Anda di halaman 1dari 17

PENANDA WACANA

PENSYARAH: EN. ZAKARIyAh B. JULAS


PN. NORAINI BT YUNoS

PEMBENTANG: NAJIHAH bt NATRI


NURZALIKHA bt ZUKRI
Pengenalan
• Penanda wacana adalah kata yang berfungsi mengaitkan hujah,
idea, isi serta perkaitan antara satu perenggan dengan
perenggan lainnya agar dapat mewujudkan pembentukan ayat
yang kukuh.
• Penanda wacana juga dapat mewujudkan kohesi dan koheren
antara satu teks dengan teks yang lainnya.
• Penggunaan penanda wacana yang tidak tepat boleh
menyebabkan seluruh kandungan ayat tidak berpaut antara
satu dengan yang lain dan tidak dapat mewujudkan satu ayat
yang lengkap.
3.1 Jenis-jenis penanda wacana
PENANDA KRONOLOGI
• Menghuraikan persoalan berkaitan waktu.
• Keyword – “ bila ”
PENANDA KRONOLOGI
• kini • pada keesokan hari
• lantas • pada zaman dahulu
• pertama sekali • sepuluh tahun kemudian
• selepas • beberapa tahun
sebelumnya
• semenjak itu
• dan yang seumpamanya
• pada suatu masa dahulu
PENANDA KRONOLOGI
Contoh Ayat:
• Beberapa tahun sebelumnya, Aiman telah dihantar ke
Australia untuk menyambung pengajiannya disana.
• Kemudian, tuangkan 250ml air ke dalam adunan.
• Sebelum memulakan majlis, eloklah saya
memperkenalkan terlebih dahulu penceramah kita pada
petang ini.
PENANDA organisasi
Penanda organisasi digunakan untuk mengaitkan sesuatu
bahagian wacana dengan bahagian lainnya.

CONTOH:
• pertama
• tegasnya
• misalnya
• akhir sekali
• dalam hal ini
• kesimpulannya

• dalam hubungan ini

• dapatlah dirumuskan bahawa

• dengan kata lain

• dapat dinyatakan bahawa

• untuk menjelaskan lagi

• akan dinyatakan pada tempat yang lain

• dalam bahagian ini kita akan membincangkan

• dan yang seumpamanya


PENANDA organisasi
Contoh Ayat:
• Pada zahirnya, bahasa-bahasa di dunia kelihatan berbeza
antara satu sama lain terutama dari segi bunyi dan bentuk.
Namun demikian, menurut Lyons (1988), pada hakikatnya
bahasa-bahasa ini memiliki sifat dan ciri sepunya yang dikongsi
bersama. Misalnya, semua Bahasa mempunyai cara untuk
menyampaikan perasaan.
PENANDA idea

PENANDA
IDEA

Menghubung Mengembang
idea idea

Menentang
idea
a. MENGHUBUNG IDEA
• seterusnya
• malah
• begitu juga
• di samping itu
• tambahan pula
• selanjutnya
• lebih-lebih lagi
• dan seumpama dengannya
Contoh ayat:
• Penyebaran gambar lucah dan penipuan merupakan perkara
yang kerap didengari. Penipu-penipu ini mengambil
kesempatan terhadap pengguna laman sosial. Tiada lagi rasa
serba salah malah satu demi satu penipuan dilakukan.
• Senaman yang dilakukan secara berterusan akan
mempertingkatkan sistem fisiologi tubuh badan manusia. Di
samping itu, tahap kekuatan otot, kuasa, kecergasan dan
koordinasi seseorang itu juga akan bertambah.
B. MENGEMBANG IDEA
• Jadi

• kecuali

• oleh itu

• untuk tujuan itu

• maka

• oleh yang demikian

• oleh sebab
Contoh ayat:
• Sebagai guru, kita perlu menanamkan dalam jiwa anak murid
bahawa semua manusia adalah sama maka kita perlu
menghormati orang lain dalam kehidupan seharian.
• Dalam keadaan kesesakan, pelajar yang saiz badannya lebih
kecil berkemungkinan akan ditolak oleh pelajar yang lebih besar
saiz badannya. Oleh itu, perlu ada pengawasan daripada guru
dan pengawas agar dapat memastikan persekitaran yang
selamat.
C. MENENTANG IDEA
• sebenarnya

• tetapi

• sebaliknya

• walaupun

• walau bagaimanapun

• sama ada

• dan seumpama dengannya


Contoh ayat:
• Punca utama yang menyebabkan pembuangan bayi ialah
keruntuhan institusi kekeluargaan dalam masyarakat kita.
Namun begitu, ibu bapa tidak boleh dipersalahkan seratus
peratus dalam hal ini.
• Jika berat badan seseorang itu sudah sesuai dengan
ketinggiannya, maka tidak perlu dia menambahkan atau
mengurangkan berat badan. Walau bagaimapun, seseorang itu
masih perlu mengambil makanan yang sihat.

Anda mungkin juga menyukai