Anda di halaman 1dari 12

ISI KANDUNGAN

1.0 Pendahuluan 1
2.0 Rasional 1
3.0 Matlamat 2
4.0 Objektif 2
5.0 Tema 2
6.0 Struktur Jawatankuasa 2
7.0 Jenis Persatuan 3
8.0 Ciri-ciri aktiviti persatuan 3
9.0 Pekeliling 3
10.0 Kaedah Penubuhan 4
11.0 Langkah-langkah Penubuhan 4
12.0 Carta Organisasi 5
13.0 Perlembagaan 6
Rujukan 11
1.0 PENDAHULUAN
Penubuhan Kelab Fotografi IPG Kampus Tuanku Bainun merupakan suatu
program ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti guru sebagai insan yang
aktif bukan sahaja dari aspek kurikulum, tetapi juga dengan kokurikulum. Ia juga
selari dengan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah
Pendidikan Guru (FPG) yang mahu melahirkan bakal pendidik yang sihat dari
segi intelek dan juga rohani. Di samping itu juga penubuhan Persatuan ini adalah
kerana ingin melahirkan guru pelatih yang berpengalaman serta kreatif dalam
penghasilan sesuatu fotografi serta kemahiran dalam membuat penyuntingan
bahan Pengajaran dan Pembelajaran. Program ini melibatkan semua ahli Kelab
Fotografi IPG Kampus Tuanku Bainun dan juga terbuka kepada semua warga
IPG Kampus Tuanku Bainun yang berminat.

2.0 RASIONAL
Penubuhan Kelab Fotografi IPG Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang lebih
menekankan kepada kemahiran, latihan dan pengetahuan mengenai bidang seni
fotografi, audio dan video secara seimbang dan menyeluruh dengan potensi diri
dalam aspek jasmani, emosi rohani dan intelek di dalam diri setiap warga IPG
Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang. Di samping itu, program ini merupakan
satu inisiatif bagi meningkatkan kefahaman pelajar terhadap pentingnya
pengetahuan dan penglibatan dalam kokurikulum. Ia juga dapat membina kualiti
peribadi dan nilai sebagai seorang guru dan juga bakal guru. Di kalangan guru
pelatih, ia adalah satu faedah agar dapat disemai dalam diri dan juga dicurahkan
ilmu ini kepada generasi akan datang. Oleh itu, harapan kami agar penubuhan
Kelab Fotografi IPG Kampus Tuanku Bainun ini berjaya mencapai matlamat dan
objektifnya.

3.0 MATLAMAT
Penubuhan Kelab Fotografi IPG Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang ini
diharapkan dapat melahirkan golongan yang mempunyai kemahiran dan
kelayakan di kalangan ahli Kelab dalam bidang seni fotografi dan video
terutamanya dalam bidang penghasilan dan penyuntingan. Persatuan ini akan
memberikan pendidikan dan latihan yang bersesuaian agar para ahli Kelab dapat
mengaplikasikan kemahiran yang dilatih dalam pengajaran dan pembelajaran
kelak.

1
4.0 OBJEKTIF
Adalah diharapkan di akhir penubuhan Kelab Fotografi IPG Kampus Tuanku
Bainun,Pulau Pinang ini ahli Kelab akan dapat:
4.1 Memberikan ilmu kepada semua ahli Kelab mengenai perihal seni fotografi
dan video serta audio yang sebenar.
4.2 Memberi pengetahuan yang mendalam kepada semua ahli Kelab mengenai
teknik-teknik seni fotografi dan video serta audio dan dapat diaplikasikan di
sekolah kelak.
4.3 Melatih semua ahli Kelab mampu menjadi seorang penyunting yang baik dan
berkaliber.
4.4 Supaya ahli lebih terpimpin dalam menimba ilmu fotogarfi & video
4.5 Memupuk semangat bertanggungjawab dan disiplin diri.

5.0 TEMA
“Melihat Keindahan Alam dari Lensa Kamera.”

6.0 STRUKTUR JAWATANKUASA

Pengarah : En. Mohd Saat bin Abas


Guru Penasihat : En. Zakariah bin Abd Ghani
Pengerusi : Ahmad Fauzi bin Abdullah
Naib Pengerusi : Mohd Amir Syafiq bin Mukhtar
Setiausaha : Muhammad Faizal bin Ramli
Naib Setiausaha : Afiqah binti Zurani
Bendahari : Ahmad Helmi bin Mohamed
Naib Bendahari : Maisarah binti Mahyudin
Pemeriksa Kira-kira : Fikri Hakim bin Abd Razak
Ahli Jawatankuasa : Muhammad Alif Afiq bin Muhd Rodzi
: Muhammad Hatem bin Syazni
: Ahmad Hussain bin Othman
: Ismail bin Thambi

2
7.0 JENIS PERSATUAN
Kelab ini merupakan kelab yang tidak mempunyai badan induk.

8.0 CIRI-CIRI AKTIVITI KELAB


8.1 Latihan Kemahiran dan Teknik Fotografi dan Audio Visual
8.2 Kursus Pengenalan Seni Fotografi dan Audio Visual
8.3 Kursus Asas Fotografi
8.4 Kursus Suntingan Video dan Audio
8.5 Membantu dalam mendokumentasikan segala program yang dijalankan di
IPG Kampus Tuanku Bainun.

9.0 PEKELILING
9.1 Warta Kerajaan bertarikh 31 Disember 1997, Jld. 41, No. 26, Tambahan No.
94, Perundangan A.P.U. (A) 531, Akta Pendidikan 1996,
Peraturan-peraturan (Kokurikulum Kebangsaan) telah memberi takrif
kokurikulum ialah kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan
kerajaan akan mengandungi yang berikut:
9.1.1 Penyertaan dalam sukan dan permainan.
9.1.2 Penyertaan dalam persatuan dan kelab.
9.1.3 Penyertaan dalam pasukan pakaian seragam.
9.1.4 Lain-lain kegiatan sebagaimana ditentukan oleh Menteri
Pendidikan.
9.2 Dasar Utama (2) Penyertaan Murid Dalam Kegiatan Kokurikulum Adalah
Wajib .
“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap
orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian
sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu
kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.” –
{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}
9.3 Sekolah mewujudkan peluang yang seluas-luasnya kepada murid menyertai
kegiatan kokurikulum yang mereka minati. 29 – {Untuk tujuan ini
Pengetua/Guru Besar telah diperuntukkan kuasa untuk menubuhkan
kelab/persatuan di sekolah seperti dalam Peraturan 4 Peraturan-Peraturan
Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 yang diterbitkan sebagai
PU(A)196/98.}

3
10.0 KAEDAH PENUBUHAN
10.1 Menubuhkan jawatankuasa penaja untuk menetapkan:
10.1.1 Tujuan dan matlamat.
10.1.2 Aktiviti atau kegiatan utama.
10.1.3 Peraturan – peraturan persatuan. (Perlembagaan)
10.1.4 Ahli jawatankuasa penaja.
10.2 Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Penaja.
10.2.1 Menghasilkan draf perlembagaan, peraturan, aktiviti dan
syarat keahlian.
10.3 Jawatankuasa penaja menulis permohonan rasmi kepada Pengetua
atau Guru Besar dengan menyertakan dokumen yang telah ditetapkan di
atas.
10.4 Mendapatkan kelulusan penubuhan dan pendaftaran kelab daripada
Pengetua atau Guru Besar.
10.5 Mendaftarkan ahli – ahli persatuan yang telah diluluskan oleh Pengetua
atau Guru Besar.
10.6 Mengadakan mesyuarat Agung dengan:
10.6.1 Memilih ahli jawatankuasa kelab.
10.6.2 Merancang aktiviti tahunan kelab.
10.6.3 Pengesahan dokumen peraturan – peraturan (perlembagaan)
kelab.
10.7 Mengoperasikan persatuan.

11.0 LANGKAH-LANGKAH PENUBUHAN PERSATUAN

4
12.0 CARTA ORGANISASI

5
13.0 PERLEMBAGAAN
13.1 Nama dan alamat
13.1.1 Nama Kelab: Kelab Fotografi IPG Kampus Tuanku Bainun
13.1.2 Alamat : Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
13.2 Matlamat
13.2.1 Diharapkan dapat melahirkan golongan yang mempunyai
kemahiran dan kelayakan di kalangan ahli Kelab.
13.2.2 Memberikan pendidikan dan latihan yang bersesuaian agar
para ahli Kelab dapat mengaplikasikan kemahiran yang dilatih
dalam pengajaran dan pembelajaran kelak.
13.3 Objektif
13.3.1 Memberikan ilmu kepada semua ahli Kelab mengenai perihal
seni fotografi dan video serta audio yang sebenar.
13.3.2 Memberi pengetahuan yang mendalam kepada semua ahli
Kelab mengenai teknik-teknik seni fotografi dan video serta
audio dan dapat diaplikasikan di sekolah kelak.
13.3.3 Melatih semua ahli Kelab mampu menjadi seorang penyunting
yang baik dan berkaliber.
13.3.4 Supaya ahli lebih terpimpin dalam menimba ilmu fotogarfi &
video
13.3.5 Memupuk semangat bertanggungjawab dan disiplin diri.
13.4 Keahlian
13.4.1 Terbuka kepada semua pelajar IPGKTB.
13.4.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan mengisi borang yang
disediakan.
13.4.3 Ahli – ahli mestilah bersetuju dan berpegang kepada
Perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas
bagi menjayakan tujuan kelab ini.
13.5 Guru penasihat
13.5.1 Guru penasihat merupakan pensyarah di IPGKTB.
13.5.2 Guru penasihat hendaklah memberi nasihat dalam
perancangan dan perlaksanaan sesuatu aktiviti.
13.5.3 Guru penasihat hendaklah menyertai segala aktiviti yang
dijalankan bersama pelajar.

6
13.6 Ahli jawatankuasa
13.6.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.
13.6.2 Ahli yang hadir layan dicalonkan sebagai ahli jawatankuasa.
13.6.3 Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian
13.6.4 Ahli jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah
menghantar surat perletakan jawatan kepada guru penasihat.
13.6.5 Ahli jawatankuasa hendaklah terdiri daripada:
13.6.5.1 Pengerusi
13.6.5.2 Naib pengerusi
13.6.5.3 Setiausaha
13.6.5.4 Naib setiausaha
13.6.5.5 Bendahari
13.6.5.6 Naib bendahari
13.6.5.7 Ahli jawatankuasa
13.7 Tugas dan tanggungjawab ahli jawatankuasa
13.7.1 Pengerusi
13.7.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat
13.7.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan
segala tindakan yang diputuskan diambil tindakan
sewajarnya.
13.7.1.3 Membincangkan semua program dan aktiviti
mingguan, semester dan tahunan bersama-sama
ahli jawatankuasa dan guru penasihat.
13.7.1.4 Memastikan semua kegiatan yang dirancang dapat
dijalankan dengan baik.
13.7.1.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
guru penasihat dari semasa ke semasa.
13.7.2 Naib pengerusi
13.7.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan
tanggungjawab yang diberi.
13.7.2.2 Mempengerusikan mesyuarat jika pengerusi tidak
dapat hadir.
13.7.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
Guru Penasihat dari semasa ke semasa.
13.7.3 Setiausaha
13.7.3.1 Mencatat minit mesyuarat dan mengedarkannya
kepada ahli.

7
13.7.3.2 Menyediakan laporan semester dan laporan
tahunan untuk diselia oleh guru penasihat.
13.7.3.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
guru penasihat dari semasa ke semasa.
13.7.4 Naib setiausaha
13.7.4.1 Membantu Setiausaha menjalankan segala tugas
dan tanggungjawabnya.
13.7.4.2 Berkerjasama dengan setiausaha.
13.7.4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
guru penasihat dari semasa ke semasa.
13.7.5 Bendahari
13.7.5.1 Mengutip wang derma daripada ahli.
13.7.5.2 Mencatat wang masuk dan keluar dalam laporan
kewangan.
13.7.5.3 Menyerahkan segala kutipan untuk disemak dan
disimpan oleh guru penasihat.
13.7.5.4 Mengeluarkan resit bagi penerimaan dan
pembayaran yang dibuat.
13.7.5.5 Memastikan akaun sentiasa dikemaskini.
13.7.6 Naib bendahari
13.7.6.1 Membantu naib bendahari menjalankan segala
tugas dan tanggungjawabnya.
13.7.6.2 Berkerjasama dengan naib bendahari.
13.7.7 Ahli jawatankuasa
13.7.7.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala
program dan aktiviti yang dilaksanakan dengan
sebaik mungkin.
13.7.7.2 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
guru penasihat.
13.7.8 Pemeriksa kira – kira
13.7.8.1 Memeriksa dan menyemak serta mengesahkan
penyata kewangan pada akhir tahun.
13.7.8.2 Memastikan pengurusan kewangan diuruskan
dengan betul.
13.8 Kewangan
13.8.1 Sumber utama kewangan kelab adalah daripada derma yang
telah diputuskan ketika Mesyuarat Agung

8
13.8.2 Kelab juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti yang
dijalankan.
13.8.3 Ahli – ahli yang bersetuju untuk menyertai aktiviti yang
memerlukan perbelanjaan yang banyak boleh dikenakan
derma khas bagi membiayai aktiviti berikut.
13.9 Kehadiran / Penyertaan
13.9.1 Ahli kelab dikehendaki menyertai segala aktiviti yang dijalankan
oleh kelab sepanjang tahun.
13.9.2 Kegagalan menghadiri sebanyak tiga kali akan dikehendaki
menulis surat tunjuk sebab . tindakan pemotongan markah
kehadiran dalam penilaian kokurikulum boleh diambil sekiranya
gagal menunjukkan surat sebab.
13.10 Aktiviti
13.10.1 Dijalankan seperti yang telah dirancang dalam Mesyuarat
Agung
13.10.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh guru penasihat
dan akan diumumka kepada ahli.
13.11 Peraturan
13.11.1 Peraturan IPGKTB menjadi peraturan asas.
13.11.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi.
13.11.3 Ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan
dan hukuman.
13.12 Tindakan disipilin
13.12.1 Dikenakan kepada pelajar yang melanggar peraturan yang
telah ditetapkan.
13.12.2 Tindakan disiplin melalui amaran lisan dan bertulis.
13.12.3 Ahli yang dikenakan tindakan boleh membuat permohonan
rayuan secara bertulis dan keputusan guru penasihat adalah
mukatamad.
13.13 Pindaan dan Perlembagaan
13.13.1 Mana – mana perlembagaan ini sah sehinggai ia dipinda.
13.13.2 Cadangan pindaan boleh dilakukan oleh guru penasihat
dan ahli jawatankuasa secara bertulis.
13.13.3 Satu mesyuarat khas yang diadakan akan dihadiri oleh
jawatankuasa tertinggi untuk meluluskan pindaan tersebut jika
perlu.

9
13.13.4 Setiap pindaan yang dilakukan hendaklah dipamerkan dan
disahkan oleh Pengarah.
13.14 Pembubaran Kelab
13.14.1 Pengarah diberi kuasa untuk membubarkan kelab jika
didapati melanggar Perlembagaan dan Falsafah Pendidikan
Negara.
13.14.2 Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan hendaklah
diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tergempar.
13.15 Hal – hal lain
13.15.1 Setiap ahli mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap
aktiviti yang dijalankan.

………………… …………………… …………………


Setiausaha Pengerusi Guru penasihat
( ) ( ) ( )
Tarikh:…………… Tarikh:……………… Tarikh:…………

Disahkan Perlembagaan ini:

…………………………………
( )
Tarikh:…………………………

10
RUJUKAN

Amir Hamzah Aman. (2014). Panduan Pengurusan Kokurikulum. Puchong:


Multimedia Sdn. Bhd.
JPN JOHOR (n.d). Dasar Perlaksanaan Kegiatan Kokurikulum. diakses pada 28
September 2019, dimuat turun daripada:http://jpnjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/
bahanpro.php?A=1544
Kementerian Pendidikan Malaysia (November,2017), Modul Pembelajaran MPU2021
Persatuan :Tatacara dan Kaedah Penubuhan Persatuan. 3 (24-34)
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2009). Buku Panduan Gerak Kerja Kokurikulum
Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum & Dewan
Bahasa dan Pustaka.
_________(Januari,2016).Panduan Penubuhan dan pengurusan persatuan. Diakses
pada 28 September 2019, dimuat turun daripada:
https://sumberpendidikan.com/2016/01/31/panduan-penubuhan-dan-pengurusan
-persatuan/

11

Anda mungkin juga menyukai