Anda di halaman 1dari 24

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL MAHAJOTHI

TAMAN SUTERA JAYA, 08000 SUNGAI PETANI.

KERTAS KERJA PENUBUHAN ‘PERSATUAN FOTOGRAFI’


SJK(T) MAHAJOTHI

DISEDIAKAN OLEH:
NISHHANTHINY A/P PUANESWARAN
PERSATUAN FOTOGRAFI
SJK(T) MAHAJOTHI

TAHUN:
2021

1
ISI KANDUNGAN

Bil Perkara Muka Surat


1 Pengenalan 3
2 Tujuan 3
3 Objektif 3
4 Rasional 4
5 Identiti Persatuan 5
5.1 Moto
5.2 Logo
5.3 Pengertian Logo
5.4 Visi dan Misi
6 Sasaran 5
7 Jawatankuasa Penaja Persatuan Fotografi 5
8 Tugas Jawatankuasa 5-8
9 Perlembagaan dan Peraturan 8
10 Perancangan Aktiviti dan Takwim 8
11 Sumber Kewangan 8-9
12 Anggaran Perbelanjaan 8-10
13 Carta Alir Penubuhan 11
14 Langkah Penubuhan Persatuan Fotografi 12
15 Surat Penubuhan Persatuan 12
16 Penutup 12-13
17 Sumber Rujukan 23

2
1.0 PENGENALAN
Penubuhan Persatuan Fotografi SJK(T) Mahajothi merupakan suatu program kearah
pembinaan dan pembentukan kualiti murid sebagai insan yang aktif bukan sahaja dari aspek
kurikulum, tetapi juga dengan kokurikulum. Di samping itu, penubuhan persatuan fotografi ini
dapat memupuk minat dan kreativiti murid-murid dalam penghasilan sesuatu fotografi serta
kemahiran dalam membuat penyuntingan untuk bahan Pengajaran dan Pembelajaran.
Penubuhan Persatuan ini terbuka kepada semua murid tahap 2 SJK(T) Mahajothi yang
berminat.

2.0 TUJUAN

Tujuan penubuhan Persatuan Fotografi SJK(T) Mahajothi ini adalah memberi peluang
kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi visual dan intelek dalam kemahiran
seni digital melalui kamera mahupun komputer sebagai salah satu kemahiran dan bakat
yang ada dalam diri pelajar. Penubuhan ini diharapkan dapat melahirkan golongan yang
mempunyai kemahiran dan kelayakan dalam bidang seni fotografi terutamanya dalam
bidang penghasilan dan penyuntingan. Persatuan ini akan memberikan Pendidikan dan
Latihan yang bersesuaian agar para ahli persatuan dapat mengaplikasikan kemahiran yang
dilatih apabila diperlukan.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memperkenalkan asas-asas penggunaan kamera kepada pelajar dan membolehkan


pelajar memahami salah satu cabang dalam seni digital.

3.2 Membina keyakinan pelajar dan menyediakan mereka dengan kemahiran yang
mereka ingin pelajari seperti asas-asas fotografi.

3.3 Melatih pelajar dalam kemahiran komunikasi dari segi tekstual mahupun visual.

3.4 Mengasah serta mencungkil bakat-bakat baru yang ada pada pelajar.

3.5 Merancang aktiviti-aktiviti fotografi yang bersesuaian mengikut tahap kemampuan


pelajar.

3.6 Memudahkan lagi kerja bagi pihak sekolah dalam melibatkan diri untuk pengambilan
gambar ataupun video jika ada majlis-majlis penting atau besar yang berlaku di sekolah ini.

3
3.7 Mengisi masa lapang pelajar dengan aktiviti berfaedah selain daripada memberi
peluang kepada mereka untuk meredakan tekanan harian

4.0 RASIONAL

Penubuhan Persatuan Fotografi SJK(T) Mahajothi, menekankan kepada kemahiran, Latihan


dan pengetahuan mengenai bidang seni fotografi video secara seimbang dan menyeluruh
dengan potensi diri dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek di dalam diri setiap
warga SJK(T) Mahajothi. Di samping itu, program ini merupakan satu inisiatif bagi
meningkatkan kefahaman murid terhadap pentingnya pengetahuan dan penglibatan dalam
kokurikulum. Ia juga dapat membina kualiti peribadi dan nilai sebagai murid. Oleh itu,
harapan kami agar penubuhan Persatuan Fotografi SJK(T) Mahajothi ini Berjaya mencapai
matlamat dan objektifnya.

5.0 IDENTITI PERSATUAN

5.1 MOTO

‘MENCIPTA KENANGAN INDAH’

5.2 LOGO

5.3 PENGERTIAN LOGO

4
Gambar kamera sebagai logo kelab memberi makna bidang Fotografi merupakan teras
kepada penubuhan kelab ini. Kamera juga merupakan alat yang mampu merakamkan
perasaan seseorang serta peristiwa-peristiwa yang bersejarah. Kamera merupakan titik
utama bidang fotografi dan multimedia terutamnya photo-editing ini bertambah maju dari
semasa ke semasa.

5.4 VISI

Melahirkan golongan yang mempunyai kemahiran dan kelayakan di kalangan ahli Persatuan
dalam bidang seni fotografi dan video.

5.5 MISI

Persatuan ini adalah untuk ahli persatuan fotografi menjadi golongan yang mempunyai
kemahiran dan kelayakan dalam bidang seni fotografi.

6.0 SASARAN

Kumpulan sasaran untuk Persatuan Fotografi ialah daripada murid 4, 5, 6. Permohonan


menjadi ahli Persatuan Fotografi adalah dengan mengisi borang yang disediakan. (Rujuk
Lampiran A)

7.0 JAWATANKUASA PENAJA PERSATUAN FOTOGRAFI

PENAUNG En Padmanadhan A/L Veerapathiran


GURU BESAR SJK(T) Mahajothi

PENASIHAT Pn Karthiyayani A/P Sellappan


GPK KOKURIKULUM SJK(T) Mahajothi

GURU PENASIHAT Cik Nishhanthiny A/P Puaneswaran

GURU PENASIHAT PERSATUAN FOTOGRAFI

PENGERUSI Murid Tahun 6

NAIB PENGERUSI Murid Tahun 6

SETIAUSAHA Murid Tahun 5

5
NAIB SETIAUSAHA Murid Tahun 5

BENDAHARI Murid Tahun 4

PENOLONG BENDAHARI Murid Tahun 4

AHLI JAWATANKUASA AJK PUBLISITI


AJK DOKUMENTORI
AJK PERALATAN

8.0 TUGAS AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi

 Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan


semua mesyuarat.
 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan
diambil tindakan yang sewajarnya.
 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke
semasa.
 Memberikan arahan yang jelas kepada ahli jawatankuasa dalam melaksanakan
tugas atau aktiviti.

Naib Pengerusi

 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi.


 Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke
semasa.

Setiausaha

 Menguruskan hal-hal surat-menyurat.


 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/ laporan-laporan kegiatan-kegiatan
dalam kelab.
 Mencatat kehadiran ahli.
 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
 Membuat laporan perjumpaan dan aktiviti kelab.

6
 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke
semasa.

Naib Setiausaha

 Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya.


 Menjalankan tugas setiausaha sewaktu ketiadaan setiausaha.
 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke
semasa.

Bendahari

 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan kelab.


 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan
bertanggungjawab di atas kesahihannya.
 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta dalam mesyuarat ahli
jawatankuasa.
 Menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta menandatanganinya.
 Menyediakan Laporan Kewangan untuk diaudit dan dibentangkan dalam Mesyuarat
Agung.
 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke
semasa.
 Menyimpan semua resit dan buku rekod wang keluar masuk.

Penolong Bendahari

 Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari.


 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke
semasa.

Ahli Jawatankuasa Publisiti

 Memilih tema berdasarkan aktiviti yang dijalankan.


 Melekatkan notis pengumuman pada papan kenyataan yang khususnya disediakan
bagi Persatuan Fotografi

7
 Menghias segmen Persatuan Fotografi pada papan kenyataan.
 Melekatkan laporan aktiviti pada papan notis.

Ahli Jawatankuasa Dokumentari

 Mengambil gambar pada setiap perjumpaan atau aktiviti persatuan.


 Membuat dokumentari yang lengkap berdasarkan segala aktiviti yang dilaksanakan
pada setiap perjumpaan persatuan.

Ahli Jawatankuasa Peralatan

 Menyenaraikan alatan yang hendak disimpan untuk perjumpaan atau aktiviti.


 Menyediakan alatan yang hendak digunakan.
 Memastikan alatan dalam keadaan yang sempurna dan tidak hilang.

9.0 PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN

*Rujuk lampiran B

10.0 PERANCANGAN AKTIVITI DAN TAKWIM

Mingg Cadangan Aktiviti Catatan


u
Perjumpaan pertama
1
Mesyuarat Agong bagi tahun 2021

Perjumpaan Kedua
2 Alatan Fotografi
Bengkel Pengenalan Kepada Kamera dan
Teknik fotografi

Perjumpaan Ketiga
3 Mengambil gambar
Bengkel Teknik fotografi – Fotografi berkumpulan
Berkumpulan

Perjumpaan Keempat

8
4 Mengambil gambar
Bengkel Teknik Fotografi- Fotografi Potrait Individu

Perjumpaan Kelima
5 Mengambil gambar
Bengkel Teknik Fotografi- Fotografi Makro Bunga dan serangga

Perjumpaan Keenam
6 Gambaran menarik
Lawatan Ke Pulau Pinang- Teknik fotografi aktiviti masyarakat
Jalanan

Perjumpaan Ketujuh
7 Menggunakan
Pertandingan Fotografi Peringkat Sekolah teknik-teknik yang
dipelajari

Perjumpaan Kelapan
8 Memberi penghargaan
Jamuan Akhir Tahun Kelab Fotografi kepada ahli kelab yang
aktif

11.0 SUMBER KEWANGAN

Sumber utama kewangan persatuan fotografi adalah melalui derma yang diputuskan
semasa mesyuarat agung dan telah diluluskan sebanyak RM5.00 seorang sebulan. Kelab
juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti dan sumbangan PIBG serta sumbangan
guru. Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar boleh
dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.

12.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

SUMBER PENDAPATAN KELAB

BIL PERKARA JUMLAH (RM)

1. Sumbangan PIBG 1000

2. Yuran Ahli 25X5=125

9
3. Sumbangan guru 700

Jumlah 1825

ANGGARAN KOS PERBELANJAAN

BIL PERKARA JUMLAH (RM)

1. Alatan Fotografi 500

2. Latihan Teknik Fotografi, Latihan 400


Fotografi Berkumpulan, Fotografi
Portrait dan Fotografi Makro

3. Hadiah tahunan Persatuan Fotografi 300

4. Pertandingan Fotografi Peringkat 310


Sekolah

5. Lain-lain 315

JUMLAH RM 1825

10
11
13.0 CARTA ALIR PENUBUHAN

Mengenal pasti kelab yang ditubuhkan.

Penyediaan kertas cadangan penubuhan Jawatankuasa Penaja kelab.

Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Penaja.

Mengemukakan surat permohonan penubuhan penaja


persatuan

Tidak diluluskan Kelulusan Diluluskan

Melantik guru penasihat.

Mengadakan mesyuarat agung penubuhan kelab.

Meluluskan penubuhan kelab.

Mendaftarkan ahli kelab.

Mengesahkan perlembagaan dan peraturan- peraturan


kelab

12
Mengoperasikan kelab.
14.0 LANGKAH PENUBUHAN PERSATUAN FOTOGRAFI

Sebelum menubuhkan sebuah persatuan, saya mengenal pasti persatuan apa yang kami
ingin tubuhkan iaitu Persatuan Fotografi. Seterusnya, saya menyediakan kertas cadangan
penubuhan Jawatankuasa Penaja Persatuan Fotografi. Selepas itu, saya mengadakan
mesyuarat agung penubuhan Persatuan Fotografi dan mengemukakan surat permohonan
penubuhan penaja Persatuan Fotografi. Jika lulus, proses pelantikan guru penasihat akan
diadakan. Jika tidak diluluskan, proses penyediaan kertas cadangan penubuhan
jawatankuasa Penaja Persatuan Fotografi akan berlaku semula. Selepas pelantikan guru
penasihat, mesyuarat agung penubuhan. Persatuan Fotografi akan diadakan. Proses
kelulusan Persatuan Fotografi akan dijalankan. Pendaftaran ahli Persatuan Fotografi dan
perlembagaan serta peraturan-peraturan yang diwujudkan akan disahkan. Akhirnya,
Persatuan Fotografi akan bermula untuk dioperasikan.

15.0 SURAT PENUBUHAN

*Rujuk lampiran C

16.0 PENUTUP

Kesimpulannya, penubuhan Persatuan Fotografi mampu dipraktikkan dalam


kehidupan seharian mereka untuk melahirkan insan yang berdigital tinggi dan mampu
bersaing dengan globalisasi seiring perkembangan teknologi dan multimedia. Jadi kami
berharap agar pihak sekolah dapat mempertimbangkan keputusan yang sewajarnya.
Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh :

Nishha
(NISHHANTHINY A/P PUANESWARAN)
Guru Penasihat,
Persatuan Fotografi,
SJK(T) Mahajothi

13
Disokong oleh:

(PN KARTHIYAYINI A/P SELLAPPAN,),


GPK KOKURIKULUM ,

SJK(T) Mahajothi.

Diluluskan oleh.

(PADMANATHAN A/L VEERAPATHIRAN)


Guru Besar,
SJK(T) MAHAJOTHI,
TAMAN SUTERA JAYA, 08000 SUNGAI PETANI.

14
LAMPIRAN

15
16
Lampiran B

PERSATUAN FOTOGRAFI SJK(T) MAHAJOTHI


PERATURAN-PERATURAN PERLEMBAGAAN PERSATUAN

Pada mematuhi Subperaturan 5(1) (a) dalam Peraturan – Peraturan Pendidikan (Persatuan
Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42,
No.11, Tambahan No.41, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21hb Mei 1996, maka
berikut ini dikemukakan Peraturan-Peraturan (Perlembagaan) Persatuan Fotografi Sekolah
Jenis Kebangsaan Tamil Mahajothi yang selepas ini disebut sebagai “Persatuan Fotografi”
sahaja.

PERKARA 1: NAMA DAN ALAMAT


A. NAMA PERSATUAN: Persatuan Fotografi
B. ALAMAT: SJK(T) Mahajothi, Taman Sutera Jaya, 08000 Sungai Petani, Kedah.

PERKARA 2: OBJEKTIF

2.1 Memperkenalkan asas-asas penggunaan kamera kepada pelajar dan membolehkan


pelajar memahami salah satu cabang dalam seni digital.
2.2 Membina keyakinan pelajar dan menyediakan mereka dengan kemahiran yang mereka
ingin pelajari seperti asas-asas fotografi.
2.3 Melatih pelajar dalam kemahiran komunikasi dari segi tekstual mahupun visual.
2.4 Mengasah serta mencungkil bakat-bakat baru yang ada pada pelajar

2.5 Merancang aktiviti-aktiviti fotografi yang bersesuaian mengikut tahap kemampuan


pelajar.

PERKARA 3: KEAHLIAN

3.1 Keahlian terbuka kepada semua murid tahap 2 sekolah SJK(T) Mahajothi.

3.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan pengisian boring yang disediakan.

3.3 Ahli boleh dikenakan tindakan disiplin jika tidak hadir setiap kali perjumpaan melainkan
atas alasan yang boleh diterima.

3.4 Ahli- ahli mesti bersetuju dengan perlembagaan yang telah ditetapkan.

3.5 Ahli mesti bergiat aktif dalam aktiviti persatuan.

17
3.6 Ahli yang sah berhak menyertai semua aktiviti anjuran persatuan.

3.7 Ahli yang sah berhak mengundi dan diundi untuk mana-mana jawatan dalam persatuan.

PERKARA 4: GURU PENASIHAT

4.1 Guru Penasihat terdiri daripada guru sekolah ini.

4.2 Guru penasihat mempunyai kuasa mutlak merancang, melaksanakan atau membatalkan
sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu.

PERKARA 5: AHLI JAWATANKUASA

5.1 Satu jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan pegawai persatuan hendaklah dipilih
di dalam Mesyuarat Agung Tahunan:

I. Seorang (Pengerusi)
II. Seorang (Naib Pengerusi)
III. Seorang (Setiausaha)
IV. Seorang (Naib Setiausaha)
V. Seorang (Bendahari)
VI. Seorang (Naib Bendahari)
VII. Seorang Ahli Jawatankuasa Biasa dipilih daripada setiap kelas tahun 4, 5 dan 6.

5.2 Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta disokong dan
pemilihan akan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung.

PERKARA 6: TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

6.1 PENGERUSI

6.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat agung dan semua mesyuarat


jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat.

6.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang
diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.

6.1.3 Memberi arahan yang jelas kepada jawatankuasa dalam melaksanakan tugas
atau aktiviti.

6.1.4 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke
masa.

18
6.2 NAIB PENGERUSI

6.2.1 Membantu Pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi.

6.2.2 Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.

6.2.3 Membantu pengerusi dalam melicinkan pelaksanaan aktiviti.

6.2.4 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke
masa.

6.3 SETIAUSAHA

6.3.1 Menguruskan hal-hal mesyuarat.

6.3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/ laporan kegiatan kelab.

6.3.3 Mencatat kehadiran ahli pada setiap perjumpaan.

6.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan kelab.

6.3.5 Membuat laporan perjumpaan dan aktiviti kelab.

6.4 PENOLONG SETIAUSAHA

6.4.1 Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawab

6.4.2 Menjalankan tugas setiausaha aewaktu ketiadaan Setiausaha.

6.4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Pemimpin dari masa ke
masa.

6.5 BENDAHARI

6.5.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan kelab.

6.5.2 Menyimpan semua resit-resit, buku rekod wang keluar masuk dan mengumpul
wang.

6.5.3 Membuat laporan wang masuk dan keluar jika diminta oleh AJK.

6.6 AHLI JAWATANKUASA BIASA

6.6.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan.

6.6.2 Membantu Jawatankuasa Tertinggi dalam menjalankan tugas yang diarahkan olehnya.

19
6.6.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke masa

VII.0 PERATURAN DAN KEWANGAN

VII.1 Sumber utama kewangan persatuan adalah melalui derma yang diputuskan semasa
mesyuarat agung dan telah diluluskan sebanyak RM5.00 seorang sebulan dan
sumbangan PIBG serta sumbangan guru.
VII.2 Kelab juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti.
VII.3 Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar
boleh boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.

8.0 KEHADIRAN/ PENYERTAAN

8.1 Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh persatuan
sepanjang tahun.

8.2 Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki menulis surat
tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam penilaian kokurikulum boleh
diambil sekiranya gagal berbuat demikian.

9.0 AKTIVITI

9.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat agung atau
mesyuarat ahli jawatankuasa.

9.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh guru penasihat dan diumumkan kepada
pengetahuan ahli.

10.0 TINDAKAN DISIPLIN

10.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan tidak mematuhi
peraturan yang ditetapkan.

10.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:

i) Amaran lisan

ii) Amaran bertulis

20
10.3 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan
kepada Guru Penasihat persatuan secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat adalah
muktamad.

11.0 PINDAAN PERLEMBAGAAN

11.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.

11.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, Guru
Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.

11.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli Jawatankuasaakan
membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.

12.0 PEMBUBARAN PERSATUAN

12.1 Guru Besar diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar
perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.

12.2 Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat Agung
Tergempar.

13.0 HAL-HAL LAIN

13.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.

13.2 Ahli- ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikut aktiviti dengan penuh minat.

14.0 PERATURAN -PERATURAN

14.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.

14.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh ahli.

14.3 Ahli- ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

14.4 Segala urusan berkaitan dengan persatuan perlulah berdasarkan perlembagaan ini.

14.5 Pindaan pada perlembagaan hanya boleh dilakukan dengan persetujuan dua pertiga
daripada jumlah ahli yang sah.

21
Lampiran C (Surat Penubuhan)

Nishhanthiny A/P Puaneswaran,

Setiausaha,

Jawatankuasa Penaja Kelab Fotografi,

SJK(T) Mahajothi.

Taman Sutera Jaya, 08000 Sungai Petani, Kedah.

_________________________________________________________________________

Guru Besar,

SJK(T) Mahajothi.

Taman Sutera Jaya,

08000 Sungai Petani, Kedah. 4 DISEMBER


2021

Permohonan Menubuhkan Persatuan Fotografi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil


Mahajothi.

Saya dengan segala hormat dan takzimnya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Ahli Jawatankuasa Penaja Penubuhan Persatuan


Fotografi yang bermesyuarat 4 November 2021 telah mempersetujui penubuhan kelab ini.
Permohonan ini juga merujuk kepada Peraturan 4 dalam Peraturan-peraturan Pendidikan
(Persatuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia
Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 41, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998.

3. Antara matlamat utama penubuhan kelab ini adalah bertujuan memberi peluang
kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi visual dan intelek dalam kemahiran
seni digital melalui kamera mahupun komputer sebagai salah satu kemahiran dan bakat
yang ada dalam diri pelajar. Sehubungan itu, bersama-sama ini dikemukakan Kertas
Cadangan Penubuhan Persatuan Fotografi bagi rujukan pihak tuan.

4. Pihak Jawatankuasa Penaja dengan penuh harapan memohon pertimbangan untuk


meluluskan dan membenarkan penubuhan persatuan ini di sekolah dengan menggunakan
undang-undang dan peraturan sedia ada.

22
5. Sekian, di atas pertimbangan dan jasa baik tuan, diucapkan ribuan terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

NISHHA

(NISHHANTHINY A/P PUANESWARAN)

Guru Penasihat,
Persatuan Fotografi,
SJK(T) Mahajothi.

23
RUJUKAN

A.P. (2018, January 23). Kelab Fotografi SJK(T) Kalaimagal. Blogspot. Retrieved December
1, 2021, from http://agipriyas5.blogspot.com/2018/01/rancangan-aktiviti-tahunan-
kelab-fotografi_23.html

K.P. (2009, September 7). Perlembagaan Undang-Undang. Blogspot. Retrieved December


1, 2021, from http://fotografi2009.blogspot.com/2009/09/perlembagaan-undang-
undang.html

Nurul Hafiza BT MD ALI. (2015, October 6). KELAB FOTOGRAFIK-PELAN STRATEGIK.


PDF SLIDE. Retrieved December 4, 2021, from https://pdfslide.net/documents/kelab-
fotografi-pelan-strategik.html

Rafidah Herman. (2019, July 7). KK Penubuhan Kelab Fotografi. Coursehero. Retrieved
December 2, 2021, from https://www.coursehero.com/file/57676019/KK-Penubuhan-
Kelab-FOTOGRAFIdocx/

W.K. (2016, June 25). Perlembagaan Persatuan Fotografi. Scribd. Retrieved December 1,
2021, from https://www.scribd.com/doc/316695372/PERLEMBAGAAN-
PERSATUAN-FOTOGRAFI

24

Anda mungkin juga menyukai