Anda di halaman 1dari 8

KELAB RUKUN NEGARA

SMK Agama Johor Bahru Tel : 07- 3517057


Jalan Anggerik 21, Taman Johor Jaya Fax : 07-3517054
81100 Johor Bahru. E-mel: jra 1001@tm.net.my

Ruj. Kami : JRA1001/SMKAJB/


Tarikh : 11 Januari 2008

Kepada,

.............................................................

Assalamualaikum wbkt.

MESYUARAT AGUNG KELAB RUKUN NEGARA 2008

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2 Sehubungan dengan itu, mesyuarat di atas akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 17 Januari 2008


Masa : Jam 3.30 petang
Tempat : Kelas 3 Omar SMK Agama Johor Bahru.

3 Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:-

- Ucapan Guru Penasihat


- Pelantikan Setiausaha
- Pelantikan AJK
- Cadangan aktiviti
- Hal-hal lain

Kehadiran dan komitmen anda menghadiri mesyuarat tersebut amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

..........................................
(ROSILAH BINTI JEMAIN)
Guru Penasihat KRN
MINIT MESYUARAT AGUNG
KELAB RUKUN NEGARA 2008
SMK AGAMA JOHOR BAHRU

Tarikh : 17 Januari 2008

Masa : 03.30 petang

Tempat : Kelas 3 Omar SMKAJB

Pengerusi : Pn. Rosilah Binti Jemain


Guru Penasihat KRN

Kehadiran : 1. Pn. Rosilah Binti Jemain (Guru Penasihat)


2. Abdul Rauf Bin Badrul Hisham
3. Ahmad Uzair Bin Johan
4. Aysraf Haziq Bin Marof
5. Mohamad SyafiqBin Mohd Seth
6. Hanafi Bin Abd Haris
7. Mohamad Khalid Qadir Jailani
8. Mohd Affiz Bin Kamarudin
9. Mohd Taufik Bin Abdul Jamil
10. Mohamad Iqbal Bin Jaafar
11. Muhd Syafiq Bin Samruzlan
12. Muhammad Irfan Bin Tarmizi
13. Muhammad Luqman Hakim Bin Md Rashid
14. Elya Syahera Bt Mohd Salleh
15. Farah Wahida Bt Azman
16. Siti Nurafiqah Bt Mohd Hanafi
17. Nur Farahani Nuh
18. Nur Fatimah Azzahra Bt Mohd Hanafi
19. Nur Hana Najwa Bt Mohd Nasir
20. Nur Hanani Bt Muti
21. Nur Izzah Nabihah Bt Mohd Yusuff
22. Nur Syahida Bt Jamaludin
23. Nurul Farah Ain Bt Jasmi
24. Zayanah Bt Zahar
KELAB RUKUN NEGARA
SMK Agama Johor Bahru Tel : 07- 3517057
Jalan Anggerik 21, Taman Johor Jaya Fax : 07-3517054
81100 Johor Bahru. E-mel: jra 1001@tm.net.my

Ruj. Kami : JRA1001/SMKAJB/


Tarikh : 30 Januari 2008

Kepada,

.............................................................

Assalamualaikum wbkt.

MESYUARAT AJK KELAB RUKUN NEGARA KALI PERTAMA 2008

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2 Sehubungan dengan itu, mesyuarat di atas akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 1 Febuari 2008


Masa : Jam 3.30 petang
Tempat : Kelas 3 Omar SMK Agama Johor Bahru.

3 Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:-

- Ucapan Guru Penasihat


- Program Lawatan Sambil Belajar
- Aktiviti mingguan
- Hal-hal lain

Kehadiran dan komitmen anda menghadiri mesyuarat tersebut amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

..........................................
(ROSILAH BINTI JEMAIN)
Guru Penasihat KRN
MINIT MESYUARAT
KELAB RUKUN NEGARA 2007
KALI PERTAMA

Tarikh : 07 Febuari 2007


Masa : 03.30 petang
Tempat : Kelas 3 Omar SMKAJB

Kehadiran : 1. Pn. Rosilah Binti Jemain (Guru Penasihat)


2. Muhd Afiq Bin Khir Anuar
3. Muhd Luqman Hakim Bin Md Rashid
4. Jaini Bin Kayapis
5. Mohd Haziq Bin Kamarudin
6. Muhammad Syafiq Bin Samruzlan
7. Nur Liyana Amalina Bt Osman
8. Nur Nabila Huda Bt Kamarudin
9. Muhammad Zaim Bin Razak

BIL AGENDA TINDAKAN

3.1 Ucapan Guru Penasihat :


Mesyuarat dimulakan dengan bacaan UmmulKitab Al-Fatihah.
Pn. Rosilah selaku Guru Penasihat KRN mengucapkan terima kasih di atas
kehadiran AJK-AJK KRN dalam mesyuarat kali pertama.

Oleh kerana pengerusi dan naib pengerusi telah bertukar sekolah


Pn.Rosilah telah melantik Muhammad Zaim Bin Razak sebagai Pengerusi
dan Nur Nadzirah Noh sebagai Naib Pengerusi..
Semua AJK bersetuju dengan pelantikan mereka berdua.

3.2 Program Lawatan Sambil Belajar:


Pn.Rosilah memaklumkan bahawa KRN akan mengadakan aktiviti lawatan
ke Kuala Lumpur iaitu tempat-tempat bersejarah yang bersesuaian dengan
KRN.Lawatan dijangka pada bulan Mei/Jun 2007. Tarikh akan diberitahu
kemudian.

Muhammad Zaim mencadangkan melawat Parlimen ketika persidangan Muhammad Zaim


berlangsung.

Pn.Rosilah bersetuju dan meminta Muhammad Zaim mendapatkan


maklumat Parlimen diinternet. Sekiranya AJK ada cadangan tempat
lawatan boleh memaklumkan kepada beliau untuk dipertimbangkan.

3.3 Aktiviti Mingguan :


Aktiviti yang dicadangakan :
3.3.1 Kuiz perlembagaan antara KRN dengan Kelab Sejarah & Geografi.
3.3.2 Belajar Lagu Rukun Negara dan Lagu-lagu patriotik sempena bulan
kemerdekaan.
3.3.3 Folio Tajuk : Alam Ciptaan Tuhan
3.3.4 Explolaw
3.3.5 Sambutan Kebesaran Islam
BIL AGENDA TINDAKAN

3.4 Hal-hal lain :


Pn. Rosilah berharap semua AJK dapat memberi komitmen sepenuhnya
untuk menjayakan setiap aktiviti yang dijalankan.

Setiausaha perlu menulis laporan buku hijau setiap kali selepas perjumpaan
dan menghantar pada Pn.Rosilah pada keesokan hari.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.15 petang dengan bacaan tasbih kifarah dan surah Al'Asr.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

.................................................... ...........................................
(MUHD AFIQ KHIR ANUAR) (ROSILAH BINTI JEMAIN)
Setiausaha, Guru Penasihat,
Kelab Rukun Negara. Kelab Rukun Negara.
1.0 Ucapan Guru Penasihat :

Mesyuarat dimulakan dengan bacaan UmmulKitab Al-Fatihah.


Pn. Rosilah selaku Guru Penasihat KRN mengalu-alukan kedatangan ahli-ahli KRN dalam Mesyuarat
Agung Kelab Rukun Negara. Alhamdulillah pada tahun lepas KRN berjaya menjalankan beberapa aktiviti
walaupun baru berusia setahun jagung.Beliau berharap semua ahli dapat memberi kerjasama yang baik
dalam apa jua aktiviti yang dijalankan oleh KRN pada tahun 2008 ini.
Makluman : Semua ahli KRN

2.0 Perlantikan Setiausaha :

Semua ahli bersetuju melantik Nur Izzah Nabihah Mohd Yusuff sebagai pencatat minit mesyuarat.

3.0 Pelantikan AJK :

Pn. Rosilah meminta ahli mencalonkan orang yang difikirkan layak untuk memimpin KRN. Setiap ahli
dibenarkan mengangkat tangan sebanyak dua kali untuk calon-calon yang dipilih. Di bawah merupakan
AJK tertinggi yang telah dipilih oleh KRN melalui undian.

Pengerusi : Hanafi Bin AB Haris


Naib Pengerusi : Farah Wahida Binti Azman
Setiausaha : Nur Izzah Nabihah Mohd Yusuff
Naib Setiausaha : Ahmad Uzair Bin Johan
Bendahari : Muhd Luqman Hakim Bin Md Rashid
AJK T.1 : Mohamad Khalid Bin Abd Kadir Jailani
AJK T.2 : Muhammad Irfan Bin Tarmizi
AJK T.3 : Mohd Syafiq Bin Mohd Seth
AJK T.4 : Nur Hana Najwa Bt Mohd Nasir
AJK T.5 : Nur Fatimah Azzahra Bt Mohd Hanafi

Pn. Rosilah amat berharap semua AJK dapat membantu beliau dalam melaksanakan program-program
KRN serta dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab.
Tindakan : Semua AJK KRN

4.0 Cadangan Aktiviti :

Pn. Rosilah memaklumkan aktiviti KRN berdasarkan takwim 2008 iaitu :


3.4.1 Belajar lagu Rukun negara
3.4.2 Lawatan Sambil Belajar Taman Herba Pagoh
3.4.3 Sudut Sejarah Sekolah – SMKAJB Kelmarin
3.4.4 Sambutan Kebesaran Islam
3.4.5 Jualan

Jika ada cadangan daripada ahli-ahli sila maklumkan kepada AJK atau terus kepada Pn. Rosilah. Insya
Allah cadangan ahli akan dipertimbangkan mengikut kesesuaian masa.
Tindakan : Semua ahli
5.0 Hal-hal lain :

Pn. Rosilah juga telah memberi taklimat berkaitan pemarkahan kokurikulum yang terdapat dalam buku
panduan pelajar agar setiap ahli memahaminya dan dapat menyertai apa sahaja aktiviti yang dianjurkan
untuk mendapatkan markah ketika penilaian Kokurikulum pada hujung tahun nanti.
Tindakan : Semua ahli

Perjumpaan diakhiri pada jam 4.30 petang dengan Nyanyian lagu Negaraku dan Bangsa Johor serta Lafaz
Ikrar Rukun Negara yang diketuai oleh Hanafi Bin AB Haris

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

......................................................................... ...........................................
(NUR IZZAH NABIHAH MOHD YUSUFF) (ROSILAH BINTI JEMAIN)
Setiausaha, Guru Penasihat,
Kelab Rukun Negara. Kelab Rukun Negara.

Anda mungkin juga menyukai