Anda di halaman 1dari 22

DEFINISI KONSEP

• ARISTOTLE
• “Manusia pintar adalah manusia yang `pakar’ dalam
pelbagai konsep”
• CHAFFE, 1905
• “Idea umum yang digunakan untuk mengenal pasti dan
menyusun pengalaman lalu.”

• Merupakan satu kumpulan atau kelas-kelas objek,


manusia, kejadian dan fenomena yang bersifat konkrit
dan abstrak berdasarkan sifat-sifat dan ciri-ciri yang
dimiliki bersama. Ia dilambangkan dengan sesuatu
perkataan atau frasa
PENGGUNAAN DAN FUNGSI
KONSEP
• Mengenalpasti/mengecam
• Dapat difahami dan dikenalpasti antara satu dengan yang lain.
• Contoh Keretapi/menorel/ ERL/keretapi Laju Ringan/Komuter
• Membezakan
• Terdapat konsep yang hampir sama antara satu dengan yang lain.
Sifat tertentu membezakannya.
• Menerangkan
• Menjelaskan sesuatu konsep dengan tepat/berbeza antara satu
dengan yang lain.
• Menghubungkan/mempertalikan
• Sesuatu konsep saling berhubungkait dengan yang lain. Kadangkala
mempunyai sub kunsep yang lain. Misalnya konsep mama, ibu,
emak.ummi dsb
FUNGSI
•FUNGSI EKSTENSI- Konsep yang diterima secara umum
oleh semua ahli masyarakat. Konsep yang bersifat
sepunya dalam konteks masyarakat majmuk seperti
•Konsep Kongsi Raya
•Konsep pilihan Raya
•Konsep masyarakat umum

FUNGSI INTENSI – Diterima pada peringkat yang lebih


kecil seperti agama. Budaya dan bangsa sesebuah
masyarakat.
-Konsep berdoa
-Konsep kinzir
KONSEP POTONG
TEBANG CANTAS
CINCANG HIRIS
BELAH KERAT
TAKUK TETAS
TAKIK KELAR
TEBUK TEBAS
GAJI TETAK
KAPAK KACIP
2 BENTUK KONSEP
• Konsep konkrit- lazimnya bole hdilihat,
didengar, disentuh,dihidu dan dirasa dengan
menggunakan pancaindera seperti kereta,garpu,
kertas, manila kad, kapal terbang dll

• Konsep abstrak- lazimnya sukar diterang dan


diterjemah. Seperti perpaduan, ilmu
pengetahuan, muhibbah dsb
2 KAEDAH ANALISIS KONSEP
• Pendekatan bersyarat (abstrak)
• Syarat Inti-syarat wajib bagi mendokong sesuatu konsep.
• Contoh akar- lahirnya dahan, batang, daun, pokok dsb
• Syarat pencukup- syarat sampinga bagi mengukuhkan
konsep- umpama aksesori- Aminah bujang- Aminah
belum berkahwin.

• Pendekatan berstruktur (konkrit)


• Dinalisa menggunakan tiga elemen.
• i. alatan ii. Tanda iii. Rujukan
• Kereta- roda automobil Ferari
MENILAI DAN MENCABAR KONSEP
• Konsep bersifat dinamik.
• Ia berubah mengikut kesesuaian masa dan keadaan.
• Berubah akibat pembangunan, gaya hidup, falsafah dsb.
• Contoh dahulu belajar mesti mempunyai guru. Namun kini
tidak perlu lagi.
• Menilai dan mencabar konsep adalah suatu keperluan
agar penggunaaannya relevan dengan keadaan semasa.
• Contoh Biar lambat asalkan selamat
• Sedikit sedikit lama lamam jadi bukit
• Hanya al Quran dan hadis baginda Rasulullah SAW serta
hukum Allah adalah mutlak- tak boleh dicabar dan dinilai
semula
TEKNIK MENGUASAI KONSEP
• Menggunakan kemahiran bersoal
• Merujuk kamus atau Tesaurus
• Berbincang dan berbahas
• Banyakkan membaca bahan yang bersifat ilmiah dan
separa ilmiah
• Diberikan pengalaman yang mewakili sesuatu konsep
• Kesanggupan kognitif dan minat yang konsisten
KESIMPULAN
•Konsep boleh diperkaya menerusi pelbagai cara dan salah
satunya ialah menerusi pembelajaran- sama ada secara
formal mahupun bukan formal.
•Hanya Al Quran dan Hadis serta hukum Allah wajib
dipatuhi dan diamalkan.
TUGASAN
• SETIAP KUMPULAN

• 1. BINA SESUATU KONSEP DAN SERTAKAN


SEBANYAK MUNGKIN CONTOH.

• 2. CABAR KONSEP LAMA DALAM MASYARAKAT DAN


BINA KONSEP BARU YANG RELEVAN DENGAN HAL
KEADAAN SEMASA
MEMBINA HUJAH
• DEFINISI
• Penghujahan adalah suatu bentuk pemikiran yang
menggunakan penyataan2 tertentu untuk menyokong
penyataan yang lain. Chaffe,1990

• Hujah sebagai kumpulan penyataan yang salah satu


penyataannya disokong oleh penyataan lain dalam
kumpulan yang sama. Mohd Michael,1995

• Argumen ialah suatu dakwaan bahawa sesuatu itu adalah


berikutan daripada sesuatu yang lain” Ainon dan
Abdullah,1996
SINTESIS HUJAH
• Hujah ialah satu bentuk komunikasi lisan dan tulisan
• Ia mengandungi beberapa penyataan yang benar atau
tidak benar.
• Penyataan-penyataan tersebut mengandungi maklumat
(data dan fakta) tentang sesuatu isu.
• Ia disusun secara logik induktif dan deduktif.
• Kesemua pernyataan dalam sesuatu hujah mestilah
mengimplikasikan sesuatu yang benar.
KATEGORI HUJAH
• Hujah Tulisan
• Hujah ditulis dan disampaikan menerusi media cetak dan
elektronik seperti biuku, akhbar dan internet.
• Hujah Lisan
• Hujah yang lazim digunakan setiap hari. Dengan
menggunakan pertuturan dan kekuatan logik, hujah akan
disusun dan dicerna agar sesuatu isu dapat dibahas
dengan baik
CIRI HUJAH YANG BERKESAN
• Menggunakan hujah/ contoh lawan.
• Adil dan seimbang semasa berhujah
• Fikiran terbuka
• Memiliki pengetahuan yang banyak dan mendalam
terhadap isu yang dibahaskan.
• Elak hujah yang mengandungi kesalahan- Falasi
• Analisis khalayak
UNSUR HUJAH
• Pernyataan- suatu ayat yang benar atau tidak benar, atau pun suatu
ayat yang boleh dibuktikan sebagai benar atau tidak benar.
• Keterangan- ayat-ayat yang mengandungi fakta dan berfungsi
sebagai pelengkap kepada ayat-ayat penyataan.
• Premis- sebab-sebab yang diberikan untuk menyokong kesimpulan
sesuatu hujah.
• Fakta- sesuatu yang telah diabsahkan oleh manusia, alam, budaya,
sains, sejarah dsb.
• Bukti- bagi menyokong maklumat itu benar dan boleh dipercayai
• Model- prinsip atau hukum yang digunakan dalam penghujahan
• Hipotesis- ramalan yang munasabah
• Teori –satu set prinsip am yang menerangkan pelbagai bentuk
fenomena.
TUJUAN PENGHUJAHAN
• Membuat keputusan
• Memberi penerangan
• Meramalkan
• Membujuk- mempengaruhi perasaan dan emosi
seseorang
• Mengukuhkan perspektif
• Membetulkan salah anggapan
• Memperteguhkan sokongan terhadap sesuatu
Sikap pemikir yang berkesan
• Tidak terburu-buru membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah
• Berfikiran terbuka dan fleksibel
• Mementingkan ketepatan
• Menerima pendapat dan pandangan pihak lain
• Boleh mengubah keputusan/ pendirian berasaskan
maklumat terkini dan relevan
• Tidak takut/malu untuk mengeluarkan idea/pandangan
• Kemahuan belajar sepanjang hayat
• Paradigma yang luas dalam menanggapi pelbagai isu
• Tidak stereotaip, prasangka dan anti establishment
• Tahu apa isu yang telah, sedang dan akan difikirkan serta
tahu akan kesan yang timbul daripada pola berfikir yang
dibuat.
AGEN PEMIKIRAN
• Baka-baka yang baik akan menghasilkan anak yang
mempunyai pemikiran yang hebat.
• Keluarga- bergantung kepada sejauh mana ibu bapa
memberi perhatian kepada anak-anak.
• Pendidikan- tahap pendidikan yang dilalui menentukan
tahap pemikiran anak-anak.
• Pengalaman kendiri- pengalaman positif atau negatif akan
menentukan perkembangan pemikiran seseorang.
• Pengaruh sosiobudaya- sistem sosiobudaya dalam
masyarakat akan menentukan tahap pemikiran
seseorang.
SIFAT PEMIKIR KREATIF
•Analitikal- memberi perhatian satu persatu.
•Pragmatik- apa yang boleh dilakukan
•Objektif- mementingkan ketepatan hujah
•Proaktif- sentiasa aktif menilai dan membuat membuat
perbandingan
•Tidak bias- tidak menyebelahi mana-mana pihak
•Konsisten- tidak berganjak dari ketetapan yang telah
dibuat
•Berdisiplin dan beretika- mencari rahmat dan hikmah
SIFAT PEMIKIR KREATIF
• Sikap terbuka dan asertif- mudah menerima idea baru.
• Gigih- kuat berusaha dan tidak mudah putus asa.
• Suka mencuba- sanggup berhadapan dengan kegagalan.
• Proaktif dan Dinamik- mencari kelemahan seseuatu perkara
• Idea gila-gila- idea yang luar biasa.
• Tidak mengutamakan logik- penilaian logik kritis
• Berpandangan jauh dan bermaklumat- individu atau organisasi.
• Sensitif terhadap masalah- berusaha mencari dan mengenalpasti
masalah.
• Daya tumpuan yang tinggi- tumpuan bersungguh-sungguh.
• Fleksibel, selektif dan keaslian- tidak ditiru tetapi diubahsuai
• Kelancaran idea-ada pengetahuan dan maklumat
• Berfikir dengan imej- ikej diterjemahkan ke lakaran dan tindakan
HALANGAN PEMIKIRAN KREATIF
• Tidak dapat kenal pasti masalah yang hendak
diselesaikan.
• Memberi perhatian kepada apa yang ingin dilihat sahaja.
• Gagal menggunakan semua deria
• Kesukaran mencari hubungkait di antara maklumat yang
tidak berkaitan
• Takut gagal
• Sikap konservatif
• Stereotaip
• Serius dan praktikal
• Birokrasi
• Sistem pendidikan
• Sikap masyarakat
TEORI PEMIKIRAN KREATIF
• Teori psikoanalisis
• Teori Neopsikoanalisis
• Teori Behaviorisme
• Teori Gestalt
• Teori Pespektif Islam

Anda mungkin juga menyukai