Anda di halaman 1dari 5

KONTRAK SOSIAL

Teori kontrak sosial menurut pandangan ahli teori demokratik Eropah seperti Thomas Hobbes
dan John Locke ialah bahawa manusia mewujudkan negara sebagai satu perjanjian bersama
di mana setiap individu itu bersetuju kepadanya. Kontrak ini bererti individu-individu yang
bebas bersetuju untuk menyerahkan haknya untuk memerintah diri sendiri itu kepada satu
institusi bersama yang berkuasa dan berdaulat (Syed Ahmad Hussein, 1994: 189).
Menurut bahasa, kontrak boleh didefinisikan sebagai perjanjian formal dengan syarat-syarat
tertentu antara dua pihak atau lebih (Kamus Dewan, 2002). Ia juga boleh bermaksud
dokumen yang mengandungi syarat-syarat perjanjian atau cabang undang-undang yang
berkaitan dengan kontrak. Sosial pula boleh ditakrifkan sebagai segala yang berkaitan dgn
masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan (Kamus Dewan, 2002). Oleh itu,
kontrak sosial apabila diasimilasikan boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk perjanjian atau
permuafakatan yang ditulis dan ditetapkan oleh undang-undang (perlembagaan) yang
melibatkan semua masyarakat di sesebuah negara.

TEORI KONTARAK SOSIAL JOHN LOCKE


John Locke hidup (1632-1704) setengah abad lebih muda daripada Thomas Hobbes. Locke
menganggap penguasa yang absolute yang pada dasarnya adalah manusia biasa akan dapat
terpengaruh oleh sifat kotor manusia dan dapat memburukkan keadaan. Secara ringkas
bahwa Locke merasai kehidupan di tengah-tengah kekuasaan kerajaan despotik; bahwa
Locke mendapat pengaruh dari semangat liberalisme yang sedang bergelora di Eropah pada
waktu itu; dan Locke juga mempunyai ikatan karier dan politik yang kuat dengan kalangan
parlimen yang sedang bersaing dengan kerajaan, sehingga Locke cenderung memihak
parlimen dan menentang kekuasaan raja. Sehingga John Locke digelar sebagai peletak dasar

liberalisme, karena john locke mendukung adanya hak-hak individu yang tidak dapat dimiliki
oleh negara.

Locke bermula dengan menyatakan kudrat manusia adalah sama antara satu dengan lainnya.
Akan tetapi berbeza dari Hobbes, Locke menyatakan bahawa ciri-ciri manusia tidaklah ingin
memenuhi hasrat dengan kuasa tanpa mengendahkan manusia lainnya. Menurut Locke,
manusia di dalam dirinya mempunyai akal yang mengajar prinsip sama dan independent
manusia tidak perlu melanggar dan merosakkan kehidupan manusia lainnya. Oleh kerana itu,
keadaan alamiah (state of nature) menurut Locke sangat berbeza dari keadaan alamiah
menurut Hobbes. Menurut Locke, dalam keadaan alamiah sudah terdapat pola-pola
pengaturan dan hukum alamiah yang teratur kerana manusia mempunyai akal yang dapat
menentukan apa yang benar apa yang salah dalam pergaulan masyarakat.

Masalah ketidaktenteraman dan ketidakamanan kemudian muncul, menurut Locke, kerana


beberapa hal. Pertama, apabila semua orang dipandu oleh akal murninya, maka tidak akan
terjadi masalah. Akan tetapi, yang terjadi, beberapa orang dipandu oleh akalnya bias oleh
dorongan-dorongan kepentingan peribadi, sehingga pola-pola pengaturan dan hukum alamiah
menjadi kacau. Kedua, pihak yang dirugikan tidak selalu dapat memberi sekatan kepada
pelanggar aturan dan hukum yang ada, kerana pihak yang dirugikan itu tidak mempunyai
kekuatan cukup untuk memaksakan sekatan.

Oleh kerana keadaan alamiah, kerana beberapa orang yang biasanya punya kuasa, tidaklah
menjamin keamanan penuh, maka seperti halnya Hobbes, Locke juga menjelaskan tentang
keupayaan untuk lepas dari keadaan yang tidak aman penuh kepada keadaan aman secara
penuh. Manusia menciptakan keadaan artificial (buatan) dengan cara mengadakan kontrak

sosial. Masing-masing anggota masyarakat tidak menyerahkan sepenuhnya semua hakhaknya, akan tetapi hanya sebahagian saja. Antara pihak (calon) pemegang pemerintahan dan
masyarakat tidak hanya hubungan kontraktual, akan tetapi juga hubungan saling kepercayaan
(fiduciary trust). [John Locke, An Essay Concerning the True Original, Extent and End of
Civil Government, dalam Social Contract, London: Oxford University Press, 1960, h. 84.]
Locke menegaskan bahawa ada tiga pihak dalam hubungan saling percaya itu, iaitu yang
menciptakan kepercayaan itu (the trustor), yang diberi kepercayaan (the trustee), dan yang
menarik manfaat dari pemberian kepercayaan itu (the beneficiary). Antara trustor dan trustee
terjadi kontrak yang menyebutkan bahwa trustee harus patuh pada beneficiary, sedangkan
antara trustee dan beneficiary tidak terjadi kontrak sama sekali. Trustee hanya menerima
obligasi dari beneficiary secara sepihak . Dari pemahaman tentang hubungan saling percaya
dan kontraktual itu nampak bahawa pemegang pemerintahan atau yang diberi kepercayaan
mempunyai hak-hak dan kekuasaan yang sangat terbatas, kerana menurut Locke
masyarakatlah yang dapat bertindak sebagai trustor sekaligus beneficiary. Dari huraian
Locke, nampak nyata bahawa sumber kekuasaan dan pemegang kekuasaan dalam teori Locke
adalah masyarakat. Oleh kerana itu kewajiban dan kepatuhan politik masyarakat kepada
pemerintah hanya terjadi selama pemerintah masih dipercayai. Apabila hubungan
kepercayaan (fiduciary trust) putus, pemerintah tidak mempunyai dasar untuk memaksakan
kekuasaannya, kerana hubungan kepercayaan mahu pun kontraktual sifatnya adalah sepihak.

Meskipun masyarakat bebas terhadap sesamanya, namun tidak terjadi kekacauan kerana
masing-masing orang hidup berdasarkan ketentuan hukum kudrat yang diberikan oleh Tuhan.
Yang dimaksud hukum kudrat dari Tuhan menurut Locke adalah larangan untuk merosak dan
memusnahkan kehidupan, kebebasan, dan harta milik orang lain. Dengan demikian, Locke
menyebut ada hak-hak asasi yang terikat di dalam kudrat setiap manusia dan merupakan

pemberian Allah. Konsep ini serupa dengan konsep Hak Asasi Manusia (HAM) di dalam
masyarakat moden.

Pandangan lain Locke yang penting dan masih berhubung kait dengan konsep negara adalah
mengenai hubungan antara agama dan negara. Pemikiran Locke mengenai hal ini terdapat di
dalam tulisannya yang berjudul Letters of Toleration. Locke menyatakan bahawa perlu ada
pemisahan tegas antara urusan agama dan urusan negara sebab tujuan masing-masing sudah
berbeza. Negara tidak boleh menganut agama apa pun, apalagi jika membatasi atau
menidakkan suatu agama. Tujuan negara adalah melindungi hak-hak dasar warganya di dunia
ini sedangkan tujuan agama adalah mengusahakan keselamatan jiwa manusia untuk
kehidupan abadi di akhirat kelak setelah kematian. Jadi, negara berfungsi untuk memelihara
kehidupan di dunia sekarang, sedangkan agama berfungsi untuk menjalankan ibadah kepada
Tuhan dan mencapai kehidupan kekal. Agama adalah urusan peribadi, berbeza dengan negara
yang merupakan urusan masyarakat umum. Pemisahan antara keduanya haruslah ditegaskan,
dan masyarakat tidak boleh mencampuri urusan yang lain. Negara tidak boleh mencampuri
urusan keyakinan agama manusia, sedangkan agama tidak boleh melakukan sesuatu yang
dapat menghalangi atau menggagalkan pelaksanaan tujuan negara. Bila negara hendak
menghalangi kebebasan beragama dari warganya, maka rakyat berhak untuk melawan.

Rujukan
Syed Ahmad Hussein.(1994). Pengantar Sains Politik, Kuala Lumpur : USM, hal. 189
Ahmad Sholikin (2010). Teori Kontrak Sosial Thomas Hobbes Dan Teori Kontrak Sosial
John Locke. Surabaya. Universitas Airlangga Surabaya
M. Isnan Affandi (2011). Perbandingan Teori Kontrak Sosial antara Pemikiran Thomas
Hobbes dan John Locke. Surabaya. Universitas Airlangga Surabaya

Anda mungkin juga menyukai