Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA CADANGAN PROGRAM-PROGRAM BELIA REMAJA CINTAKAN

MASJID.

1. Latar belakang

Program belia remaja cintakan masjid adalah satu program yang dijalankan bagi
menggalakkan penglibatan anak-anak kariah merasa dekat dengan masjid dan memupuk
kecintaan kepada masjid kariah beserta dengan aktiviti-aktiviti yang dapat menarik minat
belia dan remaja untuk selalu datang ke masjid dan menjadikan masjid suatu tempat yang
dekat di mata dan di hati dalam diri setiap anak kariah semasa mereka membesar.

2. Tujuan

Harapan agar kebiasaan mereka datang ke masjid itu menjadikan mereka seorang
insan yang mencintai masjid dan seorang yang rajin datang ke masjid. Program ini adalah
pencetus terhadap lahirnya satu generasi baru yang mencintai masjid, selain dapat belajar
dan meningkatkan kemahiran dalam kehidupan malah dapat mengimarahkan dan menjaga
masjid sepanjang hayatnya dan menurunkan semangat dan kecintaan itu kepada generasi
seterusnya malah.

3. Nama kegiatan :

“Program belia remaja cintakan masjid”

4. Waktu dan tempat


a. Waktu operasi yang dicadangkan ialah pada :
i. Masa : setiap hari.
ii. Waktu : selepas asar hingga isyak.
iii. Hari khamis dan jumaat : selepas asar hingga jam 1o malam.

b. Tempat operasi yang diminta :


i. 1 bilik gerakan khas untuk menjalankan aktiviti yang akan dinamakan
“ Markas Raskel”.
ii. Bilik yang dicadangkan adalah 1 lot bilik bersebelahan bilik kedai
gunting rambut.

5. Sasaran kegiatan :

Seluruh anak kariah taman nusa idaman


6. Aktiviti yang akan dijalankan:
a. Archery (memanah)
b. Track mini 4 wheel
c. E-sports
d. Kereta kawalan jauh
e. mokit

7. Pengagihan tugas dan tanggungjawab


a. Encik Fuad sebagai ketua pengurus program
b. Encik Rizal sebagai ketua penyelarasan dan penggerak program
c. Bilal Aziz dan bilal huzaifah sebagai penjaga kunci pintu “markas raskel”

8. Peralatan dan kelengkapan


a. Kerusi dam meja

9. Perbelanjaan
a. 1 buah TV smart/analog berukuran minima 44 inci
i. Anggaran untuk smart tv adalah RM1700
ii. Anggaran untuk analog tv adalah RM1000

b. 1 buah consol game baru/telah digunakan anggaran RM1200 kebawah


c. Model morkit anggaran RM300
d. Perhiasan bilik anggaran RM300
e. Anggaran jumlah perbelanjaan = RM3500

10. Sekian, terima kasih

disediakan oleh,

______________________________
(MUHAMMAD ZAYDEE BIN PUNGOT)
Pegawai Masjid 2

Diluluskan oleh,

______________________________
( PROF MUSTAFA BIN YUSOF)
Pengerusi Masjid Daing Abdul Rahman Nusa Idaman

Anda mungkin juga menyukai