Anda di halaman 1dari 10

PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM

SK DEWAN BETA 2013

SEKOLAH KEBANGSAAN DEWAN BETA


15100 KOTA BHARU KELANTAN

KERTAS KERJA
PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM
SEKOLAH KEBANGSAAN DEWAN BETA
TARIKH
03 HINGGA 05 OKTOBER 2013
TEMPAT
KEM DAMAI BEACH RESORT
LOT 26, TANJONG DEMONG, JALAN BUKIT
KELUANG, 22200 BESUT, TERENGGANU
HARI
KHAMIS HINGGA SABTU
ANJURAN
UNIT KO KURIKULUM
SEKOLAH KEBANGSAAN DEWAN BETA
15100 KOTA BHARU KELANTAN

1
PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM
SK DEWAN BETA 2013

1.0 PENDAHULUAN

Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform ini adalah salah satu aktiviti


kokurikulum yang dianjurkan oleh Unit Beruniform SK Dewan Beta Kota
Bharu Kelantan. Program ini boleh disertai oleh pelajar-pelajar yang
merupakan ahli yang terpilih daripada setiap badan unit beruniform SK
Dewan Beta Kota Bharu Kelantan. Ia akan diadakan di Kem Damai Beach
Resort, Tanjong Demong, Jalan Bukit Keluang, Terengganu pada 03 hingga
05 Oktober 2013. Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak
Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan
dalam bidang kokurikulum. Seseorang pelajar itu wajib menyertai aktiviti
kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah
ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui
aktiviti perkhemahan ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi
alam kedewasaan kelak.

2.0 MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan


kepimpinan dan disiplin yang perlu ada dalam setiap pelajar. Ia bertujuan
untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental
setiap peserta. Pelbagai aktiviti disusun dalam program ini agar sifat
kepimpinan dalam diri peserta dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam
menempuh cabaran yang mendatang. Program ini juga diselitkan dengan
aktiviti kerohanian untuk membina keyakinan diri dan mengukuhkan rohani
agar dapat membentuk modal insan yang seimbang selaras dengan
pembangunan negara yang mampan.

2
PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM
SK DEWAN BETA 2013

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi peluang kepada pelajar merasai pengalaman dalam


menyertai program kepimpinan.
3.2 Membentuk pelajar yang mampu berdikari dan mampu
menyesuaikan diri dalam setiap situasi.
3.3 Melatih para pelajar untuk memupuk sikap toleransi,
bertanggungjawab dan menghargai alam sekitar.
3.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai
aktiviti yang disediakan.
3.5 Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan idea-
idea yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam
kumpulan.
3.6 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis
sikap mementingkan diri sendiri.
3.7 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi
dan sosial.

4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN

4.1 Tarikh yang dirancang ialah pada 03 hingga 05 Oktober 2013 iaitu
pada hari Khamis sehingga hari Sabtu.
4.2 Dilaksanakan selama 3 hari 2 malam
4.3 Masa pelaksanaan melibatkan waktu siang dan malam.
4.4 Tentatif program adalah seperti dalam Lampiran 1

3
PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM
SK DEWAN BETA 2013

5.0 TEMPAT (RASIONAL MEMILIH TEMPAT)

Rasional pemilihan tempat ini adalah kerana Kem Damai Resort merupakan ;
5.1 Kawasan perkhemahan dengan bentuk muka bumi tepi pantai sesuai
untuk aktiviti perkhemahan
5.2 Berdekatan dengan kawasan tepi pantai yang mendamaikan dan
dikelilingi oleh pokok-pokok menghijau
5.3 Kawasan untuk perkhemahan yang luas dan sesuai untuk pelbagai
aktiviti.
5.4 Kedudukan berdekatan dengan perkampungan
5.5 Bebas dari sebarang gangguan luar dan memberikan tumpuan
sepenuhnya pada peserta dalam aktiviti mereka.
5.6 Prasarana asas yang terdapat di kem ini mencukupi.

6.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN

6.1 Peserta yang menyertai perkhemahan ini terdiri daripada pelajar yang
bergiat cergas dan aktif dalam kegiatan yang dijalankan di sekolah.
Jumlah peserta: 120 rang terdiri daripada pelajar Tahun 5 dan 6.
(senarai nama peserta adalah seperti Lampiran 2)
6.2. Bilangan Murid Yang Menyertai Perkhemahan Mengikut Unit
Beruniform

UNIT BIL. LELAKI PEREMPUAN JUMLAH


BERUNIFORM
TKRS 15 15 30
PENGAKAP 15 15 30
PPIM 0 30 30
PBSM 15 15 30
JUMLAH KESELURUHAN 120

7.0 SENARAI JAWATANKUASA

7.1 JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : En. Shamshudin Bin Yusoff (Guru Besar)

4
PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM
SK DEWAN BETA 2013

Pengerusi : Tn. Hj. Masrof Bin Adnin (PK Ko Kurikulum)

Naib Pengerusi 1 : En. Azhan Bin Yusof (PK Pentadbiran)

Naib Pengerusi 2 : En. Zainuddin Bin Ali (PK HEM)

Setiausaha : En. Ramzi Bin Ismail

Naib Setiausaha : En. Mohd Rozi Bin Isa

Bendahari : En. Affandi Bin Abd. Rahman

Penyelaras Unit Beruniform : Pn. Wan Hazrah Bt Wan Hamat

7.2 JAWATAN PELAKSANA

Penasihat : En. Shamshudin Bin Yusoff (Guru Besar)

Pengerusi : Tn. Hj. Masrof Bin Adnin (PK Ko Kurikulum)

Naib Pengerusi 1 : En. Azhan Bin Yusof (PK Pentadbiran)

Naib Pengerusi 2 : En. Zainuddin Bin Ali (PK HEM)

Penyelaras Program : En. Ramzi Bin Ismail

Setiausaha : Pn. Wan Hazrah Bt Wan Hamat

Naib Setiausaha : En. Zumairi Bin Mohamad

Bendahari : En. Affandi Bin Abd. Rahman

Kem Komandan : 1. En. Azmi Bin Ismail


2. En. Muhd Fauzi Bin Ali

Urusetia : 1. En. Othman Bin Husin (K)


2. En. Asnu Bin Md. Jali
3. En. Noor Amizi Bin Md Nor
4. En. Affandi Bin Abd. Rahman
5. En. Mohd Rozi Bin Isa
6. Cik Mazura Bt Malek
7. Cik Nor Zulia Bt Abdullah

7.2.1 PENDAFTARAN
1. Pn. Ruhayah Bt Yahya (Pengakap)
2. En. Zahedi Bin Mat Nor (PBSM)

5
PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM
SK DEWAN BETA 2013

3. Pn. Azma Bt Ismail (PPIM)


4. Pn. Huzaila Bt Hussin (TKRS)

7.2.2 PENGANGKUTAN
1. Tn. Hj. Awang Bin Mat Zin (K)
2. En. Noor Amizi Bin Md Nor
3. En. Radduain Bin Mat Junoh
4. En. Azmi Bin Ismail

7.2.3 PERSIAPAN TEMPAT / PENGINAPAN


1. En. Asnu Bin Md. Jali (K)
2. En. Zumairi Bin Mahamad
3. Guru Penasihat Setiap Unit Uniform

7.2.4 PERASMIAN PENUTUP DAN PENGACARA MAJLIS


1. En. Othman Bin Husin (K)
2. Pn. Huzaila Bt Hussin

7.2.5 KAWALAN KESELAMATAN & PERTOLONGAN CEMAS


1. En. Ahmad Mukri Bin Mustapha (K)
2. En. Zahedi Bin Mat Nor
3. En. Abd. Farid Bin Mat Jusoh
*Guru bertugas semasa – unit beruniform masing-masing

7.2.6 PERALATAN
1. En. Zahedi Bin Mat Nor (K)
2. En. Affandi Bin Abd. Rahman
3.Tn. Hj. Awang Bin Mat Zin
4. En. Wan Nazli Bin Wan Nawang
5. En. Suhaimi Bin Zainuddin

7.2.7 KEROHANIAN
1. En. Saifullah Bin Hj Mohd Isa (K)
2. En. Zumairi Bin Mahamad
3. Pn. Zuraini Bt Mat Zin
4. Pn. Hamizah Bt Mohd Nawawi
5. Pn. Rosnizah Bt Mohd Rashid

7.2.8 FOTOGRAFI / DOKUMENTASI


1. En. Azman Bin Ab Latif (K)
2. Mohd. Zamzi Bin Ab Rahman

7.2.9 RIADAH
1. En. Noor Amizi Bin Md Nor (K)
2. En. Zahedi Bin Mat Nor

6
PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM
SK DEWAN BETA 2013

7.2.10 HADIAH / CENDERAHATI


1. Pn. Roslinda Bt Che Rashid (K)
2. Pn. Ashiah Bt Ismail
3. Pn. Selmah Bt Ismail

7.2.10 SIARAYA / LAMPU


1. En. Zamzi Bin Abd Rahman (K)
2. En. Azmi Bin Ismail
3. En. Asnu Bin Md Jali

8.0 AKTIVITI YANG DIRANCANG

8.1 PERTANDINGAN
8.1.1. Memasak
8.1.2. Seni Perkhemahan
- Pintu Gerbang
- Gajet
- Kraf Perkhemahan
8.1.3. Persembahan Kebudayaan (Islamik @ Patriotik)
8.1.4. Ihktiar Hidup
8.1.5. Sukan Lasak
8.1.6. Kawad Kaki
8.1.7 Simpulan Dan Ikatan
8.1.8 Pertolongan Cemas
8.2 TRACKING
8.3 FLORA DAN FAUNA
9.0 PENGINAPAN
AREA 1 : Kawasan penginapan Pegawai
AREA 2 : Kawasan perkhemahan peserta lelaki
AREA 3 : Kawasan perkhemahan peserta perempuan

10.0 PENGANGKUTAN
Perjalanan Pergi-Balik diuruskan oleh sekolah

11.0 MAKAN MINUM PESERTA

7
PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM
SK DEWAN BETA 2013

Pihak penganjur akan menyediakan makan tengahari pada hari pertama


perkhemahan sahaja, selepas itu urusan memasak akan diuruskan sendiri
oleh unit masing-masing.

12.0 PAKAIAN DAN KETRAMPILAN PERSERTA


12.1 PEGAWAI : Pakaian uniform masing-masing.
12.2 PESERTA : T-Shirt dan uniform masing-masing
12.3 PAKAIAN AKTIVITI : T-Shirt kerja unit masing-masing, t-
shirt sekolah atau t-shirt putih sahaja
12.4 TUDUNG : Berwarna hitam atau putih sahaja
12.5 KASUT : Berwarna putih atau hitam sahaja
12.6 RAMBUT (lelaki) : Nombor 2

13.0 PERALATAN YANG PERLU DIBAWA


13.1 SEKOLAH DAN UNIT BERUNIFORM
13.1.1 Khemah peserta
13.1.2 Bendera Sekolah, bendera unit beruniform
13.1.3 Peti pertolongan cemas
13.1.4 Borang pendaftaran yang lengkap
13.1.5 Surat Kebenaran Waris
13.1.6 Peralatan masak
13.1.7 Peralatan aktiviti di tapak perkhemahan (gergaji, cangkul,
tali, parang dan yang berkaitan)

13.2 PESERTA
13.2.1 Pakaian unit uniform sendiri
13.2.2 Seluar dan T’Shirt secukupnya
13.2.3 Pakaian Riadah / Sukan termasuk kasut
13.2.4 Pakaian Ibadah
13.2.5 Peralatan peribadi
13.2.6 Ubatan Peribadi
13.2.7 Pinggan, gelas dan sudu
13.2.8 Lain-lain yang difikirkan perlu
14.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

8
PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM
SK DEWAN BETA 2013

Berikut merupakan anggaran perbelanjaan yang diperlukan untuk program ini:

PERBELANJAAN
BIL. PERKARA JUMLAH
1. Pengangkutan RM 900.00
2. Sewa Tapak Perkhemahan RM 1800.00
3. Makanan Minum Pelajar RM 900.00
4. Hadiah RM 300.00
5. Banner RM 100.00
6. JUMLAH RM 4000.00

Segala perbelanjaan perkemahan menggunakkan duit peruntukan ko


kurikulum

10.0 PENUTUP
Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar
dan berkesan. Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperolehi
daripada aktiviti perkhemahan bersepadu ini akan dipraktikkan dalam
kehidupan seharian mereka demi untuk melahirkan modal insan yang
cemerlang, gemilang dan terbilang. Oleh itu, Kerjasama daripada semua
pihak amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………………………… ......................................
( Wan Hazrah Bt Wan Hamat )
Setiausaha
Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform
SK Dewan Beta
15100 Kota Bharu Kelantan.

9
PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM
SK DEWAN BETA 2013

1. Lampiran 1
Jadual Perkhemahan Dan Perincian Aktiviti
2. Lampiran 2
Senarai Nama Peserta Perkhemahan

10

Anda mungkin juga menyukai