Anda di halaman 1dari 8

SEKOLAH KEBANGSAAN PUSAT

24000 KEMAMAN,TERENGGANU.

KERTAS KERJA
KARNIVAL PERMAINAN
SK PUSAT TAHUN 2022

Disediakan oleh
Unit Ko-kurikulum
SK Pusat,
24000 kemaman,terengganu
1.0 PENGENALAN

Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai
sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan
Falsafah Pendidikan kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan
yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara yang memberi penekanan
kepada Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Dasar ini memberi
perhatian yang utama kepada murid yang kurang aktif supaya mereka melibatkan diri
dalam aktiviti sukan. Pada masa yang sama, bakat murid yang berpotensi akan digilap
dan dibangunkan melalui Sukan Prestasi Tinggi sekolah (SPTS).

Bidang sukan sangat penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal murid


selaras dengan ungkapan “Minda Yang Cerdas Terletak Pada Tubuh Yang Sihat”.
Dalam konteks ini, bidang sukan memainkan peranan yang penting bagi melahirkan
modal insan yang sihat, cergas dan produktif agar dapat memberi sumbangan kepada
kesejahteraan sosial serta pembangunan ekonomi negara.

Justeru, pelbagai aktiviti sukan diperkenalkan bagi menarik minat murid-murid


agar mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
melaksanakan Dasar 1M 1S agar setiap murid menikmati manfaat bersukan dengan
harapan dapat membentuk generasi yang membudayakan sukan seiring dengan
keperluan akademik.

Karnival Permainan pula merupakan acara tahunan yang mesti dilaksanakan


setiap tahun. Karnival ini akan melibatkan murid Tahun 4,5 dan 6 bagi pertandingan
bola sepak, bola jaring, bola baling dan bola tampar dan ditambah dengan permainan
baharu iaitu E-Sport. Melalui acara inilah bakat-bakat murid dalam bidang sukan akan
dapat dicungkil dan dididik supaya mencapai kecemerlangan di bidang sukan selaras
dengan Dasar 1 Murid 1 Sukan.

2.0 RASIONAL

Karnival Permainan ini bertujuan untuk membentuk dan melahirkan murid yang
cergas, progresif dan berdaya saing demi memastikan kemenjadian murid sebagai
insan yang seimbang dan harmonis dan menghargai alam sekitar selaras dengan
Dasar 1 Murid 1 Sukan. Program ini melibatkan semua murid tahun 4, 5, dan 6 dalam
acara sukan demi melahirkan murid yang cergas dan aktif dalam bidang sukan.
3.0 MATLAMAT

Karnival Permainan SKP ini bertujuan untuk menarik minat murid-murid dalam
bidang sukan dan dapat membentuk serta melahirkan murid yang berkeyakinan diri
dengan mempertingkatkan kebolehan dalam bidang sukan selaras dengan misi sekolah
dalam memberikan pendidikan berkualiti yang menyeluruh ke arah membentuk pelajar
berilmu dan berhemah tinggi selaras dengan falsafah dan aspirasi negara. Program ini
juga bertujuan menyahut seruan kerajaan dalam melibatkan murid secara menyeluruh
dalam bidang sukan selaras dengan Dasar 1 Murid 1 Sukan yang diperkenalkan.

4.0 OBJEKTIF

 Meningkatkan kebolehan,kemahiran dan bakat murid.


 Memupuk dan menyuntik semangat kesukanan dalam diri murid-murid.
 Mewujudkan semangat kesukanan dan gaya hidup sihat serta meningkatkan
daya tahan murid.
 Guru dapat mengenal pasti murid yang berpotensi dan berbakat dalam bidang
sukan.
 Memastikan murid –murid akan berkembang secara seimbang dari segi
jasmani,rohani, emosi dan intelektual.
 Memperkembangkan kemahiran pengurusan diri, disiplin, mendengar dan
mematuhi arahan.

5.0 TARIKH

Selasa dan Rabu (29 November 2022)

6.0 TEMPAT

Padang dan gelanggang bola tampar SK Pusat.

7.0 KUMPULAN SASARAN

Semua murid tahun 4,5 dan 6.


8.0 JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : Puan Rusmini binti Meli


(Guru Besar)

Pengerusi : YM. Syed Shaharzi bin Syed Alwi


(Pen. Kanan Kokurikulum)

Timbalan Pengerusi I : YM. Syed Amran bin Tuan Padan


(Pen. Kanan Pentadbiran)

Timbalan Pengerusi II : Encik Zaharuddin bin Ibrahim


(Pen. Kanan Hal Ehwal Murid)

Timbalan Pengerusi III : Puan Hasliza binti Hashim


(Pen. Kanan Pendidikan Khas)

Setiausaha : Encik Mohd.Azmi bin Ngah

Penolong Setiausaha : Puan Aisyatun@Aisyah binti Hamzah

Ahli Jawatankuasa : Encik Ahmad Hafiz bin Othman


(Kelab Olahraga)

En. Muhammad Faizal bin Isa


(Kelab Bola Sepak)

Pn Nurul Akmal binti Kamal


(Kelab Bola Jaring)

En. Mohd Shahrizal bin Ismail@A.Razak


(Kelab Sepak Takraw)

Puan Faranizam binti Abdul fattah


(Kelab Bola Baling)

En. Wan Muhaimin bin wan Ahmad


(Kelab Bola Tampar)

En. Mohamad Nasir bin Ismail


(Kelab Hoki)

En. Mohamad Nasaruddin bin Sapiei


(Kelab Hoki)
Pn Nor Ashekeen binti Hashim
(Kelab Catur PPKI)

Pn. Azmah binti Embong


(Kelab Catur)

9.0 JAWATANKUASA KERJA

Penyelaras : En. Mohd.Azmi bin Ngah

Penolong Penyelaras : Puan Aisyatun@Aisyah binti Hamzah

Pengurus & Penolong


Pengurus Pasukan : En Samsul Maarif bin Mohamed
Pn. Siti Rosnah binti Ya’kob
En. Shamsul Haimi bin Ngah

Instruktor Senamrobik : Pn Hasliza binti Hashim

Pegawai Pertandingan / : Bola Sepak / Futsal


Teknikal / Urusetia En. Muhamad Faizal bin Isa (K)
En. Wan Othmiadi bin Wan Othman
En. Mohd Zuhairi bin Jusoh

: Bola Jaring
Pn. Nurul Akma binti Kamal (K)
Pn. Rosmaria binti Deraman@Wahab
Pn. Azimah binti Abdul Razak
Pn. Nora binti Azmi
Cik Shahrulvariah binti Mohamad

: Bola Baling
Pn Faranizam binti Abdul Fattah (K)
Pn Yusmaliza bt Mat Yusoff
En Mohd Shamsul Haimi bin Ngah

: Bola Tampar
En. Wan Muhaimin bin Wan Ahmad (K)
Puan Munira binti Ramley
Pn Syarifah binti Abd Manan
10.0 SENARAI BIDANG TUGAS AHLI JAWATANKUASA KERJA

Bil Bidang Tugas Tugasan Catatan

1. Penyelaras dan a) Memastikan perjalanan karnival


Pen. Penyelaras berjalan lancar seperti yang
dirancang.

2. Pengurus pasukan a) Mendaftarkan murid dan


dan Pen. Pengurus menyenarai nama peserta di
dalam borang yang disediakan.
b) Mengelola kebajikan dan
mengurus peserta pertandingan
c) Memastikan pasukan yang diurus
bersedia lima minit sebelum
perlawanan.

3. Siaraya a) Memastikan alat siaraya


mencukupi dan berfungsi.

4. Buku a) Menyediakan 1 set dokumentasi


Program/Dokumentasi dan buku program.

5. Hadiah dan a) Menyediakan hadiah mencukupi


cenderahati kepada peserta.
b) Menyediakan cenderahati untuk
perasmi penutup.

6. Minuman peserta a) Menyediakan minuman untuk


peserta dan petugas.
b) Menyediakan tempat minuman.

7. Juruacara a) Mengacara perjalanan acara


pertandingan.
b) Mengacara Majlis Penutup dan
Penyampaian Hadiah.
8. Pegawai a) Menyediakan padang dan
pertandingan / gelanggang dari segi garisan,
Teknikal / Urusetia tiang gol, jaring dan lain-lain.
b) Menyediakan borang-borang yang
diperlukan.
c) Mengadili setiap pertandingan.
d) Senarai kumpulan pemenang
diserah kepada juruacara untuk
diumumkan.
e) Mencatat mata dan keputusan
f) Memastikan peraturan
pertandingan untuk kutipan mata.

9. Kawalan/ a) Bertugas sepanjang perlawanan.


Keselamatan dan b) Peti kecemasan disediakan.
Pasukan Kecemasan c) Bertindak segera ke atas kes
kecemasan.

10. Fotografi a) Mengambil gambar perjalanan


karnival.

11.0 PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH


MEDAL
Hadiah
15 x RM 6.00 x 4 RM 360.00
- Bola Sepak Tahun 4,5 dan 6(Lelaki )
15 x RM 6.00 x 4 RM 360.00
- Bola Jaring Tahun 4,5 dan 6 (Perempuan)
15 x RM 6.00 x 4 RM 360.00
1. - Bola Baling Tahun 4,5 dan 6 (Lelaki)
15 x RM 6.00 x 4 RM 360.00
- Bola Baling Tahun 4,5 dan 6 (Perempuan)
6 x RM 6.00 x 4 RM 144.00
- Bola Tampar Tahun 4,5 dan 6 (Lelaki)
6 x RM 6.00 x 4 RM 144.00
- Bola Tampar Tahun 4,5 dan 6 (Perempuan)
5 x RM 6.00 x 4 RM 120.00
- E-Sport

2. Air Minuman Pemain RM2 x 77 peserta RM 154.00

3. Minyak hitam garisan padang - RM 50.00


JUMLAH BESAR RM 2052.00

12.0 ATURCARA KARNIVAL PERMAINAN

2.00 ptg : Murid berkumpul di tapak perhimpunan


: Senamrobik
: Taklimat Penyelaras
3.00 ptg : Pertandingan dimulakan

5.45 ptg : Majlis Penutup dan penyampaian hadiah

6.15 ptg : Bersurai

13.0 PENUTUP
Pihak Jawatankuasa Pelaksana berharap agar program ini akan dapat
dilaksanakan dengan jayanya hasil kerjasama dan komitmen yang padu
daripada semua pihak yang terlibat.

Disediakan oleh,

(MOHD.AZMI BIN NGAH)


Setiausaha Karnival Permainan,
SK Pusat, Kemaman

Disahkan oleh,

(YM SYED SHAHARZI BIN SYED ALWI


Penolong Kanan Ko-Kurikulum,
SK Pusat, Kemaman

Anda mungkin juga menyukai