Anda di halaman 1dari 9

SEKOLAH KEBANGSAAN LOK YUK INANAM,

KOTA KINABALU
P.O.BOX 11757, 88819, KOTA KINABALU, SABAH

KERTAS KERJA
KARNIVAL 1 MURID 1 SUKAN
SK LOK YUK INANAM, KOTA KINABALU

Disediakan oleh
Unit Ko-kurikulum
1.0 PENGENALAN

Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai
sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan
Falsafah Pendidikan kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan
yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara yang memberi penekanan
kepada Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Dasar ini memberi
perhatian yang utama kepada murid yang kurang aktif supaya mereka melibatkan diri
dalam aktiviti sukan. Pada masa yang sama, bakat murid yang berpotensi akan digilap
dan dibangunkan melalui Sukan Prestasi Tinggi sekolah (SPTS).

Bidang sukan sangat penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal murid


selaras dengan ungkapan “Minda Yang Cerdas Terletak Pada Tubuh Yang Sihat”.
Dalam konteks ini, bidang sukan memainkan peranan yang penting bagi melahirkan
modal insan yang sihat, cergas dan produktif agar dapat memberi sumbangan kepada
kesejahteraan sosial serta pembangunan ekonomi negara.

Justeru, pelbagai aktiviti sukan diperkenalkan bagi menarik minat murid-murid


agar mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
melaksanakan Dasar 1M 1S agar setiap murid menikmati manfaat bersukan dengan
harapan dapat membentuk generasi yang membudayakan sukan seiring dengan
keperluan akademik.

Karnival 1 Murid 1 Sukan SK Lok Yuk Inanampula merupakan acara tahunan


yang mesti dilaksanakan setiap tahun. Karnival ini akan melibatkan semua murid
Tahun 3, 4 dan 5 bagi pertandingan bola sepak 7 sebelah, bola jaring, bola baling dan
bola tampar. Melalui acara inilah bakat-bakat murid dalam bidang sukan akan dapat
dicungkil dan dididik supaya mencapai kecemerlangan di bidang sukan selaras dengan
Dasar 1 Murid 1 Sukan.

2.0 RASIONAL

Karnival 1 Murid 1 Sukan SK Lok Yuk Inanamini bertujuan untuk membentuk dan
melahirkan murid yang cergas, progresif dan berdaya saing demi memastikan
kemenjadian murid sebagai insan yang seimbang dan harmonis dan menghargai alam
sekitar selaras dengan Dasar 1 Murid 1 Sukan. Program ini melibatkan semua murid
tahun 3, 4, dan 5 dalam acara sukan demi melahirkan murid yang cergas dan aktif
dalam bidang sukan.
3.0 MATLAMAT

Karnival 1 Murid 1 Sukan SK Lok Yuk Inanamini bertujuan untuk menarik minat
murid-murid dalam bidang sukan dan dapat membentuk serta melahirkan murid yang
berkeyakinan diri dengan mempertingkatkan kebolehan dalam bidang sukan selaras
dengan misi sekolah dalam memberikan pendidikan berkualiti yang menyeluruh ke arah
membentuk pelajar berilmu dan berhemah tinggi selaras dengan falsafah dan aspirasi
negara. Program ini juga bertujuan menyahut seruan kerajaan dalam melibatkan murid
secara menyeluruh dalam bidang sukan selaras dengan Dasar 1 Murid 1 Sukan yang
diperkenalkan.

4.0 OBJEKTIF

 Meningkatkan kebolehan,kemahiran dan bakat murid.


 Memupuk dan menyuntik semangat kesukanan dalam diri murid-murid.
 Mewujudkan semangat kesukanan dan gaya hidup sihat serta meningkatkan
daya tahan murid.
 Guru dapat mengenal pasti murid yang berpotensi dan berbakat dalam bidang
sukan.
 Memastikan visi sekolah iaitu “Merealisasikan Pembangunan Pendidikan
Malaysia Dengan Menjadikan SK Lok Yuk Inanam Cemerlang dan Terbilang”.
 Memastikan murid –murid akan berkembang secara seimbang dari segi
jasmani,rohani, emosi dan intelektual.
 Memperkembangkan kemahiran pengurusan diri, disiplin, mendengar dan
mematuhi arahan.

5.0 TARIKH

6.0 TEMPAT

Padang dan gelanggang bola tampar SK Lok Yuk Inanam.


7.0 KUMPULAN SASARAN

Tahun 4 (Lelaki) : Bola Baling

Tahun 4 (Perempuan) : Bola Baling

Tahun 5 (Lelaki) : Bola Tampar

Tahun 5 (Perempuan) : Bola Tampar

8.0 JAWATANKUASA INDUK

Penasihat :
(Guru Besar)

Pengerusi :
(Pen. Kanan Kokurikulum)

Timbalan Pengerusi I :
(Pen. Kanan Pentadbiran)

Timbalan Pengerusi II :
(Pen. Kanan Hal Ehwal Murid)

Timbalan Pengerusi III :


(Pen. Kanan Pendidikan Khas)

Setiausaha :

Penolong Setiausaha :

Ahli Jawatankuasa :
(Kelab Olahraga)

(Kelab Bola Sepak)

(Kelab Bola Jaring)

(Kelab Sepak Takraw)


(Kelab Bola Baling)

(Kelab Bola Tampar)

Pn. Hjh. Zaleha binti Arshad


(Kelab Catur)

9.0 JAWATANKUASA KERJA

Penyelaras :

Penolong Penyelaras :

Pengurus & Penolong


Pengurus Pasukan :
: (4 Daisy)

: (4 Tulip)

: (5 Daisy)

: (5 Tulip)

: (6 Daisy)

: (6 Tulip)

Instruktor Senamrobik :

Pegawai Pertandingan / : Bola Sepak / Futsal


Teknikal / Urusetia

: Bola Jaring

: Bola Baling
: Bola Tampar

Siaraya :

Buku Program / Pamplet :

Kawalan Keselamatan : Pengurus Pasukan Masing-masing


& Kecemasan

Hadiah & Cenderamata :

Jamuan Guru & VIP :

Minuman Peserta :

Fotografi :
Juruacara :

10.0 SENARAI BIDANG TUGAS AHLI JAWATANKUASA KERJA

Bil Bidang Tugas Tugasan Catatan

1. Penyelaras dan a) Memastikan perjalanan karnival


Pen. Penyelaras berjalan lancar seperti yang
dirancang.

2. Pengurus pasukan a) Mendaftarkan murid dan


dan Pen. Pengurus menyenarai nama peserta di
dalam borang yang disediakan.
b) Mengelola kebajikan dan
mengurus peserta pertandingan
c) Memastikan pasukan yang diurus
bersedia lima minit sebelum
perlawanan.

3. Siaraya a) Memastikan alat siaraya


mencukupi dan berfungsi.

4. Buku a) Menyediakan 1 set dokumentasi


Program/Dokumentasi dan buku program.

5. Hadiah dan a) Menyediakan hadiah mencukupi


cenderahati kepada peserta.
b) Menyediakan cenderahati untuk
perasmi penutup.

6. Minuman peserta a) Menyediakan minuman untuk


peserta dan petugas.
b) Menyediakan tempat minuman.

7. Juruacara a) Mengacara perjalanan acara


pertandingan.
b) Mengacara Majlis Penutup dan
Penyampaian Hadiah.

8. Pegawai a) Menyediakan padang dan


pertandingan / gelanggang dari segi garisan,
Teknikal / Urusetia tiang gol, jaring dan lain-lain.
b) Menyediakan borang-borang yang
diperlukan.
c) Mengadili setiap pertandingan.
d) Senarai kumpulan pemenang
diserah kepada juruacara untuk
diumumkan.
e) Mencatat mata dan keputusan
f) Memastikan peraturan
pertandingan untuk kutipan mata.

9. Kawalan/ a) Bertugas sepanjang perlawanan.


Keselamatan dan b) Peti kecemasan disediakan.
Pasukan Kecemasan c) Bertindak segera ke atas kes
kecemasan.

10. Fotografi a) Mengambil gambar perjalanan


karnival.

11.0 PERBELANJAAN
BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH

Hadiah
- Bola Sepak Tahun 3 (Lelaki ) 10 x RM 3.00 x 3 RM 90.00
- Bola Jaring Tahun 3 (Perempuan) 10 x RM 3.00 x 3 RM 90.00
- Bola Baling Tahun 4 (Lelaki) 10 x RM 3.00 x 3 RM 90.00
1. - Bola Baling Tahun 4 (Perempuan) 10 x RM 3.00 x 3 RM 90.00
- Bola Tampar Tahun 5 (Lelaki) 10 x RM 3.00 x 3 RM 90.00
- Bola Tampar Tahun 5 (Perempuan) 10 x RM 3.00 x 3 RM 90.00
- Pertandingan Mewarna - RM 60.00
(Tahun 1 dan 2)

Air Mineral Pegawai RM 10.00 x 5 kotak RM 50.00


2.
Air Minuman Pemain - RM 50.00

3. Minyak hitam garisan padang - RM 50.00

JUMLAH BESAR RM 750.00

12.0 ATURCARA KARNIVAL 1 MURID 1 SUKAN - ubahsuai

7.30 pagi : Murid berkumpul di tapak perhimpunan


: Senamrobik
: Taklimat Penyelaras
8.00 pagi : Pertandingan dimulakan

9.45 pagi : REHAT Tahun 3

10.05 pagi : Perlawanan Tahun 3 bersambung

: Pertandingan Mewarna Tahun 1 dan 2

10.15 pagi : REHAT Tahun 4 dan 5

10.35 pagi : Perlawanan Tahun 4 dan 5 bersambung

12.30 tgh : Majlis Penutup dan penyampaian hadiah


1.35 ptg : Bersurai

13.0 PENUTUP
Pihak Jawatankuasa Pelaksana berharap agar program ini akan dapat
dilaksanakan dengan jayanya hasil kerjasama dan komitmen yang padu
daripada semua pihak yang terlibat.

Disediakan oleh,

(xxxxxx)
Setiausaha Karnival 1 Murid 1 Sukan,

Disahkan oleh,

(xxxxxx.)
Penolong Kanan Ko-Kurikulum,

Anda mungkin juga menyukai