Anda di halaman 1dari 9

KERTAS KERJA PEMBELIAN

BANGUNAN DARUSSYIFA’
NEGERI SEMBILAN

TAHUN 2021

JAWATANKUASA NEGERI
PERSATUAN PERUBATAN,
PENGUBATAN DAN KEBAJIKAN ISLAM
(DARUSSYIFA’) NEGERI SEMBILAN
KERTAS KERJA PEMBELIAN BANGUNAN DARUSSYIFA’ NEGERI SEMBILAN

1.0 PENDAHULUAN

Perubatan Islam adalah satu bidang ilmu dan amalan yang berasaskan ilmu sains
perubatan di mana terkandung di dalamnya paradigma, konsep, nilai-nilai tatacara ujian serta
rawatan yang selaras dan tidak bertentangan dengan Quran dan sunnah Rasullullah s.a.w.. Ia
bukannya satu kaedah rawatan yang biasanya diamalkan oleh pengamal-pengamal tradisional
tetapi ia merupakan keseluruhan konsep ilmu dan amalan perubatan. Konsep perubatan Islam
bersumber dari Al Quran, as-sunnah, amalan as-Salafussoleh, Ahluz-zikr dan pengalaman ahli
pengubatan Islam yang muktabar bagi membantu masyarakat yang amat memerlukan
sebagaimana firman Allah SWT di dalam Surah Al Israa’ yang bermaksud “Dan kami turunkan
dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman
dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain
kerugian”Surah Al Israa’ ayat 82.

Sehubungan dengan itu Darussyifa Negeri Sembilan ingin merancang pembelian sebuan
bangunan tetap Darussyifa’ Negeri Sembilan bagi dijadikan sebagai “one stop center” bagi
aktiviti Darussyifa’ seperti kelas pengajian, sesi rawatan, aktiviti keagamaan, koperasi jualan,
kunjungan tetamu dan sebagainya. Bebarapa negeri lain telah pun memiliki bangunan sendiri
antaranya negeri Kelantan, Terengganu, Melaka, Selangor, Pulau Pinang dan lain-lain.

Sebenarnya Darussyifa’ N.Sembilan telah menerima tawaran tanah oleh pelbagai pihak
di Kuala Pilah. Tampin dan Rembau, namun tidak dapat lagi di teruskan kerana kekangan
kewangan.

2.0 OBJEKTIF KEPERLUAN BANGUNAN

2.1 Membantu dan memudahkan ahli Darussyifa’ N.S. menyumbangkan tenaga bakti
dalam memberi bantuan pengubatan yang memerlukan untuk masyarakat.
2.2 Memudahkan urusan Darussyifa’ N.S. mengadakan pelbagai aktiviti pengajian
keagamaan, rawatan Islam, kursus perubatan Islam dan aktiviti yang dirasakan
sesuai yang memberi manfaat kepada masyarakat sekitar.
2.3 Menguatkan ikatan ukhuwah diantara warga Darussyifa’ dan masyarakat sekitar

2
KERTAS KERJA PEMBELIAN BANGUNAN DARUSSYIFA’ NEGERI SEMBILAN

3.0 JAWATANKUASA INDUK PEMBELIAN BANGUNAN


DARUSSYIFA’ NEGERI SEMBILAN

JAWATAN PENYANDANG

PENGERUSI HAJI ABDUL RAHMAN BIN AHMAD

PENGARAH ABDUL GHANI BIN AHMAD ZAIGHU

TIMBALAN PENGARAH DARMADI BIN ZULKIFLY

SETIAUSAHA SAMSUDIN BIN AWANG

PENOLONG SETIAUSAHA MOHD AMIRUL ASHRAF BIN DAUD

BENDAHARI AZHARUL HISYAM BIN SUPARI

PENOLONG BENDAHARI MOHD FAIRUZ BIN ISMAIL

AHLI JAWATANKUASA MOHD HASBI BIN ISMAIL


ROHADE BIN SALIM
MOHD YAZID BIN IBRAHIM
ROSLAN BIN MANSUR
MOHD YUSOF BIN MD YUSAK
HAIRON BIN ZAINAL ABIDIN
KAMARIAH BINTI SHAH KOBAT
NORZILAH BINTI HARUN
NORMARLINA BINTI MOHAMAD LUTPI

3
KERTAS KERJA PEMBELIAN BANGUNAN DARUSSYIFA’ NEGERI SEMBILAN

4.0 Cadangan Bangunan Darussyifa’ Negeri

3.1 ALAMAT

No. 12 Jalan Sri Kasih 1, Taman Sri Kasih, 70450 Seremban Negeri Sembilan.

3.2 HARGA

Harga : RM 600,000 Ribu (Ringgit Malaysia Enam Ratus Ribu)

3.3 KEMUDAHAN

3.3.1 Bangunan Kedai 2 tingkat


3.3.2 Tingkat bawah sesuai dijadikan tempat jualan dan rawatan Darussyifa,
3.3.3 Tingkat 1 sesuai dijadikan tempat sesi pengajian.
3.3.4 Berhampiran dengan jalan utama dari Senawang dan Paroi.
3.3.5 Kawasan Parking yang luas.
3.3.6 Suasana kejiranan yang sesuai dengan operasi Darussyifa’

3.4 PEMILIK BANGUNAN

Hajah Kamsiah 012-256 8377

3.5 GAMBAR BANGUNAN

Bangunan rumah kedai


2 tingkat

4
KERTAS KERJA PEMBELIAN BANGUNAN DARUSSYIFA’ NEGERI SEMBILAN

Kawasan yang strategik kerana berada


di jalan utama dari Senawang dan Paroi

Tingkat Bawah
Cadangan: Pusat Jualan dan Rawatan

Tingkat 1
Cadangan: Pusat pengajian atau
dewan terbuka

5
KERTAS KERJA PEMBELIAN BANGUNAN DARUSSYIFA’ NEGERI SEMBILAN

Tingkat 2
Cadangan: Asrama untuk disewa bagi
menjana pendapatan Darussyifa’ N.Sembilan

5.0 PERANCANGAN KEMUDAHAN BANGUNAN

Perancangan bagi kemudahan yang akan disediakan termasuklah:

5.1 Dewan solat jamaah yang selesa, berkapasiti 100 orang, lengkap dengan
kemudahan pembesar suara dalaman untuk tujuan ibadah dan juga majlis ilmu.

5.2 Ruang belajar atau kelas mengaji lengkap dengan papan hitam dan kemudahan
berkaitan.

5.3 Ruang mengambil wudhu’ dan juga tandas serta bilik mandi berasingan.

5.4 Kawasan khas pengurusan koperasi.

5.5 Bilik tumpangan untuk tetamu

5.6 Ruang pejabat menempat fail-fail pentadbiran dan pengurusan Darussyifa’ Negeri
Sembilan.

5.7 Ubahsuai ruang simpanan barang dan ruangan memasak.

5.8 Kawasan letak kereta dan motorsikal untuk kemudahan bahagian pengurusan.

5.9 Bangunan akan diubah suai dengan konsep mesra IT selaras dengan teknologi
masa kini.

6
KERTAS KERJA PEMBELIAN BANGUNAN DARUSSYIFA’ NEGERI SEMBILAN

6.0 ANGGARAN KOS PEMBELIAN DAN PENGUBAHSUAIAN

Pembelian dan pengubahsuaian Bangunan Darussyifa’ Negeri Sembilan dijangka


selesai dalam tempoh 1 tahun (November 2020 – November 2021).

Pembelian dan pengubahsuaian bangunan kepada 3 fasa seperti berikut:

Fasa 1:

Urusan pembelian dan proses tukar nama bangunan.


Anggaran kos : RM 600,000.00

Fasa 2:

Kerja pendawaian elektrik, PA system, kemasan dinding dan lantai, karpet,


sehingga penyiapan pembinaan.

Anggaran kos : RM 200,00.00

Fasa 3:

Pengurusan kelengkapan pejabat, bilik rawatan, peralatan yang


bersesuaian dengan pengoperasian Darussyifa’.
Anggaran kos : RM 100,000.00

JUMLAH KESELURUHAN = RM 900,000.00


(Ringgit Malaysia Lapan Ratus Ribu Sahaja.)

7
KERTAS KERJA PEMBELIAN BANGUNAN DARUSSYIFA’ NEGERI SEMBILAN

7.0 PENUTUP

Berdasarkan justifikasi yang dibentangkan di atas, dapatlah dirumuskan


bahawa matlamat utama pembelian Bangunan Darussyifa’ Negeri Sembilan ini
adalah bertujuan sebagai titik tuju dan juga nadi kehidupan harian masyarakat
Islam khususnya di Negeri Sembilan.

Dengan adanya bangunan ini, adalah menjadi harapan penduduk-


penduduk Islam setempat agar kegiatan keagamaan terutamanya khidmat
rawatan islam berfungsi dengan teratur dan berkesan. Hasil daripada usaha ini,
manfaatnya akan dapat dikecapi oleh semua pihak samada untuk kesenangan
kehidupan dunia ataupun nikmat kehidupan akhirat. Insya Allah.

Disediakan Oleh,

( MOHD AMIRUL ASHRAF BIN DAUD )


Penolong Setiausaha,
Persatuan Perubatan, Pengubatan dan Kebajikan Islam
Darussyifa’ Negeri Sembilan

Disahkan Oleh,

( ABDUL GHANI BIN AHMAD ZAIGHU )


Pengarah,
Persatuan Perubatan, Pengubatan dan Kebajikan Islam
Darussyifa’ Negeri Sembilan

Anda mungkin juga menyukai