Anda di halaman 1dari 3

Perjanjian diperbuat pada 3/3/2014 di antara MOHD NAZIR BIN HASAN SEZALI di alamat 8B3-T12-

U07, FASA 8, PRESINT 9, 62250. PUTRAJAYA (kemudian selepas ini dipanggil 'Tuan Rumah') dan
(NAMA PENYEWA) di alamat (ALAMAT ASAL PENYEWA) (kemudian selepas ini dipanggil 'Penyewa').

BAHAWASANYA Tuan Rumah adalah tuanpunya berdaftar ke atas Premis yang di kenali sebagai NO
23, JALAN MENTARI 1B/4, TAMAN MENTARI, BANDAR MAHKOTA, 31420, BANTING,
SELANGOR(kemudian dari ini disebut "Premis Tersebut").

DAN BAHAWASANYA Tuan Rumah tersebut dengan ini bersetuju untuk menyewakan dan Penyewa
bersedia menyewa Premis tersebut selama tempoh 12 BULAN tertakluk kepada syarat-syarat serta
terma- terma yang terkandung dibawah ini.

________________________________________________________________________________

MAKA ADALAH DENGAN INI DIPERSETUJUI seperti berikut :-

1. Tuan Rumah bersetuju untuk menyewakan dan Penyewa bersetuju untuk menyewa Premis
tersebut selama tempoh 12 BULAN pada 20/02/2014 dan berakhir pada 20/02/2015 dengan
sewa bulanan sebanyak Ringgit Malaysia ENAM RATUS (RM600.00) sahaja sebulan bebas
daripada apa-apa potongan pada hari Duaputuh lima (25) setiap dan tiap-tiap bulan semasa
berkuatkuasanya tempoh perjanjian dan tertakluk kepada syarat-syarat dan terma-terma
yang terkandung di bawah ini.
2. Penyewa dengan ini berjanji dan bersetuju dengan Tuan Rumah seperti berikut;
(a) Penyewa akan membayar kepada Tuan Rumah sejumlah Ringgit Malaysia ENAM
RATUS (RM600.00) sahaja serta merta dengan perlaksanaan perjanjian ini
(kemudian dari ini dirujuk sebagai "Cengkeram SATU bulan dan sewa satu (1)
bulan") dimana Tuan Rumah mengakui penerimaannya untuk mempastikan
kepatuhan dan perlaksanaan kehendak syarat-syarat perjanjian ini.

(b) Penyewa juga harus membayar bekalan eletrik dan air sebanyak Seratus Ringgit
Malaysia (RM100.00) sahaja (kemudian dari ini dirujuk sebagai Bayaran Elektrik
dan Air).

(c) Penyewa akan membayar kepada Tuan Rumah sewa yang disebut sebelum ini,
sebelum tarikh dengan cara yang disebut sebelum ini.

(d) Penyewa akan mengganti atau memperbaiki apa-apa kerosakan yang dibuat
keatas Premis tersebut atau mana-mana bahagiannya oleh Penyewa diatas
perbelanjaan dan kos Penyewa dengan kebenaran dari Tuan Rumah.

(e) Penyewa akan membayar dan menjelaskan semua bil-bil bekalan elektrik dan air
yang digunakan di Premis tersebut sepanjang tempoh perjanjian dan bil-bil bayaran
dibuat harus diberikan kepada Tuan Rumah sebagai bukti.

(f) Penyewa akan membenarkan Tuan Rumah atau sesiapa yang diberikuasa oleh
Tuan Rumah untuk memasuki Premis atau mana-mana bahagiannya untuk
memantau dan memeriksa keadaan Premis tersebut pada masa yang sesuai. Atas
tujuan pemeriksaan ini Tuan Rumah hendaklah memberikan makluman atau notis 24
jam kepada penyewa sebelum memasuki premis atau mana-mana bahagiannya.

(g) Penyewa tidak dibenarkan melakukan atau membenarkan atau mengarahkan
apa-apa pindaan atau tambahan atau menukarkan apa-apa pemasangan dan
lekapan tanpa kebenaran Tuan Rumah terlebih dahulu secara bertulis ataupun lisan.
Sekiranya apa-apa pindaan atau tambahan dibenarkan maka ianya akan dilakukan
oleh Penyewa dengan perbelanjaannya sendiri tanpa hak menuntut apa-apa
sumbangan atau pertolongan dari Tuan Rumah.


(h) Penyewa tidak akan menyerahkan, menyewa, melupuskan, melepaskan atau
berkongsi milikan Premis atau sebahagiannya tanpa kebenaran bertulis Tuan Rumah
terlebih dahulu.

(i) Penyewa akan sentiasa menjaga tanam-tanaman kelekapan dengan memelihara
dan menjaga rumput, pokok-pokok bunga dan tidak akan memotong/menebang
pokok-pokok buah-buahan dan bunga tersebut tanpa kebenaran terlebih dahulu
daripada Tuan Rumah.

(j) Penyewa akan mempastikan Premis tersebut sentiasa didalam keadaan bersih.

(k) Penyewa akan menyimpan dan memelihara Premis tersebut termasuk longkang,
pendawaian eletrik, pembetungan najis dan semua cermin dan tingkap, penutup
kunci dan semua lengkapan dan pemasangan kepunyaan Tuan Rumah dalam
keadaan baik sepanjang tempoh penyewaan.

(l) Penyewa perlu meminta kebenaran Tuan Rumah bagi menebuk mana-mana
bahagian dinding, lantai dan siling rumah tersebut dengan apa-apa cara sekalipun
termasuk paku, skru dan sebagainya dan sentiasa menjaga permukaan lantai,
cermin, siling serta dinding bersih tanpa calar.

(m) Penyewa tidak akan melakukan atau membenarkan di lakukan atau mungkin
menimbulkan gangguan, kerosakan, kemarahan kepada Tuan Rumah atau kepada
penghuni yang berjiran dengan Premis.

(n) Sekiranya sewa yang ditetapkan atau apa-apa bahagian darinya tidak dibayar
selama tujuh (7) hari selepas tarikh kena dibayar atau sekiranya Penyewa tidak
mematuhi atau melaksanakan mana-mana syarat, maka dengan demikian adalah
sah bagi Tuan Rumah mengusir Penyewa dari Premis tersebut dengan serta merta
dan perjanjian ini dianggap tamat tempohnya.

(o) Penyewa tidak akan membawa atau menyimpan apa-apa barang yang mudah
terbakar atau merbahaya dan tidak membenarkan apa-apa atas sebab tersebut yang
boleh membatalkan apa-apa polisi insuran kebakaran yang sedang berkuatkuasa.

(p) Sekiranya Penyewa hendak menamatkan tempoh sewa Premis tersebut sebelum
tamat tempoh perjanjian sewa ini maka Penyewa harus memberikan notis sebulan
(1) bulan sebelum beliau mengambil keputusan keluar dari Premis tersebut kepada
Tuan Rumah begitu juga sebaliknya.

(q) Penyewa akan mengosongkan dan menyerahkan Premis tersebut secara aman
kepada Tuan Rumah dalam keadaan baik dan boleh diduduki mengikut syarat-syarat
dan terma-terma Penyewa yang terkandung didalam Perjanjian ini.

(r) Penyewa tidak akan menggunakan Premis tersebut untuk perkara-perkara yang
menyalahi undang-undang negara dan hanya boleh menggunakan Premis tersebut
bagi maksud pejabat atau perniagaan sahaja.
3. Tuan Rumah dengan ini bersetuju dengan penyewa seperti berikut :-
(a) Tuan Rumah akan menjelaskan hasil rumah/premis dan hasil tanah premis tersebut setiap tahun
seperti sebelum perjanjian ini dibuat.

(b) Tuan Rumah akan sentiasa memantau dan menjaga struktur utama premis tersebut termasuk
dinding, atap, rangka tingkap supaya sentiasa berada dalam keadaan terjaga dan selamat
digunakan.


(c) Tuan Rumah berjanji akan membenarkan penyewa menduduki atau mempunyai kebebasan
menduduki Premis tersebut tanpa gangguan daripada Tuan Rumah tertakluk kepada kepatuhan
penyewa dalam membuat bayaran sewa bulanan serta mematuhi terma-terma atau syarat-syarat
lain dalam perjanjian ini,

(d) Pada tarikh penamatan perjanjian ini Tuan Rumah hendaklah memulangkan semua Cengkeram
sebulan yang diberikan oleh penyewa di bawah klausa 2 (a) tanpa apa-apa faedah. Tuan Rumah
berhak memotong sejumlah wang daripada Cengkeram 1 bulan tersebut untuk ganti rugi atau
pembayaran yang dirujuk dalam klausa 4 (c) sahaja.

(e) Sekiranya penyewa ingin menyambung selama setahun lagi tempoh penyewaan Premis tersebut
selepas berakhirnya tempoh penyewaan ini, Penyewa hendaklah memberikan notis sebulan (1)
bulan awal sebelum berakhirnya tempoh penyewaan premis tersebut kepada Tuan Rumah dengan
menyatakan kehendaknya untuk menyambung lagi tempoh sewa Premis tersebut. Sekiranya sewaktu
tempoh penyewaan Premis tersebut Penyewa sentiasa mematuhi syarat-syarat yang terkandung
dalam perjanjian ini maka Tuan Rumah hendaklah memberi kebenaran kepada penyewa untuk
menyambung tempoh penyewaan untuk tempoh satu tahun lagi daripada tarikh tertamatnya
perjanjian ini.

4. Adalah kedua-dua pihak bersetuju bahawa
(a) Penyewa tidak berhak menolak apa-apa sewa dari Cengkeram sebulan tersebut atau apa-apa
bahagian darinya tanpa kebenaran Tuan Rumah.

(b) Cengkeram sebulan tersebut tidak akan digunakan atau di tolak oleh Tuan Rumah untuk apa-apa
pembayaran bagi letrik air dan bil-bil yang terhutang oleh Penyewa apabila perjanjian ini
ditamatkan.

(c) Apa-apa baki Cengkeram sebulan setelah ditolak bayaran untuk pembaikan ke atas apa-apa
kerosakan di Premis tersebut yang diakibatkan oleh Penyewa akan dipulangkan kepada Penyewa
tanpa apa-apa faedah.

***************************************************************************
Penurunan Tandatangan:

1. Penyewa (beserta Nama & IC)
2. Saksi bagi Penyewa (beserta Nama & IC)
3. Tuan Rumah (beserta Nama & IC)
4. Saksi bagi Tuan Rumah (beserta Nama & IC)

Anda mungkin juga menyukai