Anda di halaman 1dari 26

KAJIAN LITERATUR

DALAM PENYELIDIKAN
SEJARAH BAHAGIAN 1

KULIAH 6
DI AKHIR KULIAH INI PELAJAR DAPAT:

Mendefinisikan apakah kajian literature


dalam penyelidikan sejarah.
Menjelaskan Kepentingan kajian literature
Membincangkan Method kajian literatur
untuk kajian sejarah.
RUJUKAN

Galgano, Michael Jarndt., J. Chris , Hyser,


Raymond M. Doing History: Research and Writing
in the digital age. Boston: Thomson.

Topolski, Jerzy. (auth.) (1976).


Methodology_of_History. Warszawa: Polish
Scientific Publishers
APAKAH KAJIAN LITERATUR

Kajian atau penilaian ke atas semua penulisan yang berkaitan


dengan bidang atau tajuk anda.
Lima perkara perlu dilakukan untuk menghasilkan kajian literatur
Mengumpul hasil penyelidikan khususnya penulisan tentang bidang yang
menjurus kepada tajuk anda.
Menilai penulisan tentang bidang yang anda pilih dan seterusnya
mengenalpasti lompang dalam penyelidikan sebelumnya.
Menjelaskan bagaimana penyelidikan anda ddapat mengisi lompang
tersebut.
Menjustifikasi kepentingan kajian ke atas tajuk yang dipilih.
Menetapkan sempadan atau skop penyelidikan anda.
TUJUAN KAJIAN LITERATUR

Meningkatkan pemahaman terhadap bidang yang ingin dikaji


Merupakan sorotan perkembangan ilmu pengetahuan
Memastikan penyelidik sentiasa peka kepada perubahan
pemikiran dan penulisan.
Pemahaman terhadap asal usul dan warisan intelektual dalam
membincangkan sesuatu isu,
Mengetahui apakah penyelidikan yang telah dilakukan,
Apakah konsep yang kita pernah dengar tentang kajian ini
Apakah method yang pernah digunakan
Apakah ukuran yang pernah digunakan
TUJUAN KAJIAN LITERATUR (SAMB)

Menempatkan kajian kita dalam tradisi bidang


tertentu - Ini kerana setelah kita menamatkan
pengajian baik, degree, master atau doctorate
anda akan dapar menempatkan kajian anda dalam
kalangan penyelidik mengikut bidang tertentu.
Ini bermaksud anda akan dapat mengenali tokoh
penting dalam bidang yang ingin anda ceburi.
Literatur review merupakan perkara penting untuk
anda menempatkan dimanakan kedudukan
penyelidikan anda.
SAMB.

Di akhir penyediaan kajian literature anda akan


menyatakan perkara ini telah dibincangkan oleh
penyelidik ini. Konsep ini digunakan oleh penyelidik
ini untuk menerangkan ini.. Sumbangan saya
melalui kajian ini ialah
Siapakah sejarawan yang perlu saya rujuk untuk tajuk
ini kita lihat berapa banyak citation terhadap artikel
atau buku seseorang penulis.
KESILAPAN DALAM LITERATURE REVIEW

Mengumpul sebanyak mungkin citation dalam membuat literature leview,


perkiraan penting bukannya kepada banyak mana bahan yang dikumpul.

Perkara penting ialah kualiti bahan yang anda yang anda selidiki.
Melaluinya anda akan terlibat dalam menilai setakat mana aspek yang
ingin dikaji telah dilaksanakan oleh penyelidik sebelumnya dan setakat
mana bahan tersebut berkaitan atau sebaliknya dengan kajian yang ingin
anda lakukan.

Mendakwa penyelidikan anda adalah unik dan tidak pernah diterbitkan


tiada siapa pernah mengkajinya.
KESILAPAN DALAM LITERATURE
REVIEW (SAMB)
Mengumpul maklumat second hand atau third hand tentang hasil kerja klasik.

Klasik tetap klasaik sebab itulah penyelidik sentiasa membaca karya mereka dan
berusaha meneliti pemikiran mereka. Kadangkala hasil kajian klasik ini telah
ketinggalan zaman, tetapi apabila melakukan kajian literature, kita tidak seharusnya
melihat bagaimana cara penyelidik memikirkan sesuatu itu mengikut zamannya
sehinggalah masa kini.

Oleh itu kita bukan sekadar melihat apa yang mereka rumuskan atau melihat
dapatan hasil kajian sahaja. Sebaliknya kita perlu melihat apakah method yang
digunakan, lihat hubungan method dengan dapatan kajiannya. Bagaimana pula
sesuatu method itu berkembang. Lihat juga bagaimana penulis klasik berfikir tentang
sesuatu isu.
KESILAPAN DALAM LITERATURE
REVIEW (SAMB)
Kita mempunyai banyak sumber dalam computer, dalam bilik
tidur, . Apa nak buat? Apa yang perlu kita fikirkan ialah
apakah perbincangan dan perbahasan utama tentang topik ini
oleh komuniti sejarah? Siapa membincangkkan? Apa yang
dibincangkan? Bagaimana nak tahu? Jawapan kepada soalan
ini membilehkan anda menyusun maklumat anda.

Jangan berhenti dalam melakukan kerja ini jika anda berhenti


anda akan berdepan dengan kesukaran di mana nak mula
kerana anda akan lupa apa yang anda pernah lakukan. Anda
perlu memiirkannya sepanjang masa.
KERANGKA PENILAIAN DALAM KAJIAN
LITERATUR PENYELIDIKAN SEJARAH

Kepentingan Kajian Literatur

Penilaian kritikal melibatkan artikel, buku atau


bahan bacaan ilmiah dapat menjelaskan
perbezaan penyelidikan anda dengan
penyelidikan sebelumnya.
SKOP DAN PANJANG KAJIAN LITERATUR

Secara umumnya anda perlu mengetahui isu utama


alam tajuk yang dipilih. Walau bagaimanapun anda
tidak perlu menulis segala maklumat yang anda tahu
atau anda perolehi.

Skop kajian literatur anda perlu menjelaskan


perkembangan terkini penulisan tentang tajuk dan
bidang kajian anda.
SKOP MASA KAJIAN LITERATUR

Seluas manakah anda perlu menoleh kebelakang untuk


meninjau lompang kajian yang akan menjadi tajuk anda.
Ia bergantung kepada tahap kajian anda dan wilayah
yang anda kaji.
Jika kajian tentang sejarah Malaysia, Peringkat FYP
mungkin melibatkan penyelidikan sejak merdeka.
Peringkat Master mungkin melibatkan semua kajian
tentang penulisan tentang sesuatu aspek dalam sejarah
Malaysia.
SKOP MASA KAJIAN LITERATUR

Peringkat Ph.D perlu melibatkan semua penyelidikan


yang pernah dilakukan tentang bidang kajian yang
anda pilih.

Walau bagaimana pun anda dicadangkan agar tidak


membincangkan setiap penyelidikan itu secara
panjang lebar, sebaliknya hanya menumpukan
kepada perkara yang diperlukan untuk kajian literatur
sahaja.
SKOP MASA KAJIAN LITERATUR

Kajian literatur perlu menunjukkan kemampuan anda untuk


mensintesis sesuatu kajian.
Oleh itu ia perlu ringkas, padat dan berfokus.
Apakah yang diperlukan untuk menghasilkan sebuah kajian literatur?
Terdapat dua pekara penting iaitu:
Ringkasan sumbangan kepada ilmu pengetahuan dalam bidang yang
dipilih terutamanya hasil penulisan yang memberi kesan penting
kepada sesuatau bidang.
Penilaian kritikal terhadap sesuatu hasil penyelidikan khususnya ke
atas penulisan yang dihasilkan oleh penulis yang terkenal dalam
bidang tersebut.
SKOP MASA KAJIAN LITERATUR
Secara ringkasnya kajian literatur adalah untuk
menjawab soalan berikut:
Apakah penyelidikan dan penulisan yang telah dilakukan
sebelum ini.
Apakah yang diperkatakan tentang topik ini.
Setakat mana penyelidikan tersebut berkaitan dengan
tajuk yang akan anda selidiki dan setakat mana ia berbeza.
Adakah hasil kajian sedia ada saling menyetujui antara
satu sama lain atau sebaliknya.
Adakah terdapat sebarang kecacatan dalam penyelidikan
sebelumnya.
Perkara yang perlu diberi perhatian ialah
anda perlu menunjukkan lompang kajian
yang ingin dipenuhi oleh kajian anda.
BAGAIMANA DAN DI MANAKAH KAJIAN
LITERATUR ANDA SEHARUSNYA
BERMULA?
Kita perlu memulakan penyelidikan ke atas kajian
literatur dengan mengambil kira sejarah penyelidikan
yang telah dilaksanakan tentang bidang yang ingin
kita ceburi.

Perkara yang perlu diambil kira untuk melaksanakan


kajian literatur ialah ialah:
1. Setiap bidang penyelidikan mempunyai sejarahnya
yang dapat menyumbang atau menyediakan
landasan kea rah penyelidikan seterusnya.
2. Ia merupakan titik mula kepada penyelidikan anda.
3. Anda perlu menetapkan penulisan yang mana
paling penting untuk anda kaji.
4. Di manakah bahan tersebut boleh di perolehi
perpustakaan atau internet.
5. Kajian anda perlu melihat terlebih dahulu
pangkalan data, abstrak, dan pendahuluan buku.
SAMB
6. Rujukan kepada mereka yang mempunyai kemahiran dalam
maklumat pangkalan data buku atau artikel perlu dibuat.
penyelia, pensyarah bidang dan pustakawan bagi
mendapatkan perundingan dan nasihat.
7. Buat senarai keutamaan terhadap bahan/material yang anda
perolehi.
8. Langkah ini perlu dimulakan dengan merujuk jurnal
antarabangsa yang khusus terhadap bidang tersebut.
9. Penyelidikan dalam jurnal ini adalah terkini dan disebarkan
secara meluas dan penerbitannya telah melalui proses
semakan, pembetulan serta penambahbaikan juga
diperhalusi oleh pakar-pakar bidang tersebut sebelum
diterbitkan.
SAMB.
10.Selepas rujukan dibuat ke atas artikel jurnal antarabangsa
anda perlu meneruskan kajian anda terhadap buku atau bab
dalam buku.
11.Seterusnya artikel jurnal dalam negara atau mana-mana jurnal
berwasit.
12.Kajian berikutnya ialah ke atas kertas kerja persidangan,
prosiding, laporan teknikal penyelidikan, laporan kerajaan,
laporan jawatankuas atau organisasi professional, disertasi
atau tesis serta penulisan ilmiah yang boleh menjadi rujukan
kepada anda.
13.Katagori terakhir yang perlu dikaji ialah artikel dalam journal
tidak berwasit dan artikel dalam website.
PENYUSUNAN ATAU PENGORGANISASIAN KAJIAN LITERATUR.

1. Matlamat kajian literatur ialah untuk mengumpul segala


pandangan, pendapat, teori yang pernah dikemukakan
oleh penyelidik sebelum ini tentang tajuk yang anda
minati.
2. Tujuannya adalah untuk menyaring maklumat dan
membuat satu kajian biografikal yang sentiasa
berhubungan.
3. Ia melibatkan pembacaan yang banyak, pengambilan
nota, paraphrasing pendapat, meringkaskan dapatan
utama atau penting dan mengakstrak petikan penting.
SAMB.
4.Setelah selesai proses tersebut, akan terhasillah
kajian dalam bentuk esei pendek tetapi masih perlu
distruktur dengan baik.
5.Maklumat yang diperolehi perlu disintesis sehingga
terbentuknya satu kesepaduan. Melalui kaedah ini
anda dapat menghasilkan satu penulisan yang
menyepadukan idea dari pelbagai penulisan bagi
memudahkan pembaca memahami dan mengikuti
penulisan anda.
6.Dalam ertikata lain idea tersebut disusun dalam satu
bentuk logical.
PENGESANAN

Apakah kajian literature dalam penyelidikan


sejarah.
Apakah Kepentingan kajian literature
Bagaimanakah Method kajian literatur untuk
kajian sejarah.
PENUTUP

Kajian literatur merupakan satu proses penting


dalam menentukan kedudukan anda dalam
bidang yang ingin diceburi.
TO BE
CONTINUE

Anda mungkin juga menyukai