Anda di halaman 1dari 4

MINIT MESYUARAT LEMBAGA BIL .

1/2019

TARIKH : 3 April 2019

MASA : 2.20 PETANG

TEMPAT : BILIK PENGERAK MINDA, SMK SERI KANDI,TELUK INTAN.

_________________________________________________________________________________

HADIR:

1. Tn Hj Mohd Khuzaimi bin Hj Mohd Nordin -Pengerusi


2. Tn Hj Ishak Latfi bin Mohamad -Timbalan Pengerusi
3. En Mohd Aizat bin Idris - Setiausaha
4. Pn.Nor Shuhaila bt Mat Nor - Bendahari
5. Pn Nor Ismawati bt Kamarudin - Pengurus Stok
6. En. Mohd Aizat Bin Idris - Pengurus Belian
7. En. Mohamad Faizul Bin Mohamad Hussin - Pengurus Jualan
8. Pn.Zarina bt Hasan - Juruaudit Dalaman
9. En Shahrul Hisham bin Sahid - Pengurus Kebajikan
10. En Aizuddin bin Aznam - Pengurus Pengawas Koperasi

TIDAK HADIR BERSEBAB:

1. Tiada

AGENDA PERBINCANGAN/ KEPUTUSAN TINDAKAN


Pegawai Tarikh Status
Arahan (TS/ DP)

2.0 UCAPAN 2.0 Pengerusi mengucapkan ribuan


PENGERUSI terima kasih kepada semua anggota
lembaga yang dapat menghadirkan
diri dalam mesyuarat lembaga kali
yang kedua bagi tahun 2019.

Beliau berharap semua anggota


lembaga dapat bekerjasama bagi
memajukan lagi koperasi sekolah
bagi tahun 2019.. Makluman

1
AGENDA PERBINCANGAN/ KEPUTUSAN TINDAKAN
Pegawai Tarikh Status
Arahan (TS/ DP)

2.1 MENGKAJI, 2.1.1 Laporan Pengurusan


MEMBINCANG,
MENIMBANG DAN En. Aizat selaku setiausaha koperasi
MEMUTUSKAN DI sekolah membentangkan berkenaan
MANA BERKENAAN pengurusan kedai koperasi.
PERKARA- Pengurusan kedai beroperasi seperti
PERKARA biasa pada waktu rehat bermula
BERIKUT : pukul 10.30-10.50, dan juga 30 minit
sebelum waktu kokurikulum pada hari
rabu. Koperasi turut dibantu oleh
jurujual dalam kalangan pelajar.

Kedai koperasi menjual barangan


keperluan pelajar seperti alat tulis,
buku tulis, buku kerja dan lain-lain
disamping penjualan air minuman
dan snek sebagai menambah Tindakan Setiausaha
kepelbagaian jualan.

2.1.2 Jadual Bertugas Harian

Pn. Noor Fara’Ain Binti Daud


memaklumkan ALK guru perlu
bertugas mengikut jadual bertugas Tindakan Setiausaha
yang telah dipersetujui bersama.
Guru dan pelajar perlu bertugas
mengikut panduan yang telah
ditetapkan.

Wujud permasalahan sekiranya stok


sampai. Puan Zarina mencadangkan
agar ALK yang bertugas
memaklumkan kepada guru yang
membuat relif agar tidak diberi relif Tindakan ALK Bertugas
pada hari tersebut untuk
memudahkan ALK tersebut
menguruskan penerimaan stok.

2.1.3 Permohonan Menjadi Anggota


Koperasi

Mesyuarat dimaklumkan tentang


permohonan menjadi anggota
koperasi bagi pelajar dan guru.
Terdapat sejumlah guru dan staff
yang belum lagi menjadi anggota
koperasi. Pengerusi berharap mereka
dapat menjadi ahli anggota koperasi.
Borang permohonan akan diedarkan.
2
Pengerusi juga memaklumkan untuk
menarik pelajar menambahkan lagi
jumlah saham mereka. Tindakan Setiausaha

2.2 MEMBENTANG DAN 2.2 Membentang dan Meluluskan


MELULUSKAN Kedudukan Kewangan.
KEDUDUKAN
KEWANGAN Bendahari telah membentangkan
kedudukan kewangan daripada bulan
April 2018 sehingga bulan Mac 2019.
Baki setakat Mac 2019 di Bank ialah
RM 82,510.63 dan tunai di tangan
ialah RM546.57.

Mesyuarat sebulat suara telah


meluluskan penyata kewangan yang
telah dibentang.

Pengerusi meminta bendahari untuk


menghantar penyata akaun kepada
beliau bagi setiap bulan sebagai Tindakan Bendahari
makluman.

2.3 MENGKAJI, 2.3.1 Hal-hal Perjawatan


MEMBINCANG DAN
MEMUTUSKAN Pengerusi mengumumkan dan
mengalu-alukan Naib Pengerusi
Koperasi yang baru iaitu Tn Hj Ishak
Latfi bin Mohamad
dan setiausaha baru iaitu En. Mohd
Aizat bin Idris.

Pengerusi memaklumkan tentang


peranan dan tugas perjawatan yang
telah ditetapkan. Pengerusi berharap
agar ALK dapat menjalankankan
tugas masing-masing dan bidang
tugas juga bergantung kepada budi Makluman
bicara pengurusan koperasi sekolah.

2.3.2 Cadangan Daripada Anggota


Koperasi

Pengerusi mencadangkan agar


Koperasi berkolaborasi bersama
sekolah mengeluarkan modal
menyediakan parkir menggantikan
parkir yang telah ranap ditiup rebut
dan mengutip bayaran sewa
sebagai suatu perniagaan.
Tindakan Setiausaha

3
Kelulusan Permohonan
Sumbangan untuk Sekolah

En. Shahrul mencadangkan agar


jumlah tunai untuk sumbangan ialah
sebanyak RM 2000.00 dan jumlah
sumbangan barangan bernilai
RM 500.00. Mesyuarat sebulat suara
bersetuju dengan jumlah tersebut.

Permohonan Pembelian Plag


Cenderahati daripada pihak
sekolah

Mesyuarat sebulat suara bersetuju


meluluskan sebanyak RM 1000.00
bagi pihak sekolah untuk tujuan
pembelian plag cenderahati. Tindakan Setiausaha

Pengerusi mengakhiri ucapan mesyuarat dengan ucapan salam dan jutaan terima kasih kepada
semua anggota yang hadir. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.05 petang.

Dicatat oleh: Disemak oleh:

……………………………………. ……………………………………..
( EN MOHD AIZAT BIN IDRIS ) ( TN HJ MOHD KHUZAIMI BIN HJ MOHD AMIN )
Setiausaha Pengerusi

Anda mungkin juga menyukai