Anda di halaman 1dari 39

PENULISAN ILMIAH

 Penulisan lebih objektif dengan perincian yang


berupaya menyampaikan warta secara jelas
 Maklumat yang berkaitan dengan topik pilihan
dikupas dengan mendalam
 Contoh: Esei ilmiah, Artikel jurnal, Esei dalam
majalah ilmu, makalah ilmiah, artikel dalam buku
teks
 Penulisan Ilmiah MESTI bersifat FORMAL
 Bebas dari EMOSI
 Fakta & hujah yang dikemukakan
disampaikan dengan SEMPURNA
 Penggunaan bahasa yang TERATUR &
CUKUP JELAS
 Kata-kata bersifat andaian tidak wajar
digunakan:
pada umumnya, barangkali, mungkin,
sudah tentu
 Gunakan ungkapan:
Berdasarkan kajian, …
Penyelidikan ini membuktikan…
Berdasarkan data yang diperoleh …
Hasil kajian mendapati ...
 Penyusunan bab, halaman, catatan dan
rujukan tertakluk kepada gaya yang tekal.
 Pembahagian judul kecil, catatan dan rujukan
mempunyai kaedah yang cukup mantap.
 Penyusunan kertas diambil kira.
 Bahasa yang digunakan dalam penulisan
ilmiah mestilah bahasa baku, iaitu bahasa
yang memenuhi peraturan-peraturan bahasa
 Kesalahan bahasa tidak dibenarkan sama
sekali.
 Unsur bahasa basahan/bahasa rojak tiada
dalam huraian penulis kecuali sebagai data.
Walau apa pun natijahnya, yang paling
penting ialah penerimaan dan penggunaan
bahasa Melayu dalam society kita.
Kedudukan bahasa mungkin another
issue, tapi yang perlu ditekankan ialah
penggunaan sejati dan tulen secara rasmi
oleh aku dan hang.
 Laras ilmiah ditandai oleh istilah-istilah
khusus.
 Pemilihan kata amat dititikberatkan
termasuklah kesesuaian, keupayaan dan
ketepatan kata.

Metodologi, penganalisisan data,


frekuensi, purata, signifikan, alat, rangka
kerja, kerangka teori, ulasan kajian,
rumusan, ruang litup kajian, konsep
 Penggunaan perkataan haruslah tepat dan
objektif
 Kata-kata yang membazir tidak diperlukan.
 Penulis hanya menggunakan perkataan
yang meleret-leret dalam
penulisan sastera demi keindahan estetika
Ruang Web luas. Ruang Web luas sekali.
Pesat sekali perkembangan Web.
Persoalannya ialah penilaian terhadap sejauh
mana Web dimanfaatkan dalam pembinaan
dan pengembangan bahasa Melayu.
Penilaian bukan semata-mata dari segi
bilangan halaman Web dan bahasa Melayu.
Penilaian bukan sahaja dari kualiti halaman
Web tetapi juga penilaian terhadap
kepenggunaan halaman Web itu sendiri.
 Penulisan ilmiah banyak menggunakan ayat
pasif
 Ayat Pasif menekankan Objek Ayat (Kajian)
& bukan Subjek Ayat (Pelaku)
 Ragam Pasif tiada Pelaku
Data ini dikumpulkan melalui soal
selidik......
 Ayat Pasif Biasa sering digunakan
Data ini dikumpulkan oleh penyelidik
melalui soal selidik …
 Unsur emosional, ungkapan yang
melampau dan ekstrim hendaklah
dihindarkan dalam penulisan ilmiah
 amat mendukacitakan, amat
menyedihkan, malang sekali, bencinya,
sayangnya.
 Penulis mestilah matang, bijaksana dan
tenang sewaktu menyajikan ideanya untuk
dikongsi bersama pembaca
Penggunaan istilah yang sukar,
sayangnya, akan membantutkan minat
pelajar pada pelajaran itu dan justeru itu,
akan timbul satu senario yang amat
menyedihkan sekali, yakni sukar untuk
pelajar memahami konsep ilmu itu secara
keseluruhannya.
 Laras bahasa ilmiah mesti difahami
dengan mudah. Unsur ketaksaan yang
boleh ditafsirkan dengan pelbagai
makna tidak digunakan.
Mungkin, barangkali, boleh jadi, ada
kemungkinan, lebih kurang, amat
sungguh, saya rasa, pada pendapat
saya, kurang faham, lebih baik
Namun demikian sesudah meneliti sejarah
penciptaan dan pengemaskinian sistem
bunyi dan perlambangan jelaslah sistem
yang diajarkan di peringkat yang asas itu
mengambil waktu beribu-ribu tahun untuk
sampai ke peringkat kemantapannya.
 Jangan guna sudut pandangan orang
pertama untuk elak unsur peribadi/personal
di antara penulis dan pembaca
Ayat janggal:
“Saya menyelidiki persoalan itu dari
sudut…”
Ayat sesuai:
“Persoalan tersebut dikaji berdasarkan …”
 Larasbahasa ilmiah ditandai dengan
penggunaan ayat majmuk sama ada
majmuk gabungan, majmuk pancangan
atau majmuk campuran.

 Ayat Majmuk digunakan kerana laras


bahasa ilmiah menggungkapkan hal-hal
yang kompleks dan abstrak sifatnya
misalnya laras undang-undang.
 Menurut laporan portal Telegraph, sebiji batu
mengenai sebuah kenderaan dalam perarakan itu
tetapi tidak mengenai kenderaan jenis Cadillac
yang dinaiki Trump yang turut dikenali sebagai
The Beast.
 Menurut Henry Guntur Tarigan (1980), wacana
merupakan satuan bahasa yang terlengkap dan
tertinggi atau terbesar di atas kalimat atau klausa
dengan koherensi dan kohesi tinggi yang
berkesinambungan yang mempunyai awal dan
akhir yang disampaikan secara lisan atau tertulis.
 Rajah, jadual, carta, gambar
Penggunaan bahan-bahan ini perlu kerana
huraian dalam tulisan adakalanya tidak
mencukupi dan perlu dimantapkan dengan
huraian ilustrasi.
 Huraian melalui ilustrasi adakalanya lebih
mudah difahami
Paradigma bidang perubatan di Malaysia akan beranjak
apabila program e-perubatan yang menghubungkan 38
buah hospital di negara ini beroperasi tidak lama lagi.
Melalui teleperundingan, program yang menelan belanja
sebanyak RM27 juta ini bukan sahaja menjimatkan masa
dan kos, malah berupaya menawarkan rawatan terbaik
kepada pesakit tanpa perlu berjumpa pakar perubatan.
Oleh hal demikian, untuk menjayakan perkhidmatan
teleperundingan yang bersifat mesra pengguna, perkara
yang perlu diberikan perhatian ialah bahasa. Justeru,
penggunaan bahasa kebangsaan yang mudah difahami
oleh segenap masyarakat dilihat sebagai peluang terbaik
rakyat untuk mendapatkan hak bagi rawatan yang terbaik,
adil dan sama rata.
 Laporan ilmiah mempunyai stuktur
penulisan seperti yang berikut:
 Pengenalan/Pendahuluan
 Penyataan Masalah
 Definisi konsep
 Kepentingan Kajian
 Sorotan Kajian
 Kaedah Kajian & Tatacara analisis data
 Batasan Kajian
 Analisis Data
 Perbincangan/Kesimpulan
 Cadangan
 Rujukan
 Lampiran
 Perkara yang menjadi tajuk atau fokus
perbincangan
 Apa yang akan diselidik/kaji,
 Mengapa kajian itu dilakukan
 Bagaimana kajian itu dijalankan
 Latar belakang ringkas tentang tajuk kajian
juga turut diketengahkan supaya pembaca
mendapat gambaran awal tentang apa-apa
yang akan dibincangkan seterusnya.
 Permasalahan yang dihadapi olehpenulis
sehingga mencetuskan idea untuk
menjalankan kajian.
 Permasalahan daripada individu-individu
lain.
 Sulaiman Masri (2005)- permasalahan yang ditetapkan untuk
dikaji memerlukan beberapa pertimbangan seperti yang
berikut:

 Adakah permasalahan itu berguna untuk diselesaikan?


 Adakah terdapat kebijaksanaan yang diperlukan untuk
penyelesaian permasalahan tersebut?
 Adakah permasalahan pilihan anda menarik untuk
diselesaikan?
 Adakah permasalahan tersebut menemukan sesuatu yang
baru?
 Adakah diperlukan dan diperolehi data yang secukupnya
untuk menyelesaikan permasalahan anda?
 Adakah anda mempunyai kemampuan tenaga, wang dan
masa.
 Takrif yang jelas terhadap topik
perbincangan.
 Definisi yang dikemukakan ini bertujuan
memudahkan pembaca untuk memahami
konsep sebenar yang akan dibincangkan
oleh penulis mengikut ruang lingkup
kajiannya.
 Kepentingan sesuatu kajian itu dijalankan.
 Kajian yang dijalankan mungkin akan
memberi impak kepada individu, masyarakat
ataupun organisasi tertentu.
 Bahagian ini memuatkan ulasan kajian terdahulu sama ada
dalam ataupun luar negara.
 Kajian tersebut mestilah mempunyai kaitan secara langsung
atau tidak langsung dengan kajian yang dijalankan.
 Sorotan kajian biasanya boleh dilakukan pada buku, jurnal,
tesis, kertas kerja, ataupun sumber lain yang berkaitan
dengan kajian yang dijalankan.
 Penulis perlu memperlihatkan singnifikan kajian terdahulu
yang masih kukuh.
 Sulaiman Masri et al. (2006) menjelaskan bahawa bahagian
ini memperkatakan kaedah atau metodologi yang digunakan
dalam penggarapan penyelidikan.
 Bahagian ini yang lazimnya disebut reka bentuk kajian
meliputi kaedah kajian, instrumen, sampel kajian, prosedur
pengumpulan data, dan prosedur penganalisisan data.
Huraian tentang konsep atau unit analisis boleh
menghasilkan dapatannya. Data yang dikumpul boleh
dipersembahkan dalam bentuk rajah, jadual, carta, atau
dinomborkan.
 Ruang lingkup perkara yang dikaji dan
dimuatkan dalam penulisan.
 Lazimnya dinyatakan sempadan kajian
sama ada terbatas kepada populasi
tertentu ataupun secara menyeluruh.
 Pengumpulan data merupakan proses pengukuran
variable. Penulis boleh memilih teknik atau alat
pengumpulan data yang sesuai dengan kajian.
Walau bagaimanapun, prosedur pengumpulan data
agak terbatas dan antara yang popular dalam
penyelidikan ilmiah ialah seperti yang berikut:
 Penyoalan (soal selidik, wawancara)
 Pengukuran (seperti ujian, skala, analisis kandungan,
dan pengukuran fizikal)
 Pemerhatian secara langsung atau tidak langsung.
 Penulis menunjukkan apa yang telah
diperoleh daripada penyelidikan.
 Penulis perlu mengupas keputusan
penyelidikan dengan berkesan dan tidak
meyimpang daripada objektif kajian yang
telah ditetapkan.
 Penulis haruslah menggunakan objektif
penyelidikan sebagai asas untuk mentafsir
data dan maklumat yang dikumpul
 Dalam bahagian ini penulis perlu melaporkan
penemuan penyelidikan yang diperoleh.
 Laporan mesti dibuat dengan jujur, jelas dan
boleh difahami.
 Penemuan penyelidikan harus didedahkan
kepada perbincangan umum, khususnya
dalam kalangan masyarakat yang berbudaya
penyelidikan supaya kegunaannya lebih
mantap dan meluas.
 Penulis mengemukakan cadangan-cadangan
lain yang berkaitan dengan bidang dan masalah
yang dikaji.
 Cadangan perlu dikemukakan secara rasional
berpandukan kepada data dan maklumat yang
diperoleh.
 Cadangan haruslah tidak terlalu sukar supaya
pelaksanaan tersebut dapat dijalankan dengan
berkesan.
 Penulis menyenaraikan sumber-sumber rujukan
yang telah digunakan semasa menjalankan
kajian. Lazimnya penulisan rujukan adalah
mengikut gaya yang telah ditetapkan
berdasarkan bidang penyelidikan.
 Sebagai contoh, penulisan rujukan mungkin
berdasarkan Gaya Dewan (Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1995), APA Style (The American
Psychological Association, 2001), MLA Style
(MLA Style Guide Manual and Guide to Scolarly
Publishing (Gibaldi, 1998) dan sebagainya.
 Penulis perlu melampirkan bahan yang
digunakan dalam penyelidikan.
 Contoh: borang soal selidik, skrip-skrip
yang digunakan dalam penyelidikan,
gambar, jadual nombor rawak dan
sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai