Anda di halaman 1dari 2

UUM/KEMBARA-A142-1(02)

8 MAC 2015

Pengarah,
Unit Harta Benda dan Kemudahan,
Jabatan Pembangunan & Penyenggaraan (JPP),
Universiti Utara Malaysia.

Melalui dan salinan :

En. Mohd Ilyas Bin Soffian,


Penasihat,
Kelab Kembara Uniutama,
Universiti Utara Malaysia.

Tuan,

MEMOHON PINJAMAN PERALATAN BAGI MAJLIS UNIFICATIONS


NIGHT KELAB KEMBARA 2015.

Merujuk kepada di atas, Kelab Kembara Uniutama Universiti Utara Malaysia akan
mengadakan majlis Unifications Night. Berikut adalah butiran bagi majlis
tersebut:

Tarikh : 13 Mac 2015.


Tempat : Dewan Teater Eksperimen (TE), UUM

Sehubungan itu, kami ingin memohon untuk meminjam peralatan dari pihak tuan
bagi menjayakan projek tersebut. Senarai peralatan yang ingin dipinjam adalah
seperti dalam Lampiran 1.

Kami berharap agar pihak tuan dapat menimbang dan memberi perhatian terhadap
permohonan kami ini. Segala kerjasama daripada pihak tuan kami dahului dengan
jutaan terima kasih.

Sekian.

Take the Challenge, Get the Experience, Enjoy the Environment.

Yang benar,

...
(RAHMAH BINTI HASHIM) 017-5161656
Pengarah Projek,
Unifications Night
Kelab Kembara Uniutama.
LAMPIRAN 1

SENARAI PERALATAN YANG INGIN DIPINJAM

BIL ITEM JUMLAH


1. Meja Bulat 12 buah
2. Meja Panjang 5 buah
3. Kerusi banquet 30 buah
4. Kerusi plastik 130 buah
5. Rostrum 1 buah

Anda mungkin juga menyukai