Anda di halaman 1dari 13

RANCANGAN PENTERNAKAN RUSA KOMERSIL

1.0 PENGENALAN

Penternakan adalah merupakan satu kegiatan pertanian yang membiak haiwan-


haiwan ternakan. Aktiviti ini telah diamalkan sejak beribu-ribu tahun dahulu. Pada zaman
Neolitik, manusia mula tinggal menetap di satu tempat, ini menyebabkan kegunaan haiwan
ternakan itu diperluaskan kepada kulit dan bulunya, berbanding pada zaman sebelumnya
yang hanya tertumpu hanya kepada daging untuk dijadikan sebagai makanan. Setelah itu,
manusia mula menternak lembu dan kerbau untuk mendapatkan susu dan kulitnya dan
digunakan untuk membajak tanah bagi membantu kegiatan bercucuk tanam. Kegiatan ini
diperluaskan sehingga meliputi hampir kesemua haiwan dengan tujuan yang berbeza-beza.
Kini, ilmu penternakan boleh dipelajari di pusat-pusat pengajian di seluruh dunia. Para
siswazah boleh mempelajari selok-belok penternakan di dalam pelbagai bidang
pengkhususan seperti perubatan veterinar, ilmu pemakanan, baka dan genetik, selain
pembiakan. Mereka kemudiannya boleh mendapat pekerjaan di dalam pelbagai sektor
terutamanya dalam sektor ekonomi.
Oleh yang sedemikian, industri penternakan di Malaysia merupakan salah satu sektor
yang penting dalam pembangunan pertanian di negara ini. Industri ini melibatkan aktiviti
penternakan seperti lembu, kerbau, kambing, biri-biri, ayam, itik pedaging, dan juga yang
terkini burung walit. Sektor ini telah menyumbangkan berbillion ringgit nilai pengeluaran
setahun dan negara mempunyai bekalan mencukupi untuk bekalan daging ayam, telur ayam
dan burung walet. Namun begitu, aktiviti penternakan lain seperti arnab, rusa, ayam belanda
dan puyuh digalakkan bagi meningkatkan bekalan untuk memenuhi permintaan pasaran
yang semakin meningkat.
Rusa adalah sejenis hidupan liar yang mendapat perlindungan khas daripada
Kerajaan Malaysia. Kerajaan menggalakkan pemeliharaan rusa memandangkan permintaan
untuk rusa yang amat baik. Disamping dagingnya sebagai sumber protein yang tinggi, ia
juga mengandungi lemak yang kurang  dan kalori yang rendah, kulit dan tanduknya berguna
untuk barang hiasan. Bagi rusa jenis Cervus Timorensis ini tanduk awal dan velvet boleh
digunakan untuk dijadikan ubat.
Secara umumnya, penternakan rusa ini telah dimulakan oleh Jabatan Perlindungan
Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) bagi tujuan pemuliharaan dan pembiakan.
Namun begitu, penternakan rusa ini mula berkembang apabila terdapatnya permintaan yang
banyak dalam pasaran. Antara contoh ternakan rusa yang terdapat di Malaysia adalah
seperti rusa sambar, rusa chital atau pun dikenali sebagai rusa bintik dan juga rusa sunda
sambar. Penternakan rusa adalah amat berpotensi untuk dimajukan berbanding dengan
penternakan yang lain. Hal ini kerana, masih ramai yang belum menceburi penternakan rusa
ini jika dibandingkan dengan ternakan lembu dan kambing.

1 [Disediakan oleh: DIMENSI UTAMA Ent.]


RANCANGAN PENTERNAKAN RUSA KOMERSIL

Badan-badan bertanggungjawab seperti PERHILITAN dan Jabatan Pertanian


Malaysia telah memainkan peranan dalam memperluaskan lagi penternakan rusa dan juga
produk berasaskan rusa. Di mana beberapa program telah dilaksanakan bagi menggalakkan
masyarakat melakukan kegiatan penternakan. Program-program yang dijalankan bukan
sahaja untuk menggalakkan penternakan rusa malah turut menerangkan dan cara
penjagaan dan pemasaran rusa sekali gus dapat menyelesaikan masalah yang
membelenggu pemikiran masyarakat tentang penternakan rusa seperti cara penjagaan dan
penternakan rusa.
Ramai yang tidak menyangka dan masih berpendapat bahawa pekerjaan sektor
pertanian ini tidak menguntungkan dan memerlukan modal serta perhatian untuk menternak
haiwan. Namun sebenarnya, pekerjaan dalam sektor pertanian ini mendatangkan
keuntungan yang besar. Walau pun tidak ramai yang mahu menceburi sektor penternakan
dan pertanian namun sedikit sebanyak ianya dapat memberi sumbangan kepada
pendapatan negara.
Umum mengetahui, peningkatan ekonomi negara bukan sahaja berpunca daripada
sektor perindustrian tetapi sektor pertanian juga turut memberi sumbangan dalam
meningkatkan ekonomi negara. Hal ini berlaku apabila, sektor pertanian membuka peluang
pekerjaan yang banyak kepada penduduk. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan telah
mengambil langkah inisiatif dengan mengadakan kursus penternakan, memberi suntikan
modal dan galakan bagi menggalakkan penduduk untuk melibatkan diri dalam sektor
penternakan.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Sebagai rekreasi dan kegemaran


2.2 Sebagai tindakan mencegah kepupusan
2.3       Untuk Kajian bagi mengenalpasti potensi
2.4   Sebagai sumber pendapatan daripada hasil daging, tanduk, kulit dan sebagainya
2.5      Sebagai makanan enak
2.6      Sebagai Perhiasan

2 [Disediakan oleh: DIMENSI UTAMA Ent.]


RANCANGAN PENTERNAKAN RUSA KOMERSIL

3.0 PENTERNAKAN RUSA

3.1 Maklumat Asas Rusa

Cervus Timorensis
Spesis   :
(Rusa Timur/Exotic)

Berat Hidup Dewasa : Jantan  : 80 kg hingga 120 kg

    Betina : 70 kg hingga 90 kg

Jangka Hayat : 15 Tahun

Tempoh Matang     : 1 - 2 Tahun

Ratio         : 1 Jantan 10 Betina

Tempoh Bunting : 7 Bulan (210 Hari)

Kadar Kelahiran (purata) : 60 % (padang ragut)

Bilangan Anak : 1 ekor (2 Tahun 3 Ekor)

Keperluan Kawasan : 10 ekor / ekar

Tempoh dipasarkan : 1 hingga 1 ½ Tahun

Berat dipasarkan : 50 - 60 kg

Berat Karkas : 50 %

Harga Baka : Induk : RM2000 - 2500 / ekor

    Pejantan : RM2500 hingga 3500 / ekor

Kaedah Penternakan : Lepas Bebas dan Fidlot

3 [Disediakan oleh: DIMENSI UTAMA Ent.]


RANCANGAN PENTERNAKAN RUSA KOMERSIL

Cervus Timorensis jantan dan betina.

3.2 Kawasan Ragutan

Kawasan penternakan rusa perlu dipagar keliling (perimeter) menggunakan pagar Cyclone
setinggi 6’. Kawasan yang dipagar perlu dibahagikan kepada petak-petak ragutan bagi
memudahkan ragutan secara bergilir dilakukan. Petak atau pedok ini juga perlu dipagar
dengan pagar Cyclone 6’. Bagi kawasan penternakan yang terhad dan tidak luas, pagar
seperti ‘chainlink’ juga boleh digunakan namun tidak digalakkan kerana ia boleh memberi
risiko kecederaan kepada rusa. Saiz petak adalah bergantung kepada keluasan kawasan
keseluruhan namun adalah digalakkan untuk menyediakan sekurang-kurangnya 7 petak bagi
ragutan bergilir. Ia bertujuan untuk mengawal pertumbuhan rumput dan memastikan
ternakan rusa memakan rumput pada usia rumput yang tinggi kandungan nutrient. Selain itu
ia juga bagi mengelakkan ternakan terdedah kepada penyakit dan serangan cacing serta
kutu. Pengurusan ternakan juga dapat dilaksanakan secara sistematik dan terkawal serta
mudah untuk membuat pengasingan bagi tujuan jualan atau kesihatan.

Keperluan Pemagaran :
 Pagar Cyclone tinggi 6’ yang mempunyai daya leturan.
 Tiang besi 3” x 8’ (2’ditanam dalam tanah)
 Tiang Staple dan Pintu Pagar
 Dawai duri/plain

Pagar cyclone

3.3 Pemakanan Ternakan

Kawasan ragutan perlu ditanam dengan rumput


bermutu seperti rumput ruzi (Brachiaria ruziziensis),
rumput humidicola (Brachiaria humidicola), rumput
signal (braciaria decumbens), rumput kuda/guinea
(pannicum maximum). Kawasan penternakan juga
Rumput Guinea
perlu mempunyai pokok untuk teduhan dan pokok
petai belalang sesuai sebagai tempat teduhan dan sumber makanan. Pokok-pokok hutan
yang besar sebahagiannya perlu dibiarkan tumbuh sebagai tempat rusa berteduh dan

4 [Disediakan oleh: DIMENSI UTAMA Ent.]


RANCANGAN PENTERNAKAN RUSA KOMERSIL

berehat dan memberi suasana yang hampir kepada


habitat asalnya.
Jika luas kawasan penternakan adalah terhad, boleh
juga ternakan rusa diberi rumput secara potong dan
angkut. Rumput yang disyorkan adalah dari jenis Napier
(Pennisetum purpurium). Namun kadar rumput yang
Bracharia decumbens diberi kepada ternakan perlu mencukupi dan tidak
menjejaskan diet harian ternakan bagi memastikan tumbesaran yang optimum.

3.4 Sumber Minuman

Setiap petak ragutan perlu disediakan takungan air bersih bagi memastikan rusa mendapat
air minuman yang mencukupi. Takungan air perlu
sentiasa dipastikan bersih dari kotoran daun-daun dan
ranting kayu. Takung air minum boleh diperbuat daripada
simen konkrit, tong, culvert manakala bekas makanan
sama ada Kayu atau simen konkrit.

3.5 Kolam Mandi/Takungan Air

Rusa gemar mandi dan berendam terutama di waktu panas. Lopak air atau kolam boleh
disediakan dengan aliran air yang baik dalam kawasan ternakan. Seeloknya kawasan ini
terdapat kelompok pokok-pokok teduhan. Kolam mandian rusa (Sebuah kolam berukuran
9m x 3m x 1.5m)

3.6 Sumber Makanan Tambahan

Makanan tambahan juga boleh diberikan kepada


ternakan rusa seperti bahan hasil pemprosesan
kacang soya, pellet kambing, dan juga garam
jilatan untuk tambahan nutrien kepada ternakan.
Makanan tambahan ini boleh disediakan dalam
bekas khas yang diletakkan dibawah teduhan atau
bangsal berbumbung di dalam kawasan
penternakan.

5 [Disediakan oleh: DIMENSI UTAMA Ent.]


RANCANGAN PENTERNAKAN RUSA KOMERSIL

3.7 Rumah Kelam (darkroom)

Rumah kelam atau rumah gelap adalah keperluan penting dalam penternakan rusa. Ia perlu
disediakan dalam kawasan ternakan bagi memudahkan aktiviti pengurusan seperti rawatan,
pengasingan anak dan ibu, program kesihatan, sembelihan dan juga untuk jualan. Rumah
kelam ini boleh dibina dengan separuh konkrit dan separuh papan lapis yang tebal. Ia perlu
dicat dengan warna hitam dibahagian dalam dan mempunyai lorong dan bilik untuk
pengasingan serta ‘crusher’ atau pengepit bagi tujuan mengekang rusa bagi tujuan rawatan,
jualan dan sembelihan.
Dalam rumah disiapkan dengan pintu-pintu yang boleh berputar 360 digri bagi memudahkan
penangkapan seseekor rusa untuk diperiksa, diberi rawatan atau dipindahkan. Di dalam
rumah gelap rusa akan kelihatan tenteram dan cahaya yang diperlukan hanya cukup
sekadar boleh melihat rusa dan boleh dibuat rawatan. Lantai tidak berkonkrit menggunakan
pasir (Quarry Dust). Mempunyai pintu railing 5 kaki lebar untuk tujuan memasukkan rusa
dalam rumah gelap.

6 [Disediakan oleh: DIMENSI UTAMA Ent.]


RANCANGAN PENTERNAKAN RUSA KOMERSIL

 3.8 Penyakit Rusa

Penyakit-penyakit rusa seperti Tuberculosis, Heamorrhagic Disease sebenarnya merupakan


ancaman kepada penternakan rusa negara tetapi telah dapat dikawal. Pada umumnya rusa
merupakan ternakan yang sangat lasak dan mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran.
Satu perkara yang menjadi masalah kepada penternakan ini ialah sifat rusa yang liar dan
sanggup membunuh diri apabila terdesak. Penggunaan peralatan yang tidak sesuai juga
boleh mencederakan rusa. Pemagaran rusa tanpa mengguna dawai cyclone akan
mengurangkan kecederaan. Pengurusan yang baik akan menjadikan rusa lebih sihat.
Meskipun ternakan rusa jarang mendapat penyakit namun begitu penternak perlu sentiasa
memantau pergerakan rusa dan melihat tanda-tanda luar biasa pada ternakan rusa dan
antara penyakit/masalah yang biasa terdapat pada rusa ialah :
1. Kutu dan cacing
 Mudah dijangkiti oleh rusa terutama ketika musim hujan dan jika pengurusan petak
ragutan tidak dilaksanakan dengan baik dan berjadual.
2. Sakit Mata
 Biasa terjadi pada anak rusa baru lahir yang tercucuk pada rumput dan
menyebabkan luka dan berair.
3. Bisul
 Terjadi pada bahagian kaki, celah kuku dan pangkal paha. Dapat dikesan
berdasarkan cara rusa berjalan.
4. Luka
 Boleh berlaku akibat pergaduhan, rempuhan pagar.
5. Stress/Tekanan
 Rusa sejenis haiwan yang mudah tertekan jika terkejut atau terlalu letih atau lapar.
Apabila ini berlaku ia boleh menyebabkan kematian secara mengejut.

Jika berlaku tanda-tanda penyakit seperti ini, penternak boleh menghubungi Pejabat
Perkhidmatan Veterinar terdekat untuk mendapatkan nasihat dan rawatan bagi mengatasi
masalah tersebut.

7 [Disediakan oleh: DIMENSI UTAMA Ent.]


RANCANGAN PENTERNAKAN RUSA KOMERSIL

3.9 Pembiakan Rusa

Terdapat beberapa peringkat pembiakan yang perlu dipantau oleh penternak iaitu
pemantauan semasa musim mengawan, pemeliharaan rusa bunting dan pemeliharaan anak
rusa. Rusa menjadi lebih agresif dan garang dan sering membuat bunyi bising apabila tiba
musim mengawan. Rusa jantan akan bergaduh sesama sendiri dan sekiranya tidak
diasingkan boleh menyebabkan kecederaan. Oleh itu, tindakan memotong tanduk rusa
jantan sebelum tiba musim mengawan adalah satu langkah yang dapat mengelakkan
kecederaan rusa jantan lain.
Selepas mengalami proses mengawan, rusa betina akan bunting selama enam
hingga tujuh bulan. Apabila rusa ini hendak beranak, haiwan ini akan mengasingkan diri jauh
daripada kumpulannya dan ibu rusa perlu dibiarkan bersendiriaan tanpa gangguan manusia
atau haiwan lain. Rusa juga suka menyembunyikan anaknya di dalam semak dan di
kawasan terpencil. Anak rusa yang baru lahir hendaklah dibiarkan bersama-sama ibunya
sekurang-kurangnya selama 72 jam.
Pemerhatian yang teliti harus dibuat oleh penternak untuk memastikan anak rusa
mendapat susu yang cukup untuk pembesaran serta memastikan bahagian pusat anak rusa
ini terhindar daripada penyakit dan tidak dihurung oleh semut atau serangga lain. Terdapat
juga ibu rusa yang tidak dapat menyusukan anaknya kerana tidak mempunyai bekalan susu
yang mencukupi. Masalah ini adalah antara faktor yang menjadikan anak rusa tidak dapat
membesar dengan sempurna. Oleh itu, penternak harus mengambil langkah proaktif dengan
menyusukan anak rusa yang terbiar ini menggunakan susu gantian yang merupakan susu
tepung yang halus dan perlu dibancuh. Meskipun begitu, ada juga anak rusa yang bercerai
susu hanya selepas 24 jam dilahirkan dan diberi susu gantian.
Musim Mengawan Perhatian yang serius perlu diberi pada musim mengawan oleh
kerana pada musim inilah berlaku pergaduhan diantara jantan dan betina.  Oleh yang
demikian perlu dibuat perasingan rusa baka dan jantan-jantan yang lain. Musim mengawan
adalah diantara bulan Januari hingga Mac.  Jarak masa bunting (gestation period) ialah
diantara 150 hari hingga 10 bulan mengikut jenis rusa.  Tanduk rusa (Antler) akan matang
sebelum dan pada musim mengawan dan tanduk ini digunakan sebagai alat untuk
mempertahankan diri.  Tanduk rusa ini akan jatuh selepas musim mengawan (rutting
season) dan tanduk baru (velvet) akan mula tumbuh. 

Kebuntingan
Diantara cara-cara melihat kebuntingan yang mudah

8 [Disediakan oleh: DIMENSI UTAMA Ent.]


RANCANGAN PENTERNAKAN RUSA KOMERSIL

i.    Rectal Palpation            


ii.   Kenaikan berat badan
3.10 Produk Berasaskan Rusa

Penternakan rusa merupakan aktiviti pelaburan yang mampu memberikan pulangan


yang lumayan. Langkah kerajaan memperkenalkannya sebagai haiwan ternakan komersial
sejak tahun 1980-an telah membuka peluang yang luas kepada penduduk tempatan dalam
mengusahakan penternakan rusa. Secara umumnya, rusa merupakan haiwan liar eksotik
yang mudah dijaga, tahan lasak terhadap penyakit dan tidak cerewet dalam soal
pemakanan. Penternakan rusa juga mampu menghasilkan pelbagai produk yang mampu
menyumbang kepada pembangunan industri negara. Antara produk yang dihasilkan ialah
daging rusa, tanduk rusa, kraftangan serta kulit rusa.
Penternakan rusa mampu menghasilkan pelbagai produk kepada pembangunan
industri negara. Antara produk yang mampu menyumbang kepada kepesatan ekonomi
negara dan golongan penternak itu sendiri ialah seperti berikut :-

i. DAGING :
Digunakan secara meluas sebagai makanan yang mempunyai protein yang tinggi disamping
mengandungi lemak dan kalori yang rendah. Daging rusa juga mempunyai pasaran yang
luas melalui permintaan yang tinggi dari hotel-hotel terkemuka negara, restoran-restoran dan
para pemborong tempatan mahupun luar negara.

ii. KULIT :
Digunakan sebagai barangan perhiasan dan turut digunakan dalam pembuatan industri
barangan kulit yang tinggi mutunya seperti beg, kasut, baju dan lain-lain produk.

iii. ANTHER/VELVET (TANDUK) :


Digunakan secara meluas dalam bidang perubatan, khususnya ubat tradisi cina dan
mendapat permintaan yang tinggi dari negara Asia dan Timur Tengah seperti Jepun, China,
Korea, Arab dan Malaysia sendiri. Kegunaan velvet dalam perubatan juga terbukti secara
saintifik dimana velvet menggalakkan spermatogenesis dan pengeluaran testosterone,
pengeluaran sel darah merah (erothrocyte) dan hemoglobin, meningkatkan kekuatan dan
kecerdasan badan dan juga menggalakkan pertumbuhan berat badan (pig and chicken).
Tanduk rusa turut dijadikan sebagai barang perhiasan, terutama dalam menghiasi dinding
kediaman.

iv. TULANG, PENIS, EMBRYO, TESTES :

9 [Disediakan oleh: DIMENSI UTAMA Ent.]


RANCANGAN PENTERNAKAN RUSA KOMERSIL

Digunakan dalam campuran bahan-bahan lain sebagai ubat-ubatan.

v. GIGI :
Dieksport keluar negara seperti Jerman untuk dijadikan sebagai barangan perhiasan yang
dikenakan dengan berlian sebagai cincin, subang dan lain-lain.

vi. LIGAMEN & TENDON :


Digunakan sebagai bahan perubatan untuk pasaran dalam dan pasaran luar negara seperti
di negara jiran, terutama Thailand.

vii. EKOR :
Digunakan sebagai barangan perubatan terutama untuk domestik pasaran dalam dan luar
negara seperti Hong Kong.

Secara keseluruhannya, Produk yang dihasilkan dapat dibahagikan kepada dua


kategori iaitu produk ketara (tangible products) yang merangkumi hasil yang dapat
dipandang contohnya penjualan rusa hidup, daging, kulit, tanduk, kepala dan sebagainya.
Kategori yang kedua ialah produk tidak ketara (intangible product) pula merangkumi
pengalaman, pengetahuan, penyelidikan, peluang pekerjaan, idea baharu dan sebagainya.
Namun, penternakan rusa yang kurang diminati dan diceburi oleh penduduk tempatan
menyebabkan sektor ini dimonopoli oleh pasaran asing. Hal ini mungkin disebabkan modal
yang tinggi pada peringkat permulaannya, tetapi keuntungan yang diperolehi amat
memberangsangkan.

10 [Disediakan oleh: DIMENSI UTAMA Ent.]


RANCANGAN PENTERNAKAN RUSA KOMERSIL

4.0 ANGGARAN KOS PROJEK

Anggaran kos Penternakan Rusa Komersil untuk 25-50 ekor rusa.

Bil. Perkara Harga Jumlah Kos


i. Kos Tetap
1. PenyediaanTanah
a. membersih dan merata RM1,000.00 RM1,000.00

Penanaman Rumput
bagi 1.5 ekar (Napier) RM1200.00 RM1200.00

Pagar Parameter dan Padok


a. Cyclone RM15,000.00
b. BRC dan chainlink RM8,000.00 RM23,000.00

Rumah Gelap dan Peralatan RM 5,000.00 RM 5,000.00

Pembelian Induk Jantan 10 ekor RM 2,500-


RM 4,000/ekor RM30,000.00
Pembelian Induk Betina 20 ekor RM 2,000-
RM 3,000/ekor RM60,000.00
Jumlah i RM120,200.00
ii. Kos Kendalian
Makanan Rusa 30 ekor RM RM15.00
0.50/hari/ekor

Garam dan Ubatan 30 ekor 1.00/bulan/ekor RM30.00

Upah RM 2000.00/bulan RM2000.00

POL & Utiliti RM 30.00/bulan RM30.00

Baja Rumput RM 50.00/bulan RM50.00

11 [Disediakan oleh: DIMENSI UTAMA Ent.]


RANCANGAN PENTERNAKAN RUSA KOMERSIL

Jumlah ii RM2,125.00

ANGGARAN JUMLAH i+ii RM122,325.00


5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, sektor penternakan ini merupakan satu bidang pekerjaan yang baik
dan mendatangkan pendapatan yang lumayan jika melakukannya dengan bersungguh-
sungguh. Tambahan pula tidak ramai masyarakat daripada golongan muda yang sanggup
mengambil risiko untuk menceburi bidang ini walaupun kerajaan telah melakukan pelbagai
usaha bagi menggalakkan penduduk menceburi bidang penternakan ini. Hal ini kerana,
mereka berpendapat bahawa pekerjaan dari sektor penternakan ini tidak mendatangkan
pendapatan yang lumayan serta memerlukan tenaga dan perhatian yang sepenuhnya.
Sebenarnya, sektor penternakan ini boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan
kerana daripada penternakan seperti penternakan rusa pelbagai produk dapat dihasilkan
seperti tempat menyangkut topi, tongkat, payung, jaket, trofi dan sebagainya. Setiap bidang
pekerjaan mempunyai masalah yang tersendiri begitu juga dengan sektor penternakan.
Namun begitu, masalah ini dapat diatasi dengan pelbagai usaha yang telah dilakukan.
Badan-badan yang bertanggungjawab seperti PERHILITAN dan Jabatan Pertanian Negara
turut memainkan peranan dalam memberi galakan kepada masyarakat untuk menceburi
dalam sektor penternakan ini. Tambahan pula sektor penternakan ini juga turut memberi
sumbangan kepada pendapatan negara dalam membangunkan ekonomi negara.
Penternakan rusa adalah perusahaan baharu yang belum lagi banyak diterokai
secara komersial. Masih ramai orang menganggap bahawa rusa adalah binatang liar dan
sukar dijinakkan. Menternak rusa ialah satu pelaburan terbaru serta cepat mengembang,
menguntungkan dan juga kurang menggunakan keluasan tanah berbanding dengan
ternakan bebiri atau lembu.
Namun begitu, bidang penternakan rusa negara masih kurang mendapat tempat di
hati para mengusaha penternakan jika dibandingkan dengan penternakan lembu dan
kambing. Kurangnya penglibatan penternak sebenarnya membawa kepada kurangnya
bekalan daging rusa atau produk berkaitan rusa. Keadaan ini jelas mengambarkan bahawa
bidang penternakan rusa sebenarnya mempunyai nilai pasaran yang begitu luas untuk
diterokai jika dibandingkan dengan penternakan lembu mahupun kambing.
Selain itu, penternakan rusa turut membantu seruan pihak kerajaan dalam membantu
mengatasi masalah kepupusan rusa yang kini mengancam kewujudannya. Penternakan rusa
juga turut membantu dalam membangunkan industri ketiga negara, iaitu industri
pelancongan, khususnya industri pelancongan negara Malaysia.

12 [Disediakan oleh: DIMENSI UTAMA Ent.]


RANCANGAN PENTERNAKAN RUSA KOMERSIL

-TAMAT-

13 [Disediakan oleh: DIMENSI UTAMA Ent.]

Anda mungkin juga menyukai