Anda di halaman 1dari 3

FAKTOR-FAKTOR PELAJAR CEMERLANG

Kejayaan merupakan satu pencapaian yang jujur didalam apa jua yang kita kehendaki
didalam hidup ini. Kejayaan juga bermaksud kemajuan yang dicapai dan memuaskan
kehendak seseorang itu. Kejayaan selalu disertai dengan kebahagiaan dan ketenteraman
fikiran. Kejayaan akan dapat dicapai apabila terdapat faktor-faktor yang menyokong
ketenteraman fikiran seseorang pelajar dalam menuntut ilmu dan menjadi pelajar cemerlang.
Antara faktor yang menjadikan pelajar itu seorang yang cemerlang ialah:

KELUARGA

Galakan serta dorongan keluarga juga merupakan faktor yang penting dalam melahirkan
pelajar yang cemerlang. Ibu bapa serta ahli keluarga ialah orang yang paling rapat dengan
pelajar. Jika seseorang pelajar mendapat kasih sayang dan perhatian yang secukupnya
daripada ibu bapa, dia akan berasa selesa di rumah dan dapat menumpukan perhatiannya
kepada pelajaran. Ibu bapa yang prihatin akan kebajikan serta pelajaran anak-anak mereka
juga akan memberikan perhatian serius kepada emosi, minda serta pemakanan anak-anak
mereka.

PENGURUSAN MASA YANG BETUL

Penggunaan masa yang efektif adalah satu perkara yang selalu dibincangkan. Ramai orang
menyatakan bahawa masa yang dipunyai mereka tidak mencukupi. Pengurusan masa yang
tidak efektif akan menganggu kehidupan seharian. Sebenarnya manusia diperuntukkan masa
sebanyak 24 jam sehari semalam, samada manusia itu berjaya atau tidak berjaya.Pelajar
selalu mengeluh akibat masa yang tidak mencukupi untuk menyiapkan tugasan,tetapi
sebaliknya pengurusan masa mereka yang tidak betul. Oleh sebab itu alasan inilah yang
menyebabkan kita berada dikepompong tersebut dan sukar bagi kita meloloskan diri dari
belenggunya. Pengurusan masa yang baik ialah apabila kita dapat mendisiplinkan diri dalam
melaksanakan

aktiviti

pembelajaran.Contohnya

ialah

masa

untuk

mengulang

kaji,beriadah,masa untuk menonton ,dan masa untuk menyelesaikan tugasan. Perbezaan


antara individu yang cemerlang dapat dilihat dari hasil kualiti masa yang digunakan. Oleh
sebab itu seharusnya kita memberi perhatian kepada kedua-dua perkara ini iaitu kuantiti
masa dan kualiti masa yang kita gunakan.

SARANAN DIRI YANG POSITIF

Seorang pelajar cemerlang mestilah mempunyai saranan diri positif.Saranan diri yang positif
perlu untuk merangsang jiwa dan fikiran. Anda juga boleh gunakan petikan mutiara kata
daripada ahli ilmu, petikan al-quran serta hadith. Dengan melazimkan hidup anda
berpandukan katajaya dan petikan-petikan ini maka ia memberi anda kekuatan untuk
menyahut cabaran dan mengatasi segala masalah. Anda boleh mencipta kata-kata anda
yang sendiri. Contohnya kalau orang lain boleh aku juga boleh atau setiap kata-kataku
pasti akan ku kotakan. Jadikanlah kata-kata sebagai saranan dan pembangkit semangat
dalam kehidupan

BERKAWAN DENGAN ORANG YANG BERJAYA


Bergaul dengan mereka yang berjaya akan sedikit sebanyak mempengaruhi sifat dan
perwatakan individu.Memilih kawan yang positif, banyak berbincang tentang apa yang mahu
dicapai dimasa hadapan, pastinya ia akan mempengaruhi pemikiran dan tindakan harian
anda. Pastinya anda turut terdorong untuk mencapai kejayaan dalam hidup anda pula.
Mereka yang gagal hanya akan mampu menceritakan kisah-kisah kegagalan mereka sedang
mereka yang berjaya pula akan menceritakan kisah-kisah kejayaan mereka. Untuk berjaya
anda perlu berkawan dengan mereka yang telah berjaya. Belajar dari pengalaman dan
pengetahuan mereka. Belajar tentang cara mereka membentuk personaliti dikalangan
masyarakat. Orang yang berjaya selalunya mempunyai personaliti dan karisma yang
mengkagumkan. Personaliti dan karisma ini bukannya semula jadi sebaliknya mereka
berusaha membinanya. Kalau mereka boleh, anda juga boleh melakukannya

FOKUS
Fokus amat penting dalam diri seorang pelajar. Focus memberikan tumpuan kepada subjek
yang dipelajari. Menanamkan focus yang positif, contohnya aku akan siapkan tugasan ini
dalam minggu ini juga!! focus untuk menyiapkan tugasan akan membawa kita berusaha
untuk menyiapkan tugasan dalam waktu yang ditetapkan. Focus juga mestilah dijadikan
amalan harian.

MEMPUNYAI MODEL IKUTAN

Setiap pelajar cemerlang mempunyai model yang menjadi sebagai ikutan atau panduan
semasa dalam proses mencapai kecemerlangan. Model ikutan adalah seseorang yang anda
kagum dengan pencapaiannya dan mahu mengikuti jejak langkahnya. Dapatkan beberapa
model ikutan terutamanya mereka yang telah berjaya dalam bidang yang anda mahu ceburi.
Namun begitu sebagai orang Islam, model ikutan kita yang pertama pastilah Nabi
Muhammad S.A.W. Selain daripada Nabi s.a.w yang lain semuanya ada kelemahan.

PENGHARAPAN DAN CITA

Selagi ada harapan,peluang untuk menikmati kejayaan itu masih terbuka luas. sebagai
seorang pelajar harapan adalah sangat penting,tetapi tidak cukup dengan berharap sahaja.
harapan tanpa usaha adalah sia-sia. harapan aka membuahkan cita-cita,melalui cita-cita
akan menghasilkan tindakan yang berterusan. sebagai contoh,jika kita melaksanakan
tugasan,kita mestilah menjalankan tugasan dengan mementingkan kualiti tugasan itu. Ini
menunjukan berusaha tanpa perancangan juga tidak memadai. Usaha yang berterusan
mampu menjadikan seseorang itu berjaya.

Anda mungkin juga menyukai