Anda di halaman 1dari 2

Pegawai,

Jabatan Pertahanan Awam Malaysia,


Kompleks KDN,
07000 Langkawi,
Kedah Darul Aman

24 Februari 2015

Tuan / Puan,

Pemberitahuan Mengadakan Program Sekolah di Gua Pasir


Dagang, Pulau Dayang Bunting, Langkawi
Saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
1.
Sukacita dimaklumkan bahawa sekolah kami akan mengadakan Aktiviti
Eksplorasi Gua Pasir Dagang anjuran Kor Kadet Polis SMK Tunku Putra yang akan
diadakan seperti ketetapan berikut:
1.1
1.2
1.3

Tarikh:
Masa:
Tempat:

28 Februari 2015 (Sabtu)


8 Pagi hingga 4 Petang
Bertolak di Jeti Pelancongan Awana

2.
Oleh yang demikian pihak kami ingin memaklumkan pada pihak tuan/puan
tentang program ini atas sebab keselamatan sekiranya berlaku kemalangan yang
tidak diingini oleh pihak kami. Pihak kami akan memaklumkan pada pihak
tuan/puan sekiranya kami memerlukan bantuan kecemasan ketika program ini
berlangsung.
Perhatian dari pihak Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan
ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA


Saya yang menurut perintah
.

(AZIZAH BT OTHMAN)
Pengetua
SMK Tunku Putra

Anda mungkin juga menyukai