Anda di halaman 1dari 5

PERJANJIAN JUAL BELI INI DIBUAT PADA HARI……..BULAN……..

TAHUN……

DI ANTARA

PIHAK PERTAMA

Nama : —————————————————

No. K/P : ————————————————

Pekerjaan : ———————————————

Alamat : ————————————————

No. Tel : ————————————————

Dalam hal ini bertindak dan disebut sebagai (PIHAK PERTAMA)

DAN

PIHAK KEDUA

Nama : —————————————————

No. K/P : ————————————————

Pekerjaan : ———————————————

Alamat : ————————————————

No. Tel : ————————————————

Yang dalam hal ini bertindak dan disebut sebagai (PIHAK KEDUA)

PIHAK PERTAMA dengan ini berjanji untuk menjual kepada PIHAK KEDUA dan PIHAK
KEDUA juga berjanji dengan menyatakan serta mengikatkan diri untuk membeli
hartanah dari PIHAK PERTAMA yang berupa petak rumah bangunan hakmilik strata
yang terletak di atasnya, dengan perincian sebagai berikut:

Luas keseluruhan rumah :-

Alamat rumah :-

Pemaju :-

Kedua belah pihak telah bersepakat untuk mengadakan surat ikatan perjanjian jual –
beli dimana syarat dan ketentuannya diatur mengikut ‘10 perkara’ seperti di bawah ini:
 

Perkara 1 > HARGA

Jual beli rumah tersebut dilakukan dan dipersetujui oleh kedua belah pihak dengan
ketentuan harga sebanyak berikut:- RM25,000.00 (dalam perkataan :- Ringgit Malaysia
Dua puluh lima ribu ringgit sahaja)

Perkara 2 > CARA PEMBAYARAN

PIHAK KEDUA akan membayar kepada PIHAK PERTAMA untuk petak rumah yang
dibelinya secara tunai iaitu sebanyak RM5,000 (dalam perkataan:- Ringgit Malaysia
Lima Ribu Ringgit sahaja) sebagai sejumlah bayaran untuk deposit setelah Surat
Perjanjian ini ditandatangani.

Perkara 3 >  BAKI BAYARAN

PIHAK KEDUA akan menjelaskan baki bayaran sebanyak RM20,000 (dalam perkataan:-
Ringgit Malaysia Dua Puluh Ribu Ringgit sahaja) lagi sebaik borang Pindah Milik Tanah,
(Borang 14A) ditandatangani.

Perkara 4 > JAMINAN DAN SAKSI

PIHAK PERTAMA menjamin sepenuhnya bahawa tanah dan bangunan rumah yang
dijualnya adalah benar-benar milik atau hak PIHAK PERTAMA sendiri dan tidak ada
orang atau pihak lain yang turut mempunyai hak, bebas dari sitaan, tidak tersangkut
dalam suatu perkara atau sengketa, hak kepemilikannya tidak sedang dipindahkan atau
sedang dijaminkan atau digadaikan kepada orang atau pihak lain dengan cara
bagaimanapun juga, dan tidak sedang atau telah dijual kepada orang atau pihak lain.
Jaminan dari PIHAK PERTAMA akan diperkuatkan oleh seorang saksi yang akan turut
menandatangani Surat Perjanjian ini sebagai saksi bagi PIHAK PERTAMA.

Butiran saksi tersebut adalah seperti berikut :-

Nama Saksi :

No. K/P :

Pekerjaan :

Alamat lengkap :
Hubungan :

Perkara 5 > PENYERAHAN

PIHAK PERTAMA berjanji serta mengikatkan diri untuk menyerahkan petak rumah
tersebut di atas dalam keadaan kosong beserta kunci-kuncinya kepada PIHAK KEDUA
setelah PIHAK KEDUA melangsaikan keseluruhan bayaran.

Perkara 6 > STATUS KEPEMILIKAN

Mulai dari tarikh Surat Perjanjian ini ditandatangani maka tanah dan bangunan rumah
tersebut di atas beserta segala keuntungan mahupun kerugiannya sepenuhnya menjadi
hak milik PIHAK KEDUA.

Perkara 7 >  PROSES PINDAH MILIK

PIHAK PERTAMA wajib membantu PIHAK KEDUA dalam proses pindahmilik borang
14A dan atas kepemilikan hak tanah dan bangunan rumah tersebut dalam hal
pengurusan yang bersangkutan dengan badan atau jabatan-jabatan yang terkait,
memberikan keterangan-keterangan serta menandatangani surat-surat yang berkaitan
tukar nama atau proses pindah milik tanah dari PIHAK PERTAMA kepada PIHAK
KEDUA. Segala kos pembiayaan yang berhubungan dengan proses pindahmilik nama
di atas geran rumah dari PIHAK PERTAMA kepada PIHAK KEDUA ditanggung
sepenuhnya oleh PIHAK KEDUA.

Perkara 8 > PENGESAHAN PERJANJIAN

Perjanjian ini tidak akan berakhir walaupun PIHAK PERTAMA meninggal dunia, atau
kerana sebab apapun juga. Dalam keadaan sedemikian maka para ahli waris atau
pengganti PIHAK PERTAMA wajib mentaati ketentuan yang termaktub dalam perjanjian
ini serta meneruskan perlaksanaan proses Pindah Milik Tanah bagi petak ini kepada
PIHAK KEDUA.

Perkara 9 > HAL-HAL LAIN

Hal-hal lain yang belum termaktub di dalam perjanjian ini perlu dibicarakan serta
diselesaikan secara kekeluargaan melalui perbincangan bersama oleh kedua belah
pihak. Masing-masing perlu memberikan kerjasama sepenuhnya untuk menyelesaikan
sebarang masalah.

 
Perkaral 10 > PENUTUP

Demikian perjanjian ini dipersetujui dan dibuat serta ditanda tangani oleh kedua-dua
belah pihak dengan dihadiri saksi-saksi yang dikenali oleh kedua-dua belah pihak
dihadapan pesuruhjaya sumpah serta ditandatangani kedua belah pihak dalam keadaan
sedar serta tanpa adanya paksaan atau tekanan dari mana – mana pihak.

PIHAK PERTAMA

( PENJUAL )

[ ———————————- ]

Nama:

No KP:

PIHAK KEDUA

( PEMBELI )

[ ———————————- ]

Nama:

No KP:

SAKSI PIHAK PERTAMA :

[ ———————————- ]

Nama:

No KP:

SAKSI PIHAK KEDUA :

[ ———————————- ]

Nama:
No KP:

Dihadapan Saya,

………………………………………….

PESURUHJAYA SUMPAH

Walaupun contoh surat perjanjian jual beli tanah ini nampak ringkas, namun ia sangat
penting dan berguna kepada anda sebagai pembeli atau penjual. Lebih baik lagi jika
anda melantik peguam hartanah untuk memastikan terma-terma yang disediakan lebih
lengkap dan tepat untuk melindungi kedua-dua pihak.

Anda mungkin juga menyukai