Anda di halaman 1dari 10

KERTAS KERJA

CADANGAN PEMBINAAN BANGUNAN

MAAHAD TAHFIZ AL-HIDAYAH


KAMPUNG PERPADUAN WDT 30,
90200 KOTA KINABATANGAN,
SANDAKAN, SABAH.

DISEDIAKAN OLEH:
AJK PEMBANGUNAN
MAAHAD TAHFIZ AL-HIDAYAH

1
                  

       

Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang


menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebiji benih yang
menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai pula ada seratus biji. Allah
melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang dia kehendaki. dan Allah Maha luas
(karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui. Surah Al-Baqarah ayat 261.

 

Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:"Tidaklah


sesuatu pemberian sedekah itu mengurangi banyaknya harta. Tidaklah Allah itu
menambahkan seseorang akan sifat pengampunannya, melainkan dia akan
bertambah pula kemuliaannya. Juga tidaklah seseorang itu merendahkan diri
kerana mengharapkan keredhaan Allah, melainkan dia akan diangkat pula
darjatnya oleh Allah 'Azzawajalla. (H.R Imam Muslim)

1. MUQADDIMAH

Segala puji dan puja hanya ke hadrat Allah SWT, selawat dan salam buat
junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli bait, para sahabat dan mereka yang
memperjuangkan Islam hingga ke akhir hayat.

Demi melahirkan para huffaz yang berkualiti dan bertaqwa kepada Allah
maka Maahad Tahfiz Al-Hidayah diwujudkan agar cita-cita yang diimpikan
tercapai. Justeru itu, MAAHAD TAHFIZ AL-HIDAYAH yang masih banyak
kekurangan memerlukan bantuan yang secukupnya supaya penubuhannya terus
berjaya dan mampu menghasilkan para huffaz yang profesional dalam bidang
yang diceburi.

Bersandarkan azam, tekad dan matlamat agar lahirnya sebuah generasi


yang mempunyai kemahiran dalam ilmu Al-quran serta mampu menyelesaikan
masalah semasa, maka tangan dihulurkan kepada masyarakat demi memajukan
MAAHAD TAHFIZ AL-HIDAYAH ini.

2
Penubuhan MAAHAD TAHFIZ AL-HIDAYAH juga ialah hasil kesedaran
bahawa anak bangsa kita mampu membina sebuah tamadun yang unggul dan
terbilang seperti yang pernah dicapai oleh Nabi Muhammad SAW dan para
sahabat. Justeru impian besar ini akan dipikul kepada para huffaz yang bakal
menyertai MAAHAD TAHFIZ AL-HIDAYAH dalam mengharungi getir perjuangan
bagi mencapai cita-cita ini.

Semoga MAAHAD TAHFIZ AL-HIDAYAH akan terus berkembang dengan


kemajuan ummah dalam era yang mencabar ini.

                

“Belanjakanlah (hartammu) pada jalan Allah dan janganlah kamu menjatuhkan


dirimu dalam lembah kebinasaan dan berbuat baiklah sesungguhnya Allah
mengasihi orang yang melakukan kebajikan.” (Al-Baqarah: 195)

2. LATAR BELAKANG MAAHAD TAHFIZ AL-HIDAYAH

MAAHAD TAHFIZ AL-HIDAYAH ditubuhkan atas kesedaran perlunya ada


sebuah institusi pendidikan Islam di Negeri Sabah terutama dalam bidang Tahfiz
dan Pengajian Islam sebagai wadah pengembangan syiar islam, dalam masa yang
sama dapat membantu menyediakan sumber tenaga kerja dalam bidang Dakwah,
ianya adalah dibawah pengurusan “HIDAYAH AL-QURAN”.

3. VISI

Menjadikan Maahad Tahfiz Al-Hidayah sebagai “role model” kecemerlangan


ilmu dalam dunia pendidikan.

4. MISI

1. Melahirkan umat Islam yang dapat menghayati isi kandungan al-Quran


dan mengamalkannya dalam kehidupan harian,

3
2. Memastikan kesinambungan kalamullah terus dijadikan asas pedoman
kehidupan,

3. Memastikan kalamullah terus sebati dalam kehidupan dan tidak lupus


ditelan zaman,

4. Membentuk sakhsiah umat yang taat akan perintah Ilahi,

5. Melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi dan
intelektual,

6. Melahirkan bakal pemimpin yang berakhlak dan bertanggungjawab.

5. OBJEKTIF PENUBUHAN MAAHAD TAHFIZ AL-HIDAYAH

1. Menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang lebih


kondusif,

2. Membentuk imej baru institusi Pendidikan Tahfiz formal,

3. Memberikan peluang yang lebih luas kepada anak-anak sabah


terutamanya dikalangan saudara baru untuk mendalami ilmu agama
khususnya dalam bidang tahfiz al-Quran,

4. Melahirkan lebih banyak umat Islam yang mampu menghafaz juzuk-juzuk


al- Quran.

6. MATLAMAT

1. Memastikan para pelajar memperoleh ilmu yang sempurna dengan


kemudahan yang lebih selesa.

2. Menyediakan lebih banyak tempat belajar dikalangan umat khususnya


kaum muslimah

4
3. Menegakkan panji-panji kebenaran daulah Islamiah.

4. Melahirkan umat Islam yang berakhlak, berbudi pekerti mulia, taat kepada
perintah Allah dan menjadi role model masyarakat sejati.

5. Mengikis pandangan serong sebahagian umat Islam terhadap sistem


pendidikan ISLAM khususnya dalam bidang Tahfiz formal.

7. SUBJEK YANG DIAJAR

1- AL-QURAN DAN TAJWID. 7- BAHASA ARAB.


2- HADITH. 8- NAHU
3- TAUHID. 9- SARAF.
4- FEKAH. 10- JAWI DAN IMLAK.
5- SIRAH. 11- DAKWAH
6- AKHLAK. 12- KITAB-KITAB THURATH (LAMA)

8. YURAN PENGAJIAN.

BIL. PERKARA JUMLAH

1 PENDAFTARAN RM 50.00
2 YURAN PENGAJIAN RM 50.00
3 MAKAN & MINUM RM 150.00
JUMLAH RM 250.00

9. RANCANGAN PEMBANGUNAN DAN PEMBINAAN

Pembinaan bangunan MAAHAD TAHFIZ AL-HIDAYAH dan infrastruktur


berkenaan di atas sebidang tanah yang dibeli oleh HIDAYAH AL-QURAN seluas
dua ekar ( Dua Ekar lagi masih dalam proses pembelian ) hasil sumbangan serta
derma orangramai.

Perancangan ini turut dilihat daripada prospektif imej umat Islam yang perlu
disemarakkan dengan imej yang lebih dihormati. Memertabat pendidikan formal

5
Islam harus diletakkan ditempat yang lebih tinggi selaras dengan imej pendidikan
akademik.

Pembinaan bangunan serta menyediakan kemudahan prasarana yang


lengkap mampu membina imej baru yang lebih berdaya saing dengan aliran sistem
pendidikan perdana Negara. Sehubungan dengan itu, pihak jawatankuasa
pembangunan Maahad Tahfiz Al-Hidayah begitu optimis terhadap pendidikan
formal Islam dan seterusnya dapat meyakinkan masyarakat tentang pendidikan
formal Islam. Cadangan pembinaan ini seiring dengan visi dan misi Maahad
Tahfiz Al-Hidayah.

10. SKOP PEMBINAAN ASAS YANG DIRANCANG ADALAH SEPERTI BERIKUT:

PERKARA TINDAKAN
1. Tapak Cadangan di Lot 2144 Keluasan tapak – 4 ekar.
2. Status Tanah Dibeli oleh HIDAYAH AL-QURAN dan dalam
proses Jualan WAQAF.
3. Lokasi Kampung perpaduan wdt 30, 90200 kota
Kinabatangan, Sandakan, Sabah.
4. Cadangan Layout 1. Sebuah bangunan sekolah,
2. Bangunan pentadbiran dan perpustakaan,
3. Bangunan asrama,
4. Bangunan kantin dan dapur,
5. 4 Unit kuaters guru,
6. Padang permainan.
5. Reka bentuk bangunan
6. Cadangan Kontraktor

6
11. PERANCANGAN PEMBINAAN BANGUNAN MAAHAD HIDAYAH AL-QURAN

Bil. Perkara
1. Satu blok bangunan sekolah dua (2) tingkat mengandungi enam (6) buah
kelas, empat (4) tandas murid dan dua (2) tandas guru.
2. Satu blok bangunan asrama dua (2) tingkat mengandungi enam (6) dometri,
dua (6) tandas, satu (1) bilik cucian.
3. Satu blok bangunan satu (1) tingkat mengandungi satu (1) buah pejabat
pentadbiran, satu (1) buah perpustakaan dan tiga (3) tandas guru/murid.
4. Dua (2) bangunan rumah semi-detached dua (2) tingkat mengandungi
empat (4) unit rumah guru / pekerja.
5. Sebuah (1) kantin dan dapur.
6. Sebuah (1) surau
5. Kerja-kerja kelengkapan :
 Pagar dan Pintu Pagar
 Longkang
 Padang Permainan
 Landskap dan kerja taman
 Jalan dalaman dan perhiasan jalan
 Tempat letak kereta
 Lampu pagar dan jalan
JUMLAH KESELURUHAN : RINGGIT MALAYSIA TIGA JUTA TUJUH
RATUS RIBU SAHAJA
(Harga tertakluk kepada perubahan harga semasa)

7
12. KEPERLUAN PERALATAN
Keperluan Rasional Anggaran
1. Untuk keperluan
10 buah komputer mengemaskini data, 10 x RM 2,000.00
dan dua buah LCD Memberikan pendedahan Jumlah RM20.000.00
ICT di kalangan pelajar, (Ringgit Malaysia Dua Puluh
Keperluan kerja kursus Ribu)
dan pengajaran dan 2 x RM 2,500.00
pembelajaran, Jumlah RM 5,000.00
Memantapkan pengajaran (Ringgit Malaysia Lima Ribu)
dan pembelajaran,
2. Meningkatkan kemudahan 100 x RM 200.00
100 set kerusi meja pengajaran dan Jumlah RM 20,000.00
murid pembelajaran di dalam (Ringgit Malaysia Dua Puluh
kelas Ribu)
3. Kemudahan menyimpan 10 x RM 400.00
10 buah almari alatan, alat bantu Jumlah RM 4,000.00
mengajar, data dan (Ringgit Malaysia Empat Ribu)
dokumen
4. Kemudahan yang lebih 10 x RM 250.00
10 set kerusi meja kondusif Jumlah RM 2,500.00
guru (Ringgit Malaysia Dua Ribu
Lima Ratus)
5. Kelengkapan kantin dan 15 x RM 200.00
15 buah meja perpustakaan Jumlah RM 3,000.00
panjang (Ringgit Malaysia Tiga Ribu)
6. Kemudahan dan 100 x RM 250.00
100 set katil pelajar keselesaan pelajar 100 x RM 160.00
100 set tilam pelajar 100 x RM 250.00
100 set almari Jumlah RM 66,000.00
pelajar
JUMLAH RINGGIT MALAYSIA SERATUS DUA PULUH RIBU LIMA
RATUS

8
13. HARAPAN

MAAHAD TAHFIZ AL-HIDAYAH meletakkan harapan yang tinggi agar


pihak Dato’ / Datin / Tuan / Puan dapat bersama-sama membantu
menggerakkan dan memajukan institusi ini melalui apa jua bentuk sumbangan
derma, zakat, idea atau tenaga agar tercapai hasrat kita untuk berbakti kepada
agama, bangsa dan negara. Malah yang lebih penting lagi ganjaran yang dijanjikan
oleh Allah swt yang akan menjadi saham yang berkekalan di akhirat kelak melalui
amal jariah yang kita lakukan.Semoga segala sumbangan Tuan / Puan / Dato’ /
Datin akan mendapat ganjaran yang setimpal di akhirat kelak.
ALAMAT SURAT MENYURAT:
KEPADA :
PENGERUSI PEMBANGUNAN
MAAHAD TAHFIZ AL-HIDAYAH
LOT 1955D, FASA 6A,LORONG RAMIN 3,TAMAN MAWAR,
BATU 5, JALAN SIBUGA, 90000 SANDAKAN,SABAH.
Segala bentuk sumbangan bolehlah disalurkan terus ke alamat diatas.
Cek / Bank Draf boleh ditulis diatas nama HIDAYAH ALQURAN, Atau boleh
dimasukkan kedalam Akaun Bank Islam No: 0805-9010-0199-10 atau Akaun May
Bank Islamic No : 5581-6350-2044 Atas Nama HIDAYAH ALQURAN.
Sebarang pertanyaan sila hubungi Ustaz Ibrahim bin Mohamad Zakaria 019-
2627636 Email:ibrahim_mtd11@yahoo.com / ibrahimmtd11@gmail.com

              

             

Firman Allah swt yang bermaksud:


“Wahai orang-orang yang beriman! Sukakah kamu jika Aku tunjukkan kepada
kamu satu perniagaan yang dapat membebaskan dari azab seksa yang pedih?
(iaitulah) dengan kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, dan kamu berjihad
pada jalan Allah dengan segala HARTA dan DIRI kamu. Itulah yang lebih baik jika
kamu mengetahui.” (Surah Al-Soff : 10-11)

9
LAMPIRAN

AHLI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN

BIL JAWATAN NAMA


PENASIHAT TUAN HAJI ABU AMAR BIN MOHD ZAIN
1 PENGERUSI USTAZ IBRAHIM BIN MOHAMAD ZAKARIA
2 TIM PENGERUSI USTAZ IBRAHIM BIN HASSAN
3 SETIAUSAHA PUAN FATIMAH BINTI HJ JAMIL
4 PENOLONG S/U ROHANA BINTI MADABING
5 BENDAHARI USTAZAH NURUL HIDAYAH BINTI LAGAGO
6 AJK USTAZ BABBAR BIN ABBAS
7 AJK PUAN AZIMAH BINTI HASSAN BASRI
8 AJK PUAN KARTINI BINTI LAGAGO
9 AJK USTAZAH NURUL ATIQAH BINTI BACHO
10 AJK PUAN NURUL AIN BINTI ABDULLAH
PEMERIKSA KIRA-
11 EN NASARUDDIN BIN LAPIN
KIRA - 1

10

Anda mungkin juga menyukai