Anda di halaman 1dari 11

SEKOLAH KEBANGSAAN GUNONG SEMANGGOL

SIMPANG EMPAT, 34400 SEMANGGOL

PERAK

KERTAS CADANGAN PENUBUHAN

PERSATUAN FOTOGRAFI DAN VIDEOGRAFI (FoVide-grafi)

SEKOLAH KEBANGSAAN GUNONG SEMANGGOL

DISEDIAKAN OLEH: JENIFFER

1
1.0 NAMA PERSATUAN

Kelab persatuan Fotografi dan Videografi (FoVide-grafi) Sekolah Kebangsaan


Gunong Semanggol.

2.0 TUJUAN

Kertas kerja ini dilakukan bertujuan untuk memohon kelulusan pihak pentadbiran dan
pengurusan berkenaan dengan penubuhan kelab kokurikulum di Sk Gunong Semanggol,
iaitu Kelab Fotografi dan Videografi seperti yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil 18/2000. Kelab ini dinamakan sebagai “FoVide-grafi” Hal ini bertujuan untuk melahirkan
pelajar yang berpengalaman serta kreatif dalam penghasilan fotografi dan juga
berkemahiran dalam bidang penyuntingan.

Penulisan kertas kerja ini sebagai indikator untuk menunjukkan kesungguhan bakal-
bakal ahli kelab untuk menubuhkan kelab ini kerana difikirkan ia mampu untuk melahirkan
pelajar yang kreatif selaras dengan matlamat pendidikan abad ke-21. Bahkan ia juga
mampu untuk memberikan kesan yang positif kepada pelajar di samping membawa nama
sekolah ke peringkat yang lebih baik.

3.0 PENGENALAN

Fotografi dalam perkataan inggeris ialah photography yang berasal daripada


gabungan dua perkataan greek iaitu photo (cahaya) dan graph (lukisan). Gabungan dua
perkataan ini menghasilkan perkataan photograph yang bermaksud gambar yang dihasilkan
dari kesan cahaya. Bidang fotografi ini sebenarnya secara tidak langsung mempunyai kaitan
dengan ilmu sains. Hal ini sedemikian kerana ia memerlukan kefahaman terhadap peranan
cahaya dalam menghasilkan gambar foto. Oleh yang demikian, kelab ini akan menekanakan
pengajaran mengenai ISO (Organisasi Piawaian Antarabangsa) dalam menentukan
temperature, exposure dan sebagainya bagi sesuatu gambar dengan tepat. Kelab ini juga
akan memberikan pendedahan mengenai perisian seperti Adobe Photoshop yang dapat
dimuat turun hanya melalui telefon pintar secara percuma.

Kamus Pelajar Edisi Kedua mendefinisikan videografi sebagai seni atau proses
membuat filem video. Perkataan itu menggabungkan "video" dari bahasa Latin, yang
bermaksud "Saya lihat" atau "Saya memahami", dengan terminal Yunani yang berakhir
dengan "grafik", yang bermaksud "untuk menulis". Dalam erti kata lain, videography merujuk
kepada proses menangkap imej bergerak menggunakan media elektronik. Kelab ini akan
memberikan pendedahan dalam menggunakan aplikasi Filmora 9 dalam penyuntingan
video.

2
Konklusinya, kelab ini akan memberikan penekanan kepada penggunaan kamera
DSLR (Digital Single Lens Reflex) untuk menghasilkan gambar yang menarik serta perisian
pengeditan gambar di dalam komputer dan paling penting pendedahan proses menangkap
gambar dan mengedit gambar hanya menggunakan telefon pintar

4.0 RASIONAL

Kelab ini ditubuhkan bertujuan untuk :

4.1 Melahirkan individu yang mempunyai minat dan mencungkil bakat baru dalam seni
digital selain daripada bidang seni yang lain seperti seni arca ataupun seni lukis.

4.2 Menekankan kepada kemahiran asas, latihan dan pengetahuan mengenai bidang
seni fotografi, audio dan video secara seimbang dan menyeluruh dengan potensi diri
dalam aspek jasmani, emosi rohani dan intelek di dalam diri setiap pelajar.

4.3 Membentuk kualiti murid seiring dengan perkembangan dunia teknologi kini.

5.0 MATLAMAT

Penubuhan kelab ini bermatlamatkan pelbagai perkara khususnya ingin memberi


peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan pontensi secara seimbang dan
menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek sekaligus menekankan
kepentingan dalam melibatkan diri dalam kokurikulum. Matlamat pentingnya adalah
melahirkan pelajar yang berkemahiran dan berkelayakan dalam bidang seni fotografi dan
video terutamanya dalam bidang penghasilan dan penyuntingan. Kemahiran ini memerlukan
tunjuk ajar dan adanya proses pembelajaran yang bersesuaian dengan pelajar kerana ia
melibatkan banyak langkah dan prosedur dalam pengajarannya.

Seterusnya, penubuhan kelab ini juga bermatlamatkan pengaplikasian kemahiran


yang dipelajari oleh pelajar dalam kehidupan seharian. Secara tidak langsung pelajar
mampu untuk menghasilkan sesuatu yang bermakna seiring dengan perkembangan dunia
teknologi kini berdasarkan kemahiran yang ada.

3
6.0 OBJEKTIF

Penubuhan kelab ini menetapkan objektif-objektif berikut:

6.1 Mencurahkan ilmu dan kemahiran secara asas yang ingin dipelajari mengenai seni
fotografi dan video yang sebenar serta mencungkil dan mengasah bakat baru dalam
kalangan pelajar.

6.2 Memperkenalkan asas-asas penggunaan kamera (ISO, Shutter Speed dan Aperture)
kepada pelajar dan membolehkan pelajar memahami salah satu cabang dalam seni
digital.

6.3 Melatih semua ahli kelab menjadi seorang penyunting yang baik dan berkaliber.

6.4 Memperkenalkan perisian-perisian yang boleh digunakan dalam pengeditan gambar


dan penyuntingan video.

6.5 Mendedahkan fungsi sebenar telefon pintar dalam bidang fotografi dan videografi.

6.6 Melaksanakan aktiviti-aktiviti fotografi dan juga videografi yang bersesuaian


mengikut tahap kemampuan pelajar.

7.0 VISI

FoVide-grafi tunjang kepada generasi kreatif dan inovatif.

8.0 MISI

Melahirkan ahli kelab yang berpengetahuan, kreatif dan inovatif untuk menghasilkan
kualiti foto dan video dengan baik dan bermakna.

9.0 KEAHLIAN / SASARAN

Ahli Kelab ini mentargetkan pelajar tahap 2 seramai 30 orang yang terdiri daripada
15 orang pelajar lelaki dan 15 orang pelajar perempuan.

(sila rujuk lampiran 1)

4
10.0 STRATEGI PELAKSANAAN

Hebahan penyertaan
Senarai nama 30 orang murid
ahli kelab fotografi dan
permohonan yang terawal
videografi kepada
keahlian akan mengisi nama akan
pelajar tahap 2 melalui
ditampal di papan diberikan borang
poster dan juga guru
maklumat pelajar. ahli secara rasmi.
kelas masing-masing.

Perjumpaan dan Jika ada murid Mesyuarat agung


taklimat ringkas yang menarik diri, persatuan
mengenai tarikh penyertaan dibuka dilaksanakan
bengkel dan juga kos kepada pelajar lain semasa aktiviti
yang akan dikutip. yang berminat. kokurikulum.

Bengkel fotografi dan Bengkel videografi


Perjumpaan dengan
juga perisian adobe dan juga perisian
setiap ahli pada
photoshop pada filmora 9 pada
setiap 2 minggu
setiap petang rabu setiap petang rabu
sekali.
penggal pertama. penggal kedua.

Mengadakan
pertandingan video
pendek serta
pameran fotografi
hasil kerja para
pelajar.

11.0 JAWATANKUASA PENAJA

a) Penasihat : Puan Asma’ Binti Abdul Karim


(880116-03-6868)
b) Pengerusi : Tuan Kamaruddin B Yusoff
(870707-03-6456)
c) Naib Pengerusi : Cik Nur Farihah Binti Abdul Razak
(921109-03-5266)
d) Setiausaha : Cik Jeniffer
(991129-08-6790)
e) Naib Setiausaha : En Ahmad Farish Bin Wan Halim
(900301-03-6874)
f) Bendahari : En Hafiz Bin Sulaiman
(870901-03-5412)

5
ORGANISASI JAWATANKUASA PENAJA

Puan Asma’ Binti Abdul Karim


(PENAUNG)

Tuan Kamaruddin B Yusoff


(PENGERUSI)

Cik Nur Farihah Binti Abdul Razak


(NAIB PENGERUSI)

Cik Jeniffer En Ahmad Farish Bin Wan Halim En Hafiz Bin Sulaiman
(SETIAUSAHA) (NAIB SETIAUSAHA) (BENDAHARI)
(sila rujuk lampiran 2)

12.0 IDENTITI PERSATUAN

12.1 LOGO

Kamera berwarna-warni Melambangkan objektif utama kelab iaitu menguasai ilmu


fotografi dan juga videografi melalu lensa kamera DSLR dan
juga telefon pintar.
Warna – warni kamera menunjukkan hasil kerja pelajar yang
pelbagai.
Tulisan FOVIDE-Grafi Merupakan nama singkatan bagi Kelab Fotografi dan
Videografi
Daun kiri dan kanan Melambangkan para pelajar yang menyertai kelab ini dan
bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu dan menjayakan
kelab ini
Latar Belakang Biru Melambangkan pengajaran secara santai dan mampu
memberikan keseronokan tetapi tetap bermakna

6
12.2 LAGU

“Generasi Kreatif dan Inovatif”

Kelab FoVide sedia berkhidmat


Melahirkan pelajar gemilang
Kreatif Inovatif Itulah Misi Kami
Bersama membangun generasi kini

Berganding bahu mencapai cita-cita


Mengharumkan nama sekolah kita
Generasi Kreatif Inovatif
Harapan kami semua
12.3 MOTO

Revolusikan pelajar kearah generasi kreatif dan inovatif melalui FoVide-grafi.

13.0 PERLEMBAGAAN PERSATUAN

FASAL 1 NAMA

(1) Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Fotografi dan


Videografi atau boleh dikenali sebagai FoVide-grafi

FASAL 2 ALAMAT

(1) (d) Alamat berdaftar (Pertubuhan) ialah Sekolah Kebangsaan


Gunong Semanggol, Simpang Empat, 34400 Semanggol, Perak

atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari


semasa ke semasa oleh Jawatankuasa; dan alamat untuk surat
menyurat Sekolah Kebangsaan Gunong Semanggol, Simpang
Empat, 34400 Semanggol, Perak.

(2) Alamat berdaftar dan alamat surat menyurat (Pertubuhan) tidak


boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih
dahulu.

(sila rujuk lampiran 3)

7
14.0 RANCANGAN AKTIVITI

BIL AKTIVITI TARIKH


1 Pendafaran Ahli 4 Mac 2020
2 Mesyuarat Agung Kali Pertama 11 Mac 2020
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1
3 Bengkel Pertama Kemahiran dan Teknik asas 25 Mac 2020
Fotografi serta Perisian Adobe Photoshop
4 Bengkel Kedua Kemahiran dan Teknik asas Fotografi 1 Apr 2020
serta Perisian Adobe Photoshop
5 Bengkel Ketiga Kemahiran dan Teknik asas Fotografi 8 Apr 2020
serta Perisian Adobe Photoshop
6 Bengkel Keempat Kemahiran dan Teknik asas 15 Apr 2020
Fotografi serta Perisian Adobe Photoshop
7 Latihan sepenuhnya bagi pelajar untuk menghasilkan 22 Apr 2020
karya sendiri
8 Pameran hasil karya pelajar 29 Apr 2020
9 Bengkel Pertama Kemahiran dan Teknik asas 6 Mei 2020
Videografi serta Pengajaran Perisian Filmora
10 Bengkel Kedua Kemahiran dan Teknik asas 13 Mei 2020
Videografi serta Pengajaran Perisian Filmora
11 Bengkel Ketiga Kemahiran dan Teknik asas 20 Mei 2020
Videografi serta Pengajaran Perisian Filmora
CUTI HARI RAYA PUASA
12 Bengkel Keempat Kemahiran dan Teknik asas 10 Jun 2020
Videografi serta Pengajaran Perisian Filmora
13 Latihan sepenuhnya bagi pelajar untuk menghasilkan 17 Jun 2020
karya sendiri
14 Pengumuman pertandingan menghasilkan video 24 Julai 2020
pendek bertemakan pendidikan bagi ahli kelab yang
berminat untuk menyertai
15 Tarikh akhir penghantaran video 1 Julai 2020
16 Hari penilaian video 8 Julai 2020
17 Pengumuman dan pemberian hadiah bagi 3 15 Julai 2020
pemenang teratas

15.0 KEWANGAN

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH


1 Yuran Ahli RM 30 x 30 RM 900
(Tahunan)
2 Sumbangan PIBG RM 300
3 Sumbangan Pihak Sekolah RM 300
Jumlah Keseluruhan RM 1500

8
16.0 PENUTUP

Akhirulkalam, penubuhan kelab ini adalah sememangnya mementingkan pemikiran


kreatif dan inovatif para pelajar. Di samping itu, kelab ini dapat memberikan nilai tambah
dalam diri pelajar berdasarkan kemahiran yang dipelajari mereka. Nilai tambah ini mampu
menjadikan pelajar lebih aktif bergerak ke depan dan mampu menyumbang kepada nama
baik sekolah di seantero tempat. Akhirnya, diharapkan kertas kerja yang disediakan ini
mendapat pertimbangan yang sewajarnya dan mampu diterima oleh pihak sekolah. Sekian,
terima kasih.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

………………………. .…………………………….

(CIK JENIFFER) (TUAN KAMARUDDIN B YUSOFF)

Setiausaha Kelab Persatuan Pengerusi Kelab Persatuan


Fotografi dan Videografi, Fotografi dan Videografi,
Sekolah Kebangsaan Gunong Semanggol. Sekolah Kebangsaan Gunong Semanggol

Diluluskan oleh :

……………………………

(PUAN ASMA’ BINTI ABDUL KARIM)

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Gunong Semanggol.

9
RUJUKAN

Ab. Alim Abdul Rahim. (1994). Pengurusan kokurikulum. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Amir Hamzah Aman. (2014). Panduan pengurusan kokurikulum. Puchong: Multimedia Sdn.
Bhd.

Omardin Ashaari. (1997). Pengurusan persatuan. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.

Kamisah Sharif. (1995). Kokurikulum. Kuala Lumpur: Goodmark Enterprise.

Surat Pekeliling Ikhtisas. (2000). Penggalakan Aktiviti Fotografi Di Kalangan Murid Sekolah.
Bil. 18/2000

Admin. (2017, Mei 13). Memahami ISO, Aperture dan Shutter Speed [Segitiga Expsure].
Retrieved Februari 11, 2020, from Kamera Shot. Com Photography:
https://www.kamerashot.com/memahami-iso-fotografi/

Kaswadi Yusoff. (2010). Pertandingan Fotografi. Unisza. Retrieved Februari 11, 2020, from:
https://www.unisza.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=369:pert
andingan-fotografi&catid=22&Itemid=231&lang=ms

Kementerian Pelajaran Malaysia. (n.d.). Buku Panduan Pengurusan Aktiviti Kokurikulum


Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Selangor : Kementerian Pelajaran
Malaysia. Retrieved Februari 12, 2020, from:
https://drive.google.com/file/d/1o5VAjB3hsoc-W52kHxt6LP_AP_jj3c5M/view

Kementerian Pendidikan Malaysia. (n.d.). Modul Kelab Fotografi dan Videografi Penggerak
Digital dalam Kokurikulum. Selangor : Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia Sdn
Bhd. Retrieved Februari 12, 2020, from:
https://www.mydigitalmaker.com/sites/default/files/download/V%206.0%20Kelab%20
Fotografi%20Penggerak%20Digital%20170328.pdf

Kementerian Pendidikan Malaysia. (n.d). Modul Kokurikulum. Selangor: Institut Pendidikan


Guru Malaysia. Retrieved Februari 12, 2020, from:
http://www.ipbl.edu.my/intra/sistem/academic/Modul_PDPM_S1/3%20%20MODUL%
20PDPM_MPUD2081%20Persatuan.pdf

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000: Penggalakan
Aktiviti Fotografi di kalangan murid sekolah. (2000,Disember 4). Kuala Lumpur :
Pejabat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. Retrieved Februari 11, 2020, from:
https://drive.google.com/file/d/0B9rH2trJ-e3WWXY3ZGJmaU52UG8/view

Maktab KPI. (2013, November 16). Kertas Kerja Penubuhan Kelab Fotografi. Retrieved
Februari 11, 2020, from Scribd:
https://www.scribd.com/doc/184705808/Kertas-Kerja-Penubuhan-kelab-foto

10
Noor Adilah. (2016, Mei 1). Kertas Kerja ICC. Retrieved Februari 11, 2020, from SlideShare:
https://www.slideshare.net/NoorAdilah/kertas-kerja-icc

Nur Asyiqin. (n.d). Kertas Cadangan Penubuhan Kelab Pencinta Alam. Retrieved Februari
11, 2020, from Academia:
https://www.academia.edu/36224924/KERTAS_CADANGAN_PENUBUHAN_KELAB
_PENCINTA_ALAM_SEKITAR

Rizal. (2019, Desember 25). Buku Pengurusan Kurikulum 2020. Sabah: Unit Kurikulum SK
Seri Kundasang. Retrieved Februari 12, 2020, from:
http://anyflip.com/udli/qdmr/basic

Videography. (n.d.). Retrieved Februari 11, 2020, from educalingo:


https://educalingo.com/ms/dic-en/videography

Yayasan Isra' Malaysia (ISRA’). (2014). Maksud Photography. Majalah Isra'. Kedah:
Yayasan Isra'Malaysia (ISRA’) Sdn. Bhd. Retrieved Februari 11, 2020, from:
https://majalah.isra.org.my/2016/05/maksud-photography.html

11

Anda mungkin juga menyukai