Anda di halaman 1dari 30

TUGASAN 1: KERTAS KERJA

PENUBUHAN KELAB BAHAS BAHASA MELAYU

1.0 PENGENALAN

Perbahasan merupakan salah satu aktiviti yang dapat meningkatkan keyakinan diri
dalam berhujah di khalayak ramai. Selain itu, aktiviti berbahas juga mampu mendidik diri
pelajar untuk mengikuti perkembangan semasa dan berani untuk memberikan pendapat
berdasarkan bukti-bukti yang kukuh. Tambahan pula, aktiviti ini mampu membentuk
kemahiran interpersonal, nilai dan keterampilan diri dengan seni komunikasi yang baik.
Baru-baru ini, dua pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan
(IPGKTAA) telah terlibat untuk mencipta Rekod Malaysia dan Rekod Dunia dalam Bahas
Bahasa Melayu 100 Jam Tanpa Henti , anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dan UITM,
Shah Alam.

Sesuai dengan penglibatan secara aktif ini, diharap pihak atasan IPGKTAA
mempertimbangkan penubuhan Kelab Bahas Bahasa Melayu untuk memperluaskan
kemahiran berbahas dalam kalangan pelajar IPGKTAA khususnya. Selaras dengan visi
Institut Pendidikan Guru Tengku Ampuan Afzan yang bercita-cita untuk menjadi institusi
yang terunggul dalam semua bidang termasuk bidang Bahasa Melayu iaitu bahasa
kebangsaan negara kita. Maka eloklah kiranya Kelab Bahas Bahasa Melayu ini ditubuhkan
untuk merealisasikan visi tersebut.

2.0 RASIONAL PENUBUHAN PERSATUAN:

i. Pertandingan bahas merupakan salah satu aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh
Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional, Jabatan Hal Ehwal Pengguna
(FOMCA) dan sebagainya.
ii. Aktiviti seperti ini terbuka untuk semua IPT/IPTS di Malaysia. Oleh sebab itu
pelajar dari Institut Pendidikan Guru Tengku Ampuan Afzan telah terlibat secara
langsung untuk menjayakannya.
iii. Kebanyakan pelajar di Institut Pendidikan Guru Tengku Ampuan Afzan ini
mempunyai kebolehan serta berminat untuk mengikuti pertandingan bahas
peringkat kebangsaan anjuran dari pihak luar.

1
3.0 LOGO PERSATUAN:

- Rujuk Lampiran 1.

4.0 MOTO PERSATUAN:

Bahasa Melayu pencetus transformasi jati diri.

5.0 SENARAI AKTIVITI UTAMA PERSATUAN YANG TELAH DIRANCANG:

- Rujuk Lampiran 2

6.0 Peraturan-Peraturan (Perlembagaan) Persatuan Bahas Bahasa Melayu:

Peraturan 1: Nama Dan Alamat

a. Nama persatuan: Persatuan Bahas Bahasa Melayu

Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan

b. Alamat : Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan,

27200 Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur.

Peraturan 2: Matlamat

Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mempelajari serta mencurahkan bakat dan
kemahiran yang ada dalam mendalami Bahasa Melayu yang khusus dalam bidang bahas.

Peraturan 3: Objektif

i. Menggalakkan perkongsian bijak (smart partnership) antara pelajar daripada


pelbagai peringkat umur dan kursus yang terdapat di IPGKTAA.

ii. Berkongsi ilmu pengetahuan serta pengalaman dengan peserta bahas dari
institusi lain yang terlibat dalam pertandingan Bahas Peringkat Kebangsaan.

iii. Memudahkan pengurusan pihak Institut untuk menghantar wakil bagi


pertandingan Bahas Bahasa Melayu peringkat KAGUM dan peringkat IPT/IPTS.

iv. Mengoptimumkan penggunaan Bahasa Melayu standard dalam pengucapan


umum.

v. Mengisi masa lapang pelajar Institut Pendidikan Guru Tengku Ampuan Afzan
dengan mengadakan perbincangan kelompok bagi ahli Kelab Bahas Bahasa
Melayu.

2
Peraturan 4: Keahlian

i. Dibuka kepada semua pelajar IPGKTAA.

ii. Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan.

iii. Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan
akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan persatuan ini.

Peraturan 5: Pensyarah Penasihat

i. Pensyarah penasihat adalah terdiri daripada pensyarah IPGKTAA.

ii. Pensyarah penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan


pelaksanaan sesuatu aktiviti.

iii. Pensyarah pensihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti
dijalankan.

Peraturan 6: Ahli Jawatankuasa

i. Dilantik semasa mesyuarat agung.

ii. Ahli yang hadir dicalonkan sebagai ahli jawatankuasa manakala ahli yang tidak hadir
tetapi menulis surat sebab layak dicalonkan sebagai ahli jawatankuasa.

iii. Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.

iv. Ahli jawatankuasa kecil boleh dilantik oleh pensyarah penasihat tanpa mengadakan
mesyuarat.

v. Ahli jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat


perletakan jawatan kepada pensyarah penasihat.

vi. Ahli jawatankuasa persatuan hendaklah terdiri daripada:

a. Pengerusi

b. Naib pengerusi

c. Setiausaha

d. Penolong setiausaha

e. Bendahari

3
f. Penolong bendahari

g. Ahli jawatankuasa (bilangan bergantung keperluan)

h. Pemeriksa kira-kira (2 orang)

Peraturan 7: Tugas dan Tanggungjawab Jawatankuasa

7.1 Pengerusi

7.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas


kesempurnaan semua mesyuarat.

7.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang
diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.

7.1.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah Penasihat dari
semasa ke semasa.

7.2 Naib Pengerusi

7.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang


diberi.

7.2.2 Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.

7.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah Penasihat dari
semasa ke semasa.

7.3 Setiausaha

7.3.1 Menguruskan hal-hal surat menyurat.

7.3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan-

kegiatan.

7.3.3 Mencatat kehadiran ahli.

7.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.

7.3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah Penasihat dari
semasa ke semasa.

7.4 Penolong Setiausaha

4
7.4.1 Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan
tanggungjawabnya.

7.4.2 Menjalankan tugas setiausaha sewaktu ketiadaan setiausaha.

7.4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah Penasihat dari
semasa ke semasa.

7.5 Bendahari

7.5.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan persatuan.

7.5.2 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan


dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.

7.5.3 Menyediakan Penyata Kira-kira bulanan dan tahunan serta


menandatanganinya.

7.5.4 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli


jawatankuasa.

7.5.5 Menyediakan Laporan Kewangan untuk diaudit dan dibentangkan dalam


Mesyuarat Agung.

7.5.6 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah Penasihat dari
semasa ke semasa.

7.6 Penolong Bendahari

7.6.1 Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari.

7.6.2 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah Penasihat dari
semasa ke semasa.

7.7 Ahli Jawatankuasa

7.7.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang
dilaksanakan.

7.7.2 Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.

PERATURAN 8 : KEWANGAN

8.1 Sumber utama kewangan persatuan adalah melalui derma yang diputuskan semasa
mesyuarat agung dan telah diluluskan sebanyak RM2.00 seorang sebulan.

5
8.2 Persatuan juga boleh memperoleh sumber kewangan melalui aktiviti.

8.3 Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan

besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.

8.4 Semua pungutan/penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam Akaun persatuan,


sekiranya mendapat kebenaran Tuan Pengarah IPGKTAA.

PERATURAN 9 : KEHADIRAN / PENYERTAAN

9.1 Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh persatuan
sepanjang tahun.

9.2 Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki menulis
surat tunjuk sebab.

PERATURAN 10 : AKTIVITI

10.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli
jawatankuasa.

10.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Pensyarah Penasihat dan diumumkan
kepada pengetahuan ahli.

PERATURAN 11 : PERATURAN-PERATURAN

11.1 Peraturan IPG adalah menjadi peraturan asas.

11.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.

11.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tataterbit.

PERATURAN 12 : TINDAKAN DISIPLIN

12.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan tidak mematuhi
peraturan yang ditetapkan.

12.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:

12.2.1 Amaran Lisan

12.2.2 Amaran Bertulis

6
12.3 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan
kepada Pensyarah Penasihat persatuan secara bertulis dan keputusan Pensyarah
Penasihat adalah muktamad.

PERATURAN 13 : PINDAAN PERLEMBAGAAN

13.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.

13.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa,
Pensyarah Penasihat atau pentadbir IPGKTAA secara bertulis.

13.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Pensyarah Penasihat dan ahli jawatankuasa
akan dibincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.

13.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh Tuan
Pengarah IPGKTAA.

PERATURAN 14 : PEMBUBARAN PERSATUAN

14.1 Tuan Pengarah IPGKTAA diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati
melanggar Akta 134 yang ditetapkan oleh IPGM.

14.2 Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat Agung
Tergempar.

PERATURAN 15 : HAL-HAL LAIN

15.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.

15.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.

7.0 MINIT MESYUARAT PENUBUHAN PERSATUAN BAHAS BAHASA MELAYU

- Rujuk Lampiran

8.0 SURAT PERMOHONAN PENDAFTARAN PERSATUAN

- Rujuk Lampiran

9.0 SENARAI NAMA AHLI PERSATUAN DAN AJK

- Rujuk Lampiran

7
10.0 PENUTUP

Penubuhan Kelab Bahas Bahasa Melayu ini akan memberikan peluang kepada para
pelajar Institut Pendidikan Guru Tengku Ampuan Afzan untuk menjadi seorang guru yang
berkebolehan, berkeyakinan serta mempunyai tahap pemikiran yang kritis dan dinamis.
Seandainya Kelab Bahas Bahasa Melayu ini diluluskan, kami mohon kerjasama daripada
pihak tuan untuk menyediakan sebuah bilik bagi mengadakan perbincangan dalam
kalangan ahli dan bagi memudahkan pengurusan kelab ini berjalan dengan lancar. Diharap
Kertas Kerja Kelab Bahas Bahasa Melayu ini dapat dipertimbangkan dengan sewajarnya
oleh pihak atasan Pendidikan Guru Tengku Ampuan Afzan demi mempertingkat mutu dan
kualiti penggunaan Bahasa Melayu yang sempurna dalam kalangan pelajar.

8
11.0
LAMPIRAN

9
LAMPIRAN 1: Logo Persatuan

10
LAMPIRAN 2: Senarai Aktiviti Utama yang Telah Dirancang

BIL AKTIVITI TARIKH SASARAN


Mesyuarat Agung / Melantik AJK - Pensyarah
1. Persatuan Bahas Bahasa Melayu JANUARI penasihat
persatuan
- Semua ahli
persatuan
Sesi suai kenal bersama seluruh ahli - Pensyarah
2. Persatuan Bahas Bahasa Melayu JANUARI penasihat
persatuan
- Semua ahli
persatuan
3. Bengkel bahas Bahasa Melayu FEBRUARI - Terbuka
kepada
semua pelajar
IPGKTAA
Minggu Bahas Bahasa Melayu - Semua
4. IPGKTAA MAC pelajar
IPGKTAA
Lawatan ke Pertandingan Bahasa - Pensyarah
5. Bahasa Melayu Peringkat MEI penasihat
Kebangsaan di dewan RTM, Kuala persatuan
Lumpur. - Semua ahli
persatuan
6. Kempen Kepentingan Bahasa Melayu JUN - Semua
pelajar
IPGKTAA
Pertandingan Bahas Bahasa Melayu - Terbuka
7. peringkat IPGKTAA JULAI kepada
semua pelajar
IPGKTAA
Bengkel Bahas Bahasa Melayu - Semua ahli
8. bersama para pelajar SMK Clifford OGOS persatuan
- Para ahli
persatuan
Bahasa
Melayu SMK
Clifford
Sesi bahas Bahasa Melayu - Para ahli yang

11
9. bertemakan kemerdekaan OGOS terpilih
daripada
Persatuan
Bahas
Bahasa
Melayu
IPGKTAA
Malam budaya Persatuan Bahas - Pihak
10. Bahasa Melayu SEPTEMBER pentadbir
IPGKTAA
- Pensyarah
penasihat
persatuan
- Semua ahli
persatuan
Jamuan akhir tahun persatuan Bahas - Pihak
11. Bahasa Melayu NOVEMBER pentadbir
IPGKTAA
- Pensyarah
penasihat
persatuan
- Semua ahli
persatuan

12
LAMPIRAN 3: Minit
Mesyuarat
Penubuhan
13
Persatuan Bahas
Bahasa Melayu

MINIT MESYUARAT

JAWATANKUASA PENAJA PENUBUHAN PERSATUAN BAHAS BAHASA MELAYU

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

Tarikh : 12 Januari 2017

Masa : 8.30 pagi

Hari : Rabu

Tempat : Dewan Kuliah A

Hadir

Ahmad Aqil B. Anuar - Pengerusi Mesyuarat

Amira Adila Bt. Razi

Intan Ilani Bt. Jailani

14
Farah Aina Bt. Majid

Ong Kim Swee

Raju A/L Kinavalan

Aina Bt. Afwan

Tan Hong Sheng

Sanggary A/P Sina

Aiman Bin Fikri - Pencatat Minit

Agenda Mesyuarat:

1. Alu-aluan pengerusi:
Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua jemputan mesyuarat bagi tujuan
penubuhan Persatuan Bahas Bahasa Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus
Tengku Ampuan Afzan.

2. Lantikan ahli jawatankuasa:


i. Mesyuarat telah bersepakat dan bersetuju untuk melantik AJK Persatuan Bahas
Bahasa Melayu bagi menggerakkan aktiviti dan perjalanan pengurusan kelab ini
iaitu:

PENGERUSI : AQIL IRFAN BIN HUSSIN

NAIB PENGERUSI : QI SIANG MUI

SETIAUSAHA : NUR ALIA BT. SAIFI

NAIB SETIAUSAHA : FATIN NAZIRA BT. FARID

BENDAHARI : ONG KEE WIN

NAIB BENDAHARI : TARSHINI A/P MUTHU

AJK LATIHAN : TAN LIP XIN

AJK KEBAJIKAN & JAMUAN : AMNI FATIMAH BT. RAZIF

AJK PERTANDINGAN & AKTIVITI : SAFWA BT. AFWAN

AJK PERHUBUNGAN : LEE LI HIN

15
ii. Mesyuarat juga telah bersetuju untuk melantik Tuan Hj. Abdullah bin Hassan iaitu
pengarah IPGKTAA sebagai penasihat kepada persatuan ini.

3. Pendaftaran kelab dan keahlian:


i. Mesyuarat bersetuju untuk membuat kertas kerja cadangan yang lengkap
untuk diajukan kepada tuan pengarah IPGKTAA bagi tujuan kelulusan
penubuhan Persatuan Bahas Bahasa Melayu IPGKTAA.
Tindakan : En. Ahmad Aqil B. Anuar
ii. Mesyuarat juga bersetuju untuk membuka kaunter di beberapa lokasi
strategic untuk membuka keahlian kepada semua warga kampus.
iii. Mesyuarat juga bersetuju untuk membuat syarat atau perlembagaan kelab
yang lebih baik sebelum kertas kerja cadangan yang telah siap diajukan
kepada timbalan pengarah IPGKTAA.
Tindakan : Cik Amira Adila Bt. Razi
4. Aktiviti-aktiviti:

i. Mesyuarat bersetuju untuk membuat hanya satu aktiviti setiap bulan agar
tumpuan pembelajaran tidak terganggu dengan banyaknya aktiviti.
ii. Mesyuarat bersetuju untuk mengadakan Pertandingan Bahas Bahasa Melayu
peringkat IPGKTAA yang akan berlansung dalam bulan Julai 2017.

5. Lain-lain:
i. Mesyuarat bersetujukan untuk menetapkan yuran keahlian mengikut semester ,
iaitu RM 10.00 satu semester. Ahli boleh membayar mengikut semester ataupun
untuk dua semester serentak.
ii. Mesyuarat bersetuju untuk membuat mesyuarat lantikan ajk tetap setelah
menerima surat kelulusan penubuhan Persatuan Bahas Bahasa Melayu
IPGKTAA.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.40 pagi ke satu tarikh yang akan ditentukan kelak

Yang Benar

____________________

Aiman Bin Fikri

Pencatat minit

Yang Mengesahkan

____________________

Ahmad Aqil B. Anuar

16
Pengerusi mesyuarat

LAMPIRAN
4: Surat
Permohonan

17
Pendaftaran
Persatuan
Jawatankuasa Penaja Persatuan Bahas Bahasa Melayu,

Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Rujukan Kami:

Kuala Lipis,

27200, Pahang Darul Makmur.

Pengarah,

Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan,

Kuala Lipis,

27200, Pahang Darul Makmur.

Melalui:

Pensyarah penasihat/pemimpin Jawatankuasa Penaja Persatuan Bahas Bahasa


Melayu.

18
Tuan,

Permohonan Menubuhkan Persatuan Bahas Bahasa Melayu Institut Pendidikan Guru


Kampus Tengku Ampuan Afzan

Saya dengan segala hormat dan takzimnya merujuk perkara di atas.

2. Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa saya, AHMAD AQIL BIN ANUAR berdasarkan
Peraturan (4) dalam Warta Kerajaan Bertarikh 21 hb. Mei 1998 P.U.(A) 196, yang berkait
dengan Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996 dengan ini memohon untuk menubuhkan
PERSATUAN BAHAS BAHASA MELAYU INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS
TENGKU AMPUAN AFZAN mulai 1 hb. Januari 2017.

3. Bersama-sama ini disertakan:

i. Draf Perlembagaan.
ii. Draf Aktiviti Asas
iii. Senarai Nama Jawatankuasa Penaja.

4. Kerjasama daripada pihak tuan meluluskan permohonan ini amat dihargai dan diucapkan
terima kasih.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menjalankan tugas,

(Amira Adila Bt. Razi)

Setiausaha,

b.p. Jawatankuasa Penaja Persatuan Bahas Bahasa Melayu,

Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan.

19
LAMPIRAN 5: Senarai Nama Ahli Persatuan dan AJK

SENARAI JAWATANKUASA INDUK PERSATUAN BAHAS BAHASA MELAYU

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

PENAUNG : ENCIK SAHBUDDIN BIN AMRAN

KETUA PENASIHAT : EN. SUHAIMI BIN SULAIMAN

PENSYARAH PENASIHAT : PN. SYAHILA BT. ALI

PENGERUSI : AQIL IRFAN BIN HUSSIN

NAIB PENGERUSI : QI SIANG MUI

SETIAUSAHA : NUR ALIA BT. SAIFI

NAIB SETIAUSAHA : FATIN NAZIRA BT. FARID

BENDAHARI : ONG KEE WIN

NAIB BENDAHARI : TARSHINI A/P MUTHU

AJK LATIHAN : TAN LIP XIN

20
AJK KEBAJIKAN & JAMUAN : AMNI FATIMAH BT. RAZIF

AJK PERTANDINGAN & AKTIVITI : SAFWA BT. AFWAN

AJK PERHUBUNGAN : LEE LI HIN

AHLI-AHLI BIASA:

1. HAIKAL B. AMIR
2. ONG CHEE YING
3. GOH BOON POH
4. AIMAN BIN HANAFI
5. AQILAH BT. YAHAYA
6. AMIRUL B. SHAKIRIN
7. SAKINAH BT. AHMAD
8. NIK FARAH BT. MOHD
9. NASIHAH BT. GHAZALI
10. AMIRA BT. BHARURAJI
11. MUQHRAM B. MAZELAN
12. NEETA A/P MUTHUSAMI
13. NITHYA A/P ARUMUGUM
14. NOR KHAIRIAH BT. ROSDI
15. AIN SURAYA BT. AHMAD
16. MURALI A/L NAGARAJAN
17. NABIHAH BT. ABD. RAHMAN
18. NORKHALIDAH BT. ZAKARZAN
19. NUR SYARAH IMANI BT. SUHADI
20. MOHD FADLI FADHAN B. HASSAN

21
TUGASAN 2: KAJIAN KES

1.0 Pendahuluan:

Persatuan bermaksud sesuatu entiti kumpulan yang berstruktur, berpelembagaan,


berperaturan dan berkepimpinan. Persatuan juga didefinisikan sebagai satu gabungan,
ikatan dan kumpulan. Mengikut kamus Oxford Edisi Kedua, persatuan ialah an association
of people with mutual aims or interest, an organization of people formed for a particular and
shared purpose yang bermaksud sejenis perkumpulan, gabungan atau perikatan yang
dianggotai oleh individu-individu yang mempunyai tujuan dan matlamat yang sama. Di
Malaysia, wujud pelbagai persatuan sama ada di bawah kerajaan ataupun swasta yang
dianggotai oleh masyarakat daripada pelbagai peringkat sama ada warga tua mahupun
belia seperti Persatuan Cina Muslim Malaysia, Pertubuhan IKRAM Malaysia dan banyak
lagi. Persatuan-persatuan sebegini banyak mengadakan pelbagai aktiviti yang memerlukan
penglibatan yang aktif daripada ahli-ahlinya.

1.1 Persatuan yang dipilih untuk menjalankan tinjauan kaedah:

1.1.1 Sejarah dan latar belakang persatuan:

Bagi menjalankan tugasan kerja kursus untuk subjek Kokurikulum Persatuan (MPU
3081), saya telah menyelidik sebuah persatuan yang dikenali sebagai Pertubuhan IKRAM
Malaysia. Persatuan ini merupakan sebuah pertubuhan pertubuhan dakwah, tarbiah dan
kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar
dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di
Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. Ia tidak bertujuan membuat keuntungan dan
berusaha untuk penegakan perundangan Islam di Malaysia.

IKRAM diluluskan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 22


Oktober 2009, dan dilancarkan secara rasmi dalam satu majlis yang dihadiri oleh lebih
kurang 5,500 orang pendokongnya di Malaysia International Exhibition and Convention

22
Centre (MIECC), The Mines Resort, Seri Kembangan, Selangor, pada 20 Jun 2010. IKRAM
lahir hasil gabungan ahli daripada lima NGO yang selama ini bergerak berdasarkan
pengkhususan masing-masing iaitu Medical Interest Group Sdn Bhd (MIGSB), Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM), Pusat Pendidikan SRI-SMI Berhad (MUSLEH) dan Persatuan
Islam Lepasan Institusi Pengajian Tinggi Australasia (AUSIS). Aqsa Syarif Berhad yang baru
ditubuhkan Februari 2010 menjadi NGO kelima yang bernaung di bawah IKRAM.

Terdapat beberapa institusi yang berkaitan Pertubuhan IKRAM Malaysia iaitu:

1. Humanitarian Care Malaysia Berhad: Aktiviti bantuan kemanusiaan yang mempunyai


agensi-agensi seperti Aqsa Syarif

2. IKRAMTeens - Aktviti pembangunan remaja

3. IKRAM Junior - Aktiviti pembangunan kanak-kanak

4. i-Bantu - - Aktiviti khidmat masyarakat

5. KIMB - Koperasi Islah Malaysia Berhad

6. IKRAM Siswa - Aktviti mahasiswa

7. IKRAM MUSLEH - Pendidikan melalui rangkaian sekolah Islam

8. IKRAM Health - Aktiviti kesihatan dan perubatan

9. Hidayah Centre - Aktiviti dakwah non-Muslim

1.1.2 Logo, moto dan dasar IKRAM:

1.1.2.1 Logo IKRAM:

Rajah 1: Logo Persatuan

Logo IKRAM merangkumi dua bahagian: Sebuah huruf Arab atau Jawi iaitu "alif";
dan sebuah "glob" atau "dunia" di atas "alif". Bila dicantumkan, kedua-dua bahagian ini

23
boleh dilihat sebagai huruf Roman "I". Maka kaedah seni yang digunakan menghasilkan
pencantuman dan penindihan antara "alif" dengan "I".

Makna lambang IKRAM ialah seperti berikut:

i. Huruf Arab "alif" dan huruf Roman "I" adalah permulaan bagi perkataan Ikram,
Islam, Iman dan Ihsan serta juga beberapa perkataan yang membawa makna
yang positif di dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris seperti Inovasi dan
Integriti.
ii. Dua warna yang digunakan ialah warna batu firus hijau kebiru-biruan atau
torquoise (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002. Kamus Dwibahasa Bahasa
Inggeris - Bahasa Melayu Edisi Kedua) bagi "alif" dan warna hijau bagi "glob".
Warna batu firus adalah warna segar kontemporari dan warna hijau adalah warna
kesegaran sejagat.

1.1.2.2 Moto IKRAM:

Rajah 2: Moto Persatuan

- Moto persatuan ini ialah Ukhuwah Teras Kegemilangan.

1.1.2.3 Dasar IKRAM:

- Dasar IKRAM ialah Islam, dan asas pegangannya ialah Al-Qur'an, As-Sunnah,
Ijma' dan Ijtihad.

1.1.3 Matlamat IKRAM:

IKRAM ialah sebuah pertubuhan Islam yang menyeluruh, yang bekerja untuk
menegakkan Islam di Malaysia.Antara matlamat penubuhan IKRAM Malaysia ini ialah:

1. Menyebarkan risalah Islam melalui dakwah, serta mempertahankannya daripada


kebatilan dan syubahat;

24
2. Mengumpulkan hati dan jiwa individu Muslim di atas dasar Islam dan membina
akhlak

3. Meninggikan taraf sosio-ekonomi umat Islam;

4. Memupuk keadilan masyarakat dan kesejahteraan sosial serta membenteras


kejahilan, kemiskinan, keruntuhan moral dan menggalakkan kerja kebajikan, tanpa
mengira bangsa dan agama;

5. Memperjuangkan hak umat Islam dan berusaha meningkatkan kesatuan dan


perpaduan di kalangan mereka;

6. Menegakkan syariat Islam secara praktikal;

7. Mengadakan hubungan dan kerjasama dengan mana-mana pihak dalam memajukan


kepentingan umat Islam;

8. Bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang mempunyai objektif yang selari


bagi memajukan kepentingan Islam, umat Islam dan masyarakat.

1.1.4 Aktiviti-aktiviti IKRAM:

Bagi memenuhi matlamat yang telah ditetapkan dan disebut di atas, terdapat pelbagai
aktiviti yang telah dijalankan oleh pihak persatuan IKRAM ini seperti:.

i. Dakwah:

a. IKRAM berusaha menyampaikan dan menyebarkan risalah Islam kepada


segenap lapisan masyarakat menggunakan pelbagai media, cara dan
metodologi.

ii. Tarbiyyah:

a. Tarbiyyah IKRAM dilaksanakan untuk membina ahli IKRAM dan


menghidupkan hakikat beriltizam kepada Islam secara teori dan amali, pada
peringkat diri, keluarga dan masyarakat. IKRAM menekankan pendidikan ahli
keluarga dengan tarbiyyah yang menyeluruh mengikut Qur'an dan Sunnah.
Tarbiyyah IKRAM berperanan membina ukhuwah yang benar dan sikap

25
bekerjasama di antara satu dengan yang lain, sehingga dengannya diharap
akan terterap fikrah kesatuan Islam.

iii. IKRAM berusaha untuk membentuk generasi yang memahami Islam dengan
fahaman yang jelas, mempraktikkan syari'atnya dan mengarahkan kemajuan
mengikut dasarnya.

iv. IKRAM berusaha memberi nasihat dan mengutarakan pandangan Islam sebagai
dasar dalam semua urusan kemasyarakatan termasuk pendidikan, pembelajaran,
perundangan, kehakiman, media massa, pentadbiran, pertahanan, politik, ekonomi,
kesihatan dan pemerintahan.

v. Membangun institusi pendidikan, kemasyarakatan, ekonomi, sains dan teknologi,


hospital, rumah perlindungan dan rumah kebajikan. 9.2.7 Melakukan kerja-kerja
kebajikan.

vi. Melaksanakan pengislahan individu dan keluarga, dan berusaha membenteras


penyakit sosial seperti zina, penyalahgunaan dadah, minuman keras, judi dan
amalan khurafat.

vii. Mewujudkan platfom bagi membimbing para remaja dan belia dengan perkara yang
berfaedah.

viii. Menerima derma dan sumbangan wang daripada ahli IKRAM, pertubuhan dan
orang awam untuk mencapai matlamat IKRAM.

ix. Melakukan sebarang usaha yang sah dari segi undang-undang untuk meningkatkan
sumber kewangan IKRAM, termasuk melakukan usaha perniagaan.

1.2 Kaedah mengumpul dana yang digunakan oleh persatuan:

Untuk menjalankan sesebuah aktiviti di bawah persatuan, aspek kewangan amat penting
bagi menambahbaik kelancaran program yang dijalankan. Sebagai tugasan utama untuk
kerja kursus yang ditugaskan ini, saya telah mengadakan satu tinjauan kaedah mengumpul
dana bagi melaksanakan program Kursus Kepimpinan Pelajar Islam (KKPI) yang bertema
Pelajar Hari Ini, Pemimpin Masa Depan oleh Pertubuhan IKRAM Malaysia cawangan
negeri Kelantan. Tinjauan kaedah ini dilaksanakan melalui panggilan telefon yang saya

26
lakukan terhadap yang dipertua persatuan cawangan negeri ini iaitu Ustaz Dr. Mohd Sharani
bin Mohd Naim. Sedikit temu bual telah dijalankan ketika panggilan diadakan bagi
mengumpul maklumat tentang cara-cara yang digunakan oleh pihak atasan persatuan untuk
mendapatkan sumber kewangan bagi menganjurkan program tersebut yang bertempat di
Masjid Telipot, Kota Bharu. Individu-individu yang menyertai program ini adalah para pelajar
sekolah menengah yang terdiri daripada 36 orang pelajar perempuan dan 33 pelajar lelaki..

Menurut Ustaz Dr. Mohd Sharani, sebelum program itu dilakukan, sebuah mesyuarat
yang melibatkan ahli-ahli jawatankuasa persatuan telah diadakan untuk merancang secara
teliti tentang aktiviti yang dicadangkan ini. Salah satu objektif utama dalam mesyuarat
tersebut adalah bagi menetapkan bajet-bajet yang diperlukan dalam hal-hal seperti:

i. Makanan dan minuman para peserta dan individu-individu jemputan


sebanyak tiga kali.
ii. Alat-alat yang diperlukan ketika program seperti alat tulis, kad nama peserta
dan lain-lain.
iii. Cenderamata dan wang penghargaan kepada para penceramah.
iv. Cenderamata kepada VIP-VIP jemputan.
v. Hadiah saguhati untuk peserta lelaki dan peserta perempuan terbaik.

Seterusnya, pengerusi persatuan ini memberitahu bahawa secara khususnya,


sebahagian daripada dana kem diambil daripada akaun yuran keahlian persatuan. Menurut
beliau, setiap ahli persatuan wajib melakukan pembayaran sebanyak RM80 setiap tahun
sebanyak sekali untuk mengekalkan keahlian mereka dalam persatuan ini. Dengan itu, hasil
daripada perbincangan para jawatankuasa persatuan IKRAM cawangan Kelantan, sebanyak
15% wang daripada akaun yuran keahlian persatuan Kelantan ini dijadikan sebahagian dana
untuk menjayakan program selama lebih kurang sehari ini. Untuk mendapatkan kelulusan
menggunakan wang akaun ini daripada pengerusi persatuan Induk sendiri iaitu Ustaz Dr Hj
Mohd Parid bin Sheikh Ahmad, Haji Che Rahimi bin Mat Samat selaku setiausaha
bertanggungjawab menyediakan kertas kerja yang juga menjadi bahan bukti aliran
kemasukan dan keluaran wang dalam akaun tersebut untuk dihantar kepada pejabat pusat
pertubuhan IKRAM Malaysia di Seri Kembangan, Selangor. Dana daripada akaun ini
digunakan untuk menyediakan cenderamata-cenderamata serta hadiah saguhati untuk para
peserta yang terlibat.

Di samping itu, seperti yang telah diberitahu sebelum ini, persatuan IKRAM tertubuh
hasil daripada lima buah NGO yang telah disebut iaitu MIGSB, JIM, MUSLEH, AUSIS dan
Aqsa Syarif Berhad. Menggunakan keistimewaan ini, ahli jawatankuasa IKRAM juga
membuat keputusan untuk memohon dana daripada kelima-lima buah NGO yang terlibat
dengan menggunakan kaedah yang sama iaitu menghantar kertas kerja kepada setiap

27
pejabat NGO tersebut. Kelima-lima permohonan yang dihantar berjaya apabila pihak-pihak
NGO ini memberikan surat maklum balas kepada setiausaha pertubuhan IKRAM. Tiga
daripada NGO terbabit iaitu JIM, AUSIS dan Aqsa Syarif Berhad menyertakan sumbangan
dana dalam bentuk cek di dalam surat tersebut manakala dua buah NGO yang lain
menyumbangkan dana dengan cara memindahkan wang ke akaun bank pertubuhan
IKRAM. Dana yang diperolehi ini digunakan oleh pihak IKRAM untuk menyediakan makan,
minuman serta pelbagai peralatan yang diperlukan ketika program ini berjalan.

Selain itu, Ustaz Dr. Mohd Sharani juga memberi maklumat bahawa program KKPI
ini juga mendapat sokongan kewangan atau sponsor daripada pihak kerajaan negeri
Kelantan. Sponsor tersebut diluluskan setelah setiausaha persatuan IKRAM Malaysia
Kelantan ini menghantar surat permohonan kepada pejabat setiausaha kerajaan negeri
yang bertempat di Pejabat Kerajaan, Kota Darulnaim, Kota Bharu. Di dalam surat
permohonan tersebut disertakan sekali kertas kerja tentang program yang dirancang untuk
memudahkan pihak kerajaan negeri mendapat maklumat dengan lebih teliti. Hal ini akan
membantu mempermudahkan proses meluluskan saluran dana. Hasil daripada permohonan
tersebut, pihak ini telah bersetuju untuk memberikan sokongan wang untuk mendapatkan
alat-alat yang diperlukan ketika program terutamanya alatan menulis dan kertas untuk
diberikan kepada para peserta. Juga, pihak kerajaan negeri Kelantan turut menyalurkan
sponsor berbentuk 7 kotak air mineral dan makanan ringan seperti snek dan kuih-muih
untuk diagihkan ketika program berlangsung.

1.3 Isu-isu Berbangkit:

Dalam proses mengumpul dana bagi menjalankan program KKPI ini, wujud isu-isu
berbangkit yang mengganggu kelancaran proses menjayakan program tertabit. Pertama,
ketidaksamaan idea dan pendapat antara ahli-ahli jawatankuasa yang telah menyebabkan
sedikit pertelingkahan kecil. Kedua, terdapat sebahagian kecil ahli persatuan ini yang belum
menjelaskan yuran keahlian mereka hingga menyebabkan kesukaran dalam memproses
dan mengemaskini data akaun-akaun kewangan yang wujud dalam persatuan. Namun,
masalah-masalah ini telah berjaya diselesaikan menggunakan perbincangan secara hemah
antara kesemua pihak yang terlibat dalam perancangan program KKPI.

1.3 Penutup:

28
Kesimpulannya, untuk menjayakan program KKPI di Masjid Telipot, Kota Bharu yang
melibatkan sebanyak 69 orang pelajar sekolah menengah ini, pihak atasan persatuan
IKRAM cawangan Kelantan berjaya mendapatkan tiga saluran utama dana iaitu daripada
akaun yuran keahlian persatuan, sokongan dana berbentuk wang daripada lima NGO yang
mempunyai perkaitan dengan persatuan ini dan juga sokongan dana berbentuk sponsor dan
wang daripada pihak kerajaan negeri Kelantan. Kesan daripada kajian kes ini, saya
mempelajari bahawa wujud pelbagai kaedah untuk memperolehi dana bagi menjayakan
sesuatu program. Oleh yang demikian, sebagai seorang bakal guru yang pastinya akan
menggerakkan persatuan sekolah suatu hari nanti, saya pasti akan menggunakan
pengetahuan yang diperoleh untuk diaplikasi sekiranya saya menganjurkan program-
program yang bakal diadakan.

29
RUJUKAN:

30

Anda mungkin juga menyukai