Anda di halaman 1dari 12

KERTAS KERJA CADANGAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

(f) LUI BARAT


72120 BANDAR SERI JEMPOL, NEGERI SEMBILAN

1.0 NAMA PROGRAM


Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah, SMK (f) Lui Barat kali ke 35, 2023.

2.0 PENGENALAN :
Sukan adalah aktiviti kokurikulum yang amat berkesan dalam usaha melahirkan generasi
muda yang sihat dan cergas, bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga mental. Sukan juga telah
terbukti sebagai alat perpaduan yang berkesan, hasil daripada pemupukan sikap toleransi, disiplin,
ketahanan diri dan semangat cintakan sekolah dan negara .

Melalui semangat dan hasrat tersebut, pihak Sekolah Menengah Kebangsaan (f) Lui Barat
telah mengatur satu program iaitu kejohanan olahraga di peringkat sekolah agar dapat disertai oleh
pelajar dan pelbagai lapisan masyarakat. Melalui usaha ini, ia secara tidak langsung dapat membantu
pelajar dalam meningkatkan kecergasan dari segi mental dan fizikal disamping dapat mengeratkan tali
silaturahim antara mereka.

Penganjuran Kejohanan ini adalah bagi memenuhi dan mengisi slot aktiviti kokurikulum
sepanjang tahun, dengan aktiviti yang lebih menarik minat pelajar. Ia juga adalah kesinambungan
daripada acara merentas desa dan sukantara sekolah yang mana, ia melibatkan semua pelajar.
Pendedahan pelajar terhadap aktiviti ini juga, secara tidak langsung memberikan pelajar pengalaman
bertanding dalam situasi pertandingan sebenar, selain dapat mencungkil bakat pelajar untuk
diketengahkan sebagai wakil sekolah serta dapat menjalankan aktiviti dengan lebih seronok dan
semangat bersaing antara satu sama lain. Diharapkan juga program ini akan dapat menarik minat
pelajar untuk mengikutinya dan memberikan komitmen yang sepenuhnya disepanjang perjalanan
program ini.
3.0 MATLAMAT

Melahirkan pelajar yang berdaya saing, berdisiplin serta berjaya memenuhi tuntutan misi dan visi SMK
(f) Lui Barat, yang menuntut pelajarnya agar cemerlang dalam segenap aspek. Selain itu, program ini
diharap dapat mengelakkan rasa bosan dalam kalangan pelajar selain penglibatan yang menyeluruh
di kalangan pelajar serta guru dalam mengikuti aktiviti kokurikulum. Dengan adanya program ini,
diharap pelajar akan lebih berminat melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum yang dijalankan.

4.0 OBJEKTIF
 Mengaplikasikan kemahiran yang telah dipelajari dalam situasi sebenar dan membina daya
tahan fizikal dan mental dalam pembentukan sahsiah dan konsep kendiri pelajar sewaktu
pertandingan.
 Memberi peluang kepada murid menonjolkan bakat mereka dalam sesuatu acara olahraga.
 Medan bagi pemilihan atlet yang akan diketengahkan untuk mewakili MSSD Jempol ke
Kejohanan MSS Negeri Sembilan.
 Kemenjadian murid berkonsepkan “ABC 2.0. Ambil Peduli. Bina Hubungan. Cipta Kejayaan.
UP Nogoghi” melalui persaingan yang sihat antara murid yang bertanding.

5.0 TEMPAT PERTANDINGAN


Padang Utama SMK (f) Lui Barat.
6.0 TARIKH DAN HARI PERTANDINGAN
21 hingga 23 Jun 2023 (Rabu hingga Jumaat)
7.0 MASA
7.1 7.30 Pagi – 10.30 Pagi (Rabu) Sesi 1
7.2 7.30 Pagi – 10.30 Pagi (Khamis) Sesi 2
7.3 7.30 Pagi – 12.00 Tgh (Jumaat) Sesi 3

8.0 PERASMIAN KEJOHANAN


23 Jun 2023 (10.00 Pagi)
YB Tuan Mohd Razi Bin Mohd Ali
(ADUN Sungai Lui)
9.0 PENGELOLA
Semua Warga SMK (f) Lui Barat
10.0 SASARAN PENYERTAAN
Semua pelajar SMK (f) Lui Barat. ( mengikut rumah sukan )
10.1 Pelajar – pelajar menengah rendah lelaki dan perempuan yang berumur di bawah 15 tahun
sebagai kategori satu ( 1 ) .
10.2 Pelajar – pelajar menengah atas lelaki dan perempuan yang berumur di bawah 17 tahun
sebagai kategori dua ( 2 ) .
JAWATANKUASA PENGELOLA KEJOHANAN OLAHRAGA
SMK (f) LUI BARAT TAHUN 2023

Tarikh : 21, 22 dan 23 Jun 2023


Hari : Rabu,Khamis dan Jumaat
Tempat : Padang SMK (f) Lui Barat

Pengerusi : En. Nor Kamar Bin Nordin( Pengetua SMK (f) Lui Barat )
Timbalan Pengerusi : En. Samsor Kamal Bin Bidin ( GPK Kokurikulum )
Naib Pengerusi 1 : En. Mohd Tahir Bin Abdul Hamid ( GPK Akademik dan Pentadbiran)
Naib Pengerusi 2 : Pn. Azizah Binti Radzali ( Pen. Kanan HEM )

Setiausaha Sukan : En. Mohd Suhairi Bin Bakar


Pen S/U Sukan I : En. Baharudin Bin Othman
Pen S/U Sukan 2 : En. Mohd Hazizi Bin Saribin
S/U Kejohanan : Pn. Nor Asyikin Bt Shahabuddin
(Laporan Kejohanan)

Bendahari : Pn. Nur Najmina Bt Rozaini


Dokumentasi : Cik Misriyah Bt Makmur Lubis

JAWATANKUASA KERJA

1. Jawatankuasa Pertandingan/Statistik 6. Jawatankuasa Raptai/Perbarisan


Pn. Nik Norhasniza Bt Mohd Yazid ( K ) /Pembukaan dan Penutup
Cik Nor Izzati Bt Mohd Yussof En. Mohd Sukri Bin Samin (K )
Pn. Nor Hashimah (GG) Cik Norfaezah Bt Zahari
Pn. Salinah Bt Selamat En. Afendi Bin Awang

2. Jawatankuasa Buku Program 7. Jawatankuasa Pertolongan Cemas


Pn. Mas Norsyamimi Bt Ibrahim ( K ) En. Mohd Shukri Bin Awang Hamat (K)
En. Eue Hong siong
3. Jawatankuasa Hadiah, Cenderahati Cik. Norassolah Bt Mokhtadin
Pn. Hazirah Hanisah Bt Harun ( K ) Cik Nor Zilawati Bt Abd Rashid
Pn. Nurul Zawani Bt Baharudin
Cik. Maryani Bt Mahmod 8. Jawatankuasa Teknik/Persiapan Padang
En. Hamdan Ab Ghani ( K )
4. J.kuasa Disiplin/Kawalan / Keselamatan En. Baharudin Bin Othman
En. Ruzainor Afian Bin Ramli En. Mohd Suhairi B Bakar
Pn. Siti Salina Bt Mad Said En. Mohd Hazizi Bin Saribin
Pn. Fatimah Bt Nuhi Tahir En. Fakarudin Bin Mat Zin
En. Sayidi Ashraf Bin Azmanuddin Chan
5. Jawatankuasa Jemputan/ Protokol
En. Salleh Bin Sabar (K) 9. Jawatankuasa Urusetia/Sekretariat
Tn. Hj Kamarulzaman Bin Jaffar En. Mohd Fakarudin Bin Mohd Zain (K)
Pn. Nur Huda Bt Sajot Pn. Lilawathi A/P Ganesan
Tn. Hj Abdul Halim Bin Abu Bakar Pn.Sharwina Bt Johari
10. J/kuasa Jamuan/Minuman Pegawai/AJK
Pn. Che Nor Pisah bt Harun ( K )
Pn. Noreta Bt Che Said
Pn. Nurul Aini Bt Mad Apandi
5 AJK

12. Jawatankuasa Khemah / Astaka/


Kerusi / Hiasan Meja
En Sivanarayanan A/L Arumugam ( K )
En. Jayasangar A/L Krishnan

13. Jawatankuasa Siaraya/Juruhebah


En. Muhamad Nazri Bin Baharudin ( K )
En. Mohd Zaidi Bin Mat Radey
Pn. Zuniza Fazwa Bt Mohd Noor

14. Jawatankuasa Teknik Peralatan / Balapan


En.Mohamad Ashraf Bin Mohd Arif (K)
En. Mohd Fakarudin Bin Mat zin
En. Baharudin Bin Othman
En. Mohd Suhairi B Bakar
En. Sayidi Ashraf Bin Azmanuddin Chan
En.Mohd Norisman Bin Hussin

15. Jawatankuasa Quarter Master


Mohamad Shahir Bin Abdul Aziz
Cik Norshahirah Bt Mohamad Rafi
QM (30 Orang)

16. Jawatankuasa Publisiti / Banner


Pn Julia Nor bt Abdul Jalil (K)

17. Juru Acara Majlis Penutup


En. Mohd Syukri Bin Awang Hamat
Pn Nurul Hidayah Bt Sani

18. Fotografi
En. Mohamad Ashraf Bin Mohd Arif
Kelab Fotografi

19. Kebersihan
Pekerja Swasta Sekolah dan semua warga
SMK (f) Lui Barat
SENARAI TUGAS JAWATANKUASA KECIL
BIL JAWATANKUASA TUGASAN / TINDAKAN KEPERLUAN
1. Memastikan balapan dan tempat-tempat 1. Minyak hitam
pertandingan boleh digunakan . 2. Cat putih /
01. Teknik 2. Memastikan peralatan boleh digunakan. merah
3. Memotong rumput kiranya perlu. 3. Kayu tanda tepi
4. Memasang tali kawalan disekeliling balapan
balapan . 4. Tali kawalan
1. Mengawal keselamatan kejohanan pada
sepanjang masa. 1. Ubat Ubatan
02. Keselamatan dan 2. Mengawal pintu masuk. 2. Stracher
Pertolongan cemas 3. Mengawal penonton. 3. Firft aid
4. Mengawal peserta. 4. Air minuman
1. Menyediakan PA system yang secukup
dan selengkapnya. 1. 1 set PA
03. Siaraya 2. Menyediakan seorang petugas yang system yang
bertanggungjawab setiap masa . akan digunakan
3. Memasang dan mengemas semula PA dan persediaan
yang digunakan. kecemasan.
1. Menyediakan sarapan pagi 1. Kueh/Tea O
04. Makanan dan 2. Mengedar kepada pegawai bertugas 2. Air Mineral
minuman pegawai sukan .
1 Menyediakan sarapan pagi untuk VIP. 1. Berhubung
05 Jamuan 2 Menyediakan jamuan tengahari. dengan pengedar
Makanan
1. Menyenaraikan semua peralatan yang
diperlukan.
2. Menyediakan semua peralatan yang
diperlukan . 1. Peralatan
06 Peralatan 3. Menyediakan pengangkutan bagi kejohanan
peralatan yang hendak dipinjam . 2. Kenderaan
4. Mengemas dan memulangkan semula
semua peralatan yang digunakan
selepas kejohanan.
1. Membersihkan kawasan yang digunakan.
2. Membuang sampah ke tempat pelupusan 1. Plastik sampah
07. Kebersihan sampah. 2. Kereta sorong
3. Memastikan kawasan yang digunakan (jika perlu)
bersih selepas kejohanan.

1. Papan nama
08. Perbarisan 1. Menguruskan pertandingan perbarisan. sekolah @
2. Menguruskan perbarisan masuk rumah sukan
perasmian kejohanan. 2. Bendera
sekolah @
rumah sukan
KEJOHANAN OLAHRAGA SEKOLAH 2023

BIL JAWATANKUASA TUGASAN / TINDAKAN KEPERLUAN


1. Membeli dan menyediakan hadiah. 1. Meja
2. Mengemas dan menyusun hadiah. 2. Alas meja
3. Menyediakan peralata-peralatan bagi 3. Dulang
penyampaian hadiah . 4. Hadiah-hadiah
09 Hadiah 4. Menentukan penyampai-penyampai dan piala
hadiah . 5. Pembalut
5. Memastikan upacara penyampaian hadiah
hadiah berjalanan dengan sempurna. 6. Reben
6. Sentiasa bekerjasama dengan juruacara 7. Pita pelekat
semasa upacara penyampaian hadiah .
1. Surat
meminjam /
1. Menyediakan surat meminjam / menyewa menyewa
khemah. khemah
10. Persiapan 2. Memastikan tempat yang sesuai untuk 2. Khemah
khemah/astaka mendirikan khemah. parachut /
/hiasan meja kerusi 3. Memasang dan menanggalkan khemah canopy
peserta / tetamu / juruacara / urusetia. 3. Tali (jika perlu)
4. Menyediakan meja,kerusi dan perhiasan 4. Kayu pancang
untuk VIP. (jika perlu )

11. Buku program 1. Mendapatkan semua maklumat yang


diperlukan seperti aturcara / senarai
jawatankuasa induk / senarai
jawatankuasa kecil / acara / rekod 1. Komputer
kejohanan / nama dermawan dan lain-lain 2. kertas A4.
yang diperlukan . 3. Reben
2. Menyediakan buku program.
3. Mencetak buku program.
4. Mengedar buku program.
12. Publisiti 1. Kertas
1. Membuat hebahan kejohanan. 2. Kain
2. Menyediakan kain rentang (banner) 3. Dai warna /
hitam
4. Tali
PEGAWAI KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG
Pegawai ialah seorang yang dilantik oleh pihak penganjur untuk memegang apa jua tugas
atau menduduki sebarang Jawatankuasa Penganjur sesuatu kejohanan atau pertandingan
sukan .Pegawai yang terlibat harus dapat memainkan peranan masing-masing agar dapat
membawa hasil yang membanggakan keseluruhannya. Seorang pegawai harus:
1. Menjalankan tugas dan peranan dengan dedikasi, walaupun sumbangannya adalah
secara percuma.
2. Bersabar dan bertolak ansur dalam apa jua situasi atau masalah yang timbul.
3. Bersikap kerjasama dan bantu- membantu.
4. Berminat dalam tugas yang diberikan.
5. Sanggup menerima arahan dan tidak merungut atau menimbulkan masalah.

1. JURI RAYUAN
Satu jemaah juri rayuan akan menimbangkan bantahan-bantahan yang diterima.
Keputusan jemaah juri rayuan adalah muktamad. Jemaah juri rayuan terdiri
daripada berikut;
1.1 Tuan Pengetua
1.2 Penolong Kanan 1
1.3 Penolong Kanan KOKO
1.4 Penolong Kanan HEM
1.5 Setiausaha Sukan
1.6 YDP PIBG

2. REFERI

Bertanggungjawab menentukan semua peraturan dipatuhi dan memberi keputusan


dalam perkara teknikal yang timbul pada masa kejohanan dan di mana tidak disebut
dalam peraturan-peraturan pertandingan.
Referi akan menetapkan hakim-hakim bagi acara-acara tertentu, memaklumkan
tugas-tugas yang perlu dibuat seperti di bulatan, papan lonjak dan lain-lain. Referi
berkuasa memberi amaran atau menyingkirkan seseorang peserta daripada pertandingan
yang sama, jika didapati ianya tidak bersopan. Setelah tamat sesuatu acara, kad-kad
keputusan hendaklah diisikan dengan serta merta, ditandatangan oleh referi dan diserah
kepada pencatat. Dicadangkan dua (2) orang raferi yang berasingan dilantik bagi setiap
bahagian.

3. PENGERUSI TEKNIK

Bertanggungjawab penuh kepada pengurus kejohanan Bertanggungjawab


menentukan bahawa balapan, landas lari, bulatan, lengkungan dan kawasan-kawasan
lompat bagi acara padang disediakan dengan betul. Juga perkakas-perkakas
mengikut spesifikasi yang sedia ada untuk disahkan oleh referi berkenaan yang
dilantik dan menyediakan kad-kad keputusan dan kad-kad pencatat masa.
Dicadangkan seorangn (1) dilantik untuk jawatan ini .
4. PELEPAS

Berkuasa penuh mengawasi para peserta dalam keadaan sedia dan hanya
beliau yang akan menentukan sebarang faktor yang berkait dengan permulaan sesuatu
perlumbaan . Pelepas akan mentukan para pencatat masa dan para hakim sudah
bersedia . Dicadangkan seorang (1) dilantik untuk jawatan ini .

5. PENOLONG PELEPAS

Memeriksa sama ada peserta-peserta bertanding di dalam saringan atau


perlumbaan sebenar dan nombor-nombor mereka dipakai dengan betul, iaitu satu di dada
dan satu di belakang. Menempatkan tiap-tiap peserta dilorong atau tempat yang betul.
Memberi isyarat kepada pelepas yang semua peserta sudah bersedia. Bertanggungjawab
atas penyediaan baton-baton untuk pelari pertama dalam perlumbaan lari berganti-ganti.
Dicadangkan dua (2) orang dilantik untuk jawatan ini .

6. PENGURUS PESERTA

Bertanggungjawab memanggil setiap peserta yang menyertai setiap acara . Menyedia


dan menyusun peserta mengikut acara yang hendak bermula. Menyemak nombor peserta.
Menghantar peserta ke tempat-tempat pertandingan. Dicadangkan tiga (3) orang dilantik
untuk jawatan ini.
7. PENJAGA MASA

Tiga penjaga masa rasmi ( salah seorang daripadanya adalah ketua penjaga
masa) dan seorang atau dua penjaga masa tambahan akan mencatat masa pemenang
setiap acara. Masa yang dicatat oleh penjaga masa tambahan tidak akan dikira kecuali
satu atau lebih penjaga masa rasmi gagal mencatat masa dengan betul. Setiap penjaga
masa akan bertindak secara perseorangan tanpa menunjukkan jamnya kepada atau
menukar maklumat dengan sesiapa. Mereka akan mencatatkan masa di atas borang
rasmi . Ketua penjaga masa kemudiannya akan membuat keputusan tentang masa rasmi
setiap peserta. Dicadangkan enam (6) orang dilantik untuk jawatan ini.

8. HAKIM PENAMAT

Hakim-hakim hendaklah bertugas dari satu tempat yang sama sebelah balapan di
garisan penamat. Hakim-hakim akan ditempatkan sekurang-kurangnya lima meter
daripada dan bersetentangan dengan garisan penamat untuk mendapat pandangan
garisan penamat yang jelas. hakim-hakim bertanggungjawab menentukan kedudukan
setiap peserta-peserta dalam sesuatu acara. Dicadangkan lima (5) orang dilantik untuk
jawatan ini .
9. HAKIM LOMPAT TINGGI

Bertanggungjawab menghakim, mengukur dan mencatat tiap-tiap percubaan peserta


yang keputusannya bergantung kepada ketinggian. Ukuran hendaklah dibuat tiap-tiap kali
palang dinaikkan, terutama bagi percubaan rekod. Dicadangkan tiga (3) orang dilantik
untuk jawatan ini .
10. HAKIM LOMPAT JAUH / LOMPAT KIJANG

Bertanggungjawab menghakim, mengukur dan mencatat tiap-tiap percubaan peserta


yang keputusannya bergantung kepada jarak lompatannya. Ukuran hendaklah dibuat tiap-
tiap kali lompatan dilakukan, terutama bagi percubaan rekod. Dicadangkan empat (4)
orang dilantik untuk jawatan ini .

11. HAKIM LONTAR PELURU


Bertanggungjawab menghakim, mengukur dan mencatat tiap-tiap percubaan peserta
yang keputusannya bergantung kepada jarak lontarannya. Ukuran hendaklah dibuat tiap-
tiap kali lontaran dilakukan, terutama bagi percubaan rekod . Dicadangkan tiga (3) orang
dilantik untuk jawatan ini .

12. HAKIM MEREJAM LEMBING / MELEMPAR CAKERA

Bertanggungjawab menghakim, mengukur dan mencatat tiap-tiap percubaan peserta


yang keputusannya bergantung kepada jarak lontarannya. Ukuran hendaklah dibuat tiap-
tiap kali lontaran dilakukan, terutama bagi percubaan rekod . Dicadangkan tiga (3) orang
dilantik untuk jawatan ini .

13. HAKIM LORONG

Bertanggungjawab berada di suatu tempat yang ditetapkan oleh referi untuk


meneliti keadaan pertandingan . Melaporkan sebarang kesalahan atau pelanggaran yang
dilakukan oleh peserta atau orang lain. Segala pelanggaran peraturan mestilah
dikemukakan dengan menunjukkan bendera merah. Juga bertugas di kawasan pertukaran
baton bagi acara lari berganti-ganti. Dicadangkan empat (4) orang dilantik untuk jawatan
ini.

14. PENCATAT KEPUTUSAN

Memungut keputusan bagi tiap-tiap acara bersama-sama dengan masa atau


tinggi atau jarak yang akan diserahkan kepadanya oleh referi, ketua penjaga masa atau
ketua hakim. Menyampaikan maklumat-maklumat kepada juruhebah dan setelah mencatat
kedudukan, masa, tinggi atau jarak, ia hendaklah menyerah keputusan rasmi ini bersama
kad-kad kepada pengurus kejohanan. Dicadangkan empat (4) orang dilantik untuk jawatan
ini.
15. JURUHEBAH

Mengumumkan kepada orang ramai nama dan nombor peserta-peserta


yang mengambil bahagian bagi tiap-tiap acara dan segala penerangan yang mustahak
seperti susunan di dalam saringan, lorong-lorong atau tempat-tempat yang telah diundi
dan masa perantaraan. Keputusan (tempat, masa, tinggi dan jarak) bagi tiap-tiap acara
mestilah diumumkan seberapa segera yang boleh selepas sahaja beliau menerima
maklumat daripada pencatat. Dicadangkan dua (2) orang dilantik untuk jawatan ini.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

............................................ ......................................... ...................................................


MOHD SUHAIRI BAKAR SAMSOR KAMAL BIN BIDIN NOR KAMAR BIN NORDIN
Setiausaha Sukan GPK Kokurikulum Pengetua
SMK (f) Lui Barat 2023 SMK (f) Lui Barat 2023 SMK (f) Lui Barat 2023

Anda mungkin juga menyukai