Anda di halaman 1dari 7

BERTARIKH PADA __ TAHUN 2017

DI ANTARA

SAEDAH BINTI HASSAN


(NO. K/P: 540621-03-5204)
(PEMBERI HIBAH)

DENGAN

AZNORA BINTI AZMI @ OTHAI POMISOOK


(NO. K/P: 790110-03-5562)
(PENERIMA HIBAH)

******************************************************************************
PERJANJIAN PEMBERIAN HIDUP (HIBAH)
******************************************************************************

TETUAN RIJAL RAIHAN & CO


PEGUAM SYARIE
LOT 298-D TINGKAT 1,
JALAN PASIR PUTEH,
KAMPUNG CHICHA, KUBANG KERIAN,
16150 KOTA BHARU,
KELANTAN.
TEL/FAKS: 09-7644254
Emel: rijalraihan.co@gmail.com

RR/MTSKB/120/RM/2017
PERJANJIAN PEMBERIAN HIDUP (HIBAH)

Perjanjian ini diperbuat di Lot 298-D Tingkat 1, Jalan Pasir Puteh, Kampung Chicha Kubang

Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan pada ____________________________

DI ANTARA:-

SAEDAH BINTI HASSAN


(NO. K/P: 540621-03-5204)
(PEMBERI HIBAH)

beralamat di Kampung Salor, Gunong, Batu Melintang, 17600 Jeli, Kelantan (kemudian

ini dipanggil sebagai (“Pemberi/wahib”) di satu pihak dan;

DENGAN

AZNORA BINTI AZMI @ OTHAI POMISOOK


(NO. K/P: 790110-03-5562)
(PENERIMA HIBAH)

beralamat di No 6, Lorong Sungai Karang Jaya 4, Taman Sungai Karang Darat 3, 26100

Kuantan, Pahang (kemudian ini dipanggil sebagai “Penerima/Mawhub Lahu”) di satu

pihak lagi.

BAHAWASANYA Pemberi adalah Ibu Angkat kepada Penerima di mana Pemberi adalah

merupakan Pemilik dan/atau Tuan Punya ke atas Sebidang Tanah di Lot 13310 Mukim

Belimbing, Kampung Salor, Gunung, Jajahan Jeli, Kelantan (selepas ini disebut “Aset

Tersebut”).
DAN BAHAWASANYA Pemberi/Wahib bersetuju memberi atau menyerahkan

Sebidang Tanah di Lot 13310 Mukim Belimbing, Kampung Salor, Gunung, Jajahan

Jeli, Kelantan 1/1 bahagian atas nama Pemberi/Wahib kepada Penerima/Mawhub

Lahu dan Penerima/Mawhub Lahu bersetuju menerima Aset tersebut sebagai Pemberian

Semasa Hidup secara Percuma dan perjanjian ini menyaksikan sebagaimana berikut:-

1. Aset tersebut menjadi hakmilik Penerima selepas kedua-dua pihak (Pemberi dan

Penerima) menyempurnakan lafaz akad (Ijab Qabul) sebagai Harta Pemberian

Hidup.

2. Selepas penyempurnaan akad ijab qabul, maka Aset tersebut adalah dibawah

penguasaan Penerima sepenuhnya sebagaimana yang disebutkan di atas.

3. Pemberi dengan ini menyerah kosong atau Percuma Aset tersebut kepada

Penerima.

4. Selepas perjanjian ini ditandatangani, semua perkara berkaitan mengenai Aset

tersebut menjadi tanggungjawab Penerima.

5. Pemberi dengan ini menyerah atau memberi Aset tersebut sebagaimana yang

disebutkan di atas kepada Penerima dengan relahati tanpa dipaksa oleh mana-mana

pihak.
6. Perbelanjaan guaman yang bersangkutan dengan perjanjian ini ditanggung bersama

oleh Pemberi dan Penerima.

7. Pengetahuan atau sikap berdiam diri daripada mana-mana pihak daripada

perjanjian ini terhadap mana-mana pecah janji yang dilakukan oleh pihak yang lain

tidak boleh dianggap sebagai satu kemaafan mengenai pecah janji itu dan mana-

mana pihak berhak untuk menjalankan haknya di bawah perjanjian ini dan

menuntut pihak yang lain melakukan segala syarat-syarat yang termaktub dalam

perjanjian ini setakat mana ianya tidak melanggar hukum syarak.

8. Pemberian Hidup/ Hibah ke atas harta tersebut dianggap sempurna selepas kedua-

dua pihak melakukan Akad Penyerahan dan Penerimaan serta menandatangani

perjanjian ini di hadapan saksi-saksi walaupun harta tersebut masih belum ditukar

nama hakmilik.

9. Perjanjian ini hendaklah mengikat Penerima Pesaka, Pemegang Kuasa Pesaka,

Pengganti Hak dan Penerima Hak bagi pihak-pihak kepada perjanjian ini.

10. Sekiranya satu-satu pihak dalam perjanjian ini meninggal dunia, Aset tersebut tetap

menjadi milik Penerima yang sah selepas perlakuan akad dan penurunan

tandatangan terhadap perjanjian ini.


LAFAZ AKAD PEMBERIAN HIDUP (HIBBAH)

Bahawasanya saya SAEDAH BINTI HASSAN (NO. K/P: 540621-03-5204) dengan

fikiran yang waras, tubuh badan yang sihat, tanpa apa-apa paksaan dan dengan suci

hati memberikan Aset tersebut iaitu Sebidang Tanah di Lot 13310 Mukim

Belimbing, Kampung Salor, Gunung, Jajahan Jeli, Kelantan 1/1 bahagian atas

nama Pemberi/Wahib kepada AZNORA BINTI AZMI @ OTHAI POMISOOK (NO.

K/P: 790110-03-5562) sebagai Pemberian Hidup.

Saya, AZNORA BINTI AZMI @ OTHAI POMISOOK (NO. K/P: 790110-03-5562)

dengan ini menerima pemberian terhadap Aset tersebut sebagaimana yang

dinyatakan di atas.

Sebagai menyaksikan Pemberi dan Penerima melafazkan akad penerimaan dan

menandatangani pada tarikh dan tempat yang disebutkan di atas.

Ditandatangani oleh Pemberi ]

SAEDAH BINTI HASSAN ]

(NO. K/P: 540621-03-5204) ] ………………………………………

Dihadapan:
Ditandatangani oleh Penerima ]

AZNORA BINTI AZMI @ OTHAI POMISOOK ]


(NO. K/P: 790110-03-5562) ] …………………………………….

Dihadapan:

Disaksikan oleh Saksi 1 ]


ADNAN BIN AB. GHANI ]
(NO. K/P: 581105-03-5487) ] ………………………………………..

Dihadapan:

Disaksikan oleh Saksi 2 ]


AZHAR BIN IDRIS ]
(NO. K/P: 761211-03-5139) ] …………..……………………………

Dihadapan:
Disaksikan oleh Saksi 3 ]
MOHD ASRI BIN IDRIS ]
(NO. K/P: 830525-03-6069) ] ………………………………………

Dihadapan:

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:-

“Bukanlah kebajikan itu kamu memalingkan muka –muka kamu ke pihak timur dan barat,
tetapi kebajikan itu ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian dan
malaikat dan kitab dan nabi-nabi, dan mendermakan harta yang sedang ia cintai itu kepada
keluarga yang hampir dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang pelarian
dan orang-orang yang meminta dan hamba-hamba, dan mendirikan sembahyang dan
mengeluarkan zakat dan menyempurnakan janji apabila berjanji dan sabar waktu
kepayahan dan kesusahan dan diwaktu perang. Mereka itu ialah ornag-orang yang benar,
dan mereka itu ialah orang-orang yang berbakti”.

(Surah al-Baqarah Ayat 177)

RR/MTSKB/120/RM/2017

Anda mungkin juga menyukai