Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

MAHRAJAN MEMANAH TRADISONAL 2022


SMA AL-FALAH BATU TALAM

1.0 PENDAHULUAN

Mahrajan memanah tradisional merupakan salah satu cabang permainan yang


dianjurkan dalam kebanyakan kejohanan sukan sekolah di Malaysia. Kejohanan ini
juga merupakan salah satu aktiviti wajib kalendar JAIP dalam mengkoordinasikan
acara memanah sebelum ke kejohanan di peringkat kebangsaan. Bagi tujuan
mencari pelapis pemanah-pemanah yang sedia ada, maka pertandingan ini
dianjurkan bagi mencungkil bakat atlet-atlet memanah yang berpotensi dan
memastikan generasi pemanah yang akan mewakili sekolah ke peringkat yang lebih
tinggi akan terus wujud dan berkembang. Sehubungan dengan itu, ia juga dapat
melahirkan pelajar cergas fizikal dan cerdas mental serta lebih fokus.

2.0 MATLAMAT

Penganjuran pertandingan Memanah tradisional di peringkat sekolah ini


bermatlamat untuk mencari bakat-bakat baru yang dapat meneruskan
kesinambungan legasi pemanah tradisional yang sedia ada. Selain itu, pertandingan
ini juga dapat mewujudkan satu persaingan secara sihat dalam aktiviti sukan. Secara
tidak langsung, nilai-nilai murni dapat diterapkan melalui pertandingan yang
dilaksanakan. Diharapkan pertandingan ini dapat membantu dalam merealisasikan
Falsafah Pendidikan Negara, visi dan misi sekolah.

3.0 OBJEKTIF

 Menerapkan nilai semangat bersaing secara sihat, berkeyakinan dan


fokus terhadap apa jua yang dilakukan.
 Mendidik pelajar kemahiran pengurusan masa.
 Menjalin ikatan ukhuwah yang erat antara pelajar.

4.0 AHLI JAWATANKUASA

(Sila Rujuk Lampiran)

5.0 SASARAN

Para pelajar tingkatan 1, tingkatan 2, 3 dan 4 yang tahu asas-asas memanah


tradisional, berminat dan berbakat dalam sukan memanah tradisional.
6.0 BILANGAN PELAJAR

8 orang pelajar lelaki tingkatan 1


8 orang pelajar lelaki tingkatan 2
8 orang pelajar lelaki tingkatan 3
8 orang pelajar lelaki tingkatan 4
8 orang pelajar perempuan tingkatan 1
8 orang pelajar perempuan tingkatan 2
8 orang pelajar perempuan tingkatan 3
8 orang pelajar perempuan tingkatan 4

7.0 KEPERLUAN PERTANDINGAN

Paku payung dan tali rafia (untuk membuat padang sasar)


4 buah ”target butt” beserta ”stand”
10 keping ”target face 80 inci x 80 inci”
4 set busur korean (”Korean bow”)
36 batang anak panah (”arrow”)
Hadiah pertandingan kategori individu dan kategori kumpulan

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

SUMBER JUMLAH PERBELANJAAN KUANTITI JUMLAH


(RM) (RM)
Peruntukan 2300.00 Hadiah Piala :
kokurikulum pertandinga
(mahrajan n Johan 1 x 150 x 2 300.00
tradisional Kategori Naib johan 1 x 100 x 2 200.00
kebangsaan) Individu Ketiga 1 x 70 x 2 140.00
Lelaki dan Keempat 1 x 50 x 2 100.00
Perempuan saguhati 1 x 40 x 5 200.00

Hadiah Hamper:
pertandinga
n: Kategori Johan 1 x 200 x 2 400.00
kumpulan Naib johan 1 x 150 x 2 300.00
lelaki dan Ketiga 1 x 100 x 2 200.00
perempuan Keempat 1 x 80 x 2 160.00
saguhati 1 x 60 x 5 300.00

JUMLAH RM2300.00 JUMLAH 2300.00


Peruntukan 3320.00 Keperluan Target butt 1 x rm100 x 2 200.00
Kokurikulum pertandinga Target face 1 x rm20 x 10 200.00
(mahrajan n Busur Korean 1 x rm800 x 2 1600.00
kokurikulum Anak panah 1 x rm20.00 x 36 720.00
kebangsaan)
JUMLAH 3320.00 JUMLAH 3320.00
JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN 5020.00

9.0 TENTATIF PROGRAM

Tarikh : 21 Oktober 2022 – 22 oktober 2022


Hari : Jumaat - Sabtu
Masa : 8.30 pagi – 5.00 ptg
Tempat: Lapang Sasar Memanah SMA AL-FALAH BATU TALAM

TARIKH / MASA AKTIVITI


HARI
8.30 pagi Pendaftaran peserta dan penginapan

9.30 pagi Taklimat disiplin – ketua warden


10.00 pagi Taklimat kejohanan – pengerusi teknikal
21/10/22
Jumaat 10.30 pagi Sight test
12.30 tengahari Pertandingan berhenti rehat
2.30 petang Pertandingan kategori perempuan
5.00 petang Pertandingan ditangguh
8.30 pagi Pertandingan kategori lelaki
12.00 t/hari Rehat/makan tengah hari/solat zohor
22/10/22
2.00 ptg Majlis penyampaian hadiah dan penutup
Sabtu
4.00 ptg Jamuan dan bersurai
10.0 PENUTUP

Diharap penganjuranPertandingan Memanah tradisional di peringkat sekolah ini


dapat mengetengahkan bakat-bakat baru dalam arena sukan memanah tradisional
sekaligus menjadi harapan sekolah dalam mewakili sekolah bagi pertandingan-
pertandingan memanah yang dianjurkan pada peringkat yang lebih tinggi pada masa
akan datang.

Disediakan oleh,

.........................................
(EN FAIDI BIN HASSAN)
Setiausaha sukan,
SMA Al-Falah Batu Talam,
Raub,Pahang.

Disahkan dan diluluskan oleh,

.........................................................................
(PN HJH WAN RAFIKAH BT HAJI WAN MUSA)
Pengetua,
SMA Al-Falah Batu Talam,
Raub,Pahang.
AHLI JAWATANKUASA
MAHRAJAN MEMANAH TRADISIONAL AFISS 2022

Pengerusi : Pn Hjh Wan Rafikah Bt Hj Wan Musa


Timbalan Pengerusi I :
Timbalan Pengerusi II : En Mohd Najib Bin Jaafar
Naib Pengerusi : Pn Suhaina Aida Bt Abd Rashid
Setiausaha : En Faidi Bin Hassan

Ahli-ahli Jawatankuasa:
- En Mohamad Sabri Bin Yaacob @ Yahya
- En Ahmad Fadli Bin Fauzi

Ahli Jawatankuasa Bidang tugas Catatan


Setiausaha 1. Menyiapkan kertas kerja pertandingan
2. Menyenaraikan peralatan yang diperlukan
3. Menentukan syarat-syarat pertandingan dan
AJK pertandingan
4. Menyediakan anggaran kos pertandingan
5. Menyenaraikan peralatan yang diperlukan
semasa pertandingan
Dokumentasi 1. Menyediakan laporan pertandingan untuk
didokumenkan
Penyelaras pertandingan 1. Memastikan pertandingan dapat berjalan
dengan lancar dan mengikut jadual
2. Memberi taklimat tentang peraturan dan
syarat-syarat pertandingan.
3. Membantu dalam membuat padang sasar
Urusetia Pertandingan 1. Mengawal disiplin penonton sepanjang
AJK Tertinggi Kelab pertandingan
Memanah 2. Memastikan peserta petandingan berada di
tempat pertandingan pada masa yang
ditetapkan
3. Menjadi pencatat skor bagi setiap peserta
4. Membantu dalam membuat padang sasar
5. Memastikan peralatan-peralatan yang
diperlukan semasa pertandingan disediakan
dan dikembalikan ke tempat asal.
6. Menyediakan peti pertolongan cemas
beserta ubat-ubatan yang cukup
7. Memastikan hadiah dan cenderamata berada
di pentas semasa majlis penutup

Anda mungkin juga menyukai