Anda di halaman 1dari 3

Perjanjian Jual Beli ini dibuat pada hari ..................., tanggal ..................

di antara :-
Nama :
No. K/P :
Pekerjaan :
Alamat :
No. Tel :
Dalam hal ini bertindak dan disebut sebagai PIHAK PERTAMA &

Nama :
No. K/P :
Pekerjaan :
Alamat :
No. Tel :
Yang dalam hal ini bertindak dan disebut sebagai PIHAK KEDUA.

PIHAK PERTAMA dengan ini berjanji untuk menjual kepada PIHAK KEDUA dan PIHAK KEDUA juga berjanji
dengan menyatakan serta mengikatkan diri untuk membeli hartanah dari PIHAK PERTAMA yang berupa
petak rumah bangunan hakmilik strata yang terletak di atasnya, dengan perincian sebagai berikut:
Luas keseluruhan rumah :-
Alamat rumah :-
Pemaju :-

Kedua belah pihak telah bersepakat untuk mengadakan surat ikatan perjanjian jual beli dimana syarat dan
ketentuannya diatur mengikut 10 perkara seperti di bawah ini:

Perkara 1 HARGA
Jual beli rumah tersebut dilakukan dan dipersetujui oleh kedua belah pihak dengan ketentuan harga
sebanyak berikut:- RM25,000.00 (dalam perkataan :- Ringgit Malaysia Dua puluh lima ribu ringgit sahaja)

Perkara 2 CARA PEMBAYARAN


PIHAK KEDUA akan membayar kepada PIHAK PERTAMA untuk petak rumah yang dibelinya secara tunai iaitu
sebanyak RM5,000 (dalam perkataan:- Ringgit Malaysia Lima Ribu Ringgit sahaja) sebagai sejumlah
bayaran untuk deposit setelah Surat Perjanjian ini ditandatangani.

Perkara 3 BAKI BAYARAN


PIHAK KEDUA akan menjelaskan baki bayaran sebanyak RM20,000 (dalam perkataan:- Ringgit Malaysia Dua
Puluh Ribu Ringgit sahaja) lagi sebaik borang Pindah Milik Tanah, (Borang 14A) ditandatangani.

Perkara 4 JAMINAN DAN SAKSI


PIHAK PERTAMA menjamin sepenuhnya bahawa tanah dan bangunan rumah yang dijualnya adalah benar-
benar milik atau hak PIHAK PERTAMA sendiri dan tidak ada orang atau pihak lain yang turut mempunyai
hak, bebas dari sitaan, tidak tersangkut dalam suatu perkara atau sengketa, hak kepemilikannya tidak
sedang dipindahkan atau sedang dijaminkan atau digadaikan kepada orang atau pihak lain dengan cara
bagaimanapun juga, dan tidak sedang atau telah dijual kepada orang atau pihak lain. Jaminan dari PIHAK
PERTAMA akan diperkuatkan oleh seorang saksi yang akan turut menandatangani Surat Perjanjian ini
sebagai saksi bagi PIHAK PERTAMA.

Butiran saksi tersebut adalah seperti berikut :-

Nama Saksi :
No. K/P :
Pekerjaan :
Alamat lengkap :
Hubungan :

Perkara 5 PENYERAHAN
PIHAK PERTAMA berjanji serta mengikatkan diri untuk menyerahkan petak rumah tersebut di atas dalam
keadaan kosong beserta kunci-kuncinya kepada PIHAK KEDUA setelah PIHAK KEDUA melangsaikan
keseluruhan bayaran.

Perkara 6 STATUS KEPEMILIKAN


Mulai dari tarikh Surat Perjanjian ini ditandatangani maka tanah dan bangunan rumah tersebut di atas
beserta segala keuntungan mahupun kerugiannya sepenuhnya menjadi hak milik PIHAK KEDUA.

Perkara 7 PROSES PINDAH MILIK


PIHAK PERTAMA wajib membantu PIHAK KEDUA dalam proses pindahmilik borang 14A dan atas kepemilikan
hak tanah dan bangunan rumah tersebut dalam hal pengurusan yang bersangkutan dengan badan atau
jabatan-jabatan yang terkait, memberikan keterangan-keterangan serta menandatangani surat-surat yang
berkaitan tukar nama atau proses pindah milik tanah dari PIHAK PERTAMA kepada PIHAK KEDUA. Segala
kos pembiayaan yang berhubungan dengan proses pindahmilik nama di atas geran rumah dari PIHAK
PERTAMA kepada PIHAK KEDUA ditanggung sepenuhnya oleh PIHAK KEDUA.

Perkara 8 PENGESAHAN PERJANJIAN


Perjanjian ini tidak akan berakhir walaupun PIHAK PERTAMA meninggal dunia, atau kerana sebab apapun
juga. Dalam keadaan sedemikian maka para ahli waris atau pengganti PIHAK PERTAMA wajib mentaati
ketentuan yang termaktub dalam perjanjian ini serta meneruskan perlaksanaan proses Pindah Milik Tanah
bagi petak ini kepada PIHAK KEDUA.

Perkara 9 HAL-HAL LAIN


Hal-hal lain yang belum termaktub di dalam perjanjian ini perlu dibicarakan serta diselesaikan secara
kekeluargaan melalui perbincangan bersama oleh kedua belah pihak. Masing-masing perlu memberikan
kerjasama sepenuhnya untuk menyelesaikan sebarang masalah.

Perkaral 10 PENUTUP
Demikian perjanjian ini dipersetujui dan dibuat serta ditanda tangani oleh kedua-dua belah pihak dengan
dihadiri saksi-saksi yang dikenali oleh kedua-dua belah pihak dihadapan pesuruhjaya sumpah serta
ditandatangani kedua belah pihak dalam keadaan sedar serta tanpa adanya paksaan atau tekanan dari
mana mana pihak.

PIHAK PERTAMA
( PENJUAL )

[ ---------------------------------- ]
Nama:
No KP:

PIHAK KEDUA
( PEMBELI )

[ ---------------------------------- ]
Nama:
No KP:

SAKSI PIHAK PERTAMA :

[ ---------------------------------- ]
Nama:
No KP:
SAKSI PIHAK KEDUA :

[ ---------------------------------- ]
Nama:
No KP:

Dihadapan Saya,

..............................................
PESURUHJAYA SUMPAH

Anda mungkin juga menyukai