Anda di halaman 1dari 40

TEORI DAN KONSEP

TEORI

• Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, teori bermaksud prinsip-prinsip am atau


asas-asas kasar yang menjadi dasar pembentukan (perkembangan) sesuatu
pengetahuan.

• Mok song sang (2002) menyatakan teori itu secara umumnya adalah perkaitan
beberapa andaian atau penyataan yang telah diperhatikan dan dikaji secara saintifik
dan didefinisikan di bawah sesuatu situasi atau syarat tertentu, berdasarkan hasil
kajian yang dijalankan oleh tokoh-tokoh tertentu.
• Teori melibatkan proses celik akal manusia. Mengikut pemerhatian ahli psikologi
Kohler dan rakan-rakannya, mereka berpendapat teori amat berkaitan dengan
penyelesaian celik akal manusia. Katanya :

“ Celik akal merupakan kebolehan mental yang mendorongkan manusia


mempersepsikan perkaitan unsur-unsur dalam persekitaran secara tiba-tiba, demi
menolongnya menyelesaikan masalah yang dihadapi “.

• Di sini dapatlah  dilihat bahawa teori adalah satu set pernyataan yang berkaitan secara
logik akal manusia yang amat membantu pemikiran manusia menerima sesuatu perkara
atau maklumat yang baru. Namun teori juga boleh berubah mengikut keperluan situasi.
TEORI

• Teori merupakan satu sistem idea yang bertujuan untuk


menerangkan sesuatu, terutama berdasarkan idea-idea umum yang
bebas daripada perkara yang dijelaskan.
• Pemikiran terhadap sesuatu gejala
• Himpunan konsep, takrifan dan definisi
• Untuk menerang dan meramal fenomena
• Untuk memahami keadaan yang kabur
• Panduan bagi menjalankan kajian
• Bidang Sains Sosial mempunyai pelbagai teori & pendekatan yang berfungsi
memberi penjelasan saintifik terhadap fenomena sosial.

• Ia terbina sejak abad ke 19M secara umum bagi menyatukan disiplin sains sosial
yang berbeza di bawah gagasan ilmu kemanusiaan.

• Dalam sains sosial teori mempunyai peranan tersendiri & menjadi sebahagian
dari prosedur penyelidikan.

• Ia sebagai panduan kepada pengkaji untuk meneroka subjek pemerhatian mereka


dengan lebih jelas.
• Sesuatu teori itu merupakan hasil penemuan yang telah dibuktikan dengan hasil beberapa
penyelidikan.

• Penemuan dalam teori itu dianggap benar kepada kes seperti yang diberikan perhatian dalam
sesuatu penyelidikan itu.

• Walau bagaimanapun, kekuatan sesuatu teori masih boleh diuji dan dibahaskan. Ada kala
sesuatu penyelidikan dilakukan untuk menguji teori itu. Misalnya teori yang dibawa dari
barat, dan tentang kedudukannya dalam masyarakat dan budaya Melayu.

• Perkembangan ilmu dan penyelidikan di barat telah melahirkan banyak teori dalam bidang-
bidang tertentu.
• Setiap teori atau rangka pemikiran itu mempunyai kebenarannya dalam konteks kajian
yang dilakukan itu. Tetapi mungkin ia tidak dapat diterima kebenarannya dalam
masyarakat dan budaya yang berlainan.

• Dalam bidang Sains Sosial perkembangan teori itu boleh diibaratkan sebagai
perkembangan fesyen.

• Apabila sesuatu tesis, rangka konsep dan teori dikemukakan maka banyak
perbincangan, perdebatan dan komen2 tentangnya.

• Bila teori baru muncul maka minat terhadap teori-teori lama akan semakin
berkurangan.
FUNGSI TEORI

Ahli Sains Sosial telah menggariskan 5 fungsi teori iaitu:

• Mewujudkan pengklasifikasian
• Menjangka perkara yang bakal berlaku
• Menjelaskan perkara yang telah berlaku
• Membantu memahami sebab musabab berlakunya sesuatu perkara
• Memberi panduan tentang perkara yang hendak di kaji.
• Teori mestilah berupaya diuji, berjaya menghasilkan kebenaran dan boleh
mewujudkan fakta.

• Dalam sains sosial, teori akan diuji secara berterusan (berulang kali) kerana
fenomena sosial sukar untuk dibuktikan secara tepat.

• Dan kebanyakan teori sains sosial adalah bersifat umum kerana ia berupaya
untuk digeneralisasikan ke atas fenomena sosial secara umum dan tidak terhad
kepada sesuatu konteks sahaja.
CIRI TEORI

• Tetap / konsisten
• Tidak bercanggah
• Dinyatakan dengan mudah
• Mengandungi konsep yang boleh diuji
KONSEP

• Konsep dapat ditafsirkan sebagai huraian abstrak yang


memberikan suatu penjelasan terhadap sesuatu perkara dalam
beberapa dimensi (Syed Arabi Idid, 1998, pp.25-26).

• Pelbagai dimensi atau sudut pandangan ini terbentuk atau


ditentukan mengikut kehendak kajian (Bailey, 1978, p.33).
• Biasanya dalam sesebuah kajian, konsep hendaklah diperjelaskan berdasarkan
pandangan yang berbeza yang mempunyai kaitan dengan perkara yang
dihuraikan (Azirah Hashim, 2005, p.11).

• Hal ini amat penting dalam sesuatu kajian kerana penjelasan yang
dikemukakan dalam sesuatu penyelidikan akan memberikan suatu pemahaman
secara khusus kepada pengkaji untuk mengendalikan analisisnya dengan teliti
(Syed Arabi Idid, 1998, pp.25-26).
PENGENALAN
• Penyelidikan sastera Melayu secara umum terbahagi kepada dua
kelompok : tradisional dan moden – skopnya sama juga dengan
penyelidikan sastera nasional yang lain.

• Yang membezakannya adalah data atau bahan mentah yang menjadi


kajian.
• Contohnya kita ambil teks sastera Melayu yang tidak
mengecualikan cerita lisan, hikayat dan teks moden.

• Gerakan-gerakan sastera seperti ASAS 50, GAPENA,


DBP dan tokoh sejarah, kritikan dan teori sastera.
• Penyelidikan sastera Melayu boleh dilakukan ke atas mana-
mana aspek yang disebut seperti di atas tadi.

• Yang paling utama sebagai proses keilmuan adanya


peraturan, tatacara atau kaedah serta pelaksanaan yang
lengkap serta tertib.
• Umumnya penyelidikan sastera Melayu dikawal oleh suatu kertas
cadangan yang jelas tatacara proses pelaksanaannya dari awal
hingga ke akhirnya.

• Pasca-laporan boleh saja disusuli dengan proses hiliran seperti


kertas kerja, bab dalam buku, makalah, jurnal atau sebuah buku
ilmiah.
Penyelidikan memiliki konsep-konsep tertentu antaranya:

• dilakukan secara sistematik


• akhirnya menghasilkan pengetahuan yang sah, boleh dimanfaatkan dan objektif
• Disokong oleh data empiris (empiris bermaksud sesuatu yang boleh dilihat oleh
pancaindera manusia, bersifat rasional dan dibentuk oleh individu melalui
pengalamannya.
KELOMPOK PENYELIDIKAN
SASTERA
• Penyelidikan sastera boleh dibahagikan kepada 2
kelompok iaitu:

• i) berdasarkan tujuan / penyelidikan dasar (basic)


• ii) berdasarkan metodologi / penyelidikan terapan
(applied)
• Tujuan penyelidikan dasar adalah untuk pengembangan ilmu,
tidak mementingkan penyelesaian masalah.

• Contoh daripada kelompok ini adalah seperti penyelidikan


minat membaca, sejarah sayembara, pertumbuhan sesuatu
genre dan arah sesuatu gerakan sastera.
• Manakala yang dikatakan terapan adalah yang cuba
menyelesaikan sesuatu problem/ masalah seperti resepsi
pembaca, kesan negatif sesebuah teks sastera, keberkesanan teori
terhadap sesebuah teks.

• Penyelidikan terapan cenderung menguji sesuatu unsur seperti


teori, kesan, cara dan lain-lain.
• Penyelidikan berdasarkan metodologi terbahagi kepada enam kelompok kecil
( Sahlan Mohd Saman.Penyelidikan Sastera Teori, Metodologi Dan
Pengalaman. 2009:18):
• Penyelidikan eksperimen
• Penyelidikan ex-post facto
• Penyelidikan survey
• Penyelidikan historic
• Penyelidikan etnografik
• Penyelidikan dokumentasi (content analysis)
SOALAN YANG PERLU DITANYA APABILA INGIN
MELAKUKAN PENYELIDIKAN (5W)

(What) APA
penyelidikan
(When) BILA anda (Why) KENAPA
anda akan anda mahu
melaksanakan membuat
penyelidikan? penyelidikan ini?

5W
(Where)
DIMANA anda (Who)
akan SIAPAKAH
melaksanakan yang terlibat?
penyelidikan?
• 2 aspek penting dalam sesebuah penyelidikan ialah
teori dan metodologi.

• Dalam proposal atau kertas kerja cadangan


penyelidikan kedua-dua perkara di atas perlu ada.
STRUKTUR TESIS/DISERTASI
• Abstrak
• Pengenalan
• Kajian literatur
• Teori / metodologi
• Analisis data
• Diskusi / perbincangan
• Kesimpulan / penutup
• Rujukan 
ABSTRAK
• Abstrak ialah satu rumusan ringkas kepada perkara
yang termasuk dalam laporan/tesis/disertasi/artikel.

• Abstrak amat membantu kerana ia pendek dan


memasukkan idea utama penyelidikan 
SOROTAN LITERATUR (KAJIAN
LEPAS/KAJIAN LALU)

• Sorotan kajian ialah satu set penyelidikan yang telah


diterbitkan atas topik yang tertentu

• Penulisan ilmiah biasanya terdapat dalam jurnal,


monograf, buku akademik, dan laporan penyelidikan
• Memberi peluang kepada penyelidik mempelajari
daripada pengalaman orang lain, di samping
memperbaiki kaedah yang pernah digunakan oleh
penyelidik yang terdahulu daripadanya.

• Kemajuan akan dicapai dengan membaiki cara orang-


orang terdahulu daripada kita.
• Dalam sorotan ini, keutamaan harus diberikan kepada karya-
karya yang dibuat di kawasan yang sama dahulu, atas tajuk
yang sama atau hampir sama, sekiranya tidak ada, selepas itu
bolehlah dibuat sorotan terhadap karya-karya di luas kawasan,
dalam negara yang sama.

• Jika tidak ada, boleh digunakan karya-karya dari luar negeri


PERANAN KAJIAN LITERATUR
• Menjelaskan kepada pembaca apa yang diketahui dan apa yang boleh
diketahui berkenaan topik yang dipilih
• Memberi sempadan kepada soalan-soalan penyelidikan atau masalah yang
dikaji
• Menjelaskan/mendefinisikan istilah-istilah yang digunakan dalam kajian
• Memahami penemuan-penemuan awal yang kadangkala bercanggah
• Menilai dan memilih teori, hipotesis dan kaedah analisis yang sesuai
• Menjadi asas atau batu tanda untuk perbandingan penemuan 
CIRI-CIRI SOROTAN LITERATUR YANG
BAIK
• Lengkap: meliputi semua aspek (angkubah) yang anda hendak kaji dalam
kajian anda.

• Kemas kini: meliputi kajian-kajian yang mutakhir tentang topik yang sama

• Bersepadu: ertinya, sorotan itu dibuat berdasarkan angkubah yang pernah


digunakan oleh pengkaji terdahulu, bukan mengikuti pengarang demi
pengarang.
CIRI-CIRI SOROTAN LITERATUR YANG
BAIK

• Kritis: bersifat mengkritik (tidak menerima sesuatu bulat-


bulat)

• Pemilihan: pilihlah artikel-artikel yang betul-betul relevan


dengan topik anda.
PERMASALAHAN PENYELIDIKAN

• Situasi yang tidak dapat diselesaikan dan memerlukan penyelidikan


untuk menyelesaikannya.

• Masalah yang menyebabkan seseorang pengkaji ingin melakukan


kajian

• Masalah yang hendak dikaji seharusnya jitu, konkrit dan tidak direka
SUMBER-SUMBER MASALAH

• Media cetak dan elektronik


• Journal, buku yang berkaitan dengan tajuk penyelidikan
• Pemerhatian terhadap persekitaran yang penyelidik lalui
• Melalui konsep, teori, elemen yang ingin dikaji
• Sumber masalah diperoleh drpd penyelidik berdasarkan
pengalamannya
• Pengalaman individu lain
• Perbincangan antara individu atau kumpulan
PERTIMBANGAN DALAM MEMILIH
MASALAH KAJIAN

Adakah kajian tersebut berada di dalam limitasi atau masa yg sesuai untuk
•  

diselesaikan?

• Adakah penyelidik mempunyai minat dalam menjalankan kajian tersebut?

• Adakah kajian yang bakal dijalankan ini mempunyai nilai teoritikal yang mampu
untuk mengembangkan sesuatu model, elemen atau cadangan yang terkini?
• Adakah kajian yang bakal dijalankan ini mempunyai nilai
praktis yang mampu untuk digunakan oleh pengguna lain?

• Adakah di dalam menjalankan kajian tersebut, bahan- bahan


untuk rujukan boleh digunakan dan senang diperoleh?
TEORI (SASTERA MELAYU)

• Dalam bidang sastera Melayu terdapat sekitar


20 ke 30 teori yang boleh dimanfaatkan untuk
penyelidikan sama ada dalam sastera Melayu
moden mahupun dalam sastera Melayu
tradisional.
• Penerapan teori hanya boleh dilaksanakan
setelah bahan/data dikenal pasti.

• Dalam hal ini penguasaan teori dan pemilihan


aspek yang hendak dikaji adalah sangat penting.
TEORI DALAM BIDANG SASTERA
(BARAT)
• Teori Marxisme
• Teori Feminisme
• Teori Formalisme
• Teori Semiotik
• Teori Fenomenologi
• Teori Sosiologi
• Teori Struktural
TEORI DALAM BIDANG
SASTERA (TEMPATAN)
• Teori konseptual kata kunci (Mohamad Mokhtar Abu Hassan)
• Teori Takmilah (Shafie Abu Bakar)
• Teori Puitika sastera Melayu (Muhammad Haji Salleh)
• Teori Pengkaedahan Melayu (Hashim Awang)
• Teori Teksdealisme (Mana Sikana)
• Teori Rasa-Fenomenologi (Sohaimi Abdul Aziz)
• Teori Persuratan Baharu (Mohd Affandi Hassan)
• Teori Hermeneutik Kerohanian (Mohamad Salleh Yaapar)
SEKIAN, TERIMA
KASIH

Anda mungkin juga menyukai