Anda di halaman 1dari 43

2.

1 PENULISAN
ILMIAH
 Bertujuan untuk menyampaikan maklumat dan
ilmu
 Penulisan lebih objektif dengan perincian yang
berupaya menyampaikan warta secara jelas
 Maklumat yang berkaitan dengan topik pilihan
dikupas dengan mendalam
 Contoh: Esei ilmiah, Artikel jurnal, Esei dalam
majalah ilmu, makalah ilmiah, artikel dalam buku
teks
(Kamaruddin Hj Husin, 1995, Laras Bahasa)
 Formal & Objektif
 Format Baku
 Bahasa Baku
 Penggunaan Istilah Khusus
 Elakkan Kata Mubazir
 Wacana Pendedahan
 Ragam Pasif
 Nada Sederhana & Bersahaja
 Wujud Kejelasan
 Sudut Pandangan Ketiga
 Ayat Majmuk
 Penggunaan Ilustrasi
 Penulisan Ilmiah MESTI bersifat FORMAL
 Bebas dari EMOSI
 Fakta & hujah yang dikemukakan
disampaikan dengan SEMPURNA
 Penggunaan bahasa yang TERATUR &
CUKUP JELAS
 Kata-kata bersifat andaian tidak wajar
digunakan:
pada umumnya, barangkali, mungkin,
sudah tentu
 Gunakan ungkapan:
Berdasarkan kajian, …
Penyelidikan ini membuktikan…
Berdasarkan data yang diperoleh …
Hasil kajian mendapati ...
 Penyusunan bab, halaman, catatan dan
rujukan tertakluk kepada gaya yang tetap.
 Pembahagian judul kecil, catatan dan rujukan
mempunyai kaedah yang cukup mantap.
 Penyusunan kertas pun diambil kira.
 Bahasa yang digunakan dalam penulisan
ilmiah mestilah bahasa baku, iaitu bahasa
yang memenuhi peraturan-peraturan
bahasa
 Kesalahan bahasa tidak dibenarkan sama
sekali.
 Unsur bahasa basahan/bahasa rojak tiada
dalam huraian penulis kecuali sebagai data.
Walau apa pun natijahnya, yang paling
penting ialah penerimaan dan penggunaan
bahasa Melayu dalam society kita.
Kedudukan bahasa mungkin another
issue, tapi yang perlu ditekankan ialah
penggunaan sejati dan tulen secara rasmi
oleh aku dan hang.
 Laras ilmiah ditandai oleh istilah-istilah
khusus.
 Pemilihan kata amat dititikberatkan
termasuklah kesesuaian, keupayaan dan
ketepatan kata.

Metodologi, penganalisisan data,


frekuensi, purata, signifikan, alat, rangka
kerja, kerangka teori, ulasan kajian,
rumusan, ruang litup kajian, konsep
 Penggunaan perkataan haruslah tepat dan
objektif
 Kata-kata yang membazir tidak diperlukan.
 Penulis hanya menggunakan perkataan
yang meleret-leret dalam
penulisan sastera demi keindahan estetika
Ruang Web luas. Ruang Web luas sekali.
Pesat sekali perkembangan Web.
Persoalannya ialah penilaian terhadap sejauh
mana Web dimanfaatkan dalam pembinaan
dan pengembangan bahasa Melayu.
Penilaian bukan semata-mata dari segi
bilangan halaman Web dan bahasa Melayu.
Penilaian bukan sahaja dari kualiti halaman
Web tetapi juga penilaian terhadap
kepenggunaan halaman Web itu sendiri.
 Wacana pendedahan digunakan kerana
penulisan ilmiah mengungkapkan buah
fikiran dan ilmu berdasarkan fakta dan
bukti.
 Fakta dikemukakan secara objektif dan
langsung.
Satu kajian di Universiti Chicago yang
dilaporkan dalam Journal Of Comparative
Neurology, mendapati bahawa tiga tahun
pertama kehidupan kanak-kanak merupakan
waktu yang penting bagi perkembangan otak
kerana ketika ini kebanyakan bahagian otak
menjalani proses pendawaian. Pendawaian
otak merujuk kepada perkembangan
hubungan antara pelbagai sinaps sel otak
selepas lahir.
 Penulisan ilmiah banyak menggunakan
ayat pasif
 Ayat Pasif menekankan Objek Ayat
(Kajian) & bukan Subjek Ayat (Pelaku)
 Ragam Pasif tiada Pelaku
Data ini dikumpulkan melalui soal
selidik......
 Ayat Pasif Biasa sering digunakan
Data ini dikumpulkan oleh penyelidik
melalui soal selidik …
 Unsur emosional, ungkapan yang
melampau dan ekstrim hendaklah
dihindarkan dalam penulisan ilmiah
 amat mendukacitakan, amat
menyedihkan, malang sekali, bencinya,
sayangnya.
 Penulis mestilah matang, bijaksana dan
tenang sewaktu menyajikan ideanya untuk
dikongsi bersama pembaca
Penggunaan istilah yang sukar,
sayangnya, akan membantutkan minat
pelajar pada pelajaran itu dan justeru itu,
akan timbul satu senario yang amat
menyedihkan sekali, yakni sukar untuk
pelajar memahami konsep ilmu itu secara
keseluruhannya.
 Laras bahasa ilmiah mesti difahami
dengan mudah. Unsur ketaksaan yang
boleh ditafsirkan dengan pelbagai
makna tidak digunakan.
Mungkin, barangkali, boleh jadi, ada
kemungkinan, lebih kurang, amat
sungguh, saya rasa, pada pendapat
saya, kurang faham, lebih baik
Namun demikian sesudah meneliti sejarah
penciptaan dan pengemaskinian sistem
bunyi dan perlambangan jelaslah sistem
yang diajarkan di peringkat yang asas itu
mengambil waktu beribu-ribu tahun untuk
sampai ke peringkat kemantapannya.
 Jangan guna sudut pandangan orang
pertama untuk elak unsur peribadi/personal
di antara penulis dan pembaca
Ayat janggal:
“Saya menyelidiki persoalan itu dari
sudut…”
Ayat sesuai:
“Persoalan tersebut dikaji berdasarkan …”
 Larasbahasa ilmiah ditandai dengan
penggunaan ayat majmuk sama ada
majmuk gabungan, majmuk pancangan
atau majmuk campuran.

 Ayat Majmuk digunakan kerana laras


bahasa ilmiah menggungkapkan hal-hal
yang kompleks dan abstrak sifatnya
misalnya laras undang-undang.
 Pendapat penulis amat cetek, tambahan pula
disampaikan dengan cara yang tidak menarik.
 Bahawa ekonomi negara pada masa itu telah
merosot adalah kurang tepat.
 Fakta sejarah ribuan tahun dengan tegas
merakamkan kedaulatan bahasa dan kebudayaan
Melayu di rantau ini, sehingga bangsa Melayu,
dengan erti yang luas, telah mentakrifkan identiti
wilayah ini sebagai Alam Melayu.
 Rajah, jadual, carta, gambar
Penggunaan bahan-bahan ini perlu kerana
huraian dalam tulisan adakalanya tidak
mencukupi dan perlu dimantapkan dengan
huraian ilustrasi.
 Huraian melalui ilustrasi adakalanya lebih
mudah difahami
Paradigma bidang perubatan di Malaysia akan beranjak
apabila program e-perubatan yang menghubungkan 38
buah hospital di negara ini beroperasi tidak lama lagi.
Melalui teleperundingan, program yang menelan belanja
sebanyak RM27 juta ini bukan sahaja menjimatkan masa
dan kos, malah berupaya menawarkan rawatan terbaik
kepada pesakit tanpa perlu berjumpa pakar perubatan.
Oleh hal demikian, untuk menjayakan perkhidmatan
teleperundingan yang bersifat mesra pengguna, perkara
yang perlu diberikan perhatian ialah bahasa. Justeru,
penggunaan bahasa kebangsaan yang mudah difahami
oleh segenap masyarakat dilihat sebagai peluang terbaik
rakyat untuk mendapatkan hak bagi rawatan yang terbaik,
adil dan sama rata.
Nilai inventori atau stok barang niaga yang
dikeluarkan pada jangka masa sebelumnya
mungkin tidak menggambarkan nilai
sebenarnya apabila dihitung berdasarkan
harga semasa. Ini ialah apabila berlaku
perubahan harga dalam ekonomi.
Hal ehwal darurat ada terkandung dalam
perkara 150 Perlembagaan Malaysia.
Mengikut Fasal 1 perkara itu, apa yang
dimaksudkan darurat ialah satu darurat
besar mengancam keselamatan atau
kehidupan ekonomi Persekutuan atau
mana-mana bahagian.
 Laporan ilmiah mempunyai stuktur
penulisan seperti yang berikut:
 Pengenalan/Pendahuluan
 Penyataan Masalah
 Definisi konsep
 Kepentingan Kajian
 Sorotan Kajian
 Kaedah Kajian (Metodologi)
 Batasan Kajian
 Tatacara Pengumpulan Data
 Analisis Data
 Perbincangan/Kesimpulan
 Cadangan
 Rujukan
 Lampiran
 perkara yang menjadi tajuk perbincangan
 memperkatakan tentang apakah yang
akan diselidik/kaji,
 mengapakah sesuatu kajian itu dilakukan
 bagaimanakah sesuatu penyelidikan itu
dijalankan
 latar belakang ringkas tentang tajuk kajian
juga turut diketengahkan supaya pembaca
mendapat gambaran awal tentang apa-apa
yang akan dibincangkan seterusnya.
 permasalahan yang dihadapi olehpenulis
sehingga mencetuskan idea untuk
menjalankan kajian.
 permasalahan daripada individu-individu
lain.
 Sulaiman Masri (2005)- permasalahan yang ditetapkan untuk
dikaji memerlukan beberapa pertimbangan seperti yang
berikut:

 Adakah permasalahan itu berguna untuk diselesaikan?


 Adakah terdapat kebijaksanaan yang diperlukan untuk
penyelesaian permasalahan tersebut?
 Adakah permasalahan pilihan anda menarik untuk
diselesaikan?
 Adakah permasalahan tersebut menemukan sesuatu yang
baru?
 Adakah diperlukan dan diperolehi data yang secukupnya
untuk menyelesaikan permasalahan anda?
 Adakah anda mempunyai kemampuan tenaga, wang dan
masa.
 Pentakrifan yang jelas terhadap topik
perbincangan.
 Definisi yang dikemukakan ini bertujuan
memudahkan pembaca untuk memahami
konsep sebenar yang akan dibincangkan
oleh penulis mengikut ruang lingkup
kajiannya.
 Kepentingan sesuatu kajian itu dijalankan.
 Kajian yang dijalankan mungkin akan
memberi impak kepada individu, masyarakat
ataupun organisasi tertentu.
 Bahagian ini memuatkan ulasan kajian terdahulu sama ada
dalam ataupun luar negara. Kajian tersebut mestilah
mempunyai kaitan secara langsung atau tidak langsung
dengan kajian yang dijalankan. sorotan kajian biasanya
boleh dilakukan pada buku, jurnal, tesis, kertas kerja,
ataupun sumber lain yang berkaitan dengan kajian yang
dijalankan. penulis perlu memperlihatkan singnifikan kajian
terdahulu yang masih kukuh.
 Sulaiman Masri et al. (2006) menjelaskan bahawa bahagian
ini memperkatakan kaedah atau metodologi yang digunakan
dalam penggarapan penyelidikan.
 Bahagian ini yang lazimnya disebut reka bentuk kajian
meliputi kaedah kajian, instrumen, sampel kajian, prosedur
pengumpulan data, dan prosedur penganalisisan data.
Huraian tentang konsep atau unit analisis boleh
menghasilkan dapatannya. Data yang dikumpul boleh
dipersembahkan dalam bentuk rajah, jadual, carta, atau
dinomborkan.
 Bahagian ini menghendaki supaya penulis
menyatakan ruang lingkup perkara yang
dikaji dan dimuatkan dalam penulisan.
Lazimnya dinyatakan sempadan kajian
sama ada terbatas kepada populasi
tertentu ataupun secara menyeluruh.
 Pengumpulan data merupakan proses pengukuran
variable. Penulis boleh memilih teknik atau alat
pengumpulan data yang sesuai dengan kajian.
Walau bagaimanapun, prosedur pengumpulan data
agak terbatas dan antara yang popular dalam
penyelidikan ilmiah ialah seperti yang berikut:
 Penyoalan (soal selidik, wawancara)
 Pengukuran (seperti ujian, skala, analisis kandungan,
dan pengukuran fizikal)
 Pemerhatian secara langsung atau tidak langsung.
 Sulaiman Masri (2005), menyenaraikan empat jenis
instrumen prosedur pengumpulan data, iaitu:
 Alat rakaman seperti perakam suara, kertas,
pensel.
 Alat pengumpulan seperti kamera, televisyen dan
video.
 Alat penggalian seperti pengorek, penyodok dan
penyungkil.
 Alat pengukuran seperti dacing dan pembaris.
 Penulis menunjukkan apa yang telah
diperoleh daripada penyelidikan. Penulis
perlu mengupas keputusan penyelidikan
dengan berkesan dan tidak meyimpang
daripada objektif kajian yang telah
ditetapkan. Justeru, penulis haruslah
menggunakan objektif penyelidikan sebagai
asas untuk mentafsir data dan maklumat
yang dikumpul
 Dalambahagian ini penulis perlu melaporkan
penemuan penyelidikan yang diperoleh.
Laporan mesti dibuat dengan jujur, jelas dan
boleh difahami. Penemuan penyelidikan
harus didedahkan kepada perbincangan
umum, khususnya dalam kalangan
masyarakat yang berbudaya penyelidikan
supaya kegunaannya lebih mantap dan
meluas.
 Penulis mengemukakan cadangan-cadangan lain
yang berkaitan dengan bidang dan masalah yang
dikaji. Penulis seharusnya mengemukakan
cadangan yang rasional berpandukan kepada data
dan maklumat yang diperoleh. Cadangan yang
dikemukakan haruslah tidak terlalu sukar supaya
pelaksanaan tersebut dapat dijalankan dengan
berkesan. Cadangan yang bernas dan praktis
adalah hasil daripada penulis yang mempunyai
pengalaman dan pengetahuan yang luas dalam
bidang yang dikaji .
 Penulis menyenaraikan sumber-sumber rujukan
yang telah digunakan semasa menjalankan kajian.
Lazimnya penulisan rujukan adalah mengikut gaya
yang telah ditetapkan berdasarkan bidang
penyelidikan.
 Sebagai contoh, penulisan rujukan mungkin
berdasarkan Gaya Dewan (Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1995), APA Style (The American
Psychological Association, 2001), MLA Style (MLA
Style Guide Manual and Guide to Scolarly Publishing
(Gibaldi, 1998) dan sebagainya.
 Penulis perlu membuat lampiran bahan
yang digunakan dalam penyelidikan.
Sebagai contoh, penulis boleh
melampirkan borang soal selidik, skrip-
skrip yang digunakan dalam penyelidikan,
buku kod, jadual nombor rawak, nilai
taburan t, nilai kritikal korelasi pekali
Pearson dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai