Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

TUNKU PUTRA, LANGKAWI


KEDAH DARUL AMAN
KERTAS KERJA

PROGRAM TREKKING
GUNUNG MAT CHINCANG

TEMPAT:
TELAGA TUJUH, LANGKAWI
TARIKH:
24/31 JANUARI 2015
ANJURAN:
KOR KADET POLIS BERSAMA ASRAMA
SMK TUNKU PUTRA LANGKAWI

KERTAS CADANGAN
PROGRAM TREKKING GUNUNG MAT CHINCANG
KADET POLIS SMK TUNKU PUTRA
Tarikh:
Hari:
Lokasi:

24 Januari 2015 / 31 Januari 2015


Sabtu
TelagaTujuh, Langkawi

Pendahuluan:
Kadet Polis SMK Tunku Putra ingin mengadakan satu program bagi mengisi
slot pada hujung minggu pelajar-pelajar SMK Tunku Putra dengan harapan

mendidik pelajar dan mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang
berfaedah dari segi mental dan fizikal. Aktiviti ini dilaksanakan selaras
dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin mewujudkan
modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
melalui penyertaan dari segi kokurikulum.
Matlamat:
Memberi pendedahan kepada pelajar tentang teknik ikhtiar hidup, membina
disiplin di samping menanam sifat cintakan alam sekitar kepada pelajar.
Objektif:
- Membina disiplin diri dan berdikari
- Mendidik anggota terhadap teknik ikhtiar hidup/survival luar
- Mendedahkan pelajar kepada bidang kegiatan luar
- Mengeratkan hubungan sesama anggota Kadet Polis SMKTP
- Menanam sifat cintakan alam sekitar kepada pelajar
Tarikh:
24 / 31 Januari 2015 (Sabtu)
Penyertaan:
Anggota Kor Kadet Polis dan pelajar asrama SMKTP terdiri daripada 60
orang pelajar dan 10 orang guru pengiring.
Penganjur:
Kadet Polis SMK Tunku Putra.
Logistik:
Pihak penganjur menyediakan kemudahan pengangkutan pergi dan
balik kepada peserta program. Selain itu pihak penganjur hanya
menyediakan roti dan air mineral sahaja bagi pelajar. Makanan peserta
adalah tanggungjawab pelajar sendiri untuk menyediakan makanan
pagi dan tengahhari.
TENTATIF PROGRAM
Rujuk LAMPIRAN 1
ANGGARAN PERBELANJAAN:
Pengangkutan pelajar pergi dan balik
Bayaran pembelian minuman dan roti pelajar
JUMLAH

: RM 280 + 150
: RM 4 x 60 pelajar
: RM 670

Senarai Guru Pengiring:


- Abdul Nasser bin Mohamad Yusof
- Nor Farahin bt Ismail
- Azizul bin Zulzaha
- Noorman B Sahidin
- Nur Atikah bt Mokhtar
- Tambahan 10 orang pelajar Ting 6
PENUTUP
Program ini merupakan satu program untuk menarik minat pelajar
melibatkan diri dalam bidang kokurikulum sekolah seiring dengan matlamat
KPM. Di samping itu diharap program ini dapat membentuk keyakinan diri
melalui pengalaman kepada pelajar terutamanya pelajar-pelajar Tingkatan 6
dan menunjukkan contoh yang baik kepada pelajar-pelajar lain.

Disediakan oleh:
Oleh :

Disemak oleh :

(ABDUL NASSER BIN


BT OTHMAN)
MOHAMAD YUSOFF)
Pengetua
Guru Penasihat Kadet Polis
SMK Tunku Putra
LAMPIRAN 1
TENTATIF PROGRAM:
Masa
0700 0715

Disahkan

..
(

PK Kokurikulum

Aktiviti
Pelajar berkumpul di sekolah

(PN AZIZAH

0715
0800

Pergerakan pelajar keTelaga Tujuh

0800
0830

Sarapan pagi dan senaman ringan

0830
1130

Trekking bermula

1130
1230

Rehat dan makan tengah hari

1230
1430

Pergerakan turun dari puncak gunung

1430
1530

Rehat

1530
1630

Pergerakan pulang pelajar

Anda mungkin juga menyukai