar akan membaca mana-mana potongan ayat Al-Quran dari surah
Al-Syams hingga surah An-Nas.
o Aktiviti ini dijangka akan dijalankan selama 2 jam ( 9 -11 malam )
• KUIZ
o Membuka penyertaan peserta sebanyak 15 orang.
o Soalan kuiz bertemakan Sirah Nabi Muhammad SAW.
o Setiap peserta dikehendaki menjawab kuiz secara online dalam bentuk
”google form” menggunakan telefon bimbit masing masing.
o Masa akan ditetapkan oleh AJK yang bertugas.
6.0 ANGGARAN KOS PEMBELANJAAN

1. HADIAH

BIL PERKARA Perkiraan JUMLAH


( RM )
1. Pertandingan Hafazan dan Tempat pertama – RM 60 x2 300
Pertandingan Azan
Tempat kedua – RM 40 x2

Tempat ketiga – RM 20 x2

Saguhati 1 – RM 10 x2

Saguhati 2 – RM 10 x2

Saguhati 3 – RM 10 x2

2. Pertandingan Kuiz Tempat pertama – RM 50 150

Tempat kedua – RM 30

Tempat ketiga – RM 20

Saguhati 1 – RM10

Saguhati 2 – RM10

Saguhati 3 – RM10

Saguhati 4 – RM10

Saguhati 5 – RM10

JUMLAH 450.00
ANGGARAN KESELURUHAN PERBELANJAAN
PERTANDINGAN PENGHAYATAN ISLAM
KPM BANDAR PENAWAR
SESI 3 2022/2023

BIL PERKARA JUMLAH


( RM )
1 Pertandingan Hafazan 150

2 Pertandingan Azan 150

3 Pertandingan Kuiz 150

JUMLAH 450.00

7.0 Tentatif program

(Rujuk lampiran)

8.0 Kaedah pembiayaan


a. Memohon peruntukan daripada ASK KPM BP RM 450.00 sahaja.
LAMPIRAN
PERANCANGAN TENTATIF
PERTANDINGAN PENGHAYATAN ISLAM
KPM BANDAR PENAWAR
SESI 3 2022/2023

MASA AKTIVITI PELAKSANA


Khamis
Ahli Jawatankuasa yang terlibat
8.30 pm – 11.00 pm Pertandigan Hafazan akan memberi taklimat kepada
Tempat: Bilik Kuliah semua peserta dan akan
memastikan permulaan program
Khamis berjalan lancar.

8.30 pm – 11.00 pm Pertandingan Azan Ahli Jawatankuasa akan


Tempat: Surau KPM Bandar meninjau ketika pertandingan
Penawar berlangsung.

Jumaat
Penghakiman akan dilaksanakan
8.30 pm – 11.00 pm Pertandingan Kuiz oleh ustaz dan ustazah yang
Tempat: Aplikasi Quiziz diberikan kepercayaan dalam
mengadili setiap pertandingan.
9.0 PENUTUP

Dengan ini dipohon kelulusan dan sokongan Yang Berusaha Pengarah untuk :

1. Mengadakan Pertandingan Penghayatan Islam bagi Sesi 3 2022/2023.

2. Memohon peruntukan kewangan daripada kolej berjumlah RM 450.00 (RINGGIT


MALAYSIA: Empat Ratus Lima Puluh Ringgit Sahaja)
Sekian,
Disediakan oleh, Disemak oleh,

............................................................. ..................................................................
(RADIN KHALILAH BINTI RADIN ISHAK) (DORRIES BIN ALI)
Timbalan Setiausaha JUSWAR, Ketua Penasihat JUSWAR,
Kolej Profesional MARA, Kolej Profesional MARA,
Bandar Penawar . Bandar Penawar.

Disokong oleh, Diluluskan oleh,

.............................................................. ..............................................................
(NORAZHAR BIN ABDUL HAMID) (MD ZAN BIN M. YAUSUF)
Timbalan Pengarah Siswa (HEP), Pengarah,
Kolej Profesional MARA, Kolej Profesional MARA,
Bandar Penawar. Bandar Penawar.

Anda mungkin juga menyukai