Anda di halaman 1dari 13

CONTOH KERTAS KERJA UNTUK PINJAMAN YANG KAMI BUAT :

EKSEKUTIF SUMMARY :
AURA LA ENTERPRISE (ALAE) sebuah syarikat 100% milik dan kendalian bumiputra. Ianya didaftarkan
pada 08 JANUARI 2013 di Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Walaupun baru didaftarkan ALAE telah
menjalankan perniagaan penternakan dan penjualan ayam kampong organik semenjak dari awal tahun
2011 dan berkembang hingga ke tahap sekarang. Sejak dari mula ditubuhkan ALAE telah mengeluarkan
belanja hampir RM100,000.00 bagi menyiapkan 10 buah reban ayam dan lain-lain keperluan asas
perternakan ayam kampong organiK.


ALAE diterajui oleh seorang usahawan muda iaitu Abdul Latif Bin Ahmed. Beliau berusia 38 tahun dan
berasal dari Kampung Gajah, Perak. Beliau sekarang sedang gigih dan berusaha untuk memajukan lagi
perniagaan perternakan Ayam Kampung organik ini. Beliau dibantu oleh seorang Pengarah, Cik Anis
Suhadah Binti Adanan selaku Pegawai Pemasaran dan Pengurus Besar iaitu En Zainal Bin Yazid selaku
Pengurus Projek. Manakala En Abdul Latif Bin Ahmed merupakan Pengarah Urusan yang
bertanggunjawab terhadap pengurusan perternakan ayam kampong organik secara keseluruhan.


Dengan bantuan 2 orang pekerja am, ALAE pada sekarang membekalkan dan menjual dalam anggaran
purata 2000 ekor ayam organik sebulan dan permintaan ayam tersebut semakin meningkat dari bulan
ke bulan. Baru-baru ini kami mendapat pesanan untuk 5000 ekor seminggu (20000 ekor sebulan hampir
sepuluh kali ganda) yang mana dengan keadaan kami sekarang kami terpaksa menangguhkan pesanan
tersebut sehingga bantuan pinjaman dan modal tambahan kami dapat disuntik.


Tujuan permohonan peruntukan oleh ALAE adalah betujuan bagi kami menambahbaik reban ayam
untuk menjadi lebih selamat, kemas dan bersih, membeli peralatan mesin seperti mesin menanggal
bulu dan freezer. ALAE juga bercadang untuk menggali parit dan memasang pagar hijau bagi
mengelakkan banjir dan pencerobohan musuh-musuh ayam. Tujuan peruntukan bantuan secara
lengkap ada dinyatakan di bahagian berikutnya. Dengan penambaikan ini kami yakin untuk menampung
permintaan ayam yang semakin baik dan mengikat kontrak bekalan secara bulanan untuk pasaran yang
lebih besar dan kukuh seperti pasaraya besar TESCO, GIANT dan lain-lain.



Kelebihan Ayam Organik ALAE
Umat Islam di negara ini tidak lagi perlu berasa was-was apabila menjamu ayam. Tiada lagi ayam cucuk ,
ayam disuntik dengan vaksin babi atau ayam diberi minuman yang dicampur dengan antibiotic atau
ubatan. Kami menyediakan satu produk yang halal dan berkhasiat lagi suci. Buat permulaan, kami pada
masa sekarang kami hanya mampu untuk menjual ayam hidup dengan berat 1.5 kilogram kepada
pelanggan kerana kekurangan modal. InsyaAllah melalui bantuan Peruntukan Peladang ini kami akan
menyediakan produk ayam organik yang halal dan suci yang telah siap diproses .
Reban Ayam Organik ALAE menggunakan teknik perternakan moden dengan dilengkapi sistem
pemakanan tambahan (bokashi) dan minuman berkhasiat (EM/IMO). Tujuan dilaksanakan projek ini
ialah untuk memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah bagi menyediakan makanan dan pasaran yang halal lagi
suci untuk umat islam, terutama dengan laporan tidak enak mengenai ayam di pasaran sekarang. Ayam
organik atau dipanggil ayam sihat kerana pemakanannya datang dari sumber yang bersih dan organik
seperti temukut, jagung, sayur-sayuran (kangkung dan bayam) kepala ikan bilis dan sebagainya. Ia
benar-benar bebas daripada sebarang makanan yang bercampur dengan bahan kimia. Ayam organik
ALAE turut diberi makan daun munggai yang cukup baik untuk kesihatan.



YANG DISEBELAH KIRI AYAM ORGANIK DISEBELAH KANAN AYAM DAGING BIASA.AYAM ORGANIK
KELIHATAN SEGAR dan BERWARNA PINK, MANAKALA AYAM DAGING BIASA PUCAT.

Ayam kampung organik ALAE yang diternak secara organik ini juga diberi minuman selain minuman EM
dan IMO, ayam juga diberi minuman ekstrak herba yang kaya dengan bahan antioksida dan antikanser
seperti halia, kunyit, pandan, serai, daun nangka dan bawang putih yang diproses menjadi minuman
ayam. Kami tidak menggunakan antibiotic dan tidak menggunakan hormon, beta agonist dan
salbutamol.
Pemakanan berkhasiat yang memanfaatkan penggunaan pelbagai bahan organik dan herba dapat
meningkatkan daya tahan ayam berkenaan daripada serangan penyakit dan proses penuaan. Ayam
kampung organik yang diternaknya dibiarkan bebas kerana menerusi cara itu ia mampu menghasilkan
daging yang memiliki protein yang tinggi.

Tiada Pencemaran Bau dan Masalah Lalat
Dengan penggunaan IMO dan FAA di ladang ALAE masalah pencemaran bau dan masalah lalat boleh
dikatakan tiada.


RINGKASAN PECAHAN PERMOHONAN BANTUAN PERUNTUKAN PELADANG

Untuk tujuan penambaikan dan pengembangan perniagaan AURA LA Enterprise dengan ini memohon
untuk peruntukan bantuan bagi tujuan berikut :

1) RM15,000.00 - membuat pagar hijau keliling reban

2) RM7,000.00 - membaiki bumbung reban dan
jaring yang rosak

3) RM1,200.00 - menggali longkang keliling reban

4) RM2,000.00 -membeli 2 unit mesin buang bulu

5) RM1,000.00 - membeli mesin air panas

6) RM9,000.00 - membeli 3 unit freezer 4x3

7) RM4,800.00 - membeli 1 unit kabin pekerja

8) RM3,000.00 - wiring tambahan

9) RM5,000.00 - membeli 100 unit bakul

10) RM2,000.00 - mesin penetasan ayam/incubator (2 unit)

11) RM20,000.00 - MODAL PUSINGAN

___________
RM70,000.00_ - JUMLAH




VISI & MISI
A. MENJADI SYARIKAT PENJUAL AYAM ORGANIK TERKEMUKA DI NEGERI SEMBILAN DAN MENJADI
JENAMA TERKENAL 1MALAYSIA

B. SYARIKAT MAMPU MENYEDIAKAN KHIDMAT KONSULTASI DAN PAKEJ FRANCHISE KEPADA
PENTERNAK-PENTERNAK BARU YANG BERMINAT UNTUK MENCEBURI BIDANG PERTERNAKAN AYAM
ORGANIK.

C. MEMBUKA CABANG LADANG AYAM SEBANYAK 5 TEMPAT LAGI DI SELURUH MALAYSIA DALAM
MASA 3 TAHUN.

D. DALAM MASA 5 TAHUN MENJADI PENGEKSPORT UTAMA AYAM ORGANIK HALAL KE LUAR
NEGARA

E. MENJADI PEMBEKAL UTAMA ANAK AYAM KE SELURUH MALAYSIA

F. MENJADI PENGELUAR UTAMA MAKANAN AYAM UNTUK PASARAN TEMPATAN DAN EKSPORT



UNJURAN UNTUNGRUGI

TAHUN PERTAMA (RM)
TAHUN KEDUA (RM)
TAHUN KETIGA (RM)




PERUNTUKAN
70000
-
-
JUALAN
540000
675000
1350000

JUMLAH

610000

675000

1350000

PERBELANJAAN




ANAK AYAM
96000
120000
240000
MAKANAN AYAM
192000
240000
480000
PAGAR/UBAHSUAI/
LONGKANG

26200
-
-
PERALATAN-MESIN
19000
-
-
KABIN
4500


SEWA
3600
3600
3600
BIL UTILITI
2400
3600
4800
GAJI
42000
66000
66000
LAIN-LAIN
12000
12000
12000
JUMLAH PERBELANJAAN
397700
445200
806400





UNTUNG SEBELUM CUKAI
212300
229800
543600





Nota Carta : Perancangan Untuk Pengeluaran Tahun 1 , 2 dan 3 :
1. Jumlah tahun pertama di atas adalah bagi jumlah ayam sebanyak 4000 ekor sebulan. Jumlah harga
anak ayam 4000 x RM2 seekor x 12bulan = RM96,000.00

2. Tahun kedua jumlah jangkaan peningkatan sebanyak 5000 ayam sebulan, setahun = 5000xRM2 x
12 =RM120,000.00

3. Tahun ketiga peningkatan sebanyak 10,000 ekor anak ayam sebulan.

4. Harga kos makanan + minuman untuk tumbesaran ayam sehingga boleh dijual ialah RM4.00
seekor selama 2 bulan.

5. Berat Ayam dalam masa 2 bulan mencecah 1.5kg seekor.

6. Harga sekilogram ayam ALAE yang dijual ialah RM7.50 sekilo. Anggaran Harga seekor ialah
RM11.25 (1 kilo)


Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan Perniagaan Sebulan Yang Sediada (Kiraan : 2000 ekor Ayam)
Bil
Perbelanjaan
Jumlah (RM)
1.
Pembelian (anak ayam +makanan)
12000.00
2.
Jualan
22000.00
3.
Untung Kasar ( 2 1 = )
10000.00
4.
Perbelanjaan
Lain(Gaji/Elauan+Bil Utiliti+Sewa)
6200.00
5.
Untung Bersih (sebelum cukai)
(3 4 =)
3800.00


STRATEGI PEMASARAN :
AURA LA ENTERPRISE (ALAE) sangat mengutamakan strategi pemasaran agar ALAE dapat menembusi
sebanyak mungkin pasaran atau pelanggan yang ada. Selain dari memastikan setiap pelanggan yang
datang kekal bersama ALAE, kami akan memastikan untuk mendapat setiap pelanggan yang baru setiap
hari dengan strategi pemasaran kami.


Bangunan dan Papan Tanda
Kami akan membuat sebuah papan tanda Ayam Kampung Organik yang baru di tepi jalan besar Kuala
Pilah - Bahau bagi menampakkan kewujudan ALAE bagi pelanggan-pelanggan yang baru yang boleh
membeli terus dari tapak ALAE.


Customer Service
Khidmat pelanggan adalah paling utama bagi kami. Oleh itu kami memastikan setiap ayam yang dijual
samada ayam hidup atau yang telah diproses dijual adalah sangat bermutu dan sedap. Dengan cara
tersebut pelanggan kami pasti akan datang kembali untuk membeli pada masa akan datang. Setiap
pelanggan yang datang akan dipastikan dengan segera dilayan oleh pembantu jualan kami.


Ayam Yang bermutu dan lazat
Selain dari khidmat pelanggan yang efisien dan terbaik, kami juga memastikan bahawa setiap ayam yang
dijual adalah bermutu dan lazat. Maknanya daging ayam yang dijual adalah bermutu tinggi, sempurna
dan rasanya cukup sedap yang tidak mungkin ada orang akan komplen. Rasanya sudah tentu amat
berbeza dengan ayam daging biasa. Untuk memastikan setiap produk adalah bermutu dan enak rasanya
kami sentiasa memastikan pemakanan ayam dijaga dengan baik. Bahan organik yang digunakan adalah
bermutu dan berkhasiat. Manakala kualiti setiap ayam dijaga dan dikekalkan setiap masa.

Mengikut rekod dan testimoni pelanggan kami yang sedia ada, kami berani mengatakan bahwa produk
kami adalah memang terbaik dan berkualiti serta enak rasa dagingnya.


Pasaran Hyper Market dan Pasaraya Besar
ALAE menjangkakan hasil jualan dari pasaraya besar atau hypermarket akan menyumbangkan 50% dari
pendapatan tahunan ALAE. Dan kami juga percaya bahawa pendapatan ini akan meningkat dari tahun
ketahun memandangkan kurangnya persaingan dalam sektor ini dari pesaing tempatan. Kami akan
mengambil peluang ini untuk membuat pemasaran dengan bantuan FAMA bagi menembusi pasaran
ayam organik yang siap proses. Kami juga akan memperuntukan bajet untuk membuat pengiklanan di
surat khabar dan TV dengan bantuan peruntukan SMEDEC. Dengan tawaran harga kami yang berpatutan
atau lebih murah kami yakin produk kami yang halal dan berkhasiat ini pasti akan menembusi pasaran
pasaraya-pasaraya besar seperti Mydin. Tesco, Giant dan Econsave.



Harga dan Kawalan Kos
Salah satu faktor paling utama bagi menarik pelanggan dalam perniagaan ayam organik adalah faktor
harga ayam yang berpatutan. Jika daging ayam sedap, berkualiti dan harga berpatutan kami yakin
pelanggan-pelanggan akan datang membeli balik di masa akan datang. Oleh yang demikian kami akan
memastikan harga yang ditawarkan oleh kami adalah amat-amat berpatutan dan tidak lebih mahal dari
pasaran. Kami menjanjikan harga makanan adalah mengikut harga pasaran atau lebih murah kerana
kami ingin pelanggan yang datang adalah repeated client.

Dalam memastikan kami dapat menawarkan harga yang berpatutan, pihak pengurusan akan
memastikan pembelian bahan mentah adalah sangat berhemah tetapi bermutu. ALAE akan memastikan
tiada pembaziran atau berlebihan yang tidak sepatutnya berlaku. Pengurus akan memastikan bahan
mentah adalah cukup dan mengikut kadar keperluan. Dengan kawalan bahan mentah kami yakin dapat
menjimatkan kos dan seterusnya meningkatkan keuntungan.



PERBELANJAAN YANG TELAH DIKELUARKAN

Bil
Butiran
Jumlah (RM)
1.
Sewa Tanah setahun + deposit
4500.00
2.
Tolak Tanah + pembersihan
3200.00
3.
Membuat Reban 10 buah (5500x10)
55000.00
4.
Membina Rumah Pekerja + Stor 30x20
5000.00
5.
Membina Tandas 10x10
1500.00
6.
Wiring
3500.00
7.
Piping
1500.00
8.
Material + bahan mentah
1500.00
9.
Anak ayam (2 pusingan)
20000.00
10.
Makanan Ayam
19550.00

JUMLAH
115250.00




PENUTUP

Masalah dan halangan adalah suatu peluang
Bagi kebanyakan Syarikat- syarikat besar yang berjaya ,mereka memegang kepada prinsip masalah
adalah suatu peluang. Peluang untuk membaiki prestasi. Kalau ada yang kurang kita tingkatkan. Kami
juga di AURA LA ENTERPRISE (ALAE) percaya bahawa setiap satu masalah yang timbul adalah peluang
untuk kami menjadi lebih baik kerana kami adalah sebahagian daripada penyelesai masalah dan
bukannya sebahagian daripada punca masalah. Setelah mengharungi setahun lebih perjalanan
perternakan ayam kampong organik, semestinya kami mengalami berbagai-bagai masalah dan
rintangan.

Baru-baru ini Ladang ternakan kami mengalami sedikit banjir yang menyebabkan lebih kurang 500 ekor
lebih ayam yang tidak sempat diselamatkan mati. Bagi mengatasinya ALAE akan membuat longkang
saluran air di keliling reban bagi manyalurkan air hujan ke parit besar. Sebenarnya kami tidak terfikir
bahawa kawasan reban tesebut akan mengalami banjir kerana ianya di kawasan agak tinggi.

Kami juga khuatir jika berlaku kecurian ayam samada dari pemangsa seperti ular, musang atau helang
atau juga dicuri oleh mat-mat penagih dadah. Dengan itu, sebahagian dari peruntukan juga digunakan
untuk membaiki jaring dan memasang pagar hijau bagi mengelakan pencerobohan tersebut.

ALAE juga semakin berkembang dari segi pasaran tempatan, cuma untuk menembusi pasaran pasaraya
besar kami memerlukan sedikit lagi modal tambahan untuk membeli mesin memproses ayam bagi
memproses ayam yang siap disembelih dan dibungkus. Apa jua masalah yang dihadapi kami atasi
dengan sebaik yang mungkin dan segala bantuan peruntukan akan digunakan dengan penuh
bertanggungjawab agar segala visi dan misi kami tercapai InsyaAllah. Segala sokongan dari pihak
PELADANG khususnya dan jabatan haiwan serta kerajaan amat-amat kami sanjungi dan kami berjanji
akan menjayakan projek ini sehingga menjadi usahawan contoh di Malaysia.

Tiada jalan singkat untuk berjaya setelah mengharungi cabaran setahun setengah kami, segala pelajaran
dan pengalaman akan dipelajari. Segala kekurangan akan dibaiki. Semuga sokongan yang diberi
membuka langkah untuk kami maju ke depan ke pentas global.

Anda mungkin juga menyukai