Anda di halaman 1dari 15

RANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN

KELAB BOLA TAMPAR TAHUN 6


MINGGU TARIKH AKTIVITI
1 10.2.2018 1. Mesyuarat Agong.
2. Penubuhan Ahli Jawatankuasa Tahun 6 Sesi 2018.
3. Kemahiran Hantaran (perseorangan).
a. menyangga bola dari bawah
b. menyangga bola dari atas
4. Refleksi.
2 24.02.18 1. Mengulangkaji Sejarah Dunia Bola Tampar dan
Sejarah Malaysia Bola Tampar.
2. Kemahiran Hantaran (kumpulan).
a. menyangga bola dari bawah
b. menyangga bola dari atas
3. Permainan Kecil.
4. Refleksi.
3 10.03.18 1. Mengaplikasikan Kedudukan Pemain Bola Tampar
dalam kemahiran menyangga Bola Tampar.
2. Mengaplikasikan Peraturan Permainan Bola
Tampar dalam kemahiran menyangga Bola Tampar.
3. Permainan Kecil.
4. Refleksi.
4 14.04.18 1. Kemahiran menyangga Bola Tampar (ulangan).
2. Latihan Kumpulan (bulatan – teknik menyangga).
3. Permainan Kecil.
4. Refleksi.
5 28.04.18 1. Kemahiran membuat servis.
2. Latihan Kumpulan (berbaris – teknik servis bawah
Dan atas).
3. Permainan Kecil.
4. Refleksi.
6 12.05.18 1. Kemahiran membuat servis.
2. Latihan Kumpulan (berkumpulan – teknik servis
Bawah dan atas).
3. Permainan Kecil.
4. Refleksi.
7 26.05.18
8 14.07.18
9 28.07.18
10 11.08.18
11 08.09.18
12 13.10.18
Minggu: 1

Tarikh : 10.02.18

Masa : 7.30 pagi hingga 9.30 pagi

Tempat : Kelas, padang

Aktiviti :

7.30am - Mesyuarat agong. (30 minit)

- Penubuhan ahli jawatankuasa Tahun 6 sesi 2018.

8.00am - Kemahiran Hantaran (perseorangan). (rujuk lampiran 1) (60 minit)


a. menyangga bola dari bawah
b. menyangga bola dari atas
9.00am - Ujian Kecil (20 minit)

9.20am – Refleksi/ perbincangan .

9.30am - Bersurai.
Lampiran 1

Kemahiran Hantaran

Sebelum pemain mahir dalam permainan bola tampar, pemain perlu menguasai
kemahiran asas ini. Kemahiran menyangga penting agar anda dapat menguasai cara
menghantar bola ke pihak lawan. Hantaran bawah tangan juga dikenali sebagai
hantaran menyangga atau 'dig'. Hantaran ini dilakukan pada aras bawah tangan
yang menggunakan dua belah tangan (a two-handed underhand pass) dan
merupakan jenis hantaran yang lazim digunakan dalam permainan bola tampar.
Kemahiran menyangga juga digunakan apabila bola berada terlalu dekat dengan
lantai dan pemain tidak sempat mengambil posisi yang baik untuk menggunakan
hantaran atas kepala.

Kemahiran dig juga digunakan sebagai teknik menahan, terutamanya untuk


menyelamatkan hantaran dan juga mengawal semula bola. Contohnya, apabila pihak
lawan merejam bola atau bola dimainkan ke satu posisi yang tidak membolehkan
penerima menggunakan hantaran atas kepala maka penerima hantaran akan
menggunakan dig untuk menyelamatkan pukulan tersebut.
Teknik-teknik Menyangga:

 Pastikan kedua-dua ibu jari adalah selari.


 Jari-jari hendaklah dilipat dan dirapatkan antara satu sama yang lain.
 Kedua-dua siku dikunci dengan lengan dan pergelangan tangan diluruskan
ke hadapan.
 Kaki dijarakkan denga sebelah kaki diletakkan di hadapan dan lutut
dibengkokkan untuk menerima hantaran.
 Letakkan kaki luar ke hadapan dan pusing badan untuk menghadap sasaran
sebelum bermain bola.
 Tolak bola ke atas dengan pergerakan bahu yang minimum.
 Elakkan daripada menghayun lengan untuk menampar bola.
 Pastikan tapak pemukul (platform) adalah stabil.
 Kendurkan bahagian atas tubuh.
 Hantar bola tinggi agar pukulan bola yang seterusnya dapat disambut dengan
baik oleh ahli pasukan yang lain.
Lampiran 2

Permainan

a. Permainan menyangga bola dalam kumpulan.

i. Bahagikan murid kepada 4/5 sekumpulan.

ii. Objektif permainan seperti menyangga bola seberapa lama yang boleh.

iii. Kumpulan yang dapat menyangga bola paling banyak / paling lama dikira menang.

b. Permainan Penyingkiran.

i. Dalam kumpulan seperti di atas.

ii. Pemain yang gagal menyangga bola disingkirkan.

iii. Kumpulan tersebut terus menyangga sehingga semua ahli tersingkir

iv. Kumpulan yang masih mempunyai ahli apabila semua kumpulan lain tersingkir
dikira juara.
Minggu: 2

Tarikh: 24.02.18

Masa: 7.30 pagi hingga 9.30 pagi

Tempat: Kelas, padang

Aktiviti:

7.30am- Pengurusan tempat dan keperluan. (10 minit)

7.40am- Taklimat guru dan jawatankuasa. (10minit)

7.50am- Sejarah dunia bola tampar. (30minit) *rujuk lampiran 1

8.20am- Sejarah Malaysia bola tampar. (30 minit)*rujuk lampiran 2

8.50am- Peralatan yang diperlukan untuk permainan bola tampar. (30minit)*


lampiran 3

9.20am- Perbincangan dan refleksi.(10 minit)

9.30am- Bersurai.
Lampiran 1

Sejarah Dunia Bola Tampar

Permainan bola tampar telah direka oleh Professor William G. Morgan (1870 – 1942)
pada 9 Februari, 1895 di Young Men’s Christian Association (YMCA) Holyoke,
Massachusetts, Amerika Syarikat. Permainan ini direka berdasarkan permainan tenis
(jaring) dan bola keranjang (bola), dan beliau menamakan permainan baru ini
sebagai "Mintonette".

Pada tahun 1896, nama tersebut telah ditukar kepada “Volley Ball” setelah
cadangan dibuat oleh Professor Alfred T. Halstead, dan diterima oleh Morgan dalam
persidangan. Pada tahun 1952, Jawatankuasa Pentadbiran United States Volleyball
Association (USVBA) telah memutuskan supaya nama permainan ini dieja sebagai
satu perkataan, “Volleyball”.

Persekutuan bola tampar antarabangsa (Federation Internationale de


Volleyball – FIVB) telah ditubuhkan pada tahun 1947. Kejohanan bola tampar
sedunia bahagian lelaki yang pertama telah diadakan di Prague pada tahun 1949
manakala Kejohanan bola tampar sedunia yang pertama untuk wanita telah
berlangsung di Paris pada tahun 1951.

Pada tahun 1957, sukan bola tampar telah diperkenalkan sebagai sukan
berpasukan Olimpik dan kemudiannya buat pertama kali dipertandingkan di Sukan
Olimpik yang ke-18 di Tokyo pada tahun 1964. Rusia berjaya dalam bahagian
lelaki manakala pasukan Jepun mendapat pingat emas dalam acara wanita.

Pada masa ini, sukan Bola Tampar ialah salah satu daripada lima jenis
sukan antarabangsa yang terbesar di dunia. FIVB kini mempunyai 220 negara
yang menjadi ahli gabungan termasuk 53 dari Afrika, 65 dari Asia, 56 dari Eropah, 34
dari NORCECA (North, Central America and the Caribbean) dan 12 dari Amerika
Selatan, telah merupakan persekutuan sukan antarabangsa yang paling besar di
dunia.

Lampiran 2

Sejarah Bola Tampar di Malaysia


Pada awal tahun 1930-an, pasukan bola tampar dari universiti Hong Kong dan China
telah melawat ke Tanah Melayu untuk mengadakan perlawanan persahabatan di
bandar-bandar yang besar seperti Singapura, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Pada
ketika itu, perlawanan bola tampar dianjurkan oleh Persatuan Olahraga Cina
(Chinese Athletics Association) mengikut negeri masing-masing.

Federation of Malaya Amateur Volleyball Association (kini dikenali sebagai


Persatuan Bola Tampar Malaysia - MAVA) telah didaftarkan pada 9 Julai 1959
dengan nombor pendaftaran 1002 di Pulau Pinang. MAVA menjadi ahli gabungan
kepada Majlis Olimpik Malaysia (OCM) dan persekutuan bola tampar antarabangsa
(Federation Internationale de Volleyball – FIVB) pada tahun 1962.

MAVA terus memainkan peranan terhadap perkembangan sukan bola tampar


dengan penaja 4 Kejohanan Bola Tampar Kebangsaan dari 1960 hingga 1963 yang
dianjurkan oleh negeri Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Pahang. Ketika itu, sistem
9 orang pemain sebelah masih digunakan. Mulai tahun 1965, MAVA telah
memperkenalkan sistem 6 pemain sebelah mengikut sistem antarabangsa pada
kejohanan kebangsaan yang pertama berlangsung di Singapura. Acara wanita hanya
diperkenalkan dalam tahun 1966.

Dalam tahun 1990-an, banyak program pembangunan dan pertandingan


peringkat antarabangsa telah dilancar dan dikelolakan dengan jayanya oleh MAVA.
Antaranya adalah seperti bola tampar mini bawah12 tahun, pertandingan bawah 15
tahun, bola tampar pantai, liga bola tampar Semi-Pro, Remaja SEA, Remaja Wanita
Asia, Grand Prix Dunia Wanita dan Remaja Lelaki Sedunia.
Pada masa ini, MAVA mempunyai 17 ahli gabungan penuh daripada semua
negeri di Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan, PDRM dan Angkatan Tentera
Malaysia, manakala Bomba Malaysia dan Majlis Bandaraya Shah Alam sebagai ahli
bersekutu. Bola Tampar Mini diasaskan oleh Dr. Horst Baacke di Jerman pada tahun
1960-an. Pada tahun 1990, permainan bola tampar mini telah mula diperkenalkan di
Malaysia, dan MAVA telah menganjurkan Kejohanan Bola Tampar Mini Kebangsaan.
Mulai tahun 1993, Kejohanan Bola Tampar Mini telah diambil alih oleh MSSM.
Kejohanan tersebut telah berlangsung bersama-sama dengan kejohanan bawah 18
tahun di Sintok (UUM), kedah.
Lampiran 3

Peralatan yang Diperlukan untuk Permainan Bola Tampar

BOLA

 Berbentuk sfera
 Diperbuat daripada suatu lapisan kulit yang mudah lentur dengan satu pundi
getah atau bahan yang serupa di dalamnya
 Warna : seragam dan cerah
 Ukur lilit: 85-67 cm
 Berat : 260-280 gram

Bola tamparberbentuk sfera dan diperbuat daripada lapisan kulit fleksi


bel dengan satu pundi getah atau bahan sintetik yang ringan dan lembut. B
ahan ini penting untuk menyerap hentakan pada tangan ketika bola disentuh.

Kesesuaian tekanan angin dapat ditentukan dengan menjatuhkan bola


dari ketinggian aras kepala. Bola tersebut akan melantun semula pada
ketinggian aras pinggang. Berat bola antara 260-280gram. Ukur lilit
dalam lingkungan 65-67cm. Manakala warnanya seragam dan cerah.

KASUT SUKAN
 Ringan dan mudah lentur dengan tapak getah atau kulit tanpa tumit

JERSI & SELUAR

 Jersi bernombor dari nombor 1 hingga 18


 Warna nombor mestilah berbeza daripada warna jersi
 Nombor-nombor diletakkan di tangah-tengah bahagian depan dan belakang
jersi
Minggu: 3

Tarikh: 10.03.18

Masa: 7.30 pagi hingga 9.30 pagi

Tempat: Kelas, padang

Aktiviti:

7.30am- Pengurusan tempat dan keperluan. (10 minit)

7.40am- Taklimat guru dan jawatankuasa. (10 minit)

7.50am- Peralatan dan padang permainan bola tampar. (30 minit)

*rujuk lampiran 1

8.20am- Kedudukan pemain bola tampar. (30 minit)*lampiran 2

8.50am- Peraturan permainan bola tampar. (30 minit)* lampiran 3

9.20am- Perbincangan dan refleksi. (10 minit)

9.30am- bersurai.
Lampiran 1

Peralatan dan Padang Permainan Bola Tampar

KAWASAN PERMAINAN

Permukaan gelanggang bola tampar perlu rata dan diperbuat daripada sime
n atau sebarang permukaan sintetik yang sesuai dan selamat. Gelangga
ng bola tampar jugaboleh dibuat di atas padang berumput dan permukaan ta
nah liat.

Gelanggang permainan adalah sebuah segiempat tepat bersimetri berukuran


18 X 9m, dikelilingi oleh satu zon bebas sekurang-kurangnya 3m lebar dan dengan
satu ruang bebas dari sebarang gangguan yang tingginya sekurang-sekurangnya 7m
dari permukaan permainan.
JARING DAN TIANG

Jaring bola tampar adalah 1m lebar dan 9.50m panjang yang diletakkan di at
as paksi garisan tengah. Dua jalur putih, 5cm lebar dan 1m panjang dilekatka
n tegak pada jaring dan diletakkan di atas setiap garisan tepi. Iadikira sebagai
sebahagian daripada jaring dan mengehadkan ruang lintasan.
Tinggi jaring adalah 2.43m bagi lelaki dan 2.24m bagi wanita. Ia diukur dari te
ngah gelanggang bermain dengan sebatang pengukur. Kedua-
dua hujung jaring (di atas garisan tepi,) mesti sama tinggi daripada perm
ukaan bermain dan tidak melebihi 2cm daripada tinggi rasmi.Tiang-
tiang yang menyangga jarring mestilah bulat dan licin, dengan tingginya 2.55m
, seeloknya yang dapat dilaraskan. Ia mesti dipasang pada tanah
pada jarak antara 0.50-1.00m daripada setiap garisan tepi.

Sepasang antena diletakkan di kedua hujung jaring serenjang den


gan garisan tepi gelanggang. Antena diwarnakan putih berbelang merah.
Lampiran 2

Kedudukan Pemain Bola Tampar

Dalam permainan bola tampar pastinya terdapat pemain bola tampar yang
mempunyai tugas dan fungsinya sesuai dengan formasi dan posisinya saat
bertanding. Pengetahuan tentang posisi dalam permainan bola tampar ini sangat
penting agar saat pertandingan dapat bermain dengan baik serta sesuai arahan dari
jurulatih.

1.Server
Server adalah posisi pemain saat melakukan servis, pada posisi ini setiap pemain
akan berganti-gantian melakukan servis. Setelah itu, pemain kembali ke tengah
padang dan kembali ke posisi awal seperti menjadi spiker atau tosser.

Anda mungkin juga menyukai