Anda di halaman 1dari 30

RANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN

KELAB BOLA TAMPAR TAHUN 6


MINGGU TARIKH AKTIVITI
1 10.2.2018 1. Mesyuarat Agong.
2. Penubuhan Ahli Jawatankuasa Tahun 6 Sesi 2018.
3. Kemahiran Hantaran (perseorangan).
a. menyangga bola dari bawah
b. menyangga bola dari atas
4. Refleksi.
2 24.02.18 1. Mengulangkaji Sejarah Dunia Bola Tampar dan
Sejarah Malaysia Bola Tampar.
2. Kemahiran Hantaran (kumpulan).
a. menyangga bola dari bawah
b. menyangga bola dari atas
3. Permainan Kecil.
4. Refleksi.
3 10.03.18 1. Mengaplikasikan Kedudukan Pemain Bola Tampar
dalam kemahiran menyangga Bola Tampar.
2. Mengaplikasikan Peraturan Permainan Bola
Tampar dalam kemahiran menyangga Bola Tampar.
3. Permainan Kecil.
4. Refleksi.
4 14.04.18 1. Kemahiran menyangga Bola Tampar (ulangan).
2. Latihan Kumpulan (bulatan – teknik menyangga).
3. Permainan Kecil.
4. Refleksi.
5 28.04.18 1. Kemahiran membuat servis.
2. Latihan Kumpulan (berbaris – teknik servis bawah
Dan atas).
3. Permainan Kecil.
4. Refleksi.
6 12.05.18 1. Kemahiran membuat servis.
2. Latihan Kumpulan (berkumpulan – teknik servis
Bawah dan atas).
3. Permainan Kecil.
4. Refleksi.
7 26.05.18
8 14.07.18
9 28.07.18
10 11.08.18
11 08.09.18
12 13.10.18
Minggu: 1

Tarikh : 10.02.18

Masa : 7.30 pagi hingga 9.30 pagi

Tempat : Kelas, padang

Aktiviti :

7.30am - Mesyuarat agong. (30 minit)

- Penubuhan ahli jawatankuasa Tahun 6 sesi 2018.

8.00am - Kemahiran Hantaran (perseorangan). (rujuk lampiran 1) (60 minit)


a. menyangga bola dari bawah
b. menyangga bola dari atas
9.00am - Ujian Kecil (20 minit)

9.20am – Refleksi/ perbincangan .

9.30am - Bersurai.
Lampiran 1

Kemahiran Hantaran

Sebelum pemain mahir dalam permainan bola tampar, pemain perlu menguasai
kemahiran asas ini. Kemahiran menyangga penting agar anda dapat menguasai cara
menghantar bola ke pihak lawan. Hantaran bawah tangan juga dikenali sebagai
hantaran menyangga atau 'dig'. Hantaran ini dilakukan pada aras bawah tangan
yang menggunakan dua belah tangan (a two-handed underhand pass) dan
merupakan jenis hantaran yang lazim digunakan dalam permainan bola tampar.
Kemahiran menyangga juga digunakan apabila bola berada terlalu dekat dengan
lantai dan pemain tidak sempat mengambil posisi yang baik untuk menggunakan
hantaran atas kepala.

Kemahiran dig juga digunakan sebagai teknik menahan, terutamanya untuk


menyelamatkan hantaran dan juga mengawal semula bola. Contohnya, apabila pihak
lawan merejam bola atau bola dimainkan ke satu posisi yang tidak membolehkan
penerima menggunakan hantaran atas kepala maka penerima hantaran akan
menggunakan dig untuk menyelamatkan pukulan tersebut.
Teknik-teknik Menyangga:

 Pastikan kedua-dua ibu jari adalah selari.


 Jari-jari hendaklah dilipat dan dirapatkan antara satu sama yang lain.
 Kedua-dua siku dikunci dengan lengan dan pergelangan tangan diluruskan
ke hadapan.
 Kaki dijarakkan denga sebelah kaki diletakkan di hadapan dan lutut
dibengkokkan untuk menerima hantaran.
 Letakkan kaki luar ke hadapan dan pusing badan untuk menghadap sasaran
sebelum bermain bola.
 Tolak bola ke atas dengan pergerakan bahu yang minimum.
 Elakkan daripada menghayun lengan untuk menampar bola.
 Pastikan tapak pemukul (platform) adalah stabil.
 Kendurkan bahagian atas tubuh.
 Hantar bola tinggi agar pukulan bola yang seterusnya dapat disambut dengan
baik oleh ahli pasukan yang lain.
Lampiran 2

Permainan

a. Permainan menyangga bola dalam kumpulan.

i. Bahagikan murid kepada 4/5 sekumpulan.

ii. Objektif permainan seperti menyangga bola seberapa lama yang boleh.

iii. Kumpulan yang dapat menyangga bola paling banyak / paling lama dikira menang.

b. Permainan Penyingkiran.

i. Dalam kumpulan seperti di atas.

ii. Pemain yang gagal menyangga bola disingkirkan.

iii. Kumpulan tersebut terus menyangga sehingga semua ahli tersingkir

iv. Kumpulan yang masih mempunyai ahli apabila semua kumpulan lain tersingkir
dikira juara.
Minggu: 2

Tarikh: 24.02.18

Masa: 7.30 pagi hingga 9.30 pagi

Tempat: Kelas, padang

Aktiviti:

7.30am- Pengurusan tempat dan keperluan. (10 minit)

7.40am- Taklimat guru dan jawatankuasa. (10minit)

7.50am- Sejarah dunia bola tampar. (30minit) *rujuk lampiran 1

8.20am- Sejarah Malaysia bola tampar. (30 minit)*rujuk lampiran 2

8.50am- Peralatan yang diperlukan untuk permainan bola tampar. (30minit)*


lampiran 3

9.20am- Perbincangan dan refleksi.(10 minit)

9.30am- Bersurai.
Lampiran 1

Sejarah Dunia Bola Tampar

Permainan bola tampar telah direka oleh Professor William G. Morgan (1870 – 1942)
pada 9 Februari, 1895 di Young Men’s Christian Association (YMCA) Holyoke,
Massachusetts, Amerika Syarikat. Permainan ini direka berdasarkan permainan tenis
(jaring) dan bola keranjang (bola), dan beliau menamakan permainan baru ini
sebagai "Mintonette".

Pada tahun 1896, nama tersebut telah ditukar kepada “Volley Ball” setelah
cadangan dibuat oleh Professor Alfred T. Halstead, dan diterima oleh Morgan dalam
persidangan. Pada tahun 1952, Jawatankuasa Pentadbiran United States Volleyball
Association (USVBA) telah memutuskan supaya nama permainan ini dieja sebagai
satu perkataan, “Volleyball”.

Persekutuan bola tampar antarabangsa (Federation Internationale de


Volleyball – FIVB) telah ditubuhkan pada tahun 1947. Kejohanan bola tampar
sedunia bahagian lelaki yang pertama telah diadakan di Prague pada tahun 1949
manakala Kejohanan bola tampar sedunia yang pertama untuk wanita telah
berlangsung di Paris pada tahun 1951.

Pada tahun 1957, sukan bola tampar telah diperkenalkan sebagai sukan
berpasukan Olimpik dan kemudiannya buat pertama kali dipertandingkan di Sukan
Olimpik yang ke-18 di Tokyo pada tahun 1964. Rusia berjaya dalam bahagian
lelaki manakala pasukan Jepun mendapat pingat emas dalam acara wanita.

Pada masa ini, sukan Bola Tampar ialah salah satu daripada lima jenis
sukan antarabangsa yang terbesar di dunia. FIVB kini mempunyai 220 negara
yang menjadi ahli gabungan termasuk 53 dari Afrika, 65 dari Asia, 56 dari Eropah, 34
dari NORCECA (North, Central America and the Caribbean) dan 12 dari Amerika
Selatan, telah merupakan persekutuan sukan antarabangsa yang paling besar di
dunia.

Lampiran 2

Sejarah Bola Tampar di Malaysia


Pada awal tahun 1930-an, pasukan bola tampar dari universiti Hong Kong dan China
telah melawat ke Tanah Melayu untuk mengadakan perlawanan persahabatan di
bandar-bandar yang besar seperti Singapura, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Pada
ketika itu, perlawanan bola tampar dianjurkan oleh Persatuan Olahraga Cina
(Chinese Athletics Association) mengikut negeri masing-masing.

Federation of Malaya Amateur Volleyball Association (kini dikenali sebagai


Persatuan Bola Tampar Malaysia - MAVA) telah didaftarkan pada 9 Julai 1959
dengan nombor pendaftaran 1002 di Pulau Pinang. MAVA menjadi ahli gabungan
kepada Majlis Olimpik Malaysia (OCM) dan persekutuan bola tampar antarabangsa
(Federation Internationale de Volleyball – FIVB) pada tahun 1962.

MAVA terus memainkan peranan terhadap perkembangan sukan bola tampar


dengan penaja 4 Kejohanan Bola Tampar Kebangsaan dari 1960 hingga 1963 yang
dianjurkan oleh negeri Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Pahang. Ketika itu, sistem
9 orang pemain sebelah masih digunakan. Mulai tahun 1965, MAVA telah
memperkenalkan sistem 6 pemain sebelah mengikut sistem antarabangsa pada
kejohanan kebangsaan yang pertama berlangsung di Singapura. Acara wanita hanya
diperkenalkan dalam tahun 1966.

Dalam tahun 1990-an, banyak program pembangunan dan pertandingan


peringkat antarabangsa telah dilancar dan dikelolakan dengan jayanya oleh MAVA.
Antaranya adalah seperti bola tampar mini bawah12 tahun, pertandingan bawah 15
tahun, bola tampar pantai, liga bola tampar Semi-Pro, Remaja SEA, Remaja Wanita
Asia, Grand Prix Dunia Wanita dan Remaja Lelaki Sedunia.
Pada masa ini, MAVA mempunyai 17 ahli gabungan penuh daripada semua
negeri di Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan, PDRM dan Angkatan Tentera
Malaysia, manakala Bomba Malaysia dan Majlis Bandaraya Shah Alam sebagai ahli
bersekutu. Bola Tampar Mini diasaskan oleh Dr. Horst Baacke di Jerman pada tahun
1960-an. Pada tahun 1990, permainan bola tampar mini telah mula diperkenalkan di
Malaysia, dan MAVA telah menganjurkan Kejohanan Bola Tampar Mini Kebangsaan.
Mulai tahun 1993, Kejohanan Bola Tampar Mini telah diambil alih oleh MSSM.
Kejohanan tersebut telah berlangsung bersama-sama dengan kejohanan bawah 18
tahun di Sintok (UUM), kedah.
Lampiran 3

Peralatan yang Diperlukan untuk Permainan Bola Tampar

BOLA

 Berbentuk sfera
 Diperbuat daripada suatu lapisan kulit yang mudah lentur dengan satu pundi
getah atau bahan yang serupa di dalamnya
 Warna : seragam dan cerah
 Ukur lilit: 85-67 cm
 Berat : 260-280 gram

Bola tamparberbentuk sfera dan diperbuat daripada lapisan kulit fleksi


bel dengan satu pundi getah atau bahan sintetik yang ringan dan lembut. B
ahan ini penting untuk menyerap hentakan pada tangan ketika bola disentuh.

Kesesuaian tekanan angin dapat ditentukan dengan menjatuhkan bola


dari ketinggian aras kepala. Bola tersebut akan melantun semula pada
ketinggian aras pinggang. Berat bola antara 260-280gram. Ukur lilit
dalam lingkungan 65-67cm. Manakala warnanya seragam dan cerah.

KASUT SUKAN
 Ringan dan mudah lentur dengan tapak getah atau kulit tanpa tumit

JERSI & SELUAR

 Jersi bernombor dari nombor 1 hingga 18


 Warna nombor mestilah berbeza daripada warna jersi
 Nombor-nombor diletakkan di tangah-tengah bahagian depan dan belakang
jersi
Minggu: 3

Tarikh: 10.03.18

Masa: 7.30 pagi hingga 9.30 pagi

Tempat: Kelas, padang

Aktiviti:

7.30am- Pengurusan tempat dan keperluan. (10 minit)

7.40am- Taklimat guru dan jawatankuasa. (10 minit)

7.50am- Peralatan dan padang permainan bola tampar. (30 minit)

*rujuk lampiran 1

8.20am- Kedudukan pemain bola tampar. (30 minit)*lampiran 2

8.50am- Peraturan permainan bola tampar. (30 minit)* lampiran 3

9.20am- Perbincangan dan refleksi. (10 minit)

9.30am- bersurai.
Lampiran 1

Peralatan dan Padang Permainan Bola Tampar

KAWASAN PERMAINAN

Permukaan gelanggang bola tampar perlu rata dan diperbuat daripada sime
n atau sebarang permukaan sintetik yang sesuai dan selamat. Gelangga
ng bola tampar jugaboleh dibuat di atas padang berumput dan permukaan ta
nah liat.

Gelanggang permainan adalah sebuah segiempat tepat bersimetri berukuran


18 X 9m, dikelilingi oleh satu zon bebas sekurang-kurangnya 3m lebar dan dengan
satu ruang bebas dari sebarang gangguan yang tingginya sekurang-sekurangnya 7m
dari permukaan permainan.
JARING DAN TIANG

Jaring bola tampar adalah 1m lebar dan 9.50m panjang yang diletakkan di at
as paksi garisan tengah. Dua jalur putih, 5cm lebar dan 1m panjang dilekatka
n tegak pada jaring dan diletakkan di atas setiap garisan tepi. Iadikira sebagai
sebahagian daripada jaring dan mengehadkan ruang lintasan.
Tinggi jaring adalah 2.43m bagi lelaki dan 2.24m bagi wanita. Ia diukur dari te
ngah gelanggang bermain dengan sebatang pengukur. Kedua-
dua hujung jaring (di atas garisan tepi,) mesti sama tinggi daripada perm
ukaan bermain dan tidak melebihi 2cm daripada tinggi rasmi.Tiang-
tiang yang menyangga jarring mestilah bulat dan licin, dengan tingginya 2.55m
, seeloknya yang dapat dilaraskan. Ia mesti dipasang pada tanah
pada jarak antara 0.50-1.00m daripada setiap garisan tepi.

Sepasang antena diletakkan di kedua hujung jaring serenjang den


gan garisan tepi gelanggang. Antena diwarnakan putih berbelang merah.
Lampiran 2

Kedudukan Pemain Bola Tampar

Dalam permainan bola tampar pastinya terdapat pemain bola tampar yang
mempunyai tugas dan fungsinya sesuai dengan formasi dan posisinya saat
bertanding. Pengetahuan tentang posisi dalam permainan bola tampar ini
sangat penting agar saat pertandingan dapat bermain dengan baik serta
sesuai arahan dari jurulatih.

1.Server
Server adalah posisi pemain saat melakukan servis, pada posisi ini setiap
pemain akan berganti-gantian melakukan servis. Setelah itu, pemain kembali
ke tengah padang dan kembali ke posisi awal seperti menjadi spiker atau
tosser.
2 & 4. Spiker atau smasher

Spiker atau smasher adalah posisi yang sangat menentukan untuk


pasukan mendapatkan mata, pada posisi ini pemain berada di dekat jaring
dan tosser (baik di depan maupun belakang tosser). Tugasnya adalah untuk
melakukan serangan dengan smash, smash yang baik akan membuat bola
masuk ke daerah lawan sehingga pasukan memperoleh mata. Setelah
melakukan smash posisi pemain smasher ini juga berfungsi sebagai blocker
untuk menghadang serangan lawan.

3. Set-Upper atau Toser

Set-Upper atau Tosser adalah posisi pemain sebagai pengatur serangan dan
pengumpan bola kepada smasher, tugas dari seorang tosser adalah
memberikan umpan yang baik kepada smasher agar diperoleh pukulan yang
baik. Perlu kecerdikan jika menjadi seorang tosser, umpan dengan waktu
yang tepat dan arah bola sangat penting untuk memperoleh mata. Selain itu
tosser juga harus menguasai teknik blocking dan smash.

5 & 6. Libero atau Defender

Libero atau Defender adalah posisi pemain bola tampar yang berfungsi
sebagai pemain bertahan, pada posisi ini, pemain harus tahu arah datangnya
serangan lawan. Tugas utama dari seorang defender atau Libero adalah
menjaga agar serangan lawan dapat dikembalikan atau ditahan, jika pasukan
diserang defender berada di belakang blocker.
Lampiran 3

Peraturan Permainan Bola Tampar

Pertandingan bola tampar dilaksanakan mengikut Undang-


undang Persatuan Bola Tampar Amatur Malaysia (MAVA) dan peraturan-
peraturan am Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM). Antara undang-
undang asas permainan bola tampar adalah seperti berikut:

1. Pertandingan bola tampar diadili oleh dua orang pengadil, iaitu penga
dil pertama dan pengadil kedua.
2. Setiap pasukan perlu terdiri daripada sekurang-
kurangnya enam orang pemain dan tidak melebihi 12 orang pema
in yang berdaftar.
3. Servis hanya boleh dilaksanakan selepas pengadil pertama meniup wise
l.
4. Servis perlu dilakukan oleh setiap pemain mengikut giliran yang sah.
5. Pemain yang melakukan servis tidak dibenarkan memijak garisan belak
ang.
6. Setiap pemain boleh menyentuh bola sekali sahaja. Pemain boleh me
nyentuh bola dengan mana-mana bahagian badan.
7. Setiap pasukan hanya boleh menyentuh atau memainkan bola den
gan 3sentuhan sebelum menghantar ke gelanggang pihak lawan. Pengir
aan ini tidak termasuk sentuhan bagi mengadang.
8. Mengadang hanya boleh dilakukan oleh pemain barisan hadapan.
9. Pemain barisan belakang boleh melakukan rejaman tetapi dari luar kaw
asan serangan.
10. Pemain dilarang menyentuh manamana bahagian jaring atau memasuki ka
wasan pihak lawan.
11. Setiap pasukan boleh melakukan enam pertukaran dalam setiap set per
mainan bilabila masa dengan kebenaran pengadil. Pemain yang ditukar

perlu diganti dengan pemain yang sama apabila pertukaran dibuat sem
ula.
12. Setiap pasukan boleh meminta dua kali “time-
out” dalam satu set permainan dengan kebenaran pengadil.
13. Mata kemenangan ialah 25 mata yang dikira secara pengiraan pingpon
g. Apabila kedudukan mata 24-
24, lebihan dua mata diperlukan untuk menentukan kemenangan.
14. Set penentuan, hanya 15 mata sahaja digunakan dengan lebihan dua
mata diperlukan untuk menentukan kemenangan.
15. Antena berfungsi untuk memastikan bola masih berada dalam kawasan
permainan semasa bola masuk ke kawasan pihak lawan.
16. Setiap pasukan hendaklah memakai jersey yang mempunyai nombor.
17. Permainan akan dijalankan mengikut peraturan dan undang-undang yang
ditetapkan oleh ‘International Volley Ball Association’.
Minggu: 4

Tarikh: 14.04.18

Masa: 7.30 pagi hingga 9.30 pagi

Tempat: Kelas, padang

Aktiviti:

7.30am- Pengurusan tempat dan keperluan. ( 10 minit )

7.40am- Taklimat guru dan jawatankuasa. ( 10minit )

7.50am- Aktiviti pemanasan badan.( 10minit )

8.00am- Kemahiran menyangga bola. ( 40 minit )*rujuk lampiran 1

8.40am- Permainan kecil. ( 40minit )* rujuk lampiran 2

9.20am- Penyejukkan badan. ( 10 minit )

9.30am- bersurai.
Lampiran 1
Minggu: 5

Tarikh: 28.04.18

Masa: 7.30 pagi hingga 9.30 pagi

Tempat: Kelas, padang

Aktiviti:

7.30am- Pengurusan tempat dan keperluan. (10 minit)

7.40am- Taklimat guru dan jawatankuasa. (10minit)

7.50am- Aktiviti pemanasan badan. (10minit)

8.00am- Kemahiran menyangga bola.(ulangan) (40 minit)*rujuk lampiran 1

8.40am- Latihan kumpulan: Permainan kecil a dan b. (40minit)

*rujuk lampiran 2

9.20am- Penyejukkan badan. (10 minit)

9.30am- bersurai.
Lampiran 1

Kemahiran Menyangga Bola

Sebelum pemain mahir dalam permainan bola tampar, pemain perlu menguasai
kemahiran asas ini. Kemahiran menyangga penting agar anda dapat menguasai cara
menghantar bola ke pihak lawan. Hantaran bawah tangan juga dikenali sebagai
hantaran menyangga atau 'dig'. Hantaran ini dilakukan pada aras bawah tangan
yang menggunakan dua belah tangan (a two-handed underhand pass) dan
merupakan jenis hantaran yang lazim digunakan dalam permainan bola tampar.
Kemahiran menyangga juga digunakan apabila bola berada terlalu dekat dengan
lantai dan pemain tidak sempat mengambil posisi yang baik untuk menggunakan
hantaran atas kepala.

Kemahiran dig juga digunakan sebagai teknik menahan, terutamanya untuk


menyelamatkan hantaran dan juga mengawal semula bola. Contohnya, apabila pihak
lawan merejam bola atau bola dimainkan ke satu posisi yang tidak membolehkan
penerima menggunakan hantaran atas kepala maka penerima hantaran akan
menggunakan dig untuk menyelamatkan pukulan tersebut.
Teknik-teknik Menyangga:

 Pastikan kedua-dua ibu jari adalah selari.


 Jari-jari hendaklah dilipat dan dirapatkan antara satu sama yang lain.
 Kedua-dua siku dikunci dengan lengan dan pergelangan tangan diluruskan
ke hadapan.
 Kaki dijarakkan denga sebelah kaki diletakkan di hadapan dan lutut
dibengkokkan untuk menerima hantaran.
 Letakkan kaki luar ke hadapan dan pusing badan untuk menghadap sasaran
sebelum bermain bola.
 Tolak bola ke atas dengan pergerakan bahu yang minimum.
 Elakkan daripada menghayun lengan untuk menampar bola.
 Pastikan tapak pemukul (platform) adalah stabil.
 Kendurkan bahagian atas tubuh.
 Hantar bola tinggi agar pukulan bola yang seterusnya dapat disambut dengan
baik oleh ahli pasukan yang lain.
Lampiran 2

Permainan

a. Permainan menyangga bola dalam kumpulan.

i. Bahagikan murid kepada 4/5 sekumpulan.

ii. Objektif permainan seperti menyangga bola seberapa lama yang boleh.

iii. Kumpulan yang dapat menyangga bola paling banyak / paling lama dikira menang.

b. Permainan Penyingkiran.

i. Dalam kumpulan seperti di atas.

ii. Pemain yang gagal menyangga bola disingkirkan.

iii. Kumpulan tersebut terus menyangga sehingga semua ahli tersingkir

iv. Kumpulan yang masih mempunyai ahli apabila semua kumpulan lain tersingkir
dikira juara.
Minggu: 6

Tarikh: 12.05.18

Masa: 7.30 pagi hingga 9.30 pagi

Tempat: Kelas, padang

Aktiviti:

7.30am- Pengurusan tempat dan keperluan. (10 minit)

7.40am- Taklimat guru dan jawatankuasa. (10minit)

7.50am- Aktiviti pemanasan badan. (10minit)

8.00am- Kemahiran membuat servis. (40 minit)*lampiran 1

8.40am- Permainan kecil a & b. (40minit)* lampiran 2

9.20am- Penyejukkan badan. (10 minit)

9.30am- Bersurai.
Lampiran 1

Kemahiran Membuat Servis

a.SERVIS BAWAH

1) Langkah pertama adalah posisi ketika tubuh berdiri, kemudian kaki membentuk
kuda - kuda dengan badan agak condong ke depan.

2) Langkah yang kedua ialah salah satu tangan memegang bola dan tangan yang
satu lagi digunakan untuk memukul bola dengan jari - jari tangan dalam keadaan
mengepal atau menggenggam.

3) Yang ketiga pula adalah bola sedikit dilambungkan, kemudian bola dipukul di
bahagian bawah dengan ayunan tangan dari belakang ke depan.

b. SERVIS ATAS

1) Langkah pertama, posisi ketika tubuh berdiri, salah satu tangan memegang bola.

2) Kemudian bola dilambungkan dan dipukul dengan jari-jari secara rapat sekuat
tenaga.
3) Langkah ketiga, pukulan bola perlu melepasi/melewati di atas net.

4) Langkah yang terakhir, bola boleh dipukul dengan keras supaya membentuk atau
beralun.
Lampiran 2

Permainan

Permainan a. Servis dari kawasan servis

• Pemain beratur di kawasan servis.

• Seorang berada di dalam gelanggang untuk menangkap bola servis daripada pihak
lawan.

• Selepas bola ditangkap, pemain akan bergerak ke tempat servis untuk menunggu
giliran servisnya.

• Pemain yang telah membuat servis akan menukar peranannya dengan bergerak
ke dalam gelanggang untuk menangkap bola servis daripada pihak lawan.
Permainan b. Permainan Servis Kawalan pada Dinding

• Servis ke sasaran pada dengan gaya servis bawah tangan dari tempat yang sama.

• 5 kali percubaan diberikan dan jumlahkan mata yang diperoleh berdasarkan


ketepatan servis.

Variasi : Gunakan servis atas kepala (servis tenis)

Anda mungkin juga menyukai