Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

PARKIR BERBUMBUNG
SMK SERI KANDI

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI KANDI


36000 TELUK INTAN, PERAK DARUL RIDZUAN
1. PENDAHULUAN

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kandi telah tersedia parkir berbumbung


di bahagian belakang sekolah berdekatan dengan gelanggang bola baling. Namun
parkir tersebut musnah keseluruhan akibat dilanda ribut pada 26 Mac 2019. Sejak itu
tiada lagi parkir berbumbung buat guru-guru mahupuan staf sokongan.

2. LATAR BELAKANG
Sejak parkir berbumbung telah musnah semua guru-guru meletakkan kereta di
kawasan terbuka tanpa berbumbung. Menyedari kesulitan itu, Tuan Pengetua telah
mengambil langkah proaktif dengan merancang mengadakan parkir yang lebih
selesa dan baru dan dapat menempatkan lebih banyak kenderaan warga pendidik
dan staf sokongan.Oleh itu, Tuan Pengetua merasakan parkir yang baru
ditempatkan di bahagian hadapan sekolah dan lebih selamat dari kawasan tiupan
angin lintang. Tuan Pengetua telah berbincang dengan warga guru dan kakitangan
menerusi ‘whatsapp’ rasmi SENADI untuk mendapat persetujuan semua bagi
meneruskan projek parkir berbumbung.

Setelah mendapat kata sepakat Tuan Pengetua bercadang untuk membina


sebanyak 40 lot parkir sebagai permulaan. Dengan persetujuan semua, setiap parkir
guru atau staf perlu membayar wang deposit yang berjumlah rm300 dan wang
tersebut akan dikembalikan sekiranya guru atau staf berpindah. Guru atau staf yang
berminat akan membayar sewa bulanan sebanyak rm10 sahaja setiap bulan.
Terdapat seramai 54 orang guru dan staf telah memberikan nama untuk menempah
parkir tersebut.

2
3. AHLI JAWATANKUASA PROJEK PARKIR BERBUMBUNG BARU SMK SERI KANDI

JAWATAN NAMA
Pengerusi TN. HJ MOHD KHUZAIMI BIN HJ MOHD NORDIN
Pengetua SMK Seri Kandi
Tim Pengerusi En Ishak Latfi bin Ahmad
PK Kokurikulum SMK Seri Kandi
Setiausaha l En Mohd Aizat b. Idris
Setiausaha II Pn Azmaniza binti Adnan
Bendahari Pn Nor Suhaila bt Mat Nor
Ahli Jawatankuasa 1. En Shahrul Hisham bin Sahid
2. Pn. Ismawati bt Kamaruddin
3. En. Aizuddin b. Aznam

4. ANGGARAN KOS

Bil Perkara Anggaran Kos (RM)


40 lot parkir 750seunit x 40 lot
Jumlah Anggaran Kos (RM) 30 000

Anggaran jumlah kos bagi projek ini adalah RM 30 000.00

1. PERANCANGAN PEMBINAAN
Perancangan menaik taraf bilik pengetua dilahirkan oleh Tuan Pengetua untuk
membantu dan memudahkan semua guru dan staf. Projek ini dirancang bermula
pada 5 April 2019 dan dijangka siap pada 31 Dis 2019.

2. SUMBER KEWANGAN
SMK Seri Kandi mendapat RM12 000 dana bagi pembinaan parkir ini dari
YB Tuan Nga Kor Ming yang merupakan Ahli Parlimen P076 kawasan setelah
pihak PIBG SMK Seri Kandi membuat permohonan sumbangan. Selebihnya
modal tersebut iaitu RM18000 adalah dari wang deposit guru-guru dan staf yang
menempah. Rujuk Lampiran.

Diluluskan oleh :

3
PELAN LANTAI PARKIR BARU SENADI

PARKIR GURU DAN STAF SURAU


YANG BARU

BANGUNAN SEKOLAH

DATARAN KIJAT

4
RUMUSAN PROJEK PARKIR GURU DAN STAF

1. Projek parkir ini merupakan projek yang agak menjimatkan iaitu sebanyak RM750
bagi 1 lot.
2. Projek ini agak lambat disiapkan kerana parkir yang sedang dibina telah musnah
ditiup ribut pada bulan Mac 2019.
3. Kutipan deposit daripada guru-guru dan staf yang menempah diusahakan
bermula pada 17 Januari 2020.

Anda mungkin juga menyukai