Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH KEBANGSAAN DEWAN BETA

15100 KOTA BHARU KELANTAN


Tel : 09-7964201 fax : 09-7964201
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------
16 JUN 2019

Kepada,
Tuan Haji Azhan Bin Yusoff
Yang Dipertua PIBG
Sekolah Kebangsaan Dewan Beta

Tuan,
MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN PEMBELAJARAN LUAR BILIK
DARJAH (PLBD) KELAS PENDIDIKAN KHAS SK DEWAN BETA

Perkara di atas adalah dengan hormatnya dirujuk.

2.          Sukacita dimaklumkan bahawa, kelas Pendidikan Khas Sekolah


Kebangsaan Dewan Beta akan mengadakan PEMBELAJARAN LUAR BILIK
DARJAH (PLBD) yang melibatkan murid-murid PPKI sebagaimana ketetapan
yang berikut :-

  Tarikh           :  21 hingga 24 Oktober 2019


  Hari               :  Isnin hingga Khamis
Tempat        :  Langkawi, Kedah
Sasaran : 30 orang murid PPKI

3.     Berhubung dengan perkara itu, pihak kami dengan rendah hatinya ingin
memohon sumbangan dari pihak tuan bagi menjayakan program ini. Sebarang
sumbangan boleh dibuat melalui cek atas nama PPKI SK DEWAN BETA atau
terus ke akaun melalui Bank Islam (M) Berhad, no. akaun 03120010009048.
Sebarang pertanyaan sila hubungi PK Pendidikan Khas, En. Zaidee Bin Jusoh
di talian 017-9331006 / 09-7964201

4. Bersama-sama ini disertakan kertas kerja program tersebut untuk rujukan


pihak tuan. Segala jasa baik pihak tuan amatlah kami hargai dan didahului dengan
ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih

Yang menjalankan amanah

……………………………..
Sharuddin Bin Muhammad
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Dewan Beta
15100 Kota Bharu Kelantan

Sk fail sekolah
fail PPKI

Anda mungkin juga menyukai