Anda di halaman 1dari 19

BMK3053

PENULISAN JURNAL
KAEDAH MENULIS DAPATAN KAJIAN
KAEDAH MENULIS SUMBER
KAEDAH MENULIS RUJUKAN
APA ITU dapatan KAJIAN?
 Hasil kajian yang bertujuan menjawab semua
persoalan dan objektif kajian. Perbincangan
meliputi pemaparan fakta dan data kajian
secara sistematik, saintifik, diperkejap
dengan idea-idea kritis dan inovatif.
 Mendemonstrasi pengetahuan, mentafsir
dapatan dan menonjolkan sumbangan
kepada ilmu pengetahuan (new
finding/novelty). 
 Memberikan idea baharu dari pelbagai sudut
secara lebih informatif berbanding
perbincangan dapatan pengkaji lain.
 Menjelaskan mengapa kajian anda telah
membantu memantapkan hasil penyelidikan,
memberi justifikasi, memperkukuh teori sedia
ada, memberi pemahaman lebih mendalam,
menjelaskan aspek yang tiada dalam kajian
lepas, memperkaya pengetahuan baharu dan
sedia ada. 
KONSEP DAPATAN KAJIAN
 Perbincangan secara kualitatif, kuantitatif atau
gabungan kedua-duanya.
 Berdasarkan kaedah kajian lapangan, kajian
kepustakaan, soal selidik pre test / post test, Ujian
T, kajian kes, temu bual dll.
 Menjelaskan titik persamaan dan perbezaan data
yang diperolehi serta faktor-faktor penyumbang
kepada situasi tersebut.
 Memberi bukti, contoh dan justifikasi yang
akademik dalam hujahan dan analisis.
 Ada data sokongan daripada sumber yang
berkredibiliti serta relevan dengan fokus kajian.
KAEDAH MENULIS
DAPATAN KAJIAN 1
 Mulakan dengan ulasan ringkas keseluruhan dapatan
bagi mengingatkan pembaca isu-isu yang telah
dikemukakan dalam halaman awal.
 Mengemukakan secara ringkas dapatan-dapatan yang
lebih penting dan signifikan, dikuti data-data yang
sederhana penting dan kurang penting.
 Dapatan-dapatan penting dan signifikan perlu dikategori
mengikut subtopik yang sesuai, dikupas dan meneliti
bagaimana dapatan-dapatan ini menyumbang kepada
pengetahuan baharu atau inovasi dalam bidang tersebut.
 Membina 5/6 subtopik berkaitan fokus kajian. Setiap
subtopik dinyatakan contoh dan diberi kupasan ilmiah
dalam kepanjangan yang seimbang.
KAEDAH MENULIS
DAPATAN KAJIAN 2
 Dapatan penting yang telah DIKATEGORI dalam sub
topik dikupas secara logik bagaimana dapatan-
dapatan itu dapat menyumbang kepada
pengetahuan, perspektif, inovasi baharu dalam
bidang kajian tersebut.
 Pemaparan data grafik; jadual, rajah, gambar, peta
dll. bagi mengukuhkan perbincangan.
 Membuat kesimpulan dengan mengemukakan
cadangan yang relevan berkaitan fokus kajian atau
memberi penekanan terhadap new finding artikel
tersebut dalam olahan bahasa yang menyakinkan.
BENTUK JADUAL UTK
JURNAL
BENTUK CARTA UTK
JURNAL
Tajuk
Abstrak
Pengenalan
Sorotan Literatur
Metodologi
Objektif kajian
Jawab
Data dan perbincangan
Objektif
Jadual dan carta
kajian
Dapatan 1
Dapatan 2
Dapatan 3
Kesimpulan
Inovasi/cadangan

9
ELAKKAN…
 Memaparkan carta yang mengelirukan. Tiada
penerangan data.
 Penerangan tidak lengkap atau terdapat aspek yang
tidak diulas dengan jelas.
 Tiada tajuk atau bilangan nombor jadual atau carta.
 Jenis fon atau saiz fon terlalu besar atau terlalu kecil,
tidak seragam. Saiz fon pada tajuk dan keterangan
dalam jadual atau carta ialah pada skala 10.
 Jadual atau carta terlalu besar atau terlalu kecil tidak
sesuai dengan kandungan teks (untuk kertas saiz A4).
 Penjelasan setiap jadual terlalu ringkas hingga sukar
difahami atau mengelirukan pembaca.
 Mereka-reka data dalam jadual atau carta bagi
menyelaraskan dengan hasil kajian.
MENULIS PETIKAN LANGSUNG
GAYA UPSI
CTH 1 (saiz font berskala 12)
 Selain itu pengertian kelompok menurut Homans (1950:76)
bahawa “Kelompok merupakan sejumlah individu yang
berkomunikasi satu dengan lainnya dalam jangka waktu tertentu
yang jumlahnya tidak terlalu banyak, sehingga hal tersebut
memberikan kesempatan bagi semua anggota untuk
berkomunikasi secara langsung”.

CTH 2: (saiz font petikan berskala 10)


 Menurut dapatan penyelidikan oleh KKM (Rajaratnam 2020:206),
“Jam biologi bukan sahaja penting secara saintifik, malah ianya
mempengaruhi produktiviti dan kesihatan. Kesan jangka panjang
akibat percanggahan antara jam biologi dan waktu kerja masih
tidak diketahui. Dalam jangka pendek, kesannya boleh dilihat ke
atas tidur, sistem penghadaman, kadar kemalangan dan masalah
sosial”.
MENULIS PETIKAN SUMBER
(GAYA UPSI)
Berdasarkan gaya APA yang terkini:
 Menurut Ibrahim (2018)
 ….(Ibrahim, 2018),
 …..(Ibrahim, 2018:12)
 Ibrahim (dalam Mohd, 2019:67)
 Menurut Ibrahim (2018), Othman (2018), Aisyah (2019)…..
 Kajian oleh Ibrahim menunjukkan peristiwa bahasa sangat
dipengaruhi oleh persekitaran sama ada dalam konteks
yang asli atau menerima pengaruh daripada budaya
campuran (Ibrahim, 2018:34).
 Kajian ini membuktikan kebenaran konsep kesantunan
suku Semai seperti mana dibuktikan dalam dapatan
pengkaji Barat (John, 1997, Lee 2000, Albert 2002, dan
Ramsis 2003).
ELAKKAN MENULIS...
Jgn mengulang ayat yang lapok, klise dan stereotaip..kajian ini
menyokong kajian si A, Si B tanpa sebab yang jelas. Hanya untuk
memanjangkan ayat, muka surat atau perenggan, Bahasa yang
menjemukan, dapat diramal rumusannya menunjukkan peniruan
daripada kajian orang lain.

Dapatan kajian ini selari dengan dapatan AA (2007)…..Dapatan ini


disokong oleh dapatan kajian oleh AA (2009) dan BB(2008)…. Dapatan
kajian ini mengukuhkan lagi dapatan kajian BB (2003).. (Gaya bahasa
seperti badut jika asyik mengulangi perenggan seperti di atas sebab
tidak menunjukkan sumbangan baharu kepada pengetahuan dalam
bidang kajian anda!).

Menulis perbincangan seperti kamus – kaku, tiada kreatif,, kritis dan


inovatif. Tiada huraian logik pada jadual, rajah, carta. Pembaca seolah-
olah diminta memikir sendiri maksud di sebalik angka-angka pada
jadual, carta grafik.
Perbincangan ‘separuh masak”, menyimpang daripada
persoalan dan objektif kajian. Fakta dan idea yang sama
berulang-ulang, huraian umum seperti menulis rencana,
kupasan data tidak konsisten, longgar dan contoh tidak relevan.

Huraian sesuatu dapatan tidak seimbang. Ada huraian yang


terlalu panjang dan ada pula yang terlalu pendek.

Tidak kaitkan dengan teori dengan fakta perbincangan. Teori


hanya wujud dalam bahagian awal sahaja. Hanya perbincangan
kosong berdasarkan pandangan peribadi, banyak unsur
imajinasi, emosi, khayalan dan pendapat yang tidak relevan.

Bentuk jadual atau rajah tidak mengikut gaya yang ditetapkan


oleh penerbit jurnal. Penulisan sumber tidak mengikut garis
panduan penerbit jurnal.
MENULIS PENUTUP JURNAL
 Memberi penekanan tentang kekuatan, kelebihan atau
inovasi kajian tersebut berbanding dengan kajian-kajian
yang serupa atau dalam topik yang sama. Kupasan mesti
menonjolkan secara kritis keberhasilkan artikel tersebut
menjawab isu-isu dalam persoalan kajian (sprt dinyatakan
di bahagian awal artikel) dan sumbangan ilmu dalam
bidang berkaitan.
 Memadai menulis satu perenggan sahaja .
 Mencipta satu ayat akhir yang ‘punch’ bertujuan mengajak
pembaca berfikir. Misalnya:
“… jika khazanah bangsa yang sangat bernilai ini tidak dikaji
dan dipelihara, pasti lambat laun akan pupus dan merugikan
generasi Malaysia akan datang yang tidak lagi memahami
falsafah dan nilai keindahan bahasa Melayu yang
sebenarnya.
MENULIS RUJUKAN
 Mestilah berdasarkan gaya APA yang terkini.
 Mengikut urutan abjad nama A, B, C
 Tidak mengkategorikan bahan sumber; buku,
jurnal, kertas kerja, prosiding, sumber internet dll.
 Menulis tahun, nama pengarang, judul buku, buku
terjemahan dll dengan EJAAN yang tepat.
 Penggunaan perisian-perisian tertentu seperti
footnote, backnote, endnote boleh membantu
penulis dalam perkara ini. Senarai rujukan juga
perlu ditulis berdasarkan format yang telah
ditetapkan oleh penerbit jurnal.
 Penulis perlu meluangkan masa untuk membaca
guide for authors yang disediakan oleh pihak
jurnal. Hal ini kerana setiap jurnal menggunakan
format yang berlainan.
 Penulis perlu memperbanyakkan penggunaan
rujukan yang terkini, seboleh-bolehnya 60 peratus
terdiri daripada bahan yang berumur kurang
daripada 5 tahun daripada tahun artikel itu ditulis.
 Terdapat juga jurnal yang menghadkan bilangan
rujukan bagi setiap artikel. Sebagai contohnya,
Gema Online Journal hanya membenarkan
penggunaan 30 rujukan bagi setiap artikel yang
dihantar.
ELAKKAN MENULIS
RUJUKAN
• Sengaja menambah sumber rujukan yang tidak ada di
dalam artikel. Buktinya bilangan sumber dalam teks
tidak sama dengan bilangan dalam bhgn rujukan.
• Rujukan yang disenarai tidak sama dari segi ejaan
nama pengarang, tahun atau judul bahan dengan
sumber asal.
• Kaedah menulis rujukan yang tidak sama antara sama
lain seolah-olah terdapat dua format penulisan rujukan.
• Mereka-reka sumber rujukan kerana terlupa merekod
bahan rujukan yang asal semasa mengumpul data.
• Terdapat banyak ejaan salah atau tidak mengikut
format penerbit jurnal. Jelas bahawa penulis cuai
kerana tidak membuat semakan dengan teliti.
PERBEZAAN PENULISAN
JURNAL DAN TESIS
 Skop kajian tesis lebih luas dan lebih mendalam, mencukupi
pelbagai aspek, manakala skop kajian jurnal lebih ‘sempit’.
Tahap kedalaman perbincangan dalam jurnal tidak sedalam
tesis.
 Isi kandungan kajian tesis lebih banyak dan pelbagai dari segi
topik, sub topik dan contoh2, sedangkan kandungan jurnal
terhad. Hal ini kerana jumlah halaman tesis lebih banyak,
berbanding jurnal (10-25 hlm)
 Perbincangan metodologi dalam tesis lebih terperinci
berbanding jurnal.
 Objektif kajian tesis lazimnya menumpukan kepada tiga
aspek dari umum ke khusus, sedangkan objektif jurnal “boleh”
menumpukan kepada satu aspek sahaja tanpa objektif
umum.

Anda mungkin juga menyukai