Anda di halaman 1dari 4

PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN

UNIT KOKURIKULUM SK SRI MERSING


PERLEMBAGAAN UNIT BADAN BERUNIFORM, PERSATUAN & KELAB DAN SUKAN
&
PERMAINAN

Pada mematuhi Subperaturan 5 {(1)(a)} dalam Peraturan-peraturan Pendidikan (Persatuan


Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11,
Tambahan No. 41, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998, maka berikut ini
dikemukakan Peraturan-peraturan (Perlembagaan) (Nama Pertubuhan dan alamat) yang
selepas ini disebut sebagai ”persatuan” sahaja.

NAMA DAN ALAMAT

A. Nama Unit Uniform/Persatuan/Sukan : ……………………………………………………………………….


B. Alamat :
………………………………………………………………………..

1. MATLAMAT

 Memberi peluang kepada setiap murid untuk mengembangkan potensi secara seimbang
dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek

2. OBJEKTIF

 Supaya ahli dapat menganggotai persatuan ini dengan lebih terpimpin dalam menimba
Ilmu berkaitan dan dapat memupuk semangat bertanggungjawab dan disiplin diri.
 Ahli-ahli persatuan akan seberapa daya berusaha untuk mencapai tahap yang paling
tinggi dalam aktiviti yang diceburi terutamanya melalui ujian-ujian kecekapan dan
pertandingan-pertandingan yang diikutinya.

3. KEAHLIAN

 Terbuka kepada semua murid sekolah ini.


 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan.

4. GURU PENASIHAT

 Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.


 Guru Penasihat mempunyai kuasa mutlak merancang, melaksana atau membatalkan
sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu.

5. AHLI JAWATANKUASA
 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.
 Ahli yang hadir dan ahli yang tidak hadir tetapi menulis surat layak dicalonkan
sebagai AJK.
 Pemilihan AJK secara undian. AJK Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa
mengadakan mesyuarat.
 AJK yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat perletakan
jawatan kepada Guru Penasihat.
 AJK Persatuan hendaklah terdiri:-
 PENGERUSI
 NAIB PENGERUSI
 SETIAUSAHA
 PENOLONG SETIAUSAHA
 BENDAHARI
 PENOLONG BENDAHARI
 AJK KELAS/TAHUN

6. DERMA

 Sumber utama kewangan persatuan/kelab adalah melalui derma yang ditetapkan.


 Persatuan/Kelab juga boleh memperoleh kewangan melalui aktiviti.
 Ahli yang menyertai aktiviti yang memerlukan belanja besar boleh dikenakan derma
khas bagi membiayai projek tersebut.

7. KEHADIRAN/PENYERTAAN

 Ahli persatuan/ kelab dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh
persatuan/kelab sepanjang tahun.
 Kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan tindakan disiplin dan kehilangan hak-
hak keahlian persatuan/kelab.
 Semua murid hendaklah terlibat dalam akktiviti kokurikulum yang akan
menentukan 10% markah kokurikulum ke sekolah menengah.
 Murid yang tidak dibenar oleh ibu bapa / penjaga melibatkan diri dalam aktiviti
kokurikulum hendaklah melalui prosedur dan persetujuan untuk memberi markah
E dalam 10% pemarkahan kokurikulum kepada mereka
 Bukti kehadiran dalam aktiviti kokurikulum bagi tujuan penilaian 10% adalah
berdasarkan rekod kehadiran sama ada dalam buku log atau buku kehadiran
aktiviti.
 Jumlah kehadiran minima bagi setiap elemen dalam setahun ialah :
Badan Beruniform : 12 kali
Kelab / Persatuan : 12 Kali
Sukan Dan Permainan : 12 Kali

8. AKTIVITI

 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli
jawatankuasa.
 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh guru penasihat dan diumumkan kepada
pengetahuan ahli.
9. PERATURAN-PERATURAN

 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.


 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

10. TINDAKAN DISIPLIN

 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan/kelab dan tidak


mematuhi peraturan yang ditetapkan.
 Ahli yang dikenakan tindakan disiplin, akan hilang semua hak keahlian.
 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan
kepada guru penasihat unit pakaian seragam, persatuan / kelab dan kelab sukan /
permainan secara bertulis dan keputusan guru penasihat adalah muktamad.
 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:
0. Amaran lisan
1. Amaran bertulis
2. Gantung keahlian
3. Pecat keahlian

11. PINDAAN PERLEMBAGAAN

 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.


 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, guru
penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.
 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh guru penasihat dan ahli jawatankuasa akan
membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.
 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dan disahkan oleh guru
besar.

12. HAL-HAL LAIN

 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang


dijalankan.
 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.

Kelulusan Penolong Pendaftar Persatuan/Kelab Sekolah

…………………………………………………………….
Guru Besar
Tarikh: ………………………….
Cop

Anda mungkin juga menyukai