Anda di halaman 1dari 3

Kertas Kerja Bengkel Fotografi Kebangsaan ke-5

Anjuran Pusat Penerbitan dan Percetakan


Universiti Kebangsaan Malaysia

1.PENGENALAN
Bengkel Fotografi Kebangsaan ke-5 adalah kesinambungan daripada bengkel-bengkel
fotografi yang pernah dianjurkan oleh Pusat Penerbitan dan Percetakan (PP&P),
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). PP&P sebelum ini telah menganjurkan dua
bengkel fotografi peringkat kebangsaan, pada tahun 2003 di Johor Bahru, dan 2006 di
Hotel Residence, UNITEN. Memandangkan sambutan yang baik di peringkat
kebangsaan, termasuk juga dari Negara Brunei D.S., PP&P meneruskan bengkel yang
ke-5 ini pada tahun 2009.

2.TEMA
Kecemerlangan dalam Fotografi

3.OBJEKTIF
 Bengkel ini akan lebih menekankan aspek-aspek seni dalam fotografi.
 Menambahkan pengetahuan peminat-peminat fotografi amatur tentang ilmu
fotografi peringkat pertengahan.
 Mengembangkan rangkaian peminat fotografi seluruh Malaysia.
 Menambah pengalaman membuat kerja di lapangan dan berkumpulan.

4.PENYERTAAN dan SYARAT-SYARAT

 Yuran adalah RM 2,480.00 seorang (bilik seorang), RM 1,980.00 (bilik berdua)


 Peserta dihadkan kepada 30 orang.
 Terbuka kepada jurugambar-jurugambar dan peminat-peminat fotografi amatur
daripada jabatan-jabatan kerajaan, swasta dan persendirian.
 Peserta haruslah sudah mengetahui asas fotografi (pengendalian kamera DSLR,
aksesori asas).
 Peserta dikehendaki membawa kamera digital sendiri (DSLR, compact), kamera
telefon tidak diambil kira.
 Peserta digalakkan membawa komputer riba (laptop).
 Peserta hendaklah berpakaian kemas ketika bengkel.
 Peserta yang datang sebelum 2 Ogos 2009 atau menginap selepas 6 Ogos 2009
perlu menguruskan sendiri penginapan dengan hotel.
 Peserta harus mengurus sendiri kenderaan untuk ke hotel sebelum bengkel
berlangsung.

1
7.KANDUNGAN BENGKEL
 Kepelbagaian subjek fotografi: Industri Fotografi.
 Pencahayaan dan Fotografi Alam Semula Jadi.
 Yang Tersurat dan Tersirat: Rahsia-rahsia Komunikasi Visual.
 Fotografi Budaya dan Masyarakat.
 Fotografi Malam.
 Penyuntingan Foto dan Foto Atas Talian.

8.PELAKSANAAN BENGKEL
 Teori dan amali.
 Amali akan dilakukan di sekitar Langkawi dan Geopark.
 Peserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang dibantu oleh
fasilitator.
 Kenderaan disediakan untuk kegunaan latihan amali ketika bengkel oleh urusetia.
 Peserta akan membentangkan hasil kerja (secara individu) dan akan dinilai oleh
juri-juri.

9.JAWATANKUASA PENGENDALI

Pengerusi: Prof Dr. Kamaruddin M. Said


(Ketua Pusat Penerbitan dan Percetakan)
Pengurus: Hazrul Abdul Halim
Penolong Pengurus: Ismail Ibrahim
Penginapan, Jemputan & Pengangkutan: Salleh Suleiman
Protokol dan Majlis: Salleh Suleiman
Penerbitan dan Promosi: Zulkifli Ibrahim
Rakaman: Daud Montak Zakaria
Logistik dan Teknikal: Kamarul Bahrin Supaat & Ruhaizad
10. Perbelanjaan dan Pendapatan

1. Pakej Penginapan, makan minum, pengangkutan RM 85,000.00


semasa bengkel, dan caj masuk ke Geopark.

2. Perjalanan dan Pengangkutan: Kapalterbang, RM 3,000.00


Sewa bas, tambang feri untuk penceramah dan
urusetia

3. Lain-lain: pakai habis dan keperluan aksesori RM 5,000.00


fotografi.
4. Bayaran Honorarium penceramah dan fasilitator RM 6,000.00
5. JUMLAH RM, 99,000.00
6. Pendapatan (RM 2,480.00 x 50 peserta) RM 124,000.00
7. Lebihan Pendapatan RM 25,000.00

2
14 April 2009

Anda mungkin juga menyukai