Anda di halaman 1dari 2

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Kepada :
Pihak Yang Berkenaan,
Tuan ,
Kebenaran Pulang Bercuti Bagi Pembantu Rumah
Nama
:
No Passport:
Sehubungan perkara di atas, saya dengan ini memberi kebenaran untuk
bercuti selama [
] hari dari tarikh berangkat pulang ke Indonesia, kepada
pembantu rumah saya yang namanya dinyatakan di atas.
2.
Sukacita pihak tuan dapat mempermudahkan urusan beliau dalam
perjalanan pulang ke kampung halaman beliau and kembali semula ke
Malaysia untuk kembali bertugas dengan selamat tanpa gangguan dan apa
jua halangan.
3.
Sepanjang pengetahuan saya, tidak wujud undang-undang bertulis
Negara Indonesia yang mewajibkan apajua pembayaran tambahan dibuat
oleh pembantu rumah yang pulang sekiranya kepulangan pembantu rumah
tidak disertai dengan surat pengesahan cuti dari majikan berdasarkan hujah
bahawa hal ehwal pemberian cuti adalah urusan peribadi untuk pengesahan
pembantu rumah dengan pihak Imigresyen Malaysia sahaja dan ianya tidak
mempunyai kaitan dengan mana-mana pihak di Indonesia. Tambahan pula,
tidak terdapat apa-apa aturan mewajibkan bahawa surat cuti pembantu
rumah mesti ditaip dengan mesin taip/dicetak dengan pencetak komputer.
Surat tulisan tangan daripada majikan sewajarnya adalah memadai. Oleh
yang demikian, tindakan pihak-pihak tertentu (sama ada dari pihak
pemerintah Malaysia ataupun pemerintah Indonesia) yang mahu menuntut
pembayaran tambahan daripada pembantu rumah saya tahun lepas untuk
memudahkan urusan adalah amat dikesali.

Allah melaknat mereka yang memberi rasuah dan penerima rasuah serta
orang yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya, (riwayat Ahmad)
Penerima dan pemberi rasuah akan ditempatkan dalam api neraka.
(riwayat At Tirmidzi)
4.
Oleh kerana terdapat banyak aduan penganaiyaan yang diterima,
seandainya pembantu rumah saya yang pulang dikenakan apa jua bayaran
tambahan, sila pihak tuan terlebih dahulu mengemukakan dengan jelas,
bukti referansi kepada Undang-Undang Ketenagakerjaan Indonesia atau
peraturan imigrasi ataupun aturan fiskal Indonesia yang menjadi sumber
hukum yang jelas menyokong tindakan menuntut bayaran tambahan
tersebut. Sekiranya wujud undang-undang seperti itu, setiap dan tiap-tiap
pembayaran mestilah disokong dengan pengeluaran resit rasmi sebagai
bukti pembayaran telah dibuat dengan benar yang dikeluarkan oleh pihak
tuan. Rujukan adalah dibuat kepada Pasal 23 (2) Undang-Undang Dasar
Republik Indonesia 1945 BAB VIII - HAL KEUANGAN yang menyatakan
bahawa Segala pajak untuk keperluan negara berdasarkan undang-undang
5.
Warganegara Indonesia yang berkerja dengan ikhlas pulang ke
kampung seharusnya dilayan dengan sewajarnya secara adil, saksama
dipermudahkan urusannya dan tidak ditindas, dizalimi dan diperbodohkan
oleh sesiapapun.
Seandainya pihak tuan masih memerlukan apa-apa pengesahan, saya boleh
dihubungi ditalian
[ xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx ]
Segala bantuan dari pihak tuan memudahkan urusan keluar-masuk
pembantu rumah saya amat dihargai dan didahului dengan dengan ucapan
terima kasih.
Yang benar,

.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Salinan pendua: Kedutaan Republik Indonesia Kuala Lumpur

Anda mungkin juga menyukai