Anda di halaman 1dari 12

LANGKAH MEMBUAT SOROTAN KAJIAN

Macamana nak memulakan sorotan kajian?


mudah saja...cuba ikut langkah-langkah berikut:-

Persoalan di atas dapat membantu dalam memulakan sorotan literatur

Terdapat lima (5) kaedah yang boleh digunakan untuk membuat kaedah sorotan literatur (literature review) a) b) c) d) e) Membanding dan membeza Menganalisis Menilai Kesimpulan Mensintesis

a) Membanding dan membeza Mencari perbezaan dan persamaan dari segi ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa Digunakan apabila: o terdapat dua atau lebih ciri atau kemungkinan o membuat keputusan atau pilihan Langkah penggunaan: i. perhatikan dan berikan tumpuan pada satu atau beberapa ciri kajian tindakan. ii. kenalpasti ciri kajian tindakan tersebut iii. nyatakan ciri persamaan dan perbezaan b) Menganalisis Menceraikan maklumat ke bahagian-bahagian lebih kecil dan menghuraikan maksud yang tersirat Digunakan untuk memahami dan mengenal hubungkait antara bahagian dan mengenali prinsip-prinsip yang terlibat

c) Menilai Mempertimbangkan kebaikan dan kelemahan sesuatu perkara berdasarkan bukti yang sah Digunakan apabila: o ingin memilih sesuatu o menerima atau menolak sesuatu idea d) Kesimpulan Menyatakan hasil sesuatu kajian berdasarkan pada satu hipotesis dan mengukuhkan berdasarkan penyiasatan Digunakan untuk membuat keputusan, menerangkan sesuatu, meramal dan menyokong kenyataan e) Mensintesis Menggabungkan idea-idea, unsur atau item yang berasingan seterusnya menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk penyataan esei, lukisan atau artifak

Jangan lupa!!!!

Catatkan dengan lengkap nama pengarang, tajuk karangan (atau tajuk buku, nama p enerbitan, misalnya, Kajian ekonomi Malaysia, Analisis, Pertanika, Journal of Economics Literature dan lainlain(atau nama penerbit, bagi buku), tempat dan tarikh penerbitan. Maklumat yang lengkap i ni akan menjadi sebahagian daripada bibliografi atau senari rujukan laporan penyelidikan kel ak. Catatkan juga halaman bagi sesuatu petikan daripada penerbitan yang diteliti itu. Ad alah menjadi amalan biasa bagi suatu penuli ilmiah menyelitkan sesuatu sumber fakta atau kenyataan yang didapati daripada karya tulisan terdahulu dengan lengkap termasuk halama n sesuatu petikan yang telah diambil.

TINJAUAN LITERATUR / SOROTAN KAJIAN


Kebiasaannya, tinjauan literatur atau sorotan kajian diletakkan dalam bab dua dalam sesuatu tesis atau laporan kajian. Saya ingin kongsikan pengalaman semasa membuat tesis dan penyelidikan. Kita tidak terlepas akan membuat tinjauan literatur yang berkaitan dengan tajuk atau skop kajian kita. Ramai yang tidak menyedari bahawa untuk memulakan tinjauan literatur, kita perlu mengetahui strategi dan petua-petua dalam membuat tinjauan tersebut. Jika kita tidak mempunyai pengetahuan dan maklumat tentang strateginya kita akan membuang masa dan tidak dapat meneroka secara mendalam berkaitan konstruk kajian kita. Dalam post kali ini, saya fokuskan kepada konsep tinjauan literatur dan ringkasan strategi penulisan tinjauan literatur. Seterusnya, post yang akan datang kita perdetailkan setiap strategi dalam membuat tinjauan literatur.

Tinjauan literatur atau sorotan kajian ialah mengkaji hasil karya yang pernah dilakukan oleh orang lain. Tinjauan ini dilakukan berpandukan kepada bahan-bahan bercetak seperti buku, jurnal, tesis, dan surat khabar. Buku dan jurnal dirujuk boleh didapati di perpustakaan. Selain daripada bahan bercetak, tinjauan juga boleh dilakukan melalui media elektronik dalam laman-laman web dalam internet.

Tinjauan literatur amat penting kerana ia dapat memberikan idea dan hala tuju mengenai penyelidikan yang akan dilakukan. Umumnya ia ditulis mengikut susunan subtopik tertentu mengikut minat dan kaedah yang dipegang oleh seseorang pengkaji.

Terdapat dua komponen utama dalam tinjauan literatur : 1. Kerangka teori (Theoritical framework) 2. Kajian yang berkaitan berdasarkan sesuatu tajuk penyelidikan Manakala untuk kajian yang berkaitan, terdapat tiga gaya penulisan yang biasa digunakan dalam tesis dan kajian saintifik: 1. Pemecahan subtopik kepada kajian dalam negeri dan luar negeri, atau 2. Pemecahan subtopik berasaskan pembolehubah-pembolehubah yang terlibat dalam penyelidikan berkenaan. 3. Pemecahan subtopik mengikut objektif kajian. Terdapat banyak strategi yang telah digunakan oleh para pengkaji, tetapi tiada satu pun yang terbaik untuk semua orang. Ini disebabkan oleh proses pencarian maklumat banyak bergantung kepada pengetahuan dan kemahiran sedia ada pada seseorang. Sesetengah orang lebih cenderung memulakan pencarian mereka dengan menggunakan komputer (on-line database). Bagi sesetengah orang, sumber sekunder (secondary sources) seperti buku dan ensaiklopedia, merupakan titik permulaan yang baik dalam proses pencarian maklumat kerana ia dapat memberi gambaran yang lebih luas tentang sesuatu masalah atau topic yang ingin dikaji. Seterusnya, sumber primer (primary sources) digunakan untuk mengukuh dan memantapkan sesuatu idea atau dapatan

yang diperolehi sebelumnya.

ENAM LANGKAH DALAM PENCARIAN LITERATUR

Tulis pernyataan masalah Rujuk sumber sekunder (secondary sources) o Ensaiklopedia o Research reviews Tentukan descriptors Akses sumber preliminary (preliminary sources) o Abstrak o Indeks o Bibliografi o Sistem maklumat perpustakaan o Pencarian berkomputer - Adjusting the scope of the search - Obtaining the primary sources - Personal computer o Perkhidmatan lain di perpustakaan Baca dan rekod literatur secara sistematik Tulis sorotan literatur

Membaca dan merekod literatur

Setelah literatur yang berkaitan dibaca dan difahami, maka ianya perlu direkod. Perekodan melibatkan proses menulis maklumat utama (spt: penulis, judul artikel/buku, nama buku/jurnal, dan maklumat penerbitan) dan membuat ulasan serta abstrak bagi setiap literatur yang terpilih. Ulasan dan abstrak yang baik umumnya mengandungi sekurang-kurangnya lima bahagian utama yang dicatat secara ringkas dan padat: 1. Tajuk kajian 2. Tujuan dan hipotesis kajian 3. Metodologi o Reka bentuk kajian

o Persampelan o Instrumen o Analisis statistik 4. Dapatan kajian 5. Kesimpulan

Selain daripada mengguna kad-kad yang bersaiz 5 x 3, maklumat utama, ulasan dan abstrak boleh dikumpul dengan menggunakan perisian berkomputer. Contohnya: Biblio Reference Manager (http://www.biblioscape.com/downloadreq.htm). Atau sekiranya bahan rujukan tersebut amat bertepatan dan berkait secara langsung dengan konstruk kajian kita, sebaiknya kita print-out / photostat dan masukkan ke dalam fail-fail yang telah dibahagikan dan diletakkan tajuk-tajuk yang mewakili konstruk kajian kita. Kaedah ini akan menjadikan segala kerja kita lebih mudah, sistematik dan terkini.

Menulis kajian literatur Setelah semua bahan literatur dikumpul, dibaca dan difahami sepenuhnya, proses menulis boleh bermula. Kajian literatur biasanya mengandungi tiga bahagian utama: Pengenalan (Introduction) Isi (Body) merangkumi konstruk -konstruk kajian, kerangka teori dan model yang digunakan dan kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan tajuk kajian kita. Kesimpulan (conclusions)

Kajian Literatur

Dalam penulisan tesis, di antara bab yang tidak kurang pentingnya ialah Bab 2 iaitu berkenaan dengan Kajian Sorotan literatur (Literature review). Penting sangat ke kajian literatur ni? Memang penting sebab melalui kajian literatur la kita dapat kenal pasti kajian-kajian terdahulu yang lebih kurang sama dengan kajian kita. Malah based on previous research, kita dapat menentukan gap yang boleh kita sumbangkan untuk kajian kita. Bayangkan kalau dah hampir beribu-ribu kajian yang lebih kurang sama telah dilakukan, membantu kita membuat keputusan untuk tidak menjalankan kajian yang sama tersebut. Tujuan kajian literatur ialah untuk menjelaskan kajian yang akan dijalankan berdasarkan maklumat dan pengetahuan yang tepat tentang hubung kait isu yang hendak dikaji. Di antara kajian-kajian lepas yang menjadi rujukan kita seperti artikel jurnal, tesis, kertas kerja, prosiding, buku malah dokumen-dokumen yang berkaitan. Namun, ia bergantung kepada tahap keutamaan, seperti contohnya jika kita ingin menetapkan teori yang akan kita gunakan dalam kajian kita, rujukan daripada keratan akhbar dan kertas kerja masih tidak memadai. Malah kita perlu mencari sumber yang kukuh hasil daripada penulisan buku daripada sarjana terbabit dan juga jurnal-jurnal terkini yang dihasilkan. Terdapat beberapa bahagian penting yang amat memerlukan kita merujuk kepada kajian literatur seperti pembangunan teori kajian, perkembangan reka bentuk kajian dan juga metode pengumpulan dan penganalisaan data. Pendek kata, semua aspek dalam penulisan tesis memerlukan sumber rujukan literatur yang betul bagi membuktikan perbincangan kajian kita bersifat saintifik dan empirikal.

Persoalannya, banyak mana yang perlu kita rujuk dalam kajian literatur? Sebenarnya ia terpulang kepada keperluan penulisan kita. Banyak tidak membuktikan penulisan kita telah superb, jika perbincangan kajian di tahapsurface dan dasar sahaja. Dan juga kajian literatur bukan hanya sekadar kita memberikan laporan ringkasan hasil kajian lepas sahaja seperti Ahmad (2012) berhujah, Ahmad (2012) menyatakan, Ahmad (2012) berpendapat, Ahmad (2012) membincangkan dsb. Malah, sebagai seorang pengkaji, kita seharusnya menguasai penulisan tesis kita dengan identiti kita sendiri melalui perbincangan kajian literatur yang kritis dan kritikal. Perlu diingatkan juga kepada penyelidik kajian tentang isu etika dalam penulisan. Jangan mengamalkan budaya copy & paste. Setiap apa dan siapa yang kita rujuk perlu kita hargai

dengan meletakan citation dan rujukan. Boleh rujuk format rujukan seperti APA style, Chicago, gaya UKM dsb. Barulah kajian tesis kita nampak ilmiah :) Sorotan literatur merupakan sorotan ke atas bahan bacaan yang telah dibaca seperti jurnal, artikel, kertas seminar dan lain-lain. Dalam sorotan literatur, beberapa kaedah digunakan iaitu: a. Membanding dan membeza - Mencari perbezaan dan persamaan dari segi ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa. - digunakan apabila: a. ada 2 atau lebih ciri atau kemungkinan b. membuat keputusan atau pilihan - langkah penggunaan: i. perhatikan dan berikan tumpuan pada 1 atau beberapa ciri kajian tindakan. ii. kenalpasti ciri kajian tindakan tersebut. iii. nyatakan ciri persamaan dan perbezaan b. Menganalisis - menceraikan maklumat ke bahagian-bahagian lebih kecil dan menghuraikan maksud yang tersirat. - digunakan untuk memahami dan mengenal hubungkait antara bahagian dan mengenali prinsip-prinsip yang terlibat. c. Menilai - mempertimbangkan kebaikan dan kelemahan sesuatu perkara berdasarkan bukti yang sah. - digunakan apabila: a. ingin memilih sesuatu b. menerima atau menolak sesuatu idea d. Kesimpulan - menyatakan hasil sesuatu kajian berdasarkan pada 1 hipotesis dan mengukuhkan berdasarkan penyiasatan. - digunakan untuk membuat keputusan, menerangkan sesuatu, meramal dan menyokong kenyataan. e. Mensintesis

- menggabungkan idea-idea, unsur atau item yang berasingan seterusnya menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk penyataan esei, lukisan atau artifak.

Contoh penulisan sorotan literatur

Langkah 1: Kumpul bahan Mengumpulkan artikel yang berkaitan dengan tajuk dan skop kajian anda. Katakan anda berjaya mendapatkan tiga artikel yang sesuai. Berikut adalah tiga artikel yang anda dapati memenuhi matlamat anda. Berikut saya ringkaskan sahaja: (i) The main objective of this study is to design a learning courseware based onlearning style for form 6 science students using ADDIE model. Result of previous research shows that learning style strategy is important to enhance learners attention. Therefore designing a learning courseware should fulfil diversity of learning style. (Norliza, 2008) (ii) The using of 3D virtual learning is relatively new learning science. However, 3D virtual environment will provide opportunity to visualize abstract and dynamic science concepts (Widyawati, 2010) (iii) Dapatan dari kajian ini membuktikan bahawa pembelajaran berasasakan laman sesawang telah menyediakan satu persekitaran pembelajaran yanginteraktif dan menyeronokkan. Pengalaman yang menyerokokkan ini telah Berjaya meningkatkan motivasi subjek (Rahayu, 2009)

Langkah 2: Analisis bahan Membaca dengan tujuan menganalisis. Katakan anda ingin mencari ciri-ciri yang sesuai bagi membina perisian multimedia anda, maka anda perlu menganalisis artikel yang anda kumpul untuk mendapat maklumat yang anda perlukan. Berikut andalah ringkasan analisis anda: (i) Petikan 1

Membina mengunakan model ADDIE Ambil kira stail belajar pelajar Meningkatkan tumpuan pelajar

(ii) Petikan 2

Memasukkan elemen 3D Visualkan konsep dinamik dan abstrak

(iii) Petikan 3

Interaktif Meningkatkan motivasi

Langkah 3: Mensistesis ayat anda sendiri Mensintesis bahan yang anda telah analisis dalam bentuk ayat anda sendiri dengan memasukkan semua 7 isi yang disenaraikan di atas seperti contoh berikut: Pembinaan bahan pengajaran multimedia telah menjadi satu keperluan dalam pendidikan sains. Walau bagaimanapun, keberkesanan bahan multimedia tersebut dalam meningkatkan kefahaman dan motivasi pelajar dalam mempelajari sains terus menjadi persoalan. Oleh yang demikian, bagi memastikan keberkesanan bahan pengajaran multimedia, pembinaannya hendaklah diasaskan kepada model pembinaan teknologi pengajaran seperti Model ADDIE. Langkah pertama mengikut Model ADDIE adalah analisis keperluan pelajar. Satu aspek penting dalam menganalisis keperluan pelajar adalah faktor stail belajar. Ini kerana guru dapat mengoptimumkan keberkesanan pengajaran jika bahan pengajaran multimedia yang dipersembahkan menepati stail belajar (2) pelajar yang berbagai (Norliza, 2008). Peringkat kedua model ADDIE adalah peringkat pembangunan yang perlu mengambilkira unsur terkini seperti persekitaran 3D (4). Persekitaran 3D dapat membantu pelajar menvisualkan konsep-konsep yang dinamik, abstrak (5) dan sukar difahami (Widyawati, 2010) dalam pengajaran sains. Pengajaran sains yang banyak melibatkan konsep-konsep abstrak seperti konsep atom dan molekul sangat memerlukan bahan pengajaran multimediayang boleh dimanipulasi secara visual (5) dalam persekitaran 3D. Seterusnya pada peringkat ketiga Model ADDIE, rekabentuk bahan pengajaran

multimedia perlulah menarik bagi mendapatkan tumpuan (3) pelajar semasa pengajaran sains. Faktor tumpuan ini mempunyai perkaitan dengan peningkatan motivasi (7) sepanjang berlansungnya aktiviti pengajaran sains (Norliza, 2008; Rahayu, 2009). Bukan itu sahaja, ciri-ciriinteraktif (6) perlu dibangunkan bagi meningkatkan tumpuan pelajar disamping memberikan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan (Rahayu, 2009). Perhatikan: 1. Anda tidak perlu copy and paste mana-mana ayat dari petikan, tulis jer ikut pemahaman anda. Yang penting..... tulis dan sertakan sumber rujukan anda.

2.

Perhatikan ayat yang KONSISTEN seperti bahan pengajaran

multimedia walaupun tidak digunakan langsung dalam mana-mana sumber rujukan yang anda petik, istilah tersebut adalah istilah anda, istilah untuk kajian anda. JANGAN TAKUT menggunakan ayat anda sendiri secara konsisten selagi anda nyatakan sumber rujukan kepada isi / idea yang anda petik. Teruskan menulis dan menulis dengan isi yang anda analisis dari petikan.

Anda mungkin juga menyukai