Anda di halaman 1dari 14

KOLEJ MARA KULIM

KELAB BADMINTON KELAS A2


PERTANDINGAN BADMINTON ANTARA KELAS A

TARIKH
23 MAC 2021

TEMPAT
DEWAN DARUL AMAN, KOLEJ MARA KULIM

ANJURAN
KELAB BADMINTON KELAS A2
SESI 2020/2021
1. PENGENALAN

Pertandingan badminton ini adalah satu aktiviti yang dianjurkan oleh Kelab
Badminton Kelas A2 kerana sukan badminton imi merupakan sukan yang dipelajari
oleh semua pelajar kelas A dalam subjek kokurikulum semasa semester dua. Oleh itu,
semua pelajar kelas A telah mempunyanyi serba sedikit asas dalam bermain
badminton. Pertandingan ini melibatkan tiga kategori iaitu, berseorang lelaki,
berseorangan wanita, dan beregu campuran. Oleh itu, setiap kelas tutorial haruslah
menghantar sekurang-kurangnya seorang wakil bagi setiap kategori. Penyertaan
pertandingan ini akan menyeimbangkan tahap sosial pelajar dalam kea lam
kehidupan yang lebih mencabar.

2. TUJUAN

Kertas kerja ini disediakan bagi memohon kelulusa daripada Pengarah Kolej Mara
Kulim bagi menjalankan Peratandingan Badminton Antara Kelas A anjuran Kelab
Badminton Kelas A2. Program ini bermatlamat bagi memberi pendekatan berkaitan
peraturan dan teknik permainan badminton. Ia bertujuan untuk meningkatkan
keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental para peserta. Pertandingan
ini juga dapat membina keyakinan diri dan mengukuhkan rohani adar dapat
membentuk modal insan yang seimbang.

3. OBJEKTIF

Di akhir program ini diharapkan:

3.1 Pelajar dapat mengeratkan lagi hubungan persahabatan walaupun berlainan


kelas tutorial.
3.2 Pelajar dapat menjalani gaya hidup sihat dan mengamalkan riadah dalam
kehidupan seharian.
3.3 Peseta dapat menanam semangat berpasukan dan mengikis sifat pentingkan diri
dalam melakukan sesuatu aktiviti.
3.4 Pelajar dapat meningkatkan lagi keberanian dan keyakinan diri.
3.5 Pelajar yang cemerlang dan seimbang dalam pelbagai aspek dapat dilahirkan.

4. VISI DAN MISI

Aktiviti dijalankan selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia yang


ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi rohani, intelek, emosi dan
jasmani melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum. Aktiviti ini turut diadakan
dalam membentuk anak muda yang bertanggungjawab, prihatin serta berdikari dalam
menjalani kehidupan dan hari-hari yang mendatang.

5. BUTIRAN PROGRAM

5.1 Nama program


‘Pertandingan Badminton Antara Kelas A’

5.2 Tarikh dan masa


23 Mac 2021, 9:00 a.m hingga 5:00 p.m.

5.3 Tempat
Dewan Darul Aman, Kolej Mara Kulim.

5.4 Anjuran
Kelab Badminton Kelas A2, Program Matrikulasi KPM.

5.5 Golongan sasaran


52 orang pelajar kelas A dan seorang guru penasihat

5.6 Tentatif program

Masa Aktiviti
8.00 – 9.00 a.m Pendaftaran peserta
9.30 – 9.30 a.m Perasmian program
9.30 – 10.00 a.m Senamrobik
10.00 – 11.00 p.m Pertandingan perseorangan
11.00 – 11.30 p.m Rehat
11.30 a.m – 1.00 p.m Pertandingan perseorangan
1.00 – 2.30 p.m Makan tengah hari dan solat
2.30 - 4.30 p.m Pertandingan beregu
4.30 – 5.00 p.m Penutup dan penyampaian hadiah
6. PERUNTUKAN

Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan bagi program ini:

BIL. PERKARA KUANTITI JUMLAH


(RM)
1 Makanan 53 orang X RM 3 169.00
2 Medal:
a) Perseorangan 4 pemenang X RM 4 16.00
lelaki
b) Perseorangan 4 pemenang X RM 4 16.00
perempuan
c) Beregu campuran 4 pemenang X RM 4 16.00

Hadiah:
a) Perseorangan 1 pemenang X (RM20, RM15, 45.00
lelaki RM10)
b) Perseorangan 1 pemenang X (RM20, RM15, 45.00
perempuan RM10
1 pemenang X (RM 30,20,15) 65.00
c) Beregu campuran

3 Peralatan:
a) Bulu tangkis 3 tiub X RM30 90.00

Jumlah 293.00
7. JAWATANKUASA PENGURUSAN

Presiden :Mohammad Zawawis bin Mohammad Zabidi


Timbalan presiden :Nur Alya Batrisyia binti Basir
Setiausaha :Rania binti Fahmi
Bendahari :Nursyifa Nadhira binti Md Zain
Biro aktiviti :Ahmad Aqeed Izreen bin Ahmad Azhar
:Ainin Syazana binti Termizi
Biro keselamatan :Muhammad Syamsul Akmal bin Yusof
Biro makanan :Nasrin Alya binti Nazhatul Anas
Biro peralatan :Muhammad Hafiezan bin Abdullah
:Nurul Natasha binti Zambri
Biro kebersihan :Farah Aina binti Abdullah
Juru foto :Muhammad Shamim bin Sohaimi
:Siti Nursyahani binti Muhamad Sabri

8. PERATURAN

8.1 Penonton tidak dibenarkan membawa masuk makanan dan minuman ke dalam
dewan.
8.2 Penonton hendaklah membuang sampah di tempat yang disediakan sahaja.
8.3 Para peserta haruslah memakaian pakaian yang bersesuaian dan sopan.
8.4 Peserta perlu bersedia dan berada di gelanggang 15 minit dari masa yang telah
dijadualkan.
8.5 Para penonton hendaklah menjaga tatatertib semasa perlawan sedang
berlangsung.
8.6 Penonton tidak dibenarkan melakukan perkara yang boleh menggangu
perjalanan pertandingan.
9. PETA

10. PENUTUP

Dengan ini adalah dimohon Pengarah Kolej Mara Kulim untuk mempertimbang dan
meluluskan usul cadangan pertandingan badminton anjuran Kelas A2 ini. Semoga
segala ilmu dan pelajaran yang kami sampaikan di dalam pertandingan ini akan
dipraktikkan dalam kehidupan seharian para pelajar demi melahirkan modal insan
yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Sekian, terima kasih.


Disediakan oleh,

………………………………………..
AININ SYAZANA BINTI TERMIZI,
SETIAUSAHA,
KELAB BADMINTON A2

Disemak oleh, Disemak oleh,

………………………………….. …………………………
MOHAMMAD ZAWAWIS BIN PN. SITI HAJAR BIN
MOHAMMAD ZABIDI, ABD RASID,
PRESIDEN, GURU PENASIHAT.
KELAB BADMINTON A2.

Disokong oleh, Disokong oleh,

…………………………………………. ………………………….....
EN. KHAIRIL RIZAL BIN CHE LAH, EN. MOHD NIZAM BIN
TIMBALAN PENGARAH HEP, JAMALUDIN,
KOEJ MARA KULIM. TIMBALAN PENGARAH
HEA
KOLEJ MARA KULIM.

Dilulus oleh,

……………………………….
TUAN ZOL HAMIDY BIN CHE AN,
PENGARAH,
KOLEJ MARA KULIM.

Anda mungkin juga menyukai