Anda di halaman 1dari 32

SISTEM JENAYAH

DALAM ISLAM:
QISAS

Disediakan oleh:

1. Najihah binti Natri (2016142340018)


2. Nur Amirah binti Asnawi (2016142340021)
3. Nur Idzliani binti Ishak (2016142340024)
PENGERTIAN QISAS
 Bahasa : Mengikut / Menyamai

 Istilah Syara’ : Hukuman balas bagi


kesalahan membunuh dibalas dengan
bunuh, menghilangkan salah satu dari
anggota orang lain atau melukakannya
atau mencederakannya dibalas dengan
hukuman mengikut jenis kesalahan yang
dilakukannya.
 Hukuman qisas adalah sama seperti
hukuman hudud iaitu hukuman yang telah
ditentukan oleh Allah SWT di dalam Al-
Quran dan Hadis.

"Dan di dalam hukuman qisas itu ada


jaminan hidup bagi kamu wahai orang-
orang yang berakal fikiran supaya kamu
bertakwa"
( Surah al-Baqarah, 2:179)
JENIS JENAYAH QISAS
Kesalahan-kesalahan yang diwajibkan hukuman qisas ialah:

 Membunuh dengan sengaja (dengan niat membunuh


dan dengan senjata yang boleh membunuh pada
adatnya).

 Menghilangkan atau mencederakan anggota tubuh


badan dengan sengaja seperti mata, hidung, telinga
dan sebagainya.

 Melukakan orang lain dengan sengaja.


Hukuman membunuh dengan sengaja
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud,

"Wahai orang-orang yang beriman!


Diwajibkan kamu menjalankan hukuman
qisas (balasan yang seimbang) dalam
perkara orang mati dibunuh ..."
(Surah al-Baqarah :178)
Hukuman menghilangkan atau mencederakan salah satu
anggota badan orang lain atau melukakannya

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud,

“ Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam


kitab Taurat itu, bahawasanya jiwa dibalas
dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan
hidung dibalas dengan hidung, dan telinga
dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan
gigi, dan luka-luka juga hendaklah dibalas
(seimbang)...”
(Surah Al-Ma'idah, 5: 45)
HUKUMAN TERHADAP KESALAHAN QISAS
 Mengikut Hukum Islam, qisas hendaklah
dilakukan terhadap penjenayah dengan
hukuman yang sama seperti mana dia
melakukan kepada mangsanya.

 Membunuh dibalas dengan dibunuh,


melukakan dibalas dengan dilukakan dan
mencederakan dibalas dengan
mencederakannya.
Halangan Pelaksanaan Qisas
 Pembunuh itu bapa kepada anak yang dibunuh

 Pembunuh dan yang dibunuh tidak sekufu tentang


keislaman dan pemerdekaan

 Berkongsi melakukan jenayah tetapi dia tidak hadir


ketika berlaku pembunuhan (Jumhur Ulama = dikenakan
takzir )

 Pembunuh tidak waras akalnya atau masih kanak-kanak


MAUTUL –
JANI
(penjenayah
itu mati)

ARITHU
ADDAM PENGGUGURAN AL-AFWA
(mempusakai QISAS (pengampunan)
qisas)

AS-SILLAH
(perdamaian)
MAUTUL –JANI ( penjenayah itu mati )

Qisas akan gugur dengan sendirinya


sekiranya pembunuh telah meninggal
dunia. Hal ini kerana orang yang
sudah mati tidak dikenakan hukuman
lagi.
AL-AFWA (pengampunan )

Semua Fuqaha berpendapat , jika


pembunuh dimaafkan wali maka
gugurlah hukuman qisas. Hukuman
qisas bukan wajib ditentukan oleh wali
dan adalah lebih baik wali memberi
kemaafan kepada penjenayah.
SYARAT-SYARAT PENGAMPUNAN ( al-afwa)

Orang yang memberi maaf adalah


mukallaf

Memafkan dengan kerelaan hati

Kemaafan diberi oleh orang yang


mempunyai hak (ahli keluarga)
AS-SILLAH (perdamaian)

Dibenarkan syarak, iaitu di antara wali


dengan penjenayah menukarkan hukum
kepada diyat sama ada ganti rugi lebih tinggi
atau lebih rendah.

Contoh: 100 ekor unta (mengikut persetujuan


kedua belah pihak)
Diyat
 Diyat ialah denda yang wajib dibayar oleh orang yang
melakukan jenayah kerana kesalahan jenayahnya sebagai
ganti qisas.

 Apabila keluarga orang yang dibunuh (pembunuhan


sengaja) atau orang yang dihilangkan atau dicederakan
anggota atau yang dicederakan memaafkan, maka diganti
dengan diyat. (Hanya waris sahaja yang boleh memaafkan
tetapi bukan pemerintah).

 Bagi pesalah perempuan diyat mereka adalah separuh


daripada diyat lelaki dan diyat hamba adalah separuh
daripada diyat orang merdeka.
JENIS DIYAT

Diyat Mughallazah
( ganti kerugian Diyat Mukhaffafah
yang berat )
( ganti kerugian yang
ringan )
Sebab diwajibkan diyat Mughallazah
 Pembunuhan yang dilakukan dengan sengaja. Tetapi
kemudian dimaafkan oleh keluarga mangsa. Maka
pembayaran diyat sebagai pengganti qisas.

 Pembunuhan seperti disengaja. Diyat mughallazah


pada pembunuhan seperti di sengaja wajib dibayar oleh
keluarga pembunuh dan diansur selama tiga tahun,
setiap tahun dibayar sepertiganya.
 Pembunuhan di tanah haram, atau pada bulan-
bulan haram, atau pembunuhan terhadap muhrim
pembunuh. Diyat mukhaffafah akan menjadi diyat
mughallazah apabila terjadi tiga hal tersebut di atas.
Hal ini disebabkan Islam menghormati tiga hal
tersebut, maka selayaknya pembunuhan atau hal itu
mendapat hukuman yang lebih besar.
Diyat Mughallazah
Satu diyat penuh iaitu 100 ekor unta yang
dibayar secara terus (tanpa tangguh)
sebagaimana yang berikut:

 30 ekor unta berumur 4 tahun


 30 ekor unta berumur 3 tahun
 40 ekor unta yang sedang bunting
@
 33 ekor unta berumur 4 tahun
 33 ekor unta berumur 3 tahun
 34 ekor unta yang sedang bunting.
Diyat Mukhaffafah
Satu diyat penuh iaitu 100 ekor unta yang dibayar secara
beransur-ansur (tangguh) selama 3 tahun dan setiap tempoh
masa satu tahun dibayar 1/3 diyat sebagaimana yang
berikut:

 20 ekor unta umur 4 tahun


 20 ekor unta umur 3 tahun
 20 ekor unta betina umur 2 tahun
 20 ekor unta jantan umur 2 tahun
 20 ekor unta betina umur 1 tahun
Place your screenshot here
RUMUSAN VIDEO
 Halangan pelaksanaan qisas

 Andaikan pembunuh adalah


beragama Islam
FAKTA RINGKAS KES
 Dalam kejadian yang berlaku pada 2 Mei 2015, Fairuz
Nizam, Nova Safitri dan Nur Firuza Annisa yng dalam
perjalanan pulang selepas menghadiri majlis perkahwinan di
Putrajaya, maut dalam kemalangan membabitkan 3 buah
kenderaan sehingga menyebabkan ketiga-tiga mangsa
tercampak keluar dari kenderaan mereka.

 Kes ini pernah mendapat perhatian orang ramai pada ketika


itu. Rata-rata melahirkan rasa sedih dengan apa yang
berlaku dan apa yang mengundang kemarahan ialah
dikatakan 6 buah kereta Myvi berlumba sesama sendiri
ketika itu sebelum 2 daripada mereka terlibat dengan
kemalangan ini.
 21 FEB 2018, Mahkamah Majistret Kuala
Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 3 tahun
dan denda RM 10,000 ( Seksyen 41 (1) Akta
Pengangkutan Jalan 1987) masing-masing
terhadap 2 pemandu kereta Myvi yang
didakwa memandu secara berbahaya sehingga
menyebabkan kematian 3 sekeluarga itu.
Kedua-duanya juga hilang kelayakan lesen
memandu selama 5 tahun.
PERBEZAAN PELAKSANAAN UNDANG-UNDANG CIVIL
DAN UNDANG-UNDANG ISLAM
UNDANG-UNDANG CIVIL UNDANG-UNDANG ISLAM

Dituduh di bawah Seksyen 41 (1) Sebarang pembunuhan seakan-


Akta Pengangkutan Jalan 1987 akan sengaja (syibhul 'amdi) maka
yang memperuntukkan penjara diwajibkan pembayaran ganti rugi
tidak kurang 2 tahun tidak lebih 10 (diyat) kepada keluarga mangsa
tahun, denda tidak kurang RM bukannya kepada Kerajaan.
5,000 tidak lebih RM 20,000 dan Sebagai contoh, Dr. Sheikh
hilang kelayakan memegang dan / Wahbah Mustafa al-Zuhayli
atau mendapatkan lesen menyebut kadarnya ialah nilaian
memandu tidak kurang daripada 3 100 ekor unta. Dalam konteks
tahun, yang semuanya bermula Malaysia, jika nilaian unta
daripada tarikh sabitan. bersamaan RM 4,000 seekor,
maka jumlahnya bersamaan
dengan RM 400,000. Maka,
RM 400,000 x 3 mangsa = RM
1,200,000 atau RM 1.2 juta.
PERBEZAAN PELAKSANAAN UNDANG-UNDANG CIVIL
DAN UNDANG-UNDANG ISLAM
UNDANG-UNDANG CIVIL UNDANG-UNDANG ISLAM

Denda yang dikenakan Pembayaran diyat


dibayar kepada kerajaan diserahkan kepada ahli
bukan kepada keluarga keluarga mangsa bukan
mangsa. kepada kerajaan.

Nasib keluarga tidak Keluarga mangsa


terbela. mendapat pembelaan.
RUJUKAN
Al-Quran al-Karim, tafsir pimpinan al-Rahman. (Rasm al-
Uthmani)

Azlan Abdul Rahman. Kes Kemalangan Myvi di DUKE 2015:


Penyelesaian Islam Lebih Baik. Diperoleh pada 5 Mac
2018 https://mobile.facebook. com/story.php?story_fbid
=1862330453799892&id=1000006 88665486&_rdc=1&_rdr

Click Magazine. Forgiveness At Its Peak. Diperoleh pada 2 Mac


2018 daripada https://web.facebook.com/ClickMag
Official/videos/1198708110230358/

Syaikh Abdul Rahman Al-Jazairi. (2011). Fiqh 4 Mazhab Juzuk 4,5.


Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa Sdn Bhd.
Jabatan Peguam Negara. Diyat. Diperoleh pada 2 Mac 2018
http://agc-blog.agc.gov.my/agc-blog/?p=2293

Khairuddin Haiyon. Hukum Jenayah Islam. Diperoleh pada 1


Mac 2018 daripada
http://www.jais.gov.my/article/hukum- jenayah-
islam

Nasimah Hussin et. al. (2007). Undang-undang Islam: Jenayah,


Keterangan dan Prosedur. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka
Nor Azura Abdul Jalil. Dua pemandu kereta didenda RM10,000,
penjara 3 tahun. Diperoleh pada 2 Mac 2018 daripada
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/02/39106
5/dua-pemandu-kereta-didenda-rm10000-penjara-3-
tahun

Shahirah. Perbezaan antara pelaksanaan qisas dan penguguran


qisas. Diperoleh pada 2 Mac 2018 daripada
https://www.slideshare.net/shahirah44/perbezaan-
antara-pelaksanaan-qisas-dan-penguguran-qisas

Wikipedia. Qisas. Diperoleh pada 1 Mac 2018 daripada https:


//ms.wikipedia.org/Qisas
Sekian,
assalamualaikum.

Anda mungkin juga menyukai