Anda di halaman 1dari 5

PROGRAM KEMPEN ISTIGHFAR 1000x

DARUSSYIFA’ NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS 2021

TARIKH : ISNIN,7 JUN – JUMAAT,16 JULAI 2021 (40 HARI)


TEMPAT : DI RUMAH MASING-MASING / DI MANA-MANA SAHAJA LOKASI
YANG SESUAI

1.0 MUQADDIMAH
Satu program julung-julungnya kalinya diadakan peringkat N.Sembilan secara
berjemaah. Usaha kecil ini seiring dengan penularan wabak Covid 19 yang melanda di
seluruh dunia, tidak terkecuali Malaysia. Kita pun tidak tahu lagi bila PKP ini akan
berhenti terus. Ada andaian menyatakan keadaan seperti ini akan berterusan selama 5
tahun. Ada negara yang dikatakan telah BEBAS dari covid-19, dan telah menjalani
kehidupan seperti biasa, tanpa pelitup, tanpa penjarakan dan sebagainya. Tiba-tiba
dilanda Covid 19 semula. Bahkan situasi di Malaysia lebih membimbangkan dengan
kemunculan varian-varian baru dari India dan Afrika, ditambah pula kegawatan politik
yang belum reda, keamanan semakin terhakis dengan siri-siri pencerobohan kapal
perisikan Israel & kapal terbang perang China, ekonomi semakin meruncing, rakyat
semakin tertekan dengan PKP, persaudaraan yang semakin menjauh, dan ibadah
berjemaah semakin mengecil. Keadaan-keadaan sebeginilah yang mendorong Darussyifa’
Negeri Sembilan mengorak langkah kecil mengajak masyarakat merenung dan berusaha
muhasabah diri, disamping sentiasa menjaga SOP yang telah ditetapkan oleh pihak
kerajaan, dengan menganjurkan PROGRAM KEMPEN ISTIGHFAR (PKI). Mungkinkah
situasi-situasi begini tercipta sedemikan rupa, merujuk kepada kelemahan umat Islam
sendiri dan kesempatan ini diambil oleh pihak-pihak lain yang berkepentingan,
melemahkan lagi umat Islam, tanpa menolak ianya juga bertepatan dengan ketentuan atau
takdir yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

2.0 RASIONAL

Jadi apa yang kita perlu buat? memang kita tak mampu nak buat segalanya.
Tetapi kita perlu buat sesuatu dalam lingkungan kemampuan kita yang terbatas ini.
Secara ringkasnya Darussyifa’ mempunyai 3 peranan utama dalam masyarakat.
Pertama : peranannya dalam bidang dakwah.
Kedua : peranannya dalam bidang perubatan Islam.
Ketiga : peranannya dalam bidang kebajikan.
Ketiga-tiga perkara ini kita perlu laksanakan mengikut norma baru antaranya
memanfaatkan semua saluran medium baru bagi merealisasikan peranan-peranan di atas.
Maka dengan rasa tanggungjawab, Darussyifa’ Negeri Sembilan ingin mengajak seluruh
ahli masyarakat bersama-sama dengan kami, Darussyifa’ N.Sembilan selaku Frontliner
program ini.
3.0 PELAKSANAAN KEMPEN 1000 ISTIGHFAR SETIAP HARI (40 HARI)

1
i. Isnin,7 Jun – Jumaat, 17 Julai 2021 (40 hari)
ii. penyertaan kepada semua ahli Darussyifa' dan semua kaum Muslimin & Muslimat
secara Google Form

4.0 5 PERKARA PENTING YANG INGIN KITA MOHON KEPADA ALLAH SWT
DARI PROGRAM INI :

i. PEMBERSIHAN DOSA-DOSA DAN BERUSAHA MENINGGALKAN


MAKSIAT

Samada diri kita sendiri, keluarga, masyarakat dan kepimpinan negara kita

ii. PEMBELIAAN BANGUNAN BARU DARUSSYIFA’ N.SEMBILAN.

Projek ini baru bermula bulan Januari 2021. Sehingga hari ini dana yang
terkumpul sekitar RM 120 ribu sahaja (Mei2021). Manakala kos bangunan
setinggi 3 tingkat itu adalah RM 600 ribu. Kekurangan RM 480 ribu. Satu jumlah
besar

iii. COVID-19

Mohon kepada Allah swt agar Allah SWT mengangkat pandemik Covid-19 di
N.Sembilan (khususnya) dan Malaysia (amnya)

iv. TINGKATKAN KEIMANAN, KEKALKAN KEAMANAN DAN


JAUHKAN MALAPETAKA

Kerana beramal ibadah secara sosial semakin mengecil ditambah pula suasana
persekitaran masyarakat terasa semakin sensitif dan hangat dengan khabar-khabar
yang mendukacitakan

v. HAJAT MASING-MASING

Kesihatan, hutang piutang, kekeluargaan, pekerjaan, zuriat, perkahwinan dan


pelbagai masalah yang lain

2
5.0 MENGAPA ISTIGHFAR 1000 X TIDAK 70 ATAU 100
1. TIADA HALANGAN HAD BILANGANNYA :
AYAT 41 – 42 SURAH AL-AHZAB :

‫ۙ يٰـۤاَيُّ َها الَّ ِذ ۡي َن اٰ َمنُوا ا ۡذ ُك ُر ۡاو ال ٰلّهَ ِذ ۡكًرا َكثِ ۡيًرا‬


Wahai orang-orang yang beriman! Ingatlah kepada Allah, dengan mengingatkan (nama-
nama-Nya) sebanyak-banyaknya
  ‫َّو َسبِّ ُۡحوُه بُ ۡكَر ًة َّواَ ِص ۡي اًل‬
Dan bertasbihlah kepada-Nya pada waktu pagi dan petang

Ibnu Kathir dalam tafsirnya menyatakan makna ayat ini menekankan betapa
pentingnya berzikir kepada Allah SWT. Disamping itu, ayat ini juga mengandungi
anjuran dan gesaan untuk memperbanyakkan zikrullah. Dengan berzikir kepada
Allah, maka Allah akan menurunkan rahmat dan keampunan kepada hamba-Nya.

2. KEMUNCAK IBADAH APABILA MENDAPAT KEAMPUNAN ALLAH


Rasulullah SAW berpesan kepada Saidatina Aisyah RA supaya memperbanyakkan
membaca doa keampunan apabila bertemu Lailatul Qadar.

ُّ ِ‫َّك َع َف ٌّو حُت‬ ِ


‫ف َعيِّن‬
ُ ‫اع‬
ْ َ‫ب الْ َع ْف َو ف‬ َ ‫اَللَّ ُه َّم أن‬
Maksudnya “Ya Allah, sesungguhnya Engkau Tuhan yang sangat mengampun,
ampunkanlah dosa-dosaku”

3. DALAM SURAH NUH AYAT 10-12 :- (AKAN DAPAT KENIKMATAN DUNIA)


َّ ‫اسَت ْغ ِف ُر ْوا َربَّ ُك ْم اِنَّه َكا َن غَ َّف ًار ۙا ُّي ْر ِس ِل‬
‫الس َماۤ َء َعلَْي ُك ْم ِّم ْد َر ًار ۙا َّويُ ْم ِد ْد ُك ْم بِاَ ْم َو ٍال َّوبَنِْي َن‬ ْ ‫ْت‬
ُ ‫َف ُقل‬
ٍ ّ‫وي ْج َعل لَّ ُكم ج ٰن‬
‫ت َّويَ ْج َع ْل لَّ ُك ْم اَْن ٰه ًر ۗا‬ َ ْ ْ ََ
Maka aku (Nabi Nuh) berkata (kepada mereka), “Mohonlah ampunan kepada
Tuhanmu, sungguh, Dia Maha Pengampun, niscaya Dia akan menurunkan hujan
yang lebat dari langit kepadamu, dan Dia memperbanyak harta dan anak-anakmu, dan
mengadakan kebun-kebun untukmu dan mengadakan sungai-sungai untukmu.”

4. DALAM SURAH ALI IMRAN AYAT 133 (AKAN MENDAPAT KENIKMATAN


DI AKHIRAT )

ِ ْ ‫ۙضاُ ِع َّد‬ ِ
‫ْمت َِّق ْي َۙ =<ۙن‬
ُ ‫ت لل‬ <? ُۙ ‫ت َوااْل َ ْر‬
ُ ‫الس ٰم ٰو‬ ُ ‫َو َسا ِرعُ ْٓوا ا ٰلى َم ْغ ِف َر ٍة ِّم ْن َّربِّ ُك ْم َو َجن ٍَّة َع ْر‬
َّ ‫ض َها‬
Dan bersegeralah kamu mencari keampunan daripada Tuhanmu dan mendapatkan syurga
yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.

3
5. DALAM SURAH HUD AYAT 52 (DIBERI KEKUATAN DAN REZEKI)

‫الس َماۤءَ َعلَْي ُك ْم ِّم ْد َر ًارا َّويَِز ْد ُك ْم ُق َّو ًة اِىٰل ُق َّوتِ ُك ْم َواَل َتَت َولَّْوا‬ ِ
َّ ‫اسَت ْغ ِف ُر ْوا َربَّ ُك ْم مُثَّ ُت ْوبُ ْٓوا الَْي ِه يُْر ِس ِل‬ ِ
ْ ‫َو ٰي َق ْوم‬
ِ
َ ‫جُمْ ِرمنْي‬
Dan (Hud berkata), “Wahai kaumku! Mohonlah ampunan kepada Tuhanmu lalu bertaubatlah
kepada-Nya, nescaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat, Dia akan menambahkan kekuatan
di atas kekuatanmu, dan janganlah kamu berpaling menjadi orang yang berdosa.”

6. RASULULLAH SAW BERISTIGHFAR LEBIH DARIPADA 70X SEHARI


SEMALAM

‫وإني ألستغفراهلل وأتوب إليه في اليوم أكثر من سبعين مرة‬


Demi Allah, sesungguhnya aku memohon keampunan kepada Allah dan bertaubat kepada-
nya dalam sehari itu lebih dari 70x ( Hadis riwayat Bhukari)

Sekurang-kurang lafaz Istighfar : َ‫اهلل‬ ‫َسَت ْغ ِف ُر‬


ْ‫أ‬
7. ISTIGHFAR PARA AWLIYA’ & SOLIHIN

i. Abu Hurairah RA beristighfar kepada Allah SWT sebanyak 12 ribu sehari


semalam. Dalam kitab ‫شفاء العليل في صحيح البخاري إلبن القيم رحمه اهلل‬

Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA menyatakan bahawa Nabi


beristighfar kepada Allah SWT lebih dari 70 x. Walaupun Abu Hurairah
sendiri beristighfar kepada Allah sebanyak 12 ribu sehari semalam, dia tidak
pun menyebut bahwa Nabi beristighfar sebanyak 12 ribu x sehari semalam,
kerana Istighfar sebanyak itu adalah dari dirinya dan hasratnya sahaja semata-
mata kerana Allah SWT.

ii. ‫ الش &&يخ ث &&امر بن الع &&امر‬menyatakan : Ibnu Taimiyyah beristighfar sebanyak
1000 x sehari semalam apabila menghadapi masalah besar sehingga Allah
SWT telah memberi kelepasan kepada dia dalam masalah besar yang dia
hadapi

4
6.0 PENUTUP

Pelbagai bentuk istighfar kita boleh baca samada untuk diri sendiri, ibu
bapa, sayyidul istighfar dan lain-lain. Bahkan sangat dituntut untuk dibaca doa
keampuan kepada para arwah yang disayangi, moga-moga mereka mendapat
rahmat dan keampunan dari Allah. TETAPI INGAT setiap istighfar yang
dibaca, kalau setakat dibaca menerusi lidah semata-mata tanpa dihayati, tidak
akan memberi kesan. Sebagaimana yang disebut oleh Fudail bin Iyadh :
“Istighfar tanpa memutuskan dari perbuatan dosa adalah taubatnya para
pendusta ”. Sebab kadang-kadang istighfar kita yang pertama, memerlukan
kepada istighfar yang lain kerana istighfar yang pertama itu berkemungkinan
telah diresapi dengan rasa ujub dan riya’.
Disediakan oleh :
URUSETIA PROGRAM KEMPEN 1000 ISTIGHFAR DARUSSYIFA’ NEGERI SEMBILAN.

Anda mungkin juga menyukai