Anda di halaman 1dari 32

BAB 2

JENIS PENULISAN

2.1 PENULISAN ILMIAH


PENULISAN
ILMIAH

Penulisan Contoh: Esei


lebih ilmiah, Artikel
objektif jurnal, Esei dalam
majalah ilmu,
Maklumat
makalah ilmiah,
berkaitan topik
artikel dalam
pilihan dikupas
buku teks
dengan
mendalam
FORMAL & OBJEKTIF

• Penulisan Ilmiah MESTI bersifat FORMAL


• Bebas dari EMOSI
• Fakta & hujah yang dikemukakan disampaikan dengan SEMPURNA
• Penggunaan bahasa yang TERATUR & CUKUP JELAS
• Kata-kata bersifat andaian tidak wajar digunakan:
pada umumnya, barangkali, mungkin, sudah tentu
• Gunakan ungkapan:
Berdasarkan kajian, …
Penyelidikan ini membuktikan…
Berdasarkan data yang diperoleh …
Hasil kajian mendapati ...
PENGGUNAAN FORMAT DAN
BAHASA BAKU

• Penyusunan bab, halaman, catatan dan rujukan tertakluk kepada


gaya yang tekal.
• Pembahagian judul kecil, catatan dan rujukan mempunyai kaedah
yang cukup mantap.
• Penyusunan kertas diambil kira.
BAHASA BAKU/RASMI

• Bahasa yang digunakan dalam penulisan ilmiah mestilah bahasa baku,


iaitu bahasa yang memenuhi peraturan-peraturan bahasa
• Kesalahan bahasa tidak dibenarkan sama sekali.
• Unsur bahasa basahan/bahasa rojak tiada dalam huraian penulis
kecuali sebagai data.
• Walau apa pun natijahnya, yang paling penting ialah penerimaan dan
penggunaan bahasa Melayu dalam society kita. Kedudukan bahasa
mungkin another issue, tapi yang perlu ditekankan ialah penggunaan
sejati dan tulen secara rasmi oleh aku dan hang.
PENGGUNAAN ISTILAH KHUSUS

• Laras ilmiah ditandai oleh istilah-istilah khusus.


• Pemilihan kata amat dititikberatkan termasuklah kesesuaian,
keupayaan dan ketepatan kata.
Metodologi, penganalisisan data, frekuensi, purata, signifikan, alat,
rangka kerja, kerangka teori, ulasan kajian, rumusan, ruang litup
kajian, konsep
TOLAK KATA MUBAZIR / LEWAH

• Penggunaan perkataan haruslah tepat dan objektif.


• Kata-kata yang membazir tidak diperlukan.
• Penulis hanya menggunakan perkataan yang meleret-leret dalam
penulisan sastera demi keindahan estetika.
• Contoh:
Ruang Web luas. Ruang Web luas sekali. Pesat sekali perkembangan
Web. Persoalannya ialah penilaian terhadap sejauh mana Web
dimanfaatkan dalam pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu.
Penilaian bukan semata-mata dari segi bilangan halaman Web dan
bahasa Melayu. Penilaian bukan sahaja dari kualiti halaman Web tetapi
juga penilaian terhadap kepenggunaan halaman Web itu sendiri.
PENGGUNAAN RAGAM PASIF

• Penulisan ilmiah banyak menggunakan ayat pasif


• Ayat Pasif menekankan Objek Ayat (Kajian) & bukan Subjek Ayat
(Pelaku)
• Ragam Pasif tiada Pelaku
Data ini dikumpulkan melalui soal selidik......
• Ayat Pasif Biasa sering digunakan
Data ini dikumpulkan oleh penyelidik
melalui soal selidik …
PENGGUNAAN NADA SEDERHANA &
BERSAHAJA

• Unsur emosional, ungkapan yang melampau dan ekstrim hendaklah


dihindarkan dalam penulisan ilmiah.
• amat mendukacitakan, amat menyedihkan, malang sekali,
bencinya, sayangnya.
• Penulis mestilah matang, bijaksana dan tenang sewaktu menyajikan
ideanya untuk dikongsi bersama pembaca.
• Contoh:
• Penggunaan istilah yang sukar, sayangnya, akan membantutkan minat
pelajar pada pelajaran itu dan justeru itu, akan timbul satu senario yang amat
menyedihkan sekali, yakni sukar untuk pelajar memahami konsep ilmu itu
secara keseluruhannya.
WUJUD SIFAT KEJELASAN

• Laras bahasa ilmiah mesti difahami dengan mudah. Unsur ketaksaan


yang boleh ditafsirkan dengan pelbagai makna tidak digunakan.
Mungkin, barangkali, boleh jadi, ada kemungkinan, lebih kurang,
amat sungguh, saya rasa, pada pendapat saya, kurang faham, lebih
baik
• Contoh
• Namun demikian sesudah meneliti sejarah penciptaan dan pengemaskinian
sistem bunyi dan perlambangan jelaslah sistem yang diajarkan di peringkat
yang asas itu mengambil waktu beribu-ribu tahun untuk sampai ke peringkat
kemantapannya.
SUDUT PANDANGAN ORANG
KETIGA

• Jangan guna sudut pandangan orang pertama untuk elak unsur


peribadi/personal di antara penulis dan pembaca
Ayat janggal:
“Saya menyelidiki persoalan itu dari sudut…”
Ayat sesuai:
“Persoalan tersebut dikaji berdasarkan …”
PENGGUNAAN AYAT MAJMUK

• Laras bahasa ilmiah ditandai dengan penggunaan ayat majmuk


sama ada majmuk gabungan, majmuk pancangan atau majmuk
campuran.

• Ayat Majmuk digunakan kerana laras bahasa ilmiah


menggungkapkan hal-hal yang kompleks dan abstrak sifatnya
misalnya laras undang-undang.
Contoh

• Menurut laporan portal Telegraph, sebiji batu mengenai


sebuah kenderaan dalam perarakan itu tetapi tidak
mengenai kenderaan jenis Cadillac yang dinaiki Trump
yang turut dikenali sebagai The Beast.
• Menurut Henry Guntur Tarigan (1980), wacana
merupakan satuan bahasa yang terlengkap dan tertinggi
atau terbesar di atas kalimat atau klausa dengan
koherensi dan kohesi tinggi yang berkesinambungan
yang mempunyai awal dan akhir yang disampaikan
secara lisan atau tertulis.
PENGGUNAAN ILUSTRASI

• Rajah, jadual, carta, gambar


Penggunaan bahan-bahan ini perlu kerana huraian dalam tulisan
adakalanya tidak mencukupi dan perlu dimantapkan dengan huraian
ilustrasi.
 Huraian melalui ilustrasi adakalanya lebih mudah difahami
Contoh Penulisan Ilmiah

Paradigma bidang perubatan di Malaysia akan beranjak


apabila program e-perubatan yang menghubungkan 38
buah hospital di negara ini beroperasi tidak lama lagi.
Melalui teleperundingan, program yang menelan belanja
sebanyak RM27 juta ini bukan sahaja menjimatkan masa
dan kos, malah berupaya menawarkan rawatan terbaik
kepada pesakit tanpa perlu berjumpa pakar perubatan.
Oleh hal demikian, untuk menjayakan perkhidmatan
teleperundingan yang bersifat mesra pengguna, perkara
yang perlu diberikan perhatian ialah bahasa. Justeru,
penggunaan bahasa kebangsaan yang mudah difahami
oleh segenap masyarakat dilihat sebagai peluang terbaik
rakyat untuk mendapatkan hak bagi rawatan yang
terbaik, adil dan sama rata.
STRUKTUR PENULISAN ILMIAH

Laporan ilmiah mempunyai stuktur penulisan seperti yang


berikut:

• Pengenalan/Pendahuluan • Batasan Kajian


• Penyataan Masalah • Analisis Data
• Definisi konsep • Perbincangan/Kesimpulan
• Kepentingan Kajian • Cadangan
• Sorotan Kajian • Rujukan
• Kaedah Kajian & Tatacara • Lampiran
analisis data
Pengenalan/ Pendahuluan

• Perkara yang menjadi tajuk atau fokus perbincangan


• Apa yang akan diselidik/kaji,
• Mengapa kajian itu dilakukan
• Bagaimana kajian itu dijalankan
• Latar belakang ringkas tentang tajuk kajian juga turut diketengahkan
supaya pembaca mendapat gambaran awal tentang apa-apa yang
akan dibincangkan seterusnya.
Penyataan Masalah

• Permasalahan yang dihadapi oleh penulis sehingga mencetuskan


idea untuk menjalankan kajian.
• Permasalahan daripada individu-individu lain.
• Sulaiman Masri (2005)- permasalahan yang ditetapkan untuk
dikaji memerlukan beberapa pertimbangan seperti yang berikut:
• Adakah permasalahan itu berguna untuk diselesaikan?
• Adakah terdapat kebijaksanaan yang diperlukan untuk
penyelesaian permasalahan tersebut?
• Adakah permasalahan pilihan anda menarik untuk
diselesaikan?
• Adakah permasalahan tersebut menemukan sesuatu yang
baru?
• Adakah diperlukan dan diperolehi data yang secukupnya
untuk menyelesaikan permasalahan anda?
• Adakah anda mempunyai kemampuan tenaga, wang dan
masa.
Definisi Konsep

• Takrif yang jelas terhadap topik perbincangan.


• Definisi yang dikemukakan ini bertujuan memudahkan pembaca untuk
memahami konsep sebenar yang akan dibincangkan oleh penulis
mengikut ruang lingkup kajiannya.
Kepentingan Kajian

• Kepentingan sesuatu kajian itu dijalankan.


• Kajian yang dijalankan mungkin akan memberi impak kepada individu,
masyarakat ataupun organisasi tertentu.
Sorotan Kajian

• Bahagian ini memuatkan ulasan kajian terdahulu sama ada


dalam ataupun luar negara.
• Kajian tersebut mestilah mempunyai kaitan secara
langsung atau tidak langsung dengan kajian yang
dijalankan.
• Sorotan kajian biasanya boleh dilakukan pada buku, jurnal,
tesis, kertas kerja, ataupun sumber lain yang berkaitan
dengan kajian yang dijalankan.
• Penulis perlu memperlihatkan singnifikan kajian terdahulu
yang masih kukuh.
Kaedah Kajian (Metodologi)

• Sulaiman Masri et al. (2006) menjelaskan bahawa bahagian ini


memperkatakan kaedah atau metodologi yang digunakan
dalam penggarapan penyelidikan.
• Bahagian ini yang lazimnya disebut reka bentuk kajian meliputi
kaedah kajian, instrumen, sampel kajian, prosedur
pengumpulan data, dan prosedur penganalisisan data. Huraian
tentang konsep atau unit analisis boleh menghasilkan
dapatannya. Data yang dikumpul boleh dipersembahkan dalam
bentuk rajah, jadual, carta, atau dinomborkan.
Batasan Kajian

• Ruang lingkup perkara yang dikaji dan dimuatkan dalam


penulisan.
• Lazimnya dinyatakan sempadan kajian sama ada terbatas
kepada populasi tertentu ataupun secara menyeluruh.
Pengumpulan Data

• Pengumpulan data merupakan proses pengukuran variable.


Penulis boleh memilih teknik atau alat pengumpulan data
yang sesuai dengan kajian. Walau bagaimanapun, prosedur
pengumpulan data agak terbatas dan antara yang popular
dalam penyelidikan ilmiah ialah seperti yang berikut:
• Penyoalan (soal selidik, wawancara)
• Pengukuran (seperti ujian, skala, analisis kandungan, dan
pengukuran fizikal)
• Pemerhatian secara langsung atau tidak langsung.
Analisis Data

• Penulis menunjukkan apa yang telah diperoleh daripada


penyelidikan.
• Penulis perlu mengupas keputusan penyelidikan dengan
berkesan dan tidak meyimpang daripada objektif kajian
yang telah ditetapkan.
• Penulis haruslah menggunakan objektif penyelidikan
sebagai asas untuk mentafsir data dan maklumat yang
dikumpul.
Perbincangan/ Kesimpulan

• Dalam bahagian ini penulis perlu melaporkan penemuan


penyelidikan yang diperoleh.
• Laporan mesti dibuat dengan jujur, jelas dan boleh difahami.
• Penemuan penyelidikan harus didedahkan kepada
perbincangan umum, khususnya dalam kalangan
masyarakat yang berbudaya penyelidikan supaya
kegunaannya lebih mantap dan meluas.
Cadangan

• Penulis mengemukakan cadangan-cadangan lain


yang berkaitan dengan bidang dan masalah yang
dikaji.
• Cadangan perlu dikemukakan secara rasional
berpandukan kepada data dan maklumat yang
diperoleh.
• Cadangan haruslah tidak terlalu sukar supaya
pelaksanaan tersebut dapat dijalankan dengan
berkesan.
Rujukan

• Penulis menyenaraikan sumber-sumber rujukan yang telah


digunakan semasa menjalankan kajian. Lazimnya penulisan
rujukan adalah mengikut gaya yang telah ditetapkan
berdasarkan bidang penyelidikan.
• Sebagai contoh, penulisan rujukan mungkin berdasarkan Gaya
Dewan (Dewan Bahasa dan Pustaka, 1995), APA Style (The
American Psychological Association, 2001), MLA Style (MLA
Style Guide Manual and Guide to Scolarly Publishing (Gibaldi,
1998) dan sebagainya.
Lampiran

• Penulis perlu melampirkan bahan yang digunakan dalam


penyelidikan.
• Contoh: borang soal selidik, skrip-skrip yang digunakan
dalam penyelidikan, gambar, jadual nombor rawak dan
sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai