Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH KEBANGSAAN AYER ITAM

JALAN KAMPONG MELAYU


11500 AYER ITAM
PULAU PINANG
Tel : 04-8286785 Fax : 04-8286785

Ruj. Kami : SKAI 100-2/5 (32)


Tarikh : 19.10.2015

Ustaz Alrizuady Bin Abdul Rahman

Melalui dan salinan,


Pengarah,
Jabatan Pendidikan Pulau Pinang,
Jalan Bukit Gambir,
11700,Pulau Pinang.

Tuan,

JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Suka cita dimaklumkan bahawa Panitia Pendidikan Islam akan mengadakan Program Sambutan
Maal Hijrah Peringkat Sekolah 1437H / 2015M. Program tersebut akan dijalankan seperti berikut:

Tarikh : 23 Oktober 2015


Tempat : Dewan Gemilang
Masa : 8.30 Pagi – 10:00 Pagi

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin menjemput tuan untuk menyampaikan ceramah.

4. Pihak kami amat berbesar hati sekiranya tuan dapat memenuhi jemputan kami. Segala kerjasama
dari pihak tuan amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

Saya yang menurut perintah,

( NORHASIMAH BINTI HUSSAIN )


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Ayer Itam
Pulau Pinang.

Anda mungkin juga menyukai