Anda di halaman 1dari 23

Hiah Agrotech Semporna Sabah

ISI KANDUNGAN
BAB

KANDUNGAN

_________

MUKASURAT
1

Pendahuluan

Objektif Projek

Pengenalan

Kedudukan dan Lokasi Projek

Kemudahan Asas (Infrastruktur)

Kerja-Kerja Awal Tanah

Pagar Ladang

Kandang

Rumah Pekerja

10

Budget Ternakan Kambing

10

11

Makanan dan Minuman Ternakan

11

12

Penjagaan Kesihatan

14

13

Peralatan dan Kemudahan Lain

14

14

Kos Keseluruhan Projek

15

15

Rancangan Pentadbiran Dan Pengurusan

16

16

Carta Aliran Pentadbiran

17

17

Rancangan Operasi Ladang

18

18

Khidmat Nasihat Dan Perkhidmatan Veterinar

20

19

Kesan Terhadap Alam Sekitar

20

Rancangan Pemasaran

21

19

Penutup

23

20

Lampiran-lampiran

Kertas Kerja Projek Ternakan Kambing


Surat : 1/23

2
3
3
5

20

Muka

Hiah Agrotech Semporna Sabah


KERTAS KERJA PROJEK TERNAKAN KAMBING
DAN PEMBIAK-BAKAAN SECARA FIDLOT
HIAH AGROTECH DI SEMPORNA, SABAH
1.0PENDAHULUAN
Pada masa sekarang Prospek industri ternakan kambing di negara ini adalah amat cerah
memandangkan permintaan yang tinggi terhadap komoditi ini melebihi daripada jumlah
yang dapat dibekalkan di pasaran tempatan dan ianya meningkat dari tahun ke setahun.
Jadual 1 : Pengeluaran Dan Permintaan Daging Kambing

TAHUN
Pengeluaran (MT)
Pemintaan (MT)
KSD (%)

2003

2005

2010

1.30

1.50

4.30

15.60

16.80

21.30

8.33

8.93

10.23

1:

(Jadual
Sumber

-Jabatan Perkhidmatan Veterinar)


Ini ditambah pula dengan kesedaran orang ramai yang semakin tinggi terhadap kebaikan
dan khasiat daging kambing berbanding dengan daging ternakan yang lain.
Malahan ternakan kambing pada hari ini telah menjadi satu industri komersial yang
mendatangkan pulangan dan keuntungan yang lumayan sekiranya ianya diselia-uruskan
dengan cara yang baik disamping bantuan dan khidmat nasihat secara berterusan
daripada pihak kerajaan terutama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).
Berdasarkan ke atas keyakinan yang amat tinggi inilah, maka saya menyediakan kertas
kerja Projek Ternakan Kambing di Kg. Tampi-Tampi Darat Semporna, Sabah.

2.0OBJEKTIF PROJEK

Kertas Kerja Projek Ternakan Kambing


Surat : 2/23

Muka

Hiah Agrotech Semporna Sabah

Objektif utama projek ini ialah untuk mengeluarkan semua hasil ternakan kambing yang
bermutu tinggi yang meliputi kambing hidup, kambing baka, daging dan susu kambing
serta baja kompos dari tinja kambing bagi pasaran tempatan (domestiK).
Ini akan dilakukan dengan amalan pengurusan ternakan yang baik disamping penjagaan
kesihatan dan pengawalan dari sebarang penyakit terhadap ternakan kambing.
3.0PENGENALAN
3.1 Profil Syarikat
Nama Syarikat

No. Pendaftaran

: 001234567-M

Tarikh Pendaftaran

: 26 Februari 2008

Tarikh Tamat Tempoh

: 25 Februari 2009

Bentuk Perniagaan

: Pemilikan Tunggal

Jenis Perniagaan

: Memelihara Haiwan Ternakan dan Menjual Hasil


Ternakan.

Alamat Syarikat

: Alamat Syarikat,
Alamat Syarikat

Alamat Ladang Ternakan : Alamat Ladang Ternakan,


Kg. Tampi-Tampi Darat Semporna Sabah.
Nama Bank

: Agro Bank

Nombor/Jenis Akaun

3.2 Profil Pemilik


Nama Pemilik

Kertas Kerja Projek Ternakan Kambing


Surat : 3/23

: Hiah

Muka

Hiah Agrotech Semporna Sabah


No. Kad Pengenalan

Alamat 1

: Peti Surat 81,


91308 Semporna, Sabah

Alamat 2

: Alamat Tetap (jika berlainan),


Alamat Tetap (jika berlainan)

No. Telefon

Umur

Kelulusan Akademik

Kesihatan

Status

: Berkahwin

Pekerjaan Sekarang

Pengalaman Menternak : Tiada

4.0KEDUDUKAN DAN LOKASI PROJEK


4.1 Lokasi Tanah
Alamat Ladang.

Kertas Kerja Projek Ternakan Kambing


Surat : 4/23

Muka

Hiah Agrotech Semporna Sabah


4.2 Keluasan Tanah
2 1/2 ekar
4.3 Status Tanah
Milik sendiri

5.0KEMUDAHAN ASAS (INFRASTRUKTUR)


5.1 Sumber Air
5.1.1 Sumber Air Bersih (Paip/Pili) akan digunakan bagi tujuan minuman
ternakan dan juga untuk kegunaan harian Pembantu Ladang. Oleh kerana
tapak kawasan Ladang Ternakan yang dicadangkan terletak di tepi jalan
Kertas Kerja Projek Ternakan Kambing
Surat : 5/23

Muka

Hiah Agrotech Semporna Sabah


utama Alor Gajah-Machap, maka penyaluran bekalan air bersih melalui
paip utama di tepi jalan tersebut boleh dilakukan dan tidak memerlukan
kos yang tinggi.
5.1.2 Permohonan untuk penyaluran bekalan air bersih akan dibuat terus
kepada Jabatan Air Semporna.
Jabatan Air
Semporna Sabah
Tel :
Faks:
URL :
Anggaran kos memasukkan bekalan Air Paip = RM 1,000.00
5.1.3 Bekalan Air Mentah akan diperolehi melalui anak sungai yang mengalir
melalui kawasan tapak ladang bagi tujuan penyiraman ke atas tanaman
rumput Napier. Satu kolam takungan akan dibina untuk menakung air
sebelum digunakan bagi tujuan penyiraman tanaman rumput Napier
tersebut. Ini akan dapat menjimatkan kos penggunaan air. Oleh itu,
sebuah pam air berenjin akan dibeli bagi tujuan mengepam air dari kolam
takungan tersebut untuk disalurkan ke kawasan tanaman rumput Napier.
Anggaran kos Pam Air Berenjin = RM 500.00
5.1.4 Bekalan Air Alternatif dari dalam tanah juga dicadangkan untuk
digunakan terutamanya semasa kecemasan seperti bekalan air bersih
terputus, musim kemarau dan sebagainya. Ianya juga boleh digunakan
bagi tujuan minuman ternakan, kegunaan harian pekerja ladang dan
penyiraman tanaman rumput Napier. Secara tidak langsung ianya akan
dapat menjimatkan kos penggunaan air.
Anggaran kos Pam Air Bawah Tanah = RM 2,000.00
5.2 Bekalan Letrik
5.2.1 Sumber bekalan letrik adalah daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Ianya tidak menjadi masalah kerana talian kabel letrik telah sedia-ada
berhampiran dengan Ladang
ditempatkan di Rumah

Ternakan.

Meter Bekalan Letrik akan

Pekerja. Sehubungan dengan itu, permohonan

akan dibuat kepada TNB.


Anggaran kos memasukkan bekalan letrik = RM 1,500.00

Kertas Kerja Projek Ternakan Kambing


Surat : 6/23

Muka

Hiah Agrotech Semporna Sabah

5.3 Jalan Perhubungan


Jalan keluar-masuk ke kawasan Ladang Ternakan yang dicadangkan adalah
terletak di tepi jalan utama. Oleh itu ladang ternakan ini tidak mempunyai
masalah perhubungan keluar-masuk ke kawasan ladang ternakan.

6.0KERJA-KERJA AWAL TANAH


6.1 Memandangkan tanah tersebut telah ditanam dengan pokok kelapa sawit, maka
sebahagian pokok yang terlibat dengan pembinaan kandang, tanaman rumput
Napier dan rumah pekerja dan jalan keluar-masuk akan ditebang. Selebihnya
akan dibiarkan untuk mengekalkan keadaan semulajadi kawasan ladang
tersebut dengan kehijauan. Kerja-kerja untuk menerangkan (membersihkan)
dan meratakan tanah akan dilakukan dengan menggunakan jentera.
6.2 Kerja-kerja pembersihan kawasan ladang ternakan dijangka mengambil masa
selama lebih kurang 3 (tiga) hari.
Anggaran kos Kerja Tanah = RM 1,500.00
7.0PAGAR LADANG
7.1 Keseluruhan kawasan ladang ternakan seluas 1 (satu) ekar ini akan dipagar
disekelilingnya bagi mengelakkan ternakan daripada keluar dari kawasan
penternakan dan menghalang ternakan-ternakan lain daripada memasuki
kawasan ladang ternakan ini. Pembinaan pagar kawat setinggi 4 kaki (3 lapisan)
akan dibuat sebelum ternakan kambing dimasukkan ke dalam kandang.
Anggaran kos memasang pagar = RM 4,000.00
8.0KANDANG
Pada peringkat permulaan operasi ladang ternakan ini, saya bercadang untuk membina
sebuah kandang yang bersaiz sederhana besar.
8.1 Kandang 1
Sebuah kandang bertingkat setinggi 6 (enam) kaki akan dibina yang boleh
memuatkan sehingga 50 ekor kambing pada satu-satu masa. Disamping itu
juga, sebanyak 6 (enam) pen (petak) akan disediakan bagi tujuan pengasingan

Kertas Kerja Projek Ternakan Kambing


Surat : 7/23

Muka

Hiah Agrotech Semporna Sabah


ternakan seperti kambing bunting, kambing dara, kambing jantan, Kambing
Feral/Kampung, kambing yang sakit dan sebagainya.
KANDANG 1
Saiz

: 24 x 30

Spesifikasi

: Pen Utama : 10 x 10 x 3 unit


Pen Kedua : 9 x 9 x 2 unit
Pen Rawat : 6 x 4 x 3 unit
Petak Tengah : 5 x 30

Tinggi Kandang

: 6 (tiang 7 kaki)

Jenis Atap

: Asbestos/zink/Bersilang

Tapak Kandang

: Lepaan Simen dan Berlongkang.

Jenis Tiang Utama


Kos pembinaan

: Tetulang Bersimen (4x4x7)

: 24 x 30 x RM18.00 = RM 12,960.00

Pembinaan Kandang 1 dijangka siap dalam tempoh 1 ~ 1 bulan. Diantara


kelengkapan-kelengkapan lain yang akan terdapat di dalam kandang adalah seperti
berikut :

Nipple Waterer 5 (lima) unit (RM17.00 seunit)

Tangki Air 1 (satu) unit

Stor/Ruang Penyimpanan Makanan 1 (satu) unit

Anggaran Kos Pembinaan Kandang + Tenaga Buruh = RM 12,960.00

8.2 KANDANG 2
Pembinaan Kandang 2 yang lebih besar bersaiz 26 x 100 dan bersebelahan
dengan Kandang 1 yang boleh memuatkan diantara 150 ~ 200 ekor kambing
pada satu masa dirancang akan dibina dalam masa 1 (satu) tahun selepas
beroperasi bergantung kepada pulangan serta modal sedia ada.

9.0RUMAH PEKERJA

Kertas Kerja Projek Ternakan Kambing


Surat : 8/23

Muka

Hiah Agrotech Semporna Sabah


9.1 Memandangkan ternakan kambing mempunyai nilai komersial yang tinggi dan
terdedah kepada kejadian kecurian dan sebagainya, maka pekerja ladang akan
tinggal di ladang ternakan pada sepanjang masa bagi mengelakkan kecurian.
9.2 Secara tidak langsung pekerja ladang dapat memantau dan mengambil
tindakan dengan segera terhadap kambing yang sakit, kambing yang hendak
melahirkan anak dan sebagainya.
9.3 Rumah Pekerja yang dicadangkan adalah berkeluasan 360 kaki persegi (18 kaki
x 20 kaki) dan mempunyai sebuah bilik tidur, bilik air, tandas, ruang dapur,
bekalan air bersih dan lektrik.
Anggaran kos rumah pekerja = RM 3,600.00

10.0 BUDGET TERNAKAN KAMBING


10.1 Saya bercadang pada peringkat permulaan projek untuk membeli sebanyak 10
ekor Kambing Induk Jamnapari (Cross) dan seekor Kambing Pejantan Jamnapari
Tulen bagi tujuan pembiakan kambing. Pembelian akan dibuat secara runding
terus dengan pembekal-pembekal baka kambing yang terdapat samada di
dalam ataupun di luar negeri Melaka.
1 ekor Baka Pejantan Tulen

: 1 ekor x RM 3,000.00

= RM

3,000.00

Kertas Kerja Projek Ternakan Kambing


Surat : 9/23

Muka

Hiah Agrotech Semporna Sabah


10 ekor Jamnapari Induk (Cross) : 10 ekor x RM 650.00

= RM 6,500.00

Kos Pembelian Kambing Jamnapari = RM 9,500.00


10.2 Disamping itu juga saya bercadang untuk menternak kambing Feral atau
Kambing

Kampung

bagi

tujuan

mendapatkan

pendapatan

sampingan

sementara kambing utama boleh mengeluarkan hasil dan mendapat pulangan.


Kambing ini akan dijual selepas digemukkan di dalam masa 2 (dua) bulan dari
tarikh kemasukkan ke dalam kandang.
Kambing Feral/Kampung : 10 ekor x RM 350.00 = RM 3,500.00
Kos Pembelian Kambing Feral/Kampung = RM 3,500.00
10.3 Jumlah ternakan kambing yang akan terdapat di dalam kandang pada masa
Ladang Ternakan memulakan operasinya adalah 31 ekor seperti berikut :-

JUMLAH
(EKOR)

KOS
(RM)

3,000.00

Jamnapari Induk (Cross)

10

6,500.00

Feral/Kampung

10

3,500.00

JUMLAH KESELURUHAN

21

13,000.00

JENIS KAMBING
Jamnapari Pejantan

Jadual 2 : Jumlah Ternakan Kambing Di Dalam Kandang


Jumlah Kos Pembelian Kambing = RM 13,000.00

11.0 MAKANAN DAN MINUMAN TERNAKAN


Pada masa sekarang, makanan ternakan kambing ini tidaklah mendatangkan masaalah
yang

besar

untuk

disediakan

walaupun

harga

makanan

kambing

(pellet)

telah

menunjukkan peningkatan yang ketara sejak kebelakangan ini. Pelbagai alternatif lain
boleh digunakan bagi menampung pertambahan harga makanan ternakan dipasaran.
Menjadualkan pemakanan ternakan kambing secara teratur dan efektif akan dapat
mengurangkan kos pemakanan dan meningkatkan produktiviti berpandukan kepada
Keperluan Pemakanan Kambing seharian (Lihat Jadual 3)

Kertas Kerja Projek Ternakan Kambing


Surat : 10/23

Muka

Hiah Agrotech Semporna Sabah


KEPERLUAN
(DARI BERAT
BADAN)

JENIS
MAKANAN

JUMLAH MAKANAN YANG PERLU


(BERAT KAMBING 40 KG)

Pellet

2% ~3%

0.8 kg ~ 1.2 kg

Dedaun/Rumput

10 %

4 kg

Jadual 3: Keperluan Pemakanan Kambing


11.1 Rumput Potong
11.1.1 Saya bercadang untuk menggunakan kawasan seluas minima 1 ekar
bagi tujuan penanaman rumput Napier sebagai sumber makanan
kepada anak-anak kambing yang baru bercerai susu.
11.1.2 Benih

(batang)

rumput

Napier

akan

dibeli

daripada

mana-mana

Pembekal benih (batang) rumput tersebut dengan anggaran harga


RM0.30 sebatang. Jumlah anggaran permulaan yang akan ditanam
adalah sebanyak 500 batang.
Kos menanam = RM 50.00
Kos membeli benih RM0.30 x 500 = RM 150.00
Anggaran kos keseluruhan = RM 200.00
11.1.3 Disamping itu juga, saya bercadang untuk mencari kawasan lain yang
lebih luas bagi tujuan penanaman rumput Napier ini. Antara alternatif
yang boleh digunakan ialah :

Permohonan kepada Pengurus FELDA untuk guna-pakai tanah


Reserve FELDA di Kg. Baru Bukit Bulat, Alor Gajah, Melaka.

Menyewa tanah

orang persendirian di sekitar kawasan

ladang.
11.2 Dedaun
11.2.1 Daun kelapa sawit merupakan sumber makanan berbentuk dedaun dan
serat yang akan diberikan ternakan kambing kerana ianya adalah mudah
di dapati. Tambahan pula, ladang ternakan yang dicadangkan ini
dikelilingi oleh tanaman kelapa sawit (estet). Oleh yang demikian, secara
tidak langsung ianya dapat menjimatkan kos pemakanan ternakan
kambing.
11.2.2 Selain daripada itu, dedaun seperti senduduk, balik angin, kekacang,
kemahang adalah mudah didapati kerana kawasan sekitar masih lagi
dilitupi dengan hutan dan belukar. Pemberian makanan berupa dedaun
ini adalah seperti Jadual 4 .
Kertas Kerja Projek Ternakan Kambing
Surat : 11/23

Muka

Hiah Agrotech Semporna Sabah

11.3 Pellet Dan Konsentrat (Concentrate)


11.3.1 Pellet merupakan makanan berbentuk konsentrat yang amat penting di
dalam diet pemakanan ternakan kambing secara Fidlot ini. Pellet
mengandungi sumber-sumber Protein , Kabohidrat dan Lemak yang
amat diperlukan oleh kambing yang tidak terdapat (atau kurang) pada
rumput dan dedaun. Namun begitu memandangkan kos pellet yang agak
tinggi, maka pemberian pellet hendaklah secara berkhemah dan
berjadual bagi mengelakkan daripada mengalami kerugian.
11.3.2 Pellet akan diberikan pada sebelah pagi (Jadual 4). Ini adalah kerana
pellet memerlukan tempoh pencernaan yang lebih lama berbanding
dengan rumput atau dedaun. Ini juga dapat mengelakkan kambing
daripada mengalami cirit.
11.3.3 Saya bercadang untuk membuat satu rumusan (formula) makanan yang
sesuai serta menepati kehendak pemakanan yang berkhasiat dan
seimbang untuk bagi memastikan kambing mendapat nutrien yang
diperlukan.
11.3.4 Pemakanan pellet ini akan diasingkan mengikut katogeri ternakan
seperti induk yang menyusukan anak, anak yang baru putus susu dan
pengemukkan bagi tujuan penjualan.
11.3.5 Diantara bahan-bahan yang dikenalpasti mengandungi banyak sumbersumber Protein, Karbohidrat dan Mineral adalah Palm Kernel Cake (PKC),
Jagung, Hampas Soya, garam dan lain-lain lagi. Bahan-bahan ini akan
diadunkan (formula) mengikut keperluan pemakanan seharian kambing.
Anggaran kos Pallet/Konsentrat = RM 1,500.00 (Setahun)
11.4 Silaj (Silage)
11.4.1 Silaj merupakan salah satu sumber bekalan makanan ternakan berkualiti
untuk ruminan yang mempunyai kelebihan berbanding dengan rumput
segar dan hay (rumput kering). Oleh kerana silaj dapat dikeluarkan pada
sepanjang masa, maka proses pengeluarannya tidak bergantung kepada
keadaan cuaca dan dapat dihasilkan daripada berbagai jenis bahan rufaj
seperti rumput, batang jagung, pelepah kelapa sawit dan bahan-bahan
lain yang mudah diperolehi.
11.4.2 Pemprosesan Silaj akan dilakukan secara sendiri apabila terdapatnya
lebihan rumput yang telah dipotong dan sebagainya. Ia juga boleh
dibuat

daripada

bahan-bahan

seperti

batang

jagung

manis

dan

sebagainya. Sebuah ladang pertanian jagung yang terletak berhampiran


dengan

kawasan

ladang

ternakan

telah

dikenal

pasti

membekalkan batang jagung manis.

Kertas Kerja Projek Ternakan Kambing


Surat : 12/23

Muka

dapat

Hiah Agrotech Semporna Sabah

Secara amnya, saya menjangkakan bahawa Ladang Ternakan ini tidak mempunyai
masalah terhadap penyediaan makanan untuk ternakan. Sehubungan dengan itu saya
bercadang untuk menjadualkan pemberian makanan kepada ternakan kambing ini bagi
menghasilkan daging kambing yang bermutu tinggi.

JENIS

NAMA MAKANAN

MASA PEMBERIAN MAKAN

Pellet

PKE/PKM/Soya Hull

8:00 ~ 9:00 pagi

Dedaun

Daun Kelapa Sawit

2:00 ~ 3:00 petang

Rumput

Rumput Napier

5:00 ~ 7:00 petang

Dedaun-2

Balik Angin, Senduduk


DLL

Silaj

Silaj

6:00 ~ 7:00 petang (seminggu


sekali)
3 hari sekali (bergantung kepada
stok)

Jadual 4 Keperluan Pemakanan Kambing


11.5 Minuman
Kandang ternakan kambing akan dilengkapkan dengan kemudahan paip air
minuman (Nipple Waterer) untuk ternakan kambing meminum air bersih. Oleh
itu sebuah tangki air akan dipasangkan di dalam kawasan kandang ternakan
yang mana bekalan air tersebut akan diambil daripada tangki air simpanan
utama. Sebanyak 4 (empat) unit nipple waterer

akan dipasang di dalam

kandang ternakan.
Kos Paip Air Minuman = (dimasukkan dalam kos Pembinaan Kandang)
12.0 PENJAGAAN KESIHATAN
Penjagaan kesihatan ternakan kambing adalah sangat penting bagi menjauhkannya
daripada terkena penyakit seperti cirit, cacing, kutu, puru, kurap, ammonia (radang paruparu) dan sebagainya. Ia akan menyebabkan penternak terpaksa menyediakan ubatubatan bagi merawat ternakan yang menghadapi penyakit sedemikian. Secara tidak
langsung ianya akan menyebabkan penternak terpaksa mengeluarkan kos ubat-ubatan
yang tinggi bagi merawat ternakan tersebut. Manakala kematian pula

merupakan satu

kerugian yang mesti dielakkan oleh mana-mana penternak kambing.


Memandangkan penternakan yang saya rancangkan ini adalah secara fidlot, yang mana
kambing berada di dalam kandang pada sepanjang masa, maka masaalah penyakit dapat
dikurangkan dengan memastikan tahap kebersihan dan pemakanan ternakan adalah baik.
Penggunaan Probiotik (EM) akan dapat merencatkan pertumbuhan bakteria patogen
apabila ianya disemburkan pada kandang, lantai, tiang, bumbung dan kawasan sekitar.

Kertas Kerja Projek Ternakan Kambing


Surat : 13/23

Muka

Hiah Agrotech Semporna Sabah


Malahan boleh juga diberikan kepada kambing sebagai minuman selain penyemburan
terus pada ternakan dan tinja.
Disamping itu juga pemeriksaan kesihatan ternakan akan dilakukan sekurang-kurangnya
sekali di dalam tempoh seminggu disamping pemantauan secara harian oleh pekerja
ladang. Ubat-ubatan yang bersesuaian yang sering digunakan untuk penyakit seperti cirit,
kurap, vitamin dan sebagainya akan disediakan pada sepanjang masa.
Kos Pembelian Ubat-Ubatan = RM300.00
Pemotongan kuku kambing adalah mustahak dan perlu dilakukan bagi mengelakkan
kambing daripada menghadapi kesukaran untuk bergerak akibat kuku kaki yang panjang.
Alat pemotong khas perlu digunakan untuk memotong kuku kambing.
Kos Pembelian Pemotong Kuku = RM250.00

13.0 PERALATAN DAN KEMUDAHAN LAIN


13.1 Mesin Chopper (Pemotong)
13.1.1 Rumput Napier yang telah dipotong menggunakan sabit akan dikisar
kepada keratan yang lebih kecil dengan menggunakan Mesin Chopper
bagi memudahkan kambing memakan rumput tersebut di dalam
kandang.
13.1.2 Mesin Chopper ini juga akan diperlukan untuk tujuan membuat Silaj.
13.1.3 Oleh itu, sebuah Mesin Chopper berkuasa 1~2 Kuasa Kuda berenjin
Diesal akan dibeli.
Anggaran harga Mesin Pengisar Rumput = RM 3,000.00
13.2 Tangki Menyimpan Air
Saya bercadang untuk membeli sebuah tangki simpanan air bagi tujuan
penyimpanan air bersih sebagai persediaan sekiranya berlaku gangguan
bekalan air bersih daripada Syarikat Bekalan Air.
Anggaran harga Tangki Simpanan Air = RM 500.00

14.0 KOS KESELURUHAN PROJEK

NO.
1

PERKARA
Bekalan Air Paip

Kertas Kerja Projek Ternakan Kambing


Surat : 14/23

KOS (RM)
1,000.00

KEUTAMAAN
1,000.00
Muka

Hiah Agrotech Semporna Sabah


2

Pam Air Berenjin

500.00

Pam Air Bawah Tanah

2,000.00

Bekalan Letrik

1,500.00

1,500.00

Kerja Tanah

1,500.00

1,500.00

Pagar Ladang

10,000.00

4,000.00

Kandang

29,960.00

29,960.00

Rumah Pekerja

5,600.00

3,600.00

Pembelian Kambing - 30ekor

13,000.00

13,000.00

10

Benih dan Penanaman Napier

200.00

200.00

11

Pellet

125.00

125.00

12

Ubat-ubatan

300.00

300.00

13

Alat Pemotong Kuku

250.00

14

Mesin Chopper

15

Tangki Air

3,000.00
500.00

500.00

JUMLAH KESELURUHAN (RM)

15.0 RANCANGAN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN


PENTADBIRAN & PEMASARAN
Pengurus

: Nama Pemilik

No. Kad Pengenalan

: xxxx-xx-xxxx

Alamat

: Alamat Pemilik.

Telefon

: 019-2222222

Tugas

: Bertanggungjawab sepenuh terhadap pentadbiran syarikat


Mengadakan pemasaran

PERAKAUNAN
Jumlah Kakitangan

: 1 orang

Juru akaun

: Juru-akaun1 (Sendiri/Isteri/Suami)

No. K/P

: xxxxx-xx-xxxx

Alamat

: Alamat Juru akaun

Telefon

Tugas

: Bertanggung jawab sepenuhnya terhadap akaun syarikat.

PERLADANGAN
Jumlah Kakitangan

: 2 orang

Kertas Kerja Projek Ternakan Kambing


Surat : 15/23

Muka

Hiah Agrotech Semporna Sabah


Penyelia Ladang

: Penyelia Ladang (Pemilik)

No. K/P

: xxxxx-xx-xxxx

Alamat

: Alamat Penyelia Ladang.

Telefon

Tugas

: Bertanggung jawab sepenuhnya terhadap ladang.


Mentadbir urus perjalanan ladang ternakan
Memeriksa dan memastikan tahap kesihatan ternakan.

Pekerja Ladang

: Pekerja1

No. K/P

: xxxx-xx-xxxx

Alamat

: Alamat Pekerja Ladang.

Telefon

Tugas

: Tinggal di dalam Ladang Ternakan.


Memberi makan kepada ternakan.
Merekodkan ternakan.
Memberi rawatan awal kepada ternakan yang sakit.
Mengasingkan ternakan yang bermasalah.

16.0 CARTA ALIRAN PENTADBIRAN

Kertas Kerja Projek Ternakan Kambing


Surat : 16/23

Muka

Hiah Agrotech Semporna Sabah

ROMATECHAGRO
AGRO
ROMATECH
TERNAK
TERNAK

PELADANGAN
PELADANGAN
PENYELIA
**PENYELIA
LADANG**
LADANG
Nama
Nama

PERAKAUNAN
PERAKAUNAN

PEMASARAN
PEMASARAN
PEMASARAN**
**PEMASARAN
Nama
Nama
KAMAROL
KAMAROL

KIRA-KIRA**
**KIRA-KIRA
Nama
Nama

PEKERJALADANG
LADANG
**PEKERJA
**
Nama
Nama

17.0 RANCANGAN OPERASI LADANG


Oleh kerana penternakan yang dijalankan di Ladang Ternakan ini adalah secara Fidlot,
maka kesemua kambing akan diasingkan mengikut ketegori yang ditetapkan seperti di
dalam Jadual 5 di bawah ini. Tujuan utama pengasingan ini adalah :-

Kertas Kerja Projek Ternakan Kambing


Surat : 17/23

Muka

Hiah Agrotech Semporna Sabah

1. Memudahkan pengurusan setiap ketegori kambing.


2. Merancang pembiakan kambing Jamnapari dengan lebih teratur dan sistematik.

JENIS TERNAKAN

NO. KANDANG

Jamnapari Induk (Cross)

1-1A

Jamnapari Pejantan

1-3A

Kambing Feral/Kampung

1-2A

Jadual 5 : Penempatan Kambing


17.1 Pengurusan Kambing Bunting (4-5 bulan)
17.1.1 Kambing yang bunting sehingga 4 bulan akan diasingkan di dalam
kandang khas sehingga melahirkan anak.
17.1.2 Rumput

segar

dan

Konsentrat

akan

diberikan

setiap

hari

bagi

memastikan kesihatan Induk berada pada tahap yang tinggi dan secara
tidak langsung ianya akan dapat menghasilkan baka anak kambing
yang sihat dan bermutu tinggi.
17.2 Pengurusan Anak Kambing
17.2.1 Anak-anak kambing yang baru lahir akan dibiarkan bersama-sama
dengan ibunya selama 8 ~ 12 jam untuk penyusuan kolustrum.
17.2.2 Selepas 2 bulan anak kambing akan diasingkan daripada induknya dan
di tempatkan di dalam pen yang lain bagi menjalani proses Cerai Susu.
Makanan seperti dedaun (rumput) dan konsentrat (terkawal) akan
diberikan secara sedikit-sedikit bagi

membiasakan

anak kambing

dengan pemakanan yang baru. Cara demikian akan dapat mengelakkan


gangguan (stress) terhadap pertumbuhan dan peningkatan berat badan
anak kambing yang baru mengalami proses cerai susu ini. Anak kambing
akan dibiarkan makan dengan sendirinya di dalam palung makanan
yang disediakan di dalam pen tersebut.

17.3 Pengurusan Kambing Dewasa dan Kambing Dara


17.3.1 Anak kambing yang telah meningkat dewasa dan berumur 4~6 bulan
akan diasingkan di dalam 2 kandang yang berlainan mengikut jantina
masing-masing bagi mengelakkan daripada berlakunya perkahwinan
sesama beradik (inbreeding). Ini dapat mengelakkan hasil anak kambing
yang berbadan kecil dan kurang cergas.

Kertas Kerja Projek Ternakan Kambing


Surat : 18/23

Muka

Hiah Agrotech Semporna Sabah


17.3.2 Anak kambing jantan yang ingin dijadikan baka akan dinilai dari segi
fizikal seperti bentuk muka, telinga, kepala, bentuk badan, kaki dan
sebagainya. Ianya akan diasingkan dan dijaga dengan baik dari segi
pemakanan

dan

kesihatan.

Kambing

jantan

dewasa

akan

hanya

dikahwinkan apabila telah berumur 1 tahun dan ke atas.


17.3.3 Anak kambing betina yang ingin dijadikan induk pula akan dinilai sama
seperti anak kambing jantan termasuk mempunyai bentuk ambing
(kantung susu) yang besar dan sihat.
17.3.4 Manakala anak kambing yang tidak mempunyai ciri-ciri di atas akan
dijual

atau

digemukkan

terlebih

dahulu

sebelum

dijual.

Pada

kebiasaannya anak kambing yang telah berumur 6 bulan hingga 1 tahun


dengan berat badan 20kg~25kg adalah sesuai dijual kerana faktor umur
dan berat badan akan mempengaruhi harga kambing tersebut.
Kajian saintifik telah membuktikan bahawa perkahwinanan kambing sesama kufu dari
satu

keluarga

(in-breeding)

adalah

TIDAK

DIGALAKKAN

kerana

ianya

akan

menghasilkan baka/anak kambing yang berbadan lebih kecil, kurang cergas dan
terdapat juga kes di mana berlaku kecacatan fizikal

terhadap anak kambing yang

dilahirkan itu.
Perkahwinan satu kufu :1. Bapa dan anak betinanya
2. Adik-beradik
3. Anak jantan dan induk (ibunya)

18.0 KHIDMAT NASIHAT DAN PERKHIDMATAN VETERINAR


Saya akan mendapat khidmat nasihat dan bantuan teknikal yang berterusan dari Jabatan
Perkhidmatan Veterinar Daerah Alor Gajah berhubung berhubung dengan :18.1 Khidmat nasihat dan bimbingan.
18.2 Perkhidmatan rawatan dan kesihatan ternakan.

Kertas Kerja Projek Ternakan Kambing


Surat : 19/23

Muka

Hiah Agrotech Semporna Sabah


18.3 Khidmat nasihat pemakanan ternakan kambing.
18.4 Khidmat kawalan mutu ternakan kambing.
18.5 Pemasaran ternakan kambing.

19.0 KESAN TERHADAP ALAM SEKITAR


Projek ini dijangka tidak akan mendatangkan masalah kepada masyarakat sekeliling
kerana ianya agak jauh dari penempatan penduduk sedia ada.
Sistem kumbahan tinja daripada kandang ternakan akan di rekabentuk supaya sisa
tinja ternakan tidak akan terus mengalir ke taliair yang sedia ada seterusnya ke
sungai yang berdekatan. Memandangkan tapak asas kandang dibuat dengan lepaan
simen, maka kesemua tinja ternakan kambing akan dikumpulkan dan dijadikan
sebagai baja kompos dan akan dikomersialkan. Secara tidak langsung ianya akan
dapat mendatangkan hasil sampingan.
Disamping itu juga, penggunaan air untuk tujuan pembersihan kandang ternakan
akan diminimumkan bagi mengelakkan sisa-sisa kumbahan daripada mencemari
alam sekitar.
Oleh itu kesan terhadap alam sekitar dijangkakan hampir tiada untuk menjalankan
projek ternakan kambing ini kerana penternakan yang akan dijalankan di sini adalah
secara effisyen dan menitik beratkan penjagaan alam sekitar.

20.0 RANCANGAN PEMASARAN


Pada asasnya, pengeluaran hasil ternakan kambing akan di jual di pasaran tempatan
Negeri Melaka terutamanya sekitar Bandar Alor Gajah. Walaubagaimanapun,
pemasaran luar Negeri Melaka adalah bergantung kepada permintaan dan stok
bekalan sedia ada. Diantara prospek pemasaran adalah seperti berikut :20.1 Penjualan
20.1.1Jualan Terus Kepada Pembeli

Kertas Kerja Projek Ternakan Kambing


Surat : 20/23

Muka

Hiah Agrotech Semporna Sabah


Menjual ternakan hidup secara runding-terus dengan pembeli yang
datang sendiri ke ladang ternakan. Disamping itu juga, mengadakan
program dan promosi Aqiqah dan korban dengan menawarkan
potongan harga secara berpatutan.
20.1.2Pasar Besar
Memandangkan bilangan penjual hasil ternakan kambing di Pasar
Besar S masih lagi kecil bilangannya, maka saya yakin bahawa
penjualan hasil kambing seperti susu dan daging boleh dilakukan di
Pasar Alor Gajah. Pada peringkat awal, penjualannya boleh dilakukan
dengan kekerapan 1 (satu) minggu sekali. Khidmat agen atau penjual
daging akan diperlukan.
20.1.3Restoran-Restoran
Memandangkan pertumbuhan restoran-restoran terutamanya restoran
mamak

semakin

bertambah

banyak

di

kawasan

sekitar,

maka

permintaan terhadap daging kambing juga semakin bertambah. Oleh


itu saya bercadang untuk memasarkan daging kambing segar di
restoran-restoran.
20.1.4Pasar Tani/Pasar Minggu
Terdapat pasar tani dan pasar minggu Alor Gajah yang terkenal dan
sering dikunjungi oleh ramai pelanggan. Oleh itu penjualan semua
hasil ternakan kambing dijangka tidak mendatangkan masalah. Antara
hasil yang dapat dijual adalah :

Daging kambing segar.

Susu Kambing.

Baja kompos dari tinja kambing yang telah dipaketkan.

Pada peringkat permulaan, saya mensasarkan penjualan hasil kambing ke pasar


tani ataupun pasar minggu

sekitar daerah Alor Gajah dengan kekerapan 1

(satu) minggu sekali sahaja.


20.2

Jalinan Perhubungan Antara Penternak-Penternak Lain


20.2.1Hubungan Pemasaran Setempat
Saya bercadang untuk mengadakan rakaian (networking) Hubungan
Pemasaran diantara penternak-penternak sedia-ada di sekitar Negeri
Melaka terutamanya Alor Gajah, Jasin dan Tampin bagi mendapatkan
bekalan sekiranya berlaku masalah kekurangan bekalan kambing di

Kertas Kerja Projek Ternakan Kambing


Surat : 21/23

Muka

Hiah Agrotech Semporna Sabah


ladang

masing-masing

bagi

memastikan

permintaan

pasaran

setempat tidak terganggu.


20.2.2Hubungan Pemasaran Luar
Hubungan Pemasaran dengan penternak-penternak di luar Negeri
Melaka

juga

melebarkan

secara
lagi

tidak

sempadan

langsung
pemasaran

akan
dan

dapat

membantu

perkongsian

ilmu

pengetahuan serta pengalaman disamping memahami permasalahan


yang dihadapi oleh penternak-penternak lain.
20.2.3Pemasaran Secara ON-LINE
Mengujudkan sebuah laman web yang akan digunakan sebagai salah
satu agen ataupun media pengiklanan dalam mempromosikan
produk Ladang Ternakan Hiah Agrotech ini kepada pelangganpelanggan dan penternak-penternak yang lain.ualan ternakan dan
baka kambing juga boleh dan akan dipromosikan di dalam laman
web ini.

21.0 PENUTUP
Adalah dijangkakan bahawa Cadangan Projek Ternakan Kambing Hiah Agrotech ini
sangat berdaya maju dan menguntungkan memandangkan permintaan yang tinggi
terhadap daging dan hasil kambing pada masa sekarang.
Pada masa sekarang pengeluaran daging dan hasil kambing dalam negara adalah
terlalu rendah iaitu sekitar 12% berbanding dengan permintaan yang semakin
meningkat. Oleh itu Projek Penternakan Hiah Agrotech ini juga akan dapat
membantu kerajaan dalam meningkatkan kuantiti pengeluaran daging dan hasil
kambing negara yang bermutu tinggi.
Projek ternakan kambing ini juga akan memerlukan beberapa orang pekerja di
kawasan ladang ternakan. Oleh itu ianya juga dapat memberi peluang pekerjaan

Kertas Kerja Projek Ternakan Kambing


Surat : 22/23

Muka

Hiah Agrotech Semporna Sabah


kepada beberapa orang penduduk setempat yang akan diambil bekerja di dalam
Projek Ternakan Kambing ini.
Dengan mengamalkan Penternakan Baik (APB) dan Good Animal Husbandary
Practice (GAHP), saya percaya Ladang Ternakan Hiah Agrotech ini mampu
menghasilkan produk hasil ternakan kambing yang bermutu tinggi selaras dengan
hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Hab Halal Makanan
Sedunia.
Akhirnya, saya menyakini bahawa Ladang Ternakan Hiah Agrotech ini mampu
bergerak dengan lebih jauh ke hadapan seiring dengan beberapa penternak lain
yang telah berjaya.

****************

SEKIAN. TERIMA KASIH

Kertas Kerja Projek Ternakan Kambing


Surat : 23/23

****************

Muka

Anda mungkin juga menyukai