Anda di halaman 1dari 12

ISI KANDUNGAN

1.0 Pendahuluan 1
2.0 Rasional 1
3.0 Matlamat 2
4.0 Objektif 2
5.0 Tema 2
6.0 Struktur Jawatankuasa 2
7.0 Jenis Persatuan 3
8.0 Ciri-ciri aktiviti persatuan 3
9.0 Pekeliling 3
10.0 Kaedah Penubuhan 4
11.0 Langkah-langkah Penubuhan 4
12.0 Carta Organisasi 5
13.0 Perlembagaan 6
Rujukan 11
1.0 PENDAHULUAN
Penubuhan Kelab Ragbi IPG Kampus Tuanku Bainun merupakan satu usaha
ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti guru sebagai insan yang aktif bukan
sahaja dari aspek kurikulum, malah dari aspek kokurikulum juga. Ini selari dengan
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru
(FPG) yang mahu melahirkan bakal pendidik yang sihat dari segi intelek dan juga
rohani. Di samping itu juga penubuhan kelab ini adalah kerana ingin melahirkan
guru pelatih yang mempunyai kemahiran dalam sukan ragbi. Program ini
melibatkan semua ahli Kelab Ragbi IPG Kampus Tuanku Bainun dan juga terbuka
kepada semua warga IPG Kampus Tuanku Bainun yang berminat.

2.0 RASIONAL
Penubuhan Kelab Ragbi IPG Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang lebih
menekankan kepada kemahiran asas serta kebolehan dalam sukan ragbi di
samping mengembangkan potensi diri dalam aspek jasmani, emosi rohani dan
intelek di dalam diri setiap warga IPG Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang. Di
samping itu, program ini merupakan satu inisiatif bagi mengcungkil bakat baru dan
menggalakkan warga IPG Kampus Tuanku Bainun terlibat secara aktif dalam
kokurikulum. Ia juga bertujuan membina kualiti peribadi dan nilai sebagai seorang
guru dan juga bakal guru. Di kalangan guru pelatih, ia adalah merupakan satu
peluang untuk mempelajari ilmu dalam bidang sukan lasak ini dan mampu menjadi
jurulatih di masa hadapan kelak. Oleh itu, harapan kami agar penubuhan Kelab
Ragbi IPG Kampus Tuanku Bainun ini berjaya mencapai matlamat dan objektifnya.

3.0 MATLAMAT
Penubuhan Kelab Ragbi IPG Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang ini
diharapkan dapat melahirkan golongan yang mempunyai kemahiran dalam
sukan ragbi dan mampu menjadi seorang pemain yang dapat menabur jasa
pada negara kelak. Di samping itu juga, penubuhan ini bertujuan melahirkan
individu yang sihat dan aktif dalam sukan. kelab ini akan memberikan latihan
yang bersesuaian supaya semua ahli Kelab dapat menguasai kemahiran dan
mampu menjadi seorang pemain yang berjaya pada masa hadapan nanti.

1
4.0 OBJEKTIF
Adalah diharapkan di akhir penubuhan Kelab Ragbi IPG Kampus Tuanku
Bainun,Pulau Pinang ini ahli Kelab akan dapat:
4.1 Melatih ahli Kelab mengenai kemahiran asas sukan ragbi secara teori dan
praktikal.
4.2 Memberi pengetahuan berkaitan dengan peraturan-peraturan yang selalu di
guna pakai dalam sukan ragbi supaya dapat gunakan kelak
4.3 Melatih semua ahli Kelab supaya dapat menjadi seorang pemain yang
profesional melalui perlawanan.
4.4 Memberi pengetahuan berkaitan taktikal-taktikal yang berguna supaya dapat di aplikasikan
kelak.
4.5 Memupuk semangat kesukanan dan disiplin diri.

5.0 TEMA
“Tough, Rough But Gentle”

6.0 STRUKTUR JAWATANKUASA

Pengarah : En. Mohd Saat bin Abas


Guru Penasihat : En. Zakariah bin Abd Ghani
Pengerusi : Ahmad Helmi bin Mohamad
Naib Pengerusi : Mohd Amir Syafiq bin Mukhtar
Setiausaha : Muhammad Ali bin Ramli
Naib Setiausaha : John labu a/l John labi
Bendahari : Ahmad Yaakob bin Isa
Naib Bendahari : Yap Ah Loy
Pemeriksa Kira-kira : Fikri Hakim bin Abd Razak
Ahli Jawatankuasa : Wan Rejab bin Wan Mat Saman
: Muhammad bin Abu
: Mahathir bin Hamzah
:Gurusamy a/l Mutusamy

2
7.0 JENIS PERSATUAN
Kelab ini merupakan kelab yang tidak mempunyai badan induk.

8.0 CIRI-CIRI AKTIVITI KELAB


8.1 Latihan Kemahiran dan Teknik Asas Ragbi
8.2 Perlawanan persahabatan ragbi
8.3 Menyertai pertandingan ragbi
8.4 Menganjurkan kejohanan terbuka ragbi

9.0 PEKELILING
9.1 Warta Kerajaan bertarikh 31 Disember 1997, Jld. 41, No. 26, Tambahan No.
94, Perundangan A.P.U. (A) 531, Akta Pendidikan 1996,
Peraturan-peraturan (Kokurikulum Kebangsaan) telah memberi takrif
kokurikulum ialah kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan
kerajaan akan mengandungi yang berikut:
9.1.1 Penyertaan dalam sukan dan permainan.
9.1.2 Penyertaan dalam persatuan dan kelab.
9.1.3 Penyertaan dalam pasukan pakaian seragam.
9.1.4 Lain-lain kegiatan sebagaimana ditentukan oleh Menteri
Pendidikan.
9.2 Dasar Utama (2) Penyertaan Murid Dalam Kegiatan Kokurikulum Adalah
Wajib .
“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap
orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian
sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu
kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.” –
{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}
9.3 Sekolah mewujudkan peluang yang seluas-luasnya kepada murid menyertai
kegiatan kokurikulum yang mereka minati. 29 – {Untuk tujuan ini
Pengetua/Guru Besar telah diperuntukkan kuasa untuk menubuhkan
kelab/persatuan di sekolah seperti dalam Peraturan 4 Peraturan-Peraturan
Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 yang diterbitkan sebagai
PU(A)196/98.}

3
10.0 KAEDAH PENUBUHAN
10.1 Menubuhkan jawatankuasa penaja untuk menetapkan:
10.1.1 Tujuan dan matlamat.
10.1.2 Aktiviti atau kegiatan utama.
10.1.3 Peraturan – peraturan persatuan. (Perlembagaan)
10.1.4 Ahli jawatankuasa penaja.
10.2 Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Penaja.
10.2.1 Menghasilkan draf perlembagaan, peraturan, aktiviti dan syarat
keahlian.
10.3 Jawatankuasa penaja menulis permohonan rasmi kepada Pengetua atau
Guru Besar dengan menyertakan dokumen yang telah ditetapkan di atas.
10.4 Mendapatkan kelulusan penubuhan dan pendaftaran kelab daripada
Pengetua atau Guru Besar.
10.5 Mendaftarkan ahli – ahli persatuan yang telah diluluskan oleh Pengetua
atau Guru Besar.
10.6 Mengadakan mesyuarat Agung dengan:
10.6.1 Memilih ahli jawatankuasa kelab.
10.6.2 Merancang aktiviti tahunan kelab.
10.6.3 Pengesahan dokumen peraturan – peraturan (perlembagaan)
kelab.
10.7 Mengoperasikan persatuan.

11.0 LANGKAH-LANGKAH PENUBUHAN PERSATUAN

4
12.0 CARTA ORGANISASI

Pengarah
En.En.
Mohd Saat
Mohd binbin
Saat Abas
Abas

Guru Penasihat
En. Zakariah bin Abd
Ghani

Pengerusi
Ahmad Helmi bin
Mohamad

Naib Pengerusi
Mohd Amir Syafiq bin
Mukhtar

Bendahari Pemeriksa Kira-


Setiausaha kira Ahli Jawatankuasa
Muhammad Ali bin Ahmad Yaakob bin
Fikri Hakim bin
Ramli Abd Razak

Naib Setiausah Naib Setiausaha


Yap Ah Loy
John labu a/l John labi

5
13.0 PERLEMBAGAAN
13.1 Nama dan alamat
13.1.1 Nama Kelab: Kelab Ragbi IPG Kampus Tuanku Bainun
13.1.2 Alamat : Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
13.2 Matlamat
13.2.1 melahirkan golongan yang mempunyai kemahiran dalam
sukan ragbi dan mampu menjadi seorang pemain yang dapat
menabur jasa pada negara kelak
13.2.2 melahirkan individu yang sihat dan aktif dalam sukan.
13.2.3 memberikan latihan yang bersesuaian supaya semua ahli
Kelab dapat menguasai kemahiran.
13.3 Objektif
13.3.1 Melatih ahli Kelab mengenai kemahiran asas sukan ragbi secara teori dan
praktikal.
13.3.2 Memberi pengetahuan berkaitan dengan peraturan-peraturan
yang selalu di guna pakai dalam sukan ragbi supaya dapat
gunakan kelak.
13.3.3 Melatih semua ahli Kelab supaya dapat menjadi seorang pemain yang
profesional melalui perlawanan.
13.3.4 Memberi pengetahuan berkaitan taktikal-taktikal yang berguna supaya dapat di
aplikasikan kelak.
13.3.5 Memupuk semangat bertanggungjawab dan disiplin diri.

13.4 Keahlian
13.4.1 Terbuka kepada semua pelajar IPGKTB.
13.4.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan mengisi borang yang
disediakan.
13.4.3 Ahli – ahli mestilah bersetuju dan berpegang kepada
Perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas
bagi menjayakan tujuan kelab ini.
13.5 Guru penasihat
13.5.1 Guru penasihat merupakan pensyarah di IPGKTB.
13.5.2 Guru penasihat hendaklah memberi nasihat dalam
perancangan dan perlaksanaan sesuatu aktiviti.
13.5.3 Guru penasihat hendaklah menyertai segala aktiviti yang
dijalankan bersama pelajar.

6
13.6 Ahli jawatankuasa
13.6.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.
13.6.2 Ahli yang hadir layan dicalonkan sebagai ahli jawatankuasa.
13.6.3 Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian
13.6.4 Ahli jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah
menghantar surat perletakan jawatan kepada guru penasihat.
13.6.5 Ahli jawatankuasa hendaklah terdiri daripada:
13.6.5.1 Pengerusi
13.6.5.2 Naib pengerusi
13.6.5.3 Setiausaha
13.6.5.4 Naib setiausaha
13.6.5.5 Bendahari
13.6.5.6 Naib bendahari
13.6.5.7 Ahli jawatankuasa
13.7 Tugas dan tanggungjawab ahli jawatankuasa
13.7.1 Pengerusi
13.7.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat
13.7.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan
segala tindakan yang diputuskan diambil tindakan
sewajarnya.
13.7.1.3 Membincangkan semua program dan aktiviti
mingguan, semester dan tahunan bersama-sama
ahli jawatankuasa dan guru penasihat.
13.7.1.4 Memastikan semua kegiatan yang dirancang dapat
dijalankan dengan baik.
13.7.1.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
guru penasihat dari semasa ke semasa.
13.7.2 Naib pengerusi
13.7.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan
tanggungjawab yang diberi.
13.7.2.2 Mempengerusikan mesyuarat jika pengerusi tidak
dapat hadir.
13.7.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
Guru Penasihat dari semasa ke semasa.
13.7.3 Setiausaha
13.7.3.1 Mencatat minit mesyuarat dan mengedarkannya
kepada ahli.

7
13.7.3.2 Menyediakan laporan semester dan laporan
tahunan untuk diselia oleh guru penasihat.
13.7.3.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
guru penasihat dari semasa ke semasa.
13.7.4 Naib setiausaha
13.7.4.1 Membantu Setiausaha menjalankan segala tugas
dan tanggungjawabnya.
13.7.4.2 Berkerjasama dengan setiausaha.
13.7.4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
guru penasihat dari semasa ke semasa.
13.7.5 Bendahari
13.7.5.1 Mengutip wang derma daripada ahli.
13.7.5.2 Mencatat wang masuk dan keluar dalam laporan
kewangan.
13.7.5.3 Menyerahkan segala kutipan untuk disemak dan
disimpan oleh guru penasihat.
13.7.5.4 Mengeluarkan resit bagi penerimaan dan
pembayaran yang dibuat.
13.7.5.5 Memastikan akaun sentiasa dikemaskini.
13.7.6 Naib bendahari
13.7.6.1 Membantu naib bendahari menjalankan segala
tugas dan tanggungjawabnya.
13.7.6.2 Berkerjasama dengan naib bendahari.
13.7.7 Ahli jawatankuasa
13.7.7.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala
program dan aktiviti yang dilaksanakan dengan
sebaik mungkin.
13.7.7.2 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
guru penasihat.
13.7.8 Pemeriksa kira – kira
13.7.8.1 Memeriksa dan menyemak serta mengesahkan
penyata kewangan pada akhir tahun.
13.7.8.2 Memastikan pengurusan kewangan diuruskan
dengan betul.
13.8 Kewangan
13.8.1 Sumber utama kewangan kelab adalah daripada derma yang
telah diputuskan ketika Mesyuarat Agung

8
13.8.2 Kelab juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti yang
dijalankan.
13.8.3 Ahli – ahli yang bersetuju untuk menyertai aktiviti yang
memerlukan perbelanjaan yang banyak boleh dikenakan
derma khas bagi membiayai aktiviti berikut.
13.9 Kehadiran / Penyertaan
13.9.1 Ahli kelab dikehendaki menyertai segala aktiviti yang dijalankan
oleh kelab sepanjang tahun.
13.9.2 Kegagalan menghadiri sebanyak tiga kali akan dikehendaki
menulis surat tunjuk sebab . tindakan pemotongan markah
kehadiran dalam penilaian kokurikulum boleh diambil sekiranya
gagal menunjukkan surat sebab.
13.10 Aktiviti
13.10.1 Dijalankan seperti yang telah dirancang dalam Mesyuarat
Agung
13.10.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh guru penasihat
dan akan diumumka kepada ahli.
13.11 Peraturan
13.11.1 Peraturan IPGKTB menjadi peraturan asas.
13.11.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi.
13.11.3Ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan
dan hukuman.
13.12 Tindakan disipilin
13.12.1Dikenakan kepada pelajar yang melanggar peraturan yang
telah ditetapkan.
13.12.2 Tindakan disiplin melalui amaran lisan dan bertulis.
13.12.3Ahli yang dikenakan tindakan boleh membuat permohonan
rayuan secara bertulis dan keputusan guru penasihat adalah
mukatamad.
13.13 Pindaan dan Perlembagaan
13.13.1 Mana – mana perlembagaan ini sah sehinggai ia dipinda.
13.13.2Cadangan pindaan boleh dilakukan oleh guru penasihat
dan ahli jawatankuasa secara bertulis.
13.13.3Satu mesyuarat khas yang diadakan akan dihadiri oleh
jawatankuasa tertinggi untuk meluluskan pindaan tersebut jika
perlu.

9
13.13.4Setiap pindaan yang dilakukan hendaklah dipamerkan dan
disahkan oleh Pengarah.
13.14 Pembubaran Kelab
13.14.1Pengarah diberi kuasa untuk membubarkan kelab jika
didapati melanggar Perlembagaan dan Falsafah Pendidikan
Negara.
13.14.2Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan hendaklah
diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tergempar.
13.15 Hal – hal lain
13.15.1Setiap ahli mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap
aktiviti yang dijalankan.

………………… …………………… …………………


Setiausaha Pengerusi Guru penasihat
( ) ( ) ( )
Tarikh:…………… Tarikh:……………… Tarikh:…………

Disahkan Perlembagaan ini:

…………………………………
( )
Tarikh:…………………………

10
RUJUKAN

Amir Hamzah Aman. (2014). Panduan Pengurusan Kokurikulum. Puchong:


Multimedia Sdn. Bhd.
JPN JOHOR (n.d). Dasar Perlaksanaan Kegiatan Kokurikulum. diakses pada 28
September 2019, dimuat turun daripada:http://jpnjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/
bahanpro.php?A=1544
Kementerian Pendidikan Malaysia (November,2017), Modul Pembelajaran MPU2021
Persatuan :Tatacara dan Kaedah Penubuhan Persatuan. 3 (24-34)
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2009). Buku Panduan Gerak Kerja Kokurikulum
Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum & Dewan
Bahasa dan Pustaka.
(Januari,2016).Panduan Penubuhan dan pengurusan persatuan. Diakses
pada 28 September 2019, dimuat turun daripada:
https://sumberpendidikan.com/2016/01/31/panduan-penubuhan-dan-pengurusan
-persatuan/

11

Anda mungkin juga menyukai